Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

Ma own macaroni cheese


Semudah....

Pasta Macaroni San Remo sebungkus
Butter Daisy
Bawang Putih
Tomato paste Ayam Brand
Sosej Cheese Wise
Serbuk herba McCormick

Cara-cara

Bahan A
Panaskan air sampai mendidih
Masukkan pasta simpan garam sesukup rasa
Tos dan bilas pakai air sejuk (maksudnya air paip la bah tu)

Bahan B
cincang-cincang bawang putih (lagi banyak lagi wangi)
panaskan butter
tumis bawang
masuk kan tomato paste
masukkan sosej
masukkan pasta
gaul-gaul
letak herba(banyak-banyak...jangan seja sampai habis tu botol kecil yah...mahal baitu)

Hidang time berasap-asap.

Anyway...inilah resipi pasta yang laki dan anak sa berani cakap sedap hehe...

Saturday, February 25, 2012

Person of interest No. 2

Ini ialah Chef Rose Weiss.
Pengacara rancangan Selera Tv3


Beliau ialah Chef masakan Inggeris 

  
dan juga seorang Biker!

Memang semart style memasak dia!

Wednesday, February 22, 2012

Kuih Sedap!

Dulu masa aku habis SPM, aku keja di syarikat Kontraktor...dekat office ada sebuah restoran Chinese yang serve nasi lemak yang super sedap...selain tu dia juga ada jual sejenis kuih yang aku ndak pernah lagi jumpa dimana-mana. Ianya juga ejen penggemuk aku pada waktu itu.

Itu about 13 tahun lalu...yesterday tengah jalan-jalan di Wisma Merdeka aku terjumpa akhirnya...


Dan sebenarnya aku pun ndak tau namanya...
Tapi diperbuat dari telur (yang banyak...sebab rasanya memang pekat rasa telur) dan butter...pastu gula...suma ajen penggemukan dan kolestrol hehe...

Lepas tu aku Google...rupanya nama sebenarnya ialah Egg puff atau Hong Kong style Egg puff atau pun Shanghai Egg Puff.

Nah...ini rupa internationalnya hehe




Thursday, December 15, 2011

Fakta 'Semart' mengenai bawang

Selain daripada dia top dalam cerita lagenda ianya juga paling sedap kalau di goreng kering dan dicampur ke dalam soto ayam ataupun bakso...

Bawang ialah aset penting dalam masakan, kalau stail aku masak lagi,bawang merah mesti ada kalau tidak aku mogok pada suami untuk tidak masak(sebenarnya lebih kepada alasan untuk tidak masak).

Asal masak mesti hiris bawang merah dulu padahal...rasa bawang itu tidaklah begitu memberi perisa yang sangat kencang pada makanan.

Tetapi adakah anda tahu kenapa asal kaum ibu-ibu dan wanita-wanita menyibukkan diri di dapur untuk memotong bawang merah...mesti keluar air mata umpama kesiwa ditinggalkan kekasih hati...ada tu lagi sandi sampai ndak bulih buka mata lepas tu cepat-cepat siram mata dengan air paip. Ini termasuk juga bawang besar...

Seriously aku pernah fikir aku akan jadi buta,time tu kenduri...memandangkan aku teda aura-aura cun masak aku ditugaskan mengupas dan menghiris bawang.....Iiiitu seja kerja ku, bila pedas sampai ke mata ku...punya pedas ndak ketahanan sampai aku yakin kompom jadi buta lepas ni.

Jadi aku pun tertanya-tanya kenapa bawang begitu membenci mata kita?walau macam mana jauh pun kita jarakkan mata dari acara pemotongan dan penghirisan, mata tetap pedas punya.
Kadang-kadang aku terpikir, mungkin jus bawang tersebut terpercik di mata kita namun penjelasannya lebih saintifik dari itu.

Apabila kita potong bawang ni, ianya akan mengakibatkan sejenis enzim memecahkan asid amino yang kemudian membentuk asid sulphenik yang seterusnya disusun oleh sejenis enzim yang lain dan akhirnya menghasilkan sejenis GAS yang rawak dipanggil LF. LF kemudian dilepaskan ke udara seterusnya sampai ke mata dan akan mengaktifkan neuron rasa dan memberikan kesan pedih. Air mata kemudian terhasil untuk mencairkan dan mem’pam’ kepedihan tersebut.

Nah...jadi lain kali kalau mo potong bawang, sedia basahkan mata dulu supaya dia umpama jadi pelapis mata dari gas yang ganas tersebut. Juga lepas kupas bawang rendam dulu dalam air sebelum potong,boleh juga simpan didalam peti sejuk dulu.
Ataupun jangan potong akarnya sebab disitulah terkumpulnya segala enzim. Gunakan pisau yang sangat tajam dan lakukan hirisan yang sangat tipis-tipis juga boleh mengelakkankan pemecahan enzim cik bawang dan lakukanlah aktiviti penghirisan berdekatan kipas.

Ataupun bolehlah juga menggunakan goggles swimming pool anak anda.
Nah...teman-teman hasil daripada tips-tips di atas semoga selepas ini mata anda akan jadi lebih tenang dan comel ketika menghiris Cik bawang ^_^