Showing posts with label makanan tambahan kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label makanan tambahan kanak-kanak. Show all posts

Monday, July 7, 2014

Ibu oh Ibu

Pagi ni...saya bermula dengan rasa perjuangan yang sangat...

Walaupun sudah berjumpa pakar, tidak semestinya keadaan anak kita akan sembuh seperti Magik. Semua hal dalam hidup juga begitu segalanya memerlukan proses.

Paling penting ialah kita kuatkan hati dan kawal perasaan, set minda untuk sentiasa melihat dan merasa yang positif. In Shaa Allah dipermudahkan.


Mufi lebih lemah dari biasa, walaupun bangun lewat, dia kerap terlelap...bukan kerana mengantuk tetapi kerana penat. Dia seakan tidak bermaya...

Sebagai Ibu...memang luluh hati melihat anak yang sakit.
Perasaan tu memang sukar digambarkan...hanya terlihat dari air mata yang menitis...
Seharusnya Ibu lah  yang paling pakar dalam menepati keperluan anak.
Bila seorang wanita menjadi Ibu...segala yang dilakukannya adalah untuk mencapai yang terbaik untuk anak-anaknya...

Namun, saya meyakinkan diri...bahawa ini adalah cara untuk Tuhan menduga kita untuk lebih bertawakkal kepadaNya.

Mufi masih boleh ketawa bila saya bergurau dengannya...Harapan saya keadaannya akan bertambah pulih hari ini.

Sehingga itu saya mesti melalui hari-hari saya dengan hati yang KUAT sampai Mufi berumur satu tahun dan start bagi dia Shaklee ♥ ^_^


Immune Booster
Meningkatkan Sistem Imunisasi Badan.
Organ yang paling mudah dijangkiti kuman ialah hidung, mulut dan mata. 
Nutriferon menggalakkan interferon semulajadi badan dan menguatkan tindak balas imunisasi badan.
Interferon ialah protein yang dibina dan dibebaskan oleh sel hos badan sebagai respon sekiranya virus, bacteria, parasit dan sel tumor wujud. Ianya menggalakan komunikasi diantara sel untuk menjana pertahanan sistem imunisasi tubuh badan.

Mengelakkan Jangkitan

Pengambilan vitamin C secara kunyah adalah amat disyorkan kerana ianya lebih mudah diserap kedalam usus kecil. Tambahan lagi aktiviti anak-anak sangat aktif yang menyebabkan mereka lupa minum air.
Vitamin C SANGAT PENTING untuk pembentukan gigi, tulang dan gusi yang sihat serta membantu pembentukan kolagen untuk kulit yang cantik. 
Kanak-kanak kan suka makan gula-gula yang merosakkan gigi dan mudah tercedera semasa bermain menyebabkan luka-luka pada kulit.

Tumbesaran Sihat
Nutrisi lengkap bersamaan 24 jenis vitamin dan mineral.
Memudahkan anak membuang air besar, rasa yang sangat sedap dan meningkatkan selera makan serta membantu detoksifikasi membuang lebihan lemak dan sisa kotoran dari usus.

Mudah-mudahan dipermudahkan buat saya dan Mufi ^_^

Saturday, May 3, 2014

Nak jadi Ibu yang baik...

senang tak?
haa...itu soalan yang setiap orang ibu kena pikir jawapannya..

Hakikatnya bukan senang...nak jadi Ibu yang baik memang bukan senang...
Terdahulu kita pastikan dulu apa konsep ibu yang baik :


  • Siang malam kerja untuk sediakan perbelanjaan yang cukup buat anak2?
  • duduk di rumah, jaga keperluan dan kebajikan anak-anak
  • mendidik pembelajaran anak-anak?
  • menjaga anak sepenuh masa, waktu sakit, di sekolah dan sebagainya?
  • menghantar anak ke sekolah yang mahal untuk pendidikan lebih berkualiti?
banyak lagi...listnya memang tak akan habis hari ni...

Bagi saya secara peribadi, konsep ibu yang baik adalah yang sangat melindungi anaknya...macam saya, kalau ada budak-budak lain yang saya nampak buli anak saya..haa alamatnya berasap lah telinga saya hahah...pernah sekali kami melawat keluarga mentua, kanak-kanak jiran sebelah dia tu nakal agak melampau  rasanya sebab bila Ayman bermain dengan dia, dipukulnya pula pakai ranting kayu...Ayman datang pada saya menangis-nangis, masa tu belum pandai cakap lagi, da cuma tunjuk kaki dia yang merah lebam.

Apa lagi saya si Mama Bear naik hangin haha...saya buat apa?...saya kejar budak tu sampai pintu depan rumah dia. Bawa ranting sekali hahahaha....

Ayman masa zaman 'glamer'

So, setiap orang punya konsep tersendiri untuk menjadi ibu yang baik.
Itu pendapat masing-masing...dan banyak cara sebenarnya.
Tetapi apa yang paling utama ialah untuk menjadi ibu yang baik : Kita akan sentiasa ingin berikan yang terbaik buat anak-anak kita.
Terbaik dari segi pendidikan, terbaik dari segi kesihatan, terbaik dari segi pemakaian, terbaik dari segi pemakanan.

Jadi apa cara yang terbaik untuk pendidikan?..kita boleh hantar anak kita ke sekolah swasta atau sekolah yang bereputasi baik. 
Untuk Kesihatan?...kita boleh bagi supplement bagi mengingkatkan Iq dan membekalkan nutrient lengkap
Untuk Pemakaian?...haa...tak lama lagi RAYA Aidilfitri...bolehlah mula survey2 jenis kain iyer~
Untuk Pemakanan?...ini, cara yang paling mudah sebenarnya, bila ke pasar tu...tak kisahlah kalau ambik masa berjam-jam pilih ikan kembung tu hehe, yang penting mata ikan tu masih cerah, insang dia merah menyala~

Yang penting kita sudah pasang niat...Nak jadi Ibu yang baik...dan In Shaa Allah setiap tindakan yang kita ambil selepas tu semuanya adalah untuk yang terbaik buat anak-anak ^_^

'throwback' tahun 2009 ^_^