Showing posts with label 901. Show all posts
Showing posts with label 901. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

Mahkamah memutuskan...

Ok sudah kompom.

Anwar Bebas ^_^

Allah lebih mengetahui, so jom kita hidup baik-baik saja..fitnah-fitnah ni hanya membawa ke Neraka okeh.
Ndak kisah siapa yang betul tapi...mari sama-sama jaga keamanan dan nama baik negara.

09/01/2012 9:45am

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa. – UTUSAN





Saturday, January 7, 2012

Syarat buat Perhimpunan 901


Ok...jangan lagi cakap kerajaan menghalang Peace Demonstration...
Berikut keratan daripada Bernama : 

Petang semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh membenarkan perhimpunan itu diadakan di tempat letak kereta di luar pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini.

Syarat yang patut dipatuhi ialah:
* Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.

* Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak membuat apa-apa perbuatan, membuat bising serta memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.

* Tempat perhimpunan yang dibenarkan ialah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

* Sekiranya kawasan itu sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan, peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan letak kereta mahkamah.

* Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan peserta perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan, jika perlu.

* Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh sejam selepas keputusan mahkamah diumumkan.

* Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan pihak polis dari semasa ke semasa demi menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

* Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut. – BERNAMA