Showing posts with label keputihan. Show all posts
Showing posts with label keputihan. Show all posts

Thursday, August 7, 2014

Kenali Alfalfa Shaklee

Ni lah pil yang super famous daripada Shaklee


sebut Alfalfa memang sinonim dengan Shaklee.

Apa kebaikan dia???

Ok...


  • Migrain
  • Keputihan
  • Kegemukan
  • Sakit Sendi
  • Kelesuan
  • Tekanan
  • Hot Flush(cepat rasa dalaman badan panas)
  • PMS
  • Arthritis
  • Eczema(penyakit kulit)
  • Asthma
  • Detoks
  • Masalah Kencing
  • Masalah Penghadaman
  • Sembelit
  • Kembung
Jika anda tak ada masalah seperti di atas...mungkin anda tak perlukan Alfalfa ^_^






Selain tu Alfalfa juga boleh meneutralkan asid dalam badan. Akibat asid yang berlebihan juga adalah punca sakit mudah keliru, semput, mengantuk, sakit kepala, kurang selera makan dan nafas berbau.
Alfalfa juga sangat penting bagi kaum lelaki dan wanita untuk menjaga keintiman suami isteri dan juga untuk menegangkan payudara. Ibu menyusukan juga sangat memerlukan Alfalfa kerana ianya boleh bertindak sebagai Milk Booster. 
Ibu berpantnag juga memerlukan Alfalfa untuk memulihkan urat-urat badan selepas bersalin.

Alfalfa sesuai untuk diambil oleh semua golongan umur tidak kira jantina dan usia.

Pendek kata Alfalfa wajib sentiasa ada di rumah bagi keperluan sesi keluarga...oh adakah anda tahu Alfalfa juga bertindak sebagai pil penahan sakit?....hah...tak payah lah beli panadol berketul-ketul lagi lah selepas ni ^_^




Tuesday, August 5, 2014

Stress & Pektay

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera~

amboi pembukaan yg sangat formal pula hehe...iya lah kan kita ni masih lagi dalam mode Raya2...memanglah sana sini kena formal kan datang rumah orang bertandang kenalah beradab hehe...

Hah...ini kalau datang rumah orang ni memang boleh jadi 'disastrous' jugak...especially yang melibatkan isu hygiene @ kebersihan...
Kalau setakat sebuah rumah saja x kisah lah..tapi kalau mau 10 rumah nak kena visit...fuhh~penat macam kerja OT juga tu hehe...
Balik rumah mesti mengampai : kombinasi penat + kenyang haha

Ok cerita raya then now cerita Shaklee hehe...
Hari ni cerita pasal Pektay.
Hah...tau apa tu Pektay?...eish kita orang perempuan ni memang tau sangat lah apa tu Pektay...
ada yang biasa2 saja ada pula yg sudah jadi musuh ketat! haha

Bagi pengalaman saya, kalau badan saya mula penat dan rasa panas...saya lebih mudah dapat Pektay atau Keputihan ni.
Dulu masa pregnant Mufi...fuihh memang dugaan berat masalah keputihan ni..sampaikan nurse yang periksa pintu rahim hari tu boleh cakap " mungkin ko ni lambat beranak sebab keputihan ko ni banyak...tebal di pintu rahim"

hmm...mungkin ada benarnya juga sebab saya mengandung Mufi 40 minggu plus 11 hari, nah ambekk kau haha..

Semasa dalam pantang tu saya sudah mengamalkan set bersalin Shaklee..Alhamdullilah, masalah Pektay saya hilang!
Ok...masing2 punya badan setiap apa yang kita makan akan memberi kesan yang berbeza. Bagi saya maslaah keputihan saya berkurangan dengan pengambilan 2 biji pagi dan malam Vitamin C.
Maknanya badan saya perlu stay hidrated setiap masa untuk mengelakkan hormon badan saya menghasilkan keputihan.

Penyebab Pektay ada banyak antaranya ialah Hormon dan yang ramai tak tahu ialah Stress!.



So! jangan stress2 kawan2...memang sebagai wanita ni macam2 benda boleh bikin kita stress, nak urus anak-anak, nak urus makan minum, rumah terbuka lagi, lepas tu nak bayar bil on time then anak lagi kurang sihat then trdengar lagi gossip2 time makan biskut raya...

Eh~memang senang sangat2 untuk kita jadi stress
Jadi untuk elakkan stress pun banyak caranya...kita boleh amalkan hidup sihat, Stay Positive, Zikir dan ambil supplement pun boleh juga.

Bulan ni bulan BEST...sebab Promo bulan Ogos ni ialah promo GLA Complex! Beli 6 Percuma 1!



Siapa perlukan GLA?...hmm...let's see..adakan anda seorang wanita?mak anda pun wanita, isteri anda, kakak anda...Anda pula seorang lelaki?
Eh, siapa cakap tak boleh?!...boleh sangat2 hehe sesuai untuk yang ada masalah kencing tak lancar.

Amalkan cara hidup Sihat!..selagi hayat dikandung badan ^_^

Sunday, March 16, 2014

False Labour


Assalamualaikum ^_^
Hari ini..genaplah saya megandung selama 40 minggu plus 5 hari.
Yah...saya telah overdue selama 5 hari.

Masih tiada rasa sakit tanda bersalin, sama ada contraction mahupun discharge.

Perasaan saya?
Tuhan saja yang tahu...

Pelbagai soalan bermain di fikiran saya...
Adakah kandungna saya selamat?
Perlukah saya tunggu lebih lama?
Apa yang perlu saya buat?

Mungkin...ini ialah dugaan Tuhan buat saya kerana secara naturalnya memang saya jenis orang yang tidak gemar menunggu.

Tuhan menduga saya untuk menunggu 5 hari ataupun lebih.

Sebelum ini saya sudah pernah pergi ke Hospital Likas iaitu pada 26 Feb yang lalu kerana terdapat blood spotting.
Selepas diperiksa rupanya ianya hanya mungkin disebabkan oleh kedudukan bayi yang berubah posisi menyebabkan sedikit darah keluar bersama lendir.
Saya kemudian dibenarkan pulang.

Kali kedua saya pergi ke Bilik Penilaian Hospital Likas ialah semalam.
Sejak beberapa hari baby kerap bergerak didalam perut sehingga saya beranggapan baby sudah merasa sesak dan kesempitan...
Bertambah-tambah lah kerisauan saya. Semasa normal checkup di klinik Ibu dan Anak Menggatal, Medical Officer yang bertugas menjelaskan air ketuban saya masih pada tahap selamat.
Memang kebiasaanya bagi kandungan yang melewati tarikh jangkaan bersalin akan sentiasa diperiksa jumlah air ketubannya untuk memastikan bayi masih selamat didalam perut.

Namun begitu, pergerakan baby saya sangat aktif seumpama beliau juga ingin keluar dan menggeliat ke kiri dan ke kanan.
Rasa kasihan pun ada...

Banyak orang berkata...mungkin baby rasa seronok dalam perut, atau mungkin baby belum mahu keluar atau mungkin baby itu dan ini...

Tapi saya rasa tidak patut meletakkan keputusan atau kenyataan belum bersalin ini adalah atas keinginan si bayi...

Saya lebih bersifat menyalahkan diri sendiri...bagi saya kebarangkalian saya belum bersalin mungkin disebabkan oleh badan saya yang terlalu kurus sejurus sebelum bersalin.
Bayangkan berat badan saya cuma 41kg daripada ideal 44kg. Saya juga kerap berjoging mungkin menyebabkan bahagian dalaman badan saya semakin fit atau sempit.

Sehingga semalam...doktor mengesahkan saya masih belum ada bukaan cm langsung.
40 minggu plus 5 hari...masih belum ada bukaan pintu rahim.
Agak menakutkan...tapi apakan daya...inilah dugaan saya.
Bercerita tentang pengalaman saya semalam, pada jam 10:45 saya terasa sedikit cecair keluar secara mengejut. Ini membuatkan saya menyangka ianya ialah air ketuban. Namun jika dipikirkan semula air ketuban akan keluar secara tiba-tiba tanpa rangsangan seperti ditolak, atau terjatuh atau tergelincir. Tetapi memandangkan saya sudah overdue 5 hari saya membuat keputusan untuk pergi sahaja ke hospital.

Sebelum merasa air tersebut keluar saya dan baby berada dalam kedudukan yg amat tidak selesa, baby bergerak tanpa henti sehingga membuatkan pundi kencing saya ngilu beberapa kali. Selepas 2 kali ke tandas saya cuba untuk baring, serentak dengan itu baby bergerak dan menggesel pundi kencing saya lalu cecair tersebut keluar.

Apabila saya memeriksanya, saya dapati baunya seperti bau najis bayi yang baru sebulan lahir (najis yang bewarna kehijauan). Bertambah lah kerisauan saya, sebab selama saya mengandung memang saya mengalami maslaah keputihan yang agak banyak..tetapi masuk trimester ketiga, keputihan tersebut tidak gatal lagi dan hanya dalam bentuk cecair dan bukan lendir.

Suami pun mengajak pergi ke hospital, pada masa itu sudah jam 11 malam. Syukur kali ini doktor yang bertugas ialah doktor yang agak lemah lembut...tidak seperti kali pertama saya ke bilik Penilaian dimana doktornya agak menjengkelkan sedikit...

Doktor pertama yang memeriksa ialah doktor lelaki dan seorang jururawat. Memandangkan aduan saya pada kali ini ialah berkaitan dengan air ketuban, mereka telah menggunakan ‘Speculum’ untuk memantau keadaan dalam rahim...Speculum ialah alat berbentuk seperti mulut itik yang panjang...benda tersebut dimasukkan kemudian di putar sehingga mencapai bukaan yang diinginkan kemudian dikekalkan bagi penganalisaan.


Komen yang saya dengar:
Doktor : “macam discharge saja kan”
Nurse: “ya...macam keputihan...banyak...”

Selepas diperiksa, saya terus bertanya kepada jururawat, beliau pun mengesahkan saya bukan pecah air ketuban tetapi keputihan saya terlalu banyak sehingga bahagian pintu rahim saya boleh kelihatan keputihan yang berkumpul. Saya terus bertanya adakah saya perlu mengambil ubat?beliau memberitahu ubat hanya diperlukan sekiranya terdapat kegatalan.

Saya masih diminta baring kerana doktor wanita yang merupakan senior pada malam itu ingin memeriksa saya sendiri.
Dan...untuk kedua kalinya mereka menggunakan spectulum...sakitnya cuma Tuhan yang tahu, saya hanya menutup mata dan saya rasa...mereka ada mengambil sampel..sama ada sampel air ketuban ataupun keputihan saya.
Selepas doktor wanita selesai menggunakan speculum, seperti yang saya jangka beliau akan memeriksa bukaan pintu rahim. Mulanya pergerakan beliau seperti biasa tetapi sejurus selepas itu saya rasa mungkin doktor  tu memasukkan seluruh genggaman tangannya kedalam pintu rahim saya...badan saya pun sampai terundur kebelakang.
Ada juga beliau cakap sorry huhu...

Saya tidak tahu apa yang doktor wanita tu buat tadi tapi mula dari situ saya asyik merasa sakit pada pintu rahim dan mula merasa contraction yang lebih kerap...saya suspek..beliau cuba merangsang untuk pintu rahim membuka sedikit.

Mungkin sebelum ini saya mungkin akan merasa marah sedikit tapi..memandangkan sudah lewat 5 hari...saya hanya mampu bersabar dengan apa jua yang bakal saya lalui.

Selepas pemeriksaan, doktor wanita menjelaskan bahawa saya perlu dimasukkan ke wad untuk dipantau sekiranya benar air ketuban saya pecah...dengan penuh budi bahasa saya menolak kerana mengikut pemeriksaan fizikal dan juga deria instinct saya sendiri ianya bukan air ketuban. Saya memberi alas an masih ada dua anak lagi di rumah yang perlu diurus untuk bersekolah esok. Beliau agak kurang setuju tetapi meminta saya faham bahawa selepas keluar dari bilik penilaian pihak doktor tidak mahu dipersalahkan dan membenarkan saya pulang.

Sepanjang perjalanan sakit di pintu rahim semakin menjadi-jadi. Tetapi adakah ianya mematahkan selera makan saya?..oh tidak, haha...saya sempat singgah kedai mamak makan mee hailam dan minum setin 100 plus pada jam 2 pagi hohohoh...

Pagi ini saya terbangun pada pukul 6:25 pagi, saya melihat sekeliling, Ayman dan Tara sudah tiada di katil, terkejut saya bukan main, suami yang tidur di tilam atas lantai masih lagi nyenyak, kelam kabut saya menyedarkan beliau...nah nasib baik kan saya tidak membuat keputusan ditahan dalam wad...kalau tidak, entah macam mana karangan saya nanti untuk menulis surat tunjuk sebab
Ayman tidak turun sekolah.

So...pada masa ini saya ada mengalami sedikit contraction yang datang dan pergi..masih meneruskan aktiviti biasa seperti menyapu, mencuci kain, menjemur...
Saya sangat berharap baby saya lahir dengan berbintang Pisces hehe...seperti Tara juga dulu saya mengharapkan beliau berbintang Scorpio...namun perancangan Tuhan itu sentiasa kena pada baiknya...jika anak saya lahir berbintang Aries, saya redha...bapa saya juga berbintang Aries J..

Tarikh 21 Mac permulaan bagi horoskop berbintang Aries, tarikh itu jugalah yang telah ditetapkan untuk saya di ‘induce’ iaitu diberikan ubat untuk pembukaan pintu rahim (secara paksa)...apakan daya...

Siapa sangka pengalaman mengandung anak ketiga ini memberikan saya pengalaman yang baru dan sangat menduga. Mungkin ini ialah didikan dari Tuhan supaya saya belajar menunggu dengan sabar dan sentiasa bertawakkal.

Seperti dalam buku ‘Mudahnya Mencari Rezeki-Fathuri Salehuddin’ –Benarlah kita kena usaha, tetapi rezeki itu dari Tuhan- maknanya kita memang mesti rajin berusaha tetapi Tuhan telah menetapkan kejadian akan tiap-tiap sesuatu.

Sekian saja entri pada kali ini, harapan saya...masih kuat iaitu untuk melahirkan baby secara normal tanpa perlu ubat ataupun pembedahan.
Kerana saya percaya nikmat menjadi seorang ibu dicapai menerusi kesakitan yang amat sangat dan dasyhat semasa melahirkan bayi dari perut dan berbaloilah dengan lahirnya si bayi begitu juga lah perumpamaan lahirnya si ibu semula dimana dosa-dosa kecilnya diampunkan oleh Tuhan.

Amin~