Fuh...wangi~memang wangi!Itulah komen saya selepas pertama
kali menggunakan Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated.
Sebelum ni saya memang sangat skeptikal berkaitan dengan
produk-prioduk eksklusif sebagai contoh Shaklee dan jenama lain.
Maklumlah Shaklee kan lebih dikenali sebagai produk makanan
tambahan kesihatan jadi bila saya dapat tahu Shaklee juga mengeluarkan produk
kebersihan saya pun mulai tertanya-tanya.
Saya sebelum ini menggunakan produk pencuci kain yang
biasa-biasa saja iaitu yang mudah didapati di kedai dan supermarket, sebelum ni
saya memakai TOPS, kemudian bertukar kepada DAIA.
Sebab utama memilih TOPS ialah memang pakaian kita akan
nampak putih, ditambah lagi dengan kepekatan buihnya dan juga boleh dijemur
didalam ruangan tertutup.
Namun begitu saya telah menukar kepada DAIA atas sebab kos.
Untuk pengetahuan anda, bagi kawan –kawan yang terdekat dan juga keluarga saya
dikenali sebagai ‘cheapskate’ haha...maknanya ialah, di mana ada benda murah,
jualan murah, potongan harga...anda pasti akan nampak saya ikut berasak-asak
hahaah...
Apa saja yang murah akan menarik perhatian saya, malahan
harga jus yang Cuma berbeza 0.30 sen mampu membuatkan saya pusing balik sejauh
3 rak barangan di Giant haha, nah maklum saja kawasan Giant memang besar kan,
tapi saya sanggup untuk ulang alik menukar jus yang bezanya hanyalah 30 sen.
Kawan saya juga pernah menegur “ala..30 sen saja tu, sama
juga, dia mahal pun sebab perisa dia lain daripada jus yang murah 30 sen tu”
Tapi....saya akan tetap ambil yang murah 30 sen tu ahaha...
Begitulah pendirian saya. Sebab itu juga saya bertukar
kepada DAIA. Selama saya menggunakan DAIA sebenarnya tiada masalah, namunm
walaupun saya menggunakan 1 cup penuh untuk cucian bersaiz normal, kain saya
tidak berbau harum. Dari segi kebersihan, ianya biasa-biasa saja.
Tetapi..dengan Shaklee Fresh Laundrt C Powder, saya hanya
menggunakan SETENGAH cup bagi cucian bersaiz normal.
Yang istimewanya, semasa mencampur serbuk dan air, saya
dapati ianya tidak berbuih seperti DAIA mahupun TOPS, serbuk pencuci TOPS
memang padat dan putih bercahaya dan buihnya juga banyak.
Namun adakah anda tahu, berbuih banyak tidak semestinya
bagus?ianya mungkin kerana kandungan soda bikarbonatnya yang banyak. Iya
lah...memang persepsi tradisional turun-temurn lagi banyak sabun lagi bersih
kain kita..sebenarnya tidak...
Buih tidak membantu mencuci kekotoran pakaian tuan / puan
^_^
Ianya hanyalah gimik marketing yang digunaka oleh agen-agen
pengeluar pencuci pakaian untuk meningkatkan jualan.
So bila saya dapati Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated kurang berbuih saya jadi
hairan...”aik nak tambah sabun ka lagi?” saya pun mula menggaul-gaul air sabun
dengan tangan...hampir tidak percaya saya boleh merasakan tangan saya sangat
licin seperti memegang air sabun yang banyak buih seperti TOPS...
Semakin lama saya memerhati,barulah saya menyedari rupanya Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated sebenarnya sangat larut air!.
Apabila saya mencuci tangan, sabunnya juga mudah dibersihkan
tidak seperti sabun-sabun lain yang kita terpaksa gosok dan cuci dengan air
yang banyak barulah kita rasa sabun itu telah dibasuh dengan sepenuhnya.
Saya pun meletakkan kain dan mencuci seperti biasa. Saya
menggunakan mesin secara manual, jadi selepas ‘Wash’ saya akan ‘Spin’ dahulu
baru masukkan air untuk membilas.
Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated (sila abaikan kanak-kanak berikut hehe..)
Nah...disinilah keistimewaan kedua Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated iaitu : Saya
tidak perlu menggunakan air yang banyak untuk membilas!
Biasanya dengan TOPS dan DAIA jika cucian saya bersaiz
besar, saya akan membilas sebanyak dua kali dan kadang-kadang terpaksa ‘Spin’
untuk membuang air dan mengisinya semula untuk bilasan kali kedua.
Dengan pencuci lain juga saya sering mengalami masalah kain
saya bergaris dengan tompokan putih iaitu sabun yang tidak larut dan gagal
dibilas dengan baik.
Pernah sekali saya mencuci baju korporat pejabat untuk sesi
bergambar hari keesokannya namun, baju tersebut penuh dengan tompokan sabun,
saya kemudian menyental dengan tangan tetapi tompokan yang telah kering memang
tidak dapat ditanggalkan dengan mudah melainkan perlu direndamkan dan
dilembutkan terlebih dahulu.
Akhirnya saya tidak termasuk dalam gambar berkumpulan staf
jabatan huhu...
Selesai membilas sebanyak sekali sahaja saya pun menekan
‘Spin’ untuk membuang air dan bila saya mengambil kain keluar dari mesin....
Komen saya seperti di atas sekali...”Wah...wanginya~”
Saya tidak nafikan memang wangi Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated sangat harum dan
istimewanya; harumannya bukan seperti haruman sabun yang lain, iaitu wangi,
lemon, wangi bunga, wangi yang macam-macam lagi.
Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated mempunyai bau yang sukar saya katakan, pokoknya
ia mempunyai haruman yang segar dan..sejuk.
Kain saya juga tidak ‘lemas’ seperti cucian dengna sabun
DAIA, atau keras sedikit seperti dengna sabun TOPS.
Kain saya ringan dan agak kembang. Saya kemudian cepat-cepat
mencari lapik bantal Ayman, maklumlah awal pagi tadi beliau bermimpi saya
menghantarnya masuk ke penjara yang berhantu lalu beliau pun takut untuk ke
tandas....Eh! tersasar pula cerita kita hahaha.
Bila saya menemui lapik bantal tersebut saya pun sedut
dalam-dalam...iya lah kalau masih ada bau kencing saya kenalah cuci semula kan.
Tetapi tidak, lapik bantal tersebut hanya mempunyai wangian Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated!
Saya bersyukur sebab mengambil keputusan untuk memilih
Shaklee, begitu juga berterima kasih kepada kawan yang telah memperkenalkannya
kepada saya J
Memikirkan dari segi kos pula, sebenarnya Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated memang
jimat.
Untuk Pemakaian Tiga Bulan :
Harga bagi TOPS untuk 2.5kg ialah : RM14.90 bagi pemakaian 1
bulan (1 cup setiap kali 1 cucian normal)
= RM44.7
Harga bagi DAIA untuk 2.5kg ialah : RM13 bagi pemakaian 1
bulan (1 cup setiap kali 1 cucian normal)
= RM39
Perbezaan kualiti sangat jauh jadi bagi anda?yang mana
pilihan lebih bijak?
TOPS dan DAIA ialah pengeluar pencuci kain sahaja (saya rasa
DAIA mungkin juga ada mengeluarkan produk pencuci pring) namun Shaklee juga
adalah jenama pengeluar produk kesihatan.
Kajian Shaklee telah berjalan selama 50 tahun dan masih berterusan
dan juga telah menelan 300 juta USD.
Bererti...beberapa ringgit extra yang kita perlu bayar untuk
mendapatkan Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated adalah untuk pembayaran pualangan kos kajian tersebut.
Tidakakah anda rasa bahawa keuntungan memilih Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated sangat lumayan?
Pada masa kini kita bukan hanya membayar extra untuk
mendapatkan kualiti yang baik tetapi kita membayar untuk ‘teknologi’ yang lebih
advance.
Oleh yang demikian bagi saya, saya akan terus memilik
Shaklee, ini kerana, sabun-sabun lain memiliki kandungan kimianya yang tinggi
dan menyebabkan ianya kurang sesuai untuk memcuci pakaian bayi kerana kulit
meraka yang masih lembut dan sangat bersih serta sensitive.
Dahulu ibu mertua saya hanya menggunakan sabun mandi untuk
mencuci pakaain anak-anak saya semasa berpantang, kita sedia maklum sabun mandi
tidak mengandungi kandungan kimia yang banyak kerana ianya digunakan pada kulit
manusia.
Tetapi, berbanding Shaklee, kajian dan eksperimen telah
dijalankan ke atas produknya yang memang menjurus kepada mesra alam sekitar dan
secara semulajadi, produk ini selamat digunakan pada pakaian bayi!
Ini berita baik buat saya kerana saya tidak perlu membeli
sabun pencuci bagi bayi yang juga boleh didapati di supermarket.
Ini bermaksud, kain baby nanti boleh dicampurkan sekali
dengan pakaian kami dan mudah bagi saya nanti semasa berpantang sendiri ^_^
Saya bukan sekadar promote tuan / puan tapi ini ialah
kenyataan. Saya juga hampir tidak percaya kerana sebelum ini kekangan bagi saya
untuk mencuba produk-produk sperti Shaklee dipengarui oleh cara pemikiran saya
yang asyik hendak murah saja.
Umum kita tahu Murah tidak bererti Kualiti.
Mahal bererti Kualiti...namun selepas penilaian saya ,
Shaklee tidak dikategorikan sebagai mahal atau murah...tetapi ianya ‘Berbaloi’
Berbanding jenama lain yang hangat dipasarkan di televisyen
dan Radio saya memilih Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated kerana saya sendiri telah mengalami
keisitimewaannya ^_^
Okeh, lepas ni saya nak cuba apa lagi ‘magik’ yang Shaklee
mampu hasilkan ^_^
No comments:
Post a Comment