Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Sunday, March 4, 2012

Sudah kumpul Aset.....?


Sedia kah kita untuk ke kubur saudara saudari ku?.....sobs sobs....
memang menyentuh perasaan...

adeh...macam mana la kita nanti....

Ya Allah lindungilah aku sepanjang hayat ku....

Lindungilah anak-anak ku dalam keberkatan Deen mu

Amin.

Sunday, February 12, 2012

Mencintai Allah.

Becoming religious or spiritual does not make you weak, sad or oppressed.
Bercanggah dengan popular belief bahawa semakin besar dugaan hidup kita, semakin Sayang Allah kepada kita.

Allah menyayangi kita tidak kira seberat mana dugaan hidup kita.
Kita semua manusia...semua sama...
Masing-masing melakukan kesilapan dan dosa saban hari.

Jadi janganlah jadikan alasan bahawa jika kita tidak diduga, Tuhan mengendahkan kita.
Dan menyebabkan kita jauh dari solat dan ibadah memandangkan keadaan hidup yang serba mudah.

Dan juga janganlah menganggap sekiranya hidup kita perit, kita sudah dijanjikan syurga.
Amal ibadah yang banyak jika diselaputi riak tidak akan diterima Allah.

Maka bersederhanalah.
Jangan pula menyangka sekiranya kita Cinta kepada Allah, Beribadah kepada Allah...maka hidup kita akan menjadi perit dan sukar.

Tidak.

Allah mencintai umatnya sama sahaja.
Tidaklah rugi orang-orang yang menyembah dan berharap kepadanya.

Janganlah membiarkan diri dirundung anggapan bahawa mencintai Allah akan membuatkan kita diberikan dugaan yang lebih besar.
Buanglah fikiran itu jauh-jauh.

Allah tidak akan menyeksakan umatnya.
Yang menyeksa hidup kita ialah Syaitan yang hidup dikalangan manusia yang lain.

Janganlah menyimpan dendam terhadap sesama kerana sesungguhnya sesiapa pun mampu digoda oleh Syaitan mahupun Jin.

Haruslah mampu memaafkan dan sekiranya boleh teruskan berkawan dengan orang yang menindas diri kita...jika tidak mampu elakkan diri dari selalu berkumpul dengan mereka dan mintalah Allah untuk memberi perlindungan setiap masa.

Forgive a person does not mean you have to love the person.
Forgive means you accept them but not letting them running all over your life.

Teruskan lah mencapai kebahagiaan dalam hidup.
Didalam Islam tidak dilarang sama sekali untuk mencapai kejayaan.

Mencintai Allah adalah mudah.
Teruskan berkata-kata indah seperti zikir dan beristighfar.
Malah mencintai Allah akan membuat segalanya mudah...disaat bencana, disaat dirundung masalah, disaat ditindas, disaat keliru, disaat sakit, disaat kecewa...
Segalanya akan lebih mudah jika kita Mencintai Allah.

Kerana Allah Maha Baik
Dan tidak ada segala sesuatu yang menyerupainya.






Tuesday, January 31, 2012

Tentera Thai @ Renjer yang Super-Bongok!

Sedap...jak minta maaf yerr....

Suka-suka jak tembak orang lepas tu tinggal kena buang negeri...itu jak?

Baik-baik orang pi sembahyang jenazah...durang pula jadi jenazah....punya kesian.

Lepas tu tinggal minta maaf?....ceh!

Pi sekolah lah...supaya jadi pandai sikit.

Jadi...sepa mo kac makan anak isteri durang?

Tentera?

Ceh!.....boleh mimpi...

Tertekan konon sebab pengkalan durang di serang sebelum tu...tertekan ka...lepas geram?

Ni mesti excited mo pakai senapang ni kan...

"apa guna aku kerja bawa sinapang kalau tidak dipakaikan hehe..."

itukah tu?

Cis...aku yang geram.

Tuesday, January 17, 2012

Banyak Anak...Mampukah?

Haa....ini pasal Anak.

Aku ada cerita dalam beberapa entri yang lalu pasal anak, pasal ibu...terutama dalam entri 'For that someone special'

Mak aku balik-balik tanya bila aku nak tambah anak.
Mak Mentua aku pun sama...
Kakak ipar aku pun akan tanya walaupun jarang-jarang dia jumpa aku.
Adik ipar aku pun sama...
Makcik suami aku pun ndak kurang rajinnya bertanya soalan ini.

Seolah ianya 'Question of the century'...if i live for a century long...

Ada masa aku jawab dengan bunyi menyeringai
atau bunyi kengiluan
atau senyum 'Poker Face' (maksudnya senyum ndak ikhlas la tu) pastu jawab suara pelan "nantilah"
atau ketawa tersengih-sengih and jawab "ntahlah..ko pula bila lagi hehe"
atau tersenyum kambing tanpa jawapan
atau jawapan straight 'weih...ndak lagi lah...lama lagi...tunggulah...tengoklah"

Orang cakap anak tu rezeki...tapi bagi aku itu duuuulllluuu...zaman 60'an,70-an...
Tapi sekarang kalau tinggal di bandar....banyak anak, mampukah?

Belanja sekolah
Belanja Dapur
Belanja leisure

Well...mungkin mampu tapi....itu cuma bahagian materialism...

Bagaimana pula spritualism?

Mampu kah?

Ada masa aku boleh jawab soalan 'Question of the Century' tersebut dengan sangat jujur.
"Aku ni garang...kuat teriak...kesian tu anak nanti..."

Betul.

Aku memang tegas. Kalau pasal mau ajar anak jangan kacau gas dapur sebab api bahaya, atau jangan main air terutama sumbat kepala dalam baldi penuh berisi air(cara permainan ni aku pun ndak tau dari mana anak aku dapat idea)aku akan menjerit sakan sampai tingkat bawah boleh dengar suara aku terpekik terlolong.

Jiran-jiran aku pun...to be honest : takut untuk tegur aku...anak-anak dia akan masuk ke dalam rumah mereka kalau nampak kelibat aku.

Jadi....sebab itulah aku...bukannya ndak mau,

Tapi....

Mampukah?

Dengan attitude ku yang sangat tegas dan kurang sabar.

Bolehkah aku menjadi ibu kepada 3 atau 5 atau 7 orang anak dengan baik?

Aku sendiri lahir dari keluarga 7 beradik...keluarga suami juga begitu...

Semua turn out ok kah?

To be Honest?...Tidak.

Risiko banyak anak ialah bila kita sudah ndak mampu untuk bagi perhatian yang adil dan sama rata untuk kesemua anak.

Aku sendiri pernah jadi saksi...bila ramai anak akan ada yang jadi orang baik-baik tapi akan ada anak yang terlepas pandang lalu jadi mereng.

Tidak dinafikan kenyataan ini...

So...kalau mau banyak anak ni...seseorang itu perlulah ada Kesabaran tahap Super Saiya.
Untuk semua anak dia, dia mesti bersikap adil.

Seperti teori aku sendiri :
Kalau anak seorang, dia dapat 100% perhatian dari parentsnya
Kalau kita ada 2 orang anak, masing-masing 50%
Kalau tiga orang anak 30% / 35% / 35%
Kalau 4 orang anak 25% seorang
Kalau 5 orang anak 20% seorang
Kalau 7 orang anak 14.285714 % seorang...

Notice tak semakin banyak...semakin kurang peratus perhatian si parents dapat beri kepada setiap anaknya...

Nak mendidik ni bukan setakat 14%.......geng....

Nak didik ilmu agama, didik ilmu pelajaran, didik ilmu moral, didik common sense, didik public relation, didik memasak, didik perilaku....banyak....

So...Mampukah?

Oleh sebab itu lah...aku bukannya ndak mau anak atau tolak rezeki.

Tapi aku kena berpijak pada bumi nyata...siapa diri aku, sejauh mana kemampuan dan komitmen ku secara jujur pada diri sendiri.

Di sini :  Ulama & Penjenayah Dibentuk Dari Rumah : Fikirkan Wahai Ibubapa 
Ada dikupas lebih lanjut tentang pentingnya perhatian ibubapa terhadap anak-anak.

Sesungguhnya memang banyak anak tu ada kelebihan bagi seorang wanita sebab setiap kali anak lahir...segala dosa yang telah dilakukan akan terhapus sejurus anak dilahirkan dari rahim....

Tetapi...

Adakah anda memiliki Kapasiti yang mencukupi?...hehe