Showing posts with label Ceupacs. Show all posts
Showing posts with label Ceupacs. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

13% pun....13% lah..from SBPA now back to the beloved SSM hehe...

nah....Penantian kita sudah sampai ke hujungnya.

SBPA di...BATAL kan.

Yay!

So we all revert back to our beloved SSM.

Ini part paling best....kalau back to SSM aku turut gembira kerana SSM applied for contract and part-time staff!

So...jika benar akan ada kenaikan gaji as much as 13% dari gred bawah hingga 54.

kekeke....aku merasa naik gaji?fuuuyooo hehe...

Tapi ingat.....pilihanrayanya bulan Jun yah bapak-bapak dan ibu-ibu ^_^

Thursday, January 19, 2012

Update : SBPA


At the moment semua put on hold sebab SBPA disemak semula dan sudah ada jawatankuasa khas untuk membuat semakan teliti.

Wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga memohon untuk dilibatkan di dalam pasukan khas bagi membuat semakan menyeluruh.

Pasukan Khas terdiri daripada : Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan presiden Cuepacs serta pegawai kementerian berkaitan serta diberi tempoh dua bulan untuk menjalankan semakan semula SBPA dan semakan berakhir pada 15 April 2012.

Kenaikan gaji juga akan ditunda sehingga April...(bawak bersabar teman-teman hehe)

Markah lulus untuk mendapat kenaikan gaji diturunkan dari 75% kepada 65%

Namun begitu harus diingat bahawa wujudnya Dasar Pemisah iaitu jika markah kakitangan jatuh pada 60% maka beliau digolongkan dalam kumpulan : Exit Policy dan....dihantar keluar pintu dalam jangkamasa 6 bulan hingga 12 bulan...ada paham?hehe...nah rajin-rajin kerja serta angkat kaki boss keke...ndak salah ba tu....sudah namanya cari makan...buatlah cara yang betul...tapi kalau sampai angkat kaki boss sampai lebih tinggi dari kepala dia kes parah sudah tu...angkat sampai paras lutut jak la yeeerrr hehe....

Walaubagaimanapun jumlah kenaikan gaji bergantung kepada jumlah markah.

Umur pencen juga ialah 58-60 tahun.Tapi...kalau ndak larat....bulih juga retire awal hehe...


Friday, January 13, 2012

Terkini : SBPA -Semakan Semula!

Semak Semula!
Berita baik kepada penjawat awam.

Mungkin isu ini telah bersawang dalam fikiran anda sejak sebulan yang lalu.

Jangan risau!PM telah mengumumkan bahawa SBPA akan disemak semula.Keputusan dibuat setelah Jemaah Menteri membuat perbincangan dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan akhirnya memutuskan untuk membuat semakan semula.

Setelah selesai semakan SBPA akan berkuatkuasa mengikut tarikh asal iaitu pada 1 Januari 2012.

Walaubagaimanapun semakan tidak merangkumi perkara umur untuk berpencen iaitu 60 tahun. Ini bermakan SBPA akan tetap melanjutkan tempoh persaraan selewat umur 60 tahun.

^_^

Wednesday, December 21, 2011

Laporan mengenai SBPA pada 22 Disember 2011


Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - Omar Osman

22/12/2011 12:53pm

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.
Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN

Terkini : SBPA

...DITANGGUHKAN!

Selepas cadangan Presiden CUEPACS untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA, akhirnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi persetujuan.

Ini kerana Presiden CUEPACS mahu semua penjawat awam untuk mendapat maklumat yang TEPAT sebelum menurunkan tandatangan.

Perdana Menteri juga bersetuju untuk Skim tersebut dirunding semula.

^_^...penjawat awam boleh tidur and tenang sedikit lepas ni okeh!