Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Wednesday, August 13, 2014

PMS(Pre-menstrual Syndrome) dan Saya



I have a very NASTY PMS...

Kadang-kadang dua minggu sebelum Period saya sudah mula moody. Kejap marah, kejap aman damai, kejap tak kisah kejap lagi meroyan haha...

Ok, apa itu PMS?
PMS ialah Pre-Menstrual Syndrome. jangan terkejut kalau masih ramai lagi yang tak tahu apa itu PMS.

Secara saintifiknya PMS ialah perubahan hormon yang terjadi pada badan wanita semasa sistem tubuhnya menghasilkan telur (ovum).
Dalam proses ini perubahan hormon menyebabkan suhu badan meningkat dan penghidap akan mula merasa cepat panas,sensitif dan stress. 
Suhu badan ini sukar dijangka dan boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang menjelang haid dan mula kembali normal pada hari pertama haid atau beberapa hari semasa haid.
Tekanan darah juga mula naik dan turun ; salah satu penyebab sikap marah-marah
Pada waktu itu, sesetengah bahan kimia mula diperlukan dalam jumlah lebih banyak dari normal kerana sistem badan mula menggunakannya dengan jumlah yang lebih dari biasa. 
Badan kita lebih memerlukan Iron, magnesium, calcium, and vitamin B6 dalam jumlah yang lebih banyak untuk menampung penghasilan bahan kimia yang diperlukan badan dalam penghasilan ovum.
Iron ialah untuk membawa oksigen kedalam darah mengurangkan rasa penat
Magnesium sangat penting kerana magnesium ialah kimia yang boleh mengawal tekanan darah dari naik mendadak justeru membantutkan kesan stress pada tubuh
Calcium ialah untuk ketahanan badan dan tulang
Vitamin B6 pula ialah untuk  merembeskan kimia Serotonin yang mampu mempengaruhi mood juga lebih dikenali sebagai 'natural anti-depressant'

Perlu diingat memang tidak semua wanita akan mengalami PMS dan kebiasaanya wanita yang kurang mengalami PMS ialah wanita yang mempunyai kitaran haid yang jarang....maknanya, wanita yang mengalami PMS ialah wanita yang subur ^_^

Tidak dinafikan PMS ialah masalah wanita yang paling menggangu kehidupan harian. Mana tidaknya...setiap bulan pasti akan ada isu-isu yang menyebabkan rasa sedih, marah, kecewa dan tertekan.
Ini mampu menyebabkan self-esteem wanita tersebut akan semakin berkurangan.


Sebagai contoh...diri saya sendiri.
Setiap bulan saya pasti akan meroyan haha...bila saya minta nasihat, saya diminta untuk menjaga pemakanan dan kurangkan makanan berminyak dan mengamalkan bacaan Manzil.
Selain itu saya juga mula mengamalkan pemakanan yang sihat dan memastikan saya minum 3 liter air setiap hari.
Saya juga mengamalkan pemakanan seperti dibawah menjelang musim period saya :

Susu - Calcium
Ikan Basung/Spesis Sardin-Omega 3, calcium
Pisang-B6
Oatmeal-B6
Kuaci & kekacang - Magnesium
Nanas - Manganese(boost Serotonin (anti-depressant))

Avocado
Kacang Gajus
Chamomile Tea
Dark Chocolate / Coklat Hitam @ Pahit
Bawang Putih (bukan bergoreng)
Green Tea
Oranges
Sayur Bayam / spesis Spinach

Namun begitu...cara hidup saya kini sentiasa dalam kesibukkan menguruskan anak, menyiapkan kerja-kerja dirumah, menjalankan tugas dipejabat dan sebagainya.
Selain itu juga memamg sukar untuk mendapatkan kandungan vitamin seperti di atas dalam kadar yang cukup sesuai dengna keperluan tubuh

Sebab itulah cara paling mudah untuk menangani masalah PMS ialah dengan mengambil GLA Complex. Kajian makmal Shaklee telah dijalankan selama 50 tahun untuk menepati jumlah vitamin yang paling sesuai dan cukup untuk tubuh iaitu hanya 1 kapsul dalam sehari.


GLA ialah Gamma Linolenic Acid yang diperolehi daripada tumbuhan bergelar Borage. Ianya telah digunakan secara turun temurun untuk penawar : 
  • sakit senggugut, 
  • ekzema, 
  • sakit sengal pada buah dada, 
  • membantu keseimbangan hormon 
  • Mengurankan ketidakselesaan semasa menopause
  • menghalang komplikasi Diabetes
  • menggalakan kulit sihat terutama pada wajah
  • meningkatkan kesuburan



So...jangan stress2 lepas ni hehe...
Ingat...ada beberapa perkara yang membuatkan kita gagal dalam hidup disebabkan oleh sikap Negatif diri sendiri...

Tetapi ada kalanya disebabkan oleh perubahan kimia didalam badan yang akhirnya mempengaruhi mood kita.
Oleh itu, kita mesti berusaha menjaga kesihatan tubuh samada luar danb dalam demi memastikan kita dapat menjalani kehidupan dengan sebaiknya.

Monday, March 10, 2014

Apa itu??? Shaklee Energized Soy Protein Isolate Powder

Belum Cuba belum Tahu~
Inilah komen yang saya akan beri bila kawan-kawan bertanya tentang Shaklee Energizing Soya Protein Isolated Powder.

Sebagai permulaan biarlah saya huraikan dulu kepentingan PROTEIN dalam badan kita :

Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita sendiri terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibodi, enzim, hormon, haemoglobin dan sel-sel.
Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua
Bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru dan menggantikan tisu-tisu badan yang lama dan tua dengan tisu-tisu yang baru.

Keistimewaan ESP Shaklee berbanding produk soya yang lain pula ialah :

Ianya merupakan sumber protein yang lengkap dengan 9 amino asid penting yang TIDAK boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Berasaskan tumbuhan non-GMO soya yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolestrol dan terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif, disamping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon sempurna. Ianya juga membantu mengekalkan paras gula normal dalam darah oleh itu sangat sesuai bagi pesakit Diabetes. Kandungan lemak dalam ESP pula sangat minimum iaitu 1gm dan TANPA laktosa dimana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus kedalam darah menjadikanya sangat sesuai bagi individu yang mempunyai maslaah penghadaman produk-produk susu yang biasa.

Paling penting ialah ianya TIADA perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet. Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gm Karbohidrat untuk tenaga dan saaaangaat sedap.
Kelebihan juga ialah ianya ESP menjadikan kulit muka Cantik, Halus, Gebu dan Berseri. Membantu menghilangkan parut Jerawat di muka, memberikan tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih. Menggantikan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.

Ianya juga membuatkan kita Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolestrol dan menyokong kesihatan Jantung dan Prostat.

ESP jika diambil bersama supplement-supplement lain akan membantu penyerapan yang lebih baik semua supplement yang kita ambil, cepat menyerap dan kesan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambil bersama ESP.

Kesimpulannnya  ESP soya protein terbaik dengan membekalkan 9 asid amino penting untuk pertumbuhan sel, membantu penyerapan lebih baik semua supplement dan memberi kesan optimum dan cepat berbanding tidak mengambilnya dan sangat sedappp.

Ini bererti...jika kita ambil vitamin banyak-banyak pun tiada maknanya sekiranya sel-sel badan tidak elok.


So, siapakah yang sesuai ambil Shaklee ESP ini?...Banyak....cuba kita tengok satu-persatu hehe...


- Bagi orang yang selalu tidur lewat kerana assignment seperti pelajar, ibu yang menyusukan anak atau bapa yang menjaga anak, individu yang berkerjaya tinggi.
-Bagi orang yang inginkan awet muda dan agen anti-penuaan terutama kaum wanita tak kira dewasa atau remaja.
-Bagi orang yang memerlukan tenaga berpanjangan seperti atlet, bekerja lebih masa, ibu berkerjaya, ahli perniagaan
-Bagi orang yang ingin memperbaiki hormon terutamanya hormon reproduksi dan juga mengekang hormon stress daripada berkembang
-Bagi orang yang baru selesai menjalani pembedahan kerana ianya merangsang pembentukan semula otot dan kulit
-Bagi orang yang baru mengalami kecederaan kerana ianya mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam dan parut
-Bagi orang yang mengalami masalah rambut beruban dan gugur
-Bagi orang yang mengalami masalah berkaitan kuku, darah, organ,gland.
-Bagi orang yang susah tidur malam kerana ianya mencegah insomnia
-Bagi mereka yang mengalami masalah kulit kerana ianya membaiki pigmentasi
-Bagi mereka yang menginginka zuriat kerana ianya mendorong seksual dan rangsangan
-Bagi orang yang inginkan wajah yang ceria kerana ianya mengurangkan kedutan
-Bagi orang yang akan atau sedang menghadapi peperiksaan kerana ianya membaiki memori dan fokus
-Bagi orang yang mempunyai kerjaya yang sibuk dan aktif kerana ianya mencegah tekanan
-Bagi penghidap migrain
-Bagi orang lelaki kerana ianya mampu membantu mengelakkan prostat
-Bagi orang yang aktif bersukan kerana ianya mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot
-Bagi orang yang mengalami kolestrol tinggi kerana ianya membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoperosis dan sakit jantung
-Bagi orang yang ingin mengawal berat badan - rasa kenyang lebih lama
-Bagi ibu mengandung kerana membantu mengurangkan rasa kebas dan kejang ketika hamil
-Bagi JANIN : membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan, membina placenta dan mencantikkan kulit bayi
-Bagi orang yang sedang berpuasa kerana ianya memberi tenaga berpanjangan
-Bagi pesakit Diabetes keran indeks glisemik rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras gula dalam darah
-Bagi ibu menyusukan anak kerana membantu pengeluaran susu badan

Nah...1001 kesesuaian untuk pelbagai jenis individu...termasuk Janin!
Hebatkan Shaklee ESP ^_^

Tambahan lagi sepanjang bulan Mac ini terdapat promosi beli 6 tin, PERCUMA 1 tin!
So tunggu apa lagi?

Sharinglah kepada kawan-kawan yang nak kurus, nak cantik, nak sihat.
Sedekahkanlah kepada ibu-bapa yang bermasalah Diabetes, Kolestrol, rambut gugur @ beruban
Belanjakanlah pada isteri yang sedang sarat mengandung atau menyusukan anak
Hadiahkanlah kepada ahli keluarga yang baru kahwin dan tengah berusaha untuk dapatkan zuriat
Belikanlah untuk para suami yang kuat bekerja untuk menampung kehidupan keluarga
Dermakanlah pada adik beradik yang akan menduduki peperiksaan dan sedang sibuk menyiapkan assignment.

Bah panjang lebar entri kali inikan!Tapi padat dengan maklumat, sebenarnya banyak lagi keistimewaan Shaklee ESP ni, macam tak cukup typing lagi hehe...
Antara testimoni saya sendiri saya kongsikan pada entri blog seperti berikut :
Testimoni : ESP Soy Protein Isolate Powder
Testimoni : ESP Soy Protein Isolate Powder [Part 2]

Tapi jangan risau, jika nak tahu lebih lanjut, bolehlah contact saya secara terus di nombor : 010 586 5424.
Dengan izin Tuhan saya sedia membantu ^_^


Wednesday, February 19, 2014

Testimoni : Shaklee Chewable Vita-C Plus

Sejurus saja Tara memasukkan tablet dalam mulut, beliau tersenyum lebar.
"Mamy!Sedap!" sambil menunjuk-nunjuk ibu jari.

Tetapi selang beberapa minit, air muka beliau berubah...
Berkedut-kedut,
Ayman pun ikut komplen

"Mamy, Tara cakap rasa dia lain"

Saya pun bertanya tuan punya badan.

"Tara, ko kenapa?" -->(jangan tiru cara dialog ini, ini mama beruang sedang bercakap ahaha)

Beliau pun menjawab sambil menekup mulut
"Mamy....Masam"

Apa lagi si ibu. Mulailah berceramah

"Ayman, Tara. Gigit dan Telan.
Kamu tau kah, Yang Sedap itu Penyakit ; Yang Kurang Sedap itu Sihat.
Samalah juga, Yang Senang itu Rugi ; Yang Susah itu Untung"

Berikut ialah dialog spontan dari si Ibu Beruang.

Apa lagi, Bapa Beruang yang baru kena suap Sustained Released Vita-C Plus pun cepat-cepat menyampuk(mungkin tersindir atas bait pantun kedua si Ibu Beruang hehehe)
"Gigit lepas tu telan saja Ayman, Tara-Dady tadi pun telan seja tadi"
Mungkin juga komen beliau adalah untuk mengelakkan ceramah menjadi berpanjangan hahaha...

Secara jujur tuan / puan, Apa kita rasa masa makan ubi kentang goreng dan burger?
Hampir semua orang suka kan.(Termasuk saya sendiri hehehe)
Kita juga maklum makanan segera sangat kurang dengan nutrient malah mengandungi banyak lemak yang boleh menyebabkan kanser.

Begitulah juga demikiannya tuan / puan

Adakah rasa bawang putih sedap sesedapnya?
Tidak....malah baunya juga meloyakan
Tetapi adakah anda tahu ianya :
  • Mengurangkan risiko Strok
  • Mengurangkan risiko Kanser
  • Anti Bakteria dan Anti virus
  • Anti inflamasi(penyakit Asma)
  • Mengandungi banyak iodin
  • Membantu sistem pencernaan
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh
Oleh yang demikian tuan / puan, setiap yang kita lakukan pasti ada kesannya. Marilah kita mengambil iktibar dari ayat dalam Surah Al Baqarah :

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Harapan saya sendiri anak saya akan membiasakan diri dengan konsep pemikiran  : yang manis itu tidak semestinya gula malah racun, yang pahit itu tidak semestinya buruk malah penawar ^_^

Petua untuk Rambut Gugur

Menjelang kandungan mencecah 9 bulan setengah, saya mulai cuba mengingati pengalaman-pengalaman selepas mengandung pada 2 anak yang terdahulu.

Saya juga cuba membayangkan secara positif bahawa badan saya akan kembali kepada normal saiz lalu dapat muat semula pada pakaian-pakaian saya semasa 9 bulan yang lalu hehe...

Tetapi, antara memori yang paling saya ingat ialah : Rambut Gugur.
Namun saya tidak ingat adakah pada anak pertama atau kedua, yang pastinya sampai pada suatu masa saya boleh mengumpul segenggam rambut saya semasa menyapu rumah.
Pernah juga saya hanya perlu menyikat rambut saya menggunakan jari dan setiap sisip jari akan melekat rambut.
Sewaktu mencuci rambut juga waktu yang agak menakutkan kerana lubang tempat air mengalir pasti tersumbat kerana rambut gugur.

Saya sehinggakan Trauma untuk mencuci rambut. Pada waktu itu, saya tidak sedar akan kepentingan menjaga kesihatan, cara hidup yang sibuk sewaktu berkerja di industri pelancungan menyebabkan saya tidak ambil kisah.

So, apa jalan penyelesaian saya pada waktu itu?selepas bertanyakan kepada kawan-kawan dan keluarga, mereka menasihatkan saya untuk memotong rambut sehingga pendek.

Mungkin ada logiknya juga...sebab bila rambut pendek=kurang graviti. Maksudnya tidak berat dan jika akar rambut lemah (penyebab rambut gugur) maka rambut boleh kekal di atas kepala.

Pada waktu itu, masalah saya dapat diselesaikan, tetapi rambut saya tidak setebal dulu lagi sehingga sekarang. Walhal saya sudah mula membayangkan bagaimana wajah saya jika botak huhuh....

Syukur bagi saya, mungkin juga masalah saya tidak serius, lagipun saya cepat mengambil tindakan.

Tetapi ada teman lain yang sedang mengalami nasib yang sama, cuma masalah beliau agak serius kerana selepas memotong rambut hingga pendek rambut beliau tetap gugur dan mulai menampakkan kebotakan.

Rambut saya secara semulajadi tebal mungkin sebab itu dengan mengguntingnya saya dapat mengurangkan masalah keguguran rambut saya dahulu.
Tetapi rambut kawan saya secara semulajadi jenis yang nipis...

Saya telah mencadangkan beliau untuk mengambil Protein dan Zinc. Ini kerana, protein ialah sumber pembentukan gigi, tulang, kuku dan rambut. Zinc pula ialah Zat besi yang mampu menguatkan gigi, tulang, kuku serta rambut.

Saya terasa sedih juga bila mendengar cerita beliau, sebab jika saya ditempat dia pasti perkara itu sangat menakutkan. Rambutkan mahkota kaum wanita.

Beliau ada menyuarakan untuk mendapatkan rawatan Yun Nam hair care. Tetapi kita maklum rawatan sebegitu sangat mahal. Mungkin menjanjikan hasil yang berkesan, tetapi selain dari merawat rambut gugur secara luaran...adakah ianya melindungi tubuh badan dalam bentuk kesihatan yang lain?
Contohnya..


  • memberikan tenaga, 
  • membantu memperbaiki hormon,
  • membaiki memori,
  • melancarkan pemikiran(mampu berfikir dengan jelas),
  • membantu awet muda, 
  • mengurangkan gastrik,
  • mencegah pigmentasi, 
  • mencegah insomnia
Dan,
  • Mengurangkan jerawat,
  • Membantu mempercepatkan penyembuhan luka(luar dan dalam)
  • Membantu mencegah kanser
Bagi saya sebaiknya kita memaksimakan setiap peluang yang ada, jika dengan melakukan sesuatu kita mampu menyelesaikan beberapa perkara dengan serentak bukankah itu lebih baik?

Saya harap beliau bertawakkal tetapi, tawakkal tanpa usaha juga ialah sia-sia.

Marilah kita mengambil langkah untuk membawa kepada perubahan. Jika bukan kita yang menjaga diri sendiri ; siapa lagi?

Ingatlah setiap jalan masalah pasti ada jalan penyelesaian ^_^

Tuesday, February 18, 2014

Testimoni : ESP Soy Protein Isolate Powder

Dikala tarikh bersalin semakin mendekati, saya semakin disiplin untuk minum ESP ESP Soy Protein Isolate Powder :)

Rasanya memang sedap!jika dicampur dengan minuman kegemaran anda lah hehe.
Jangan bancuh dengan air saja, ESP Soy Protein Isolate Powder kan tiada perisa tiruan so don't expect lah dia manis atau rasa lain-lain hehe.

Campurlah dengan Milo-suam, Susu Choc/Strawberry-suhu bilik. Suggestion saya jangan guna susu yang sejuk dari peti sejuk....mau putus juga tangan kita 'shake2' sampai dia larut haha...
Juga boleh campur dengan Jus segar atau pun cordial macam Sunquick.

Untuk pengetahuan anda 1 canister (850gm) ESP Soy Protein Isolate Powder boleh tahan sehingga 1 bulan setengah. Bergantung kepada penggunaan 1 sudu makan/3 kali sehari.

Namun bagi individu yang sudah memiliki berat badan yang ideal atau cuma perlu menurunkan sedikit sahaja berat badan, dos penggunaan bergantung pada anda sendiri :) kerana antara fungsi utamanya ialah menahan lapar :)


Selain itu, satu ESP Soy Protein Isolate Powder (850gm) juga menggunakan sebanyak 30kg kacang soya yang bukan GMO (Genetically Modified Organism) ertinya ianya daripada kacang soya yang tidak 'mutant' haha...maksudnya di tanam secara semulajadi tanpa menggunakan kimia untuk membuatnya bersaiz lebih besar, cepat matang, lebih perisa dan lain-lain.

Memang banyak manfaat ESP Soy Protein Isolate Powder rasanya tidak cukup untuk entri pada kali ini hehe...

Tetapi hasil daripada pengalaman saya sendiri setakat ini ; 


  • Saya mempunyai lebih banyak tenaga SELEPAS meminum ESP ni, ya lah orang mengandungkan asyik penat saja...lelah dan berat. Tapi bagi saya lepas minum ESP, badan saya lebih bertenaga :)
  • Pemikiran saya juga lancar. Sebaiknya jangan lupa untuk minum ESP semasa minum petang iaitu sebelum anda balik dari pejabat dan sampai ke rumah. Ini kerana saya perasan, kadar Stress dari tempat kerja tidak akan berlanjutan sehingga saya ambil anak-anak dan sampai ke rumah. Bila saya ter'Marah' pun saya cepat sedar dan mulai mengawal perasaan dan pemikiran. 
  • Kulit muka saya agak licin...Licin bukan maksud macam Adira atau Vivi Aryiena(cuba cari nama ni di Facebook)tapi biasanya jika saya kurang rehat atau tidur,saya akan mula dapat bintik-bintik hitam di semua kawasan muka menyebabkannya agak 'grubble' sikit hehe...Tapi selepas ESP, agak licin dan lepas sapu bedak nampak sekata.
Setakat ini itu yang saya akan kongsikan, saya akan kongsi lebih banyak lagi especially bila mula breasfteeding ^_^.

Terus terang umpamanya perkara ini masih sukar saya percaya bahawa ianya mampu terjadi. Selama ini saya skeptical akan produk-produk kesihatan sebegini, tetapi benar ini yang saya alami oleh itu saya berani untuk kongsikan.

Semoga tuan / puan boleh mendapat manfaat yang sama dari ESP Soy Protein Isolate Powder ^__^

Sunday, January 15, 2012

Kepercayaan : Mudah Bersalin Anak.


­­­­­­­­­­­­­­­­Entri kali ini ada kaitan dengan entri sebelum ini ‘For that someone special

Masa lahirkan anak pertama...memang payah...tambah lagi anak lelaki...mengikut kepercayaan mentua aku anak lelaki ni lebih sakit dari anak perempuan. Sebab menurutnya banyak urat-urat dalam badan kita akan putus...(GASP?!)
Aku pun ndak pasti juga tapi jauh didalam lubuk hatiku mengatakan mungkin beliau berkata sedemikian hanya sebagai reassuring diri sendiri....she does look older 10 years than she supposed to be.

Sebelum aku beranak tu mentua aku sudah bagi tips untuk anak dia (laki aku) dan juga aku...Bangsa durang ni ada sejenis kepercayaan bahawasanya...bagi seorang perempuan yang sukar melahirkan anak, adalah crucial untuk dia memohon maaf daripada orang yang dia telah berbuat dosa.
Sebagai contoh katanya (ibu mentuaku) masalah tersebut pernah terjadi kepad aahli keluarganya sendiri iaitu adik beliau.
Adik beliau adalah seorang yang Rockers(sempoi)...menurutnya lah, Adik dia ni selalu melawan,mempersenda dan tidak menghiraukan suaminya.
Pada kelahiran anak yang...ndak tau ke berapa(sebab yang aku tau makcik ni ada sedozen anak...yup..)beliau sangat sukar  untuk melahirkan anak.
Ketika itu, arwah ibu mak mentua dan adiknya ni masih hidup lagi, begitu juga dengan bapa mereka. So...makcik ni sampai bertarung nyawa sudah...tinggal di kampung jadi pakai bidan saja ndak pi hospital,beranak di rumah saja.
Apabila mereka nampak beliau semakin nazak barulah durang buat keputusan untuk cuba ‘cara kampung’ iaitu dia perlu memohon maaf dari ibu beliau...

Biasalah kan walaupun adanya bapa tapi kasih ibu lebih mendalam jadi si ibu yang dipilih lebih dulu dari si bapa...Tapi...

Ada tapi....hehe

Caranya bukan setakat hanya memohon maaf saja...CARANYA IALAH...
Si ibu perlu memijak kepala si anak.

Literally.

Begitulah simboliknya bahawa si ibu mengampunkan anaknya supaya anaknya mudah bersalin...ya...dengan memijak kepala si anak sewaktu nazak sakit bersalin.

Pijak!...whoa scary!...

So bila mak dia sudah pijak...ingatkan si baby terus keluar...tidak...
Jadi durang panggilah pula si bapa untuk memijak kepala si anak.

Piiiijaaak...

Ndak juga keluar si baby...
Last-last ndak tau idea siapa time tu, durang suggest si suami pula memijak kepala si isteri.

Bila suami pijak...baby terus keluar!

Nah...kedapatan hehe...

Rupa-rupanya si isteri paling banyak berdosa kepada si suami haha...
Itu mengikut kepercayaan durang lah...

So time aku sakit beranak si Ayman, mulai dari jam 5 pagi aku sudah mulai sakit...sampai jam 2 petang sakit makin teruk....8 malam sakit sampai ke langit sudah...tapi...ndak juga beranak.
Mak aku pula tinggal di Sandakan, aku di admit hospital di Kota Kinabalu.

5-6 jam perjalanan by bus untuk mak aku memijak kepala ku??
Haha...


Sebelum tu aku dan suami ada join kursus ‘Father Friendly’ di Hospital Ibu dan Anak Likas iaitu kursus dimana si suami dibenarkan bersama isteri sewaktu saat melahirkan anak untuk memberikan semangat dan sokongan kepada si isteri.

So time-time sakit tu kan...ada sekali aku nampak air muka suami aku termenung tengok aku...time tu aku ndak perasan sangat tapi selepas beberapa lama barulah aku tahu kenapa dia sempat termenung....nanti aku ceritakanyah  haha!

So tengah-tengah sakit tu...sampailah waktu hampir melahirkan. Waktu tu aku cuma fikir pasal bertarung nyawa...tapi....secara jujurnya...sejurus sebelum baby keluar....image yang aku nampak didalam kepala ku ialah wajah mama aku....dan menjerit sayu didalam hati panggil "mak...."

Nah...ketulahan kan!haha inilah yang aku ceritakan dalam entri ‘For that someone Special

Ndak lama kemudian baby keluar...

Selang beberapa tahun...barulah timbul cerita ni semula antara aku dan suami mengenai waktu yang dia sempat termenung tu...
Dia cakap waktu tu dia terfikir “....nah...sengsarakan dia mo bersalin...itulah...jahat betul dia sama aku..”

@_@

Bwaahahaha!lawaknya!Jadi rupanya yang dia termenung tu...dia blur and konfius la tu 

“....macam mana aku mo pijak kepala dia di hospital ni?...mau juga aku kena halau nurse....”

Hahaha!

Itu anggapan dialah...tapi...kalau betul lah kepercayaan mak mentua aku ni...maka aku yakin...orang yang paling aku telah banyak berbuat dosa ialah...Mama ku.


Hmm...ntahlah itu kepercayaan orang.

Tapi bagi aku...ada juga benarnya...tapi janganlah percaya sangat...mana kita tahu hukum sebenarnya...kalau telampau percaya benda-benda begitu takut pulak syirik kan...

Maka dengan itu sentiasa lah beringat akan Tuhan...kerana sentiasa beringat akan Tuhan akan membawa kepada kebaikan (<-nasihat untuk diri sendiri hehe)

Thursday, December 15, 2011

Fakta 'Semart' mengenai bawang

Selain daripada dia top dalam cerita lagenda ianya juga paling sedap kalau di goreng kering dan dicampur ke dalam soto ayam ataupun bakso...

Bawang ialah aset penting dalam masakan, kalau stail aku masak lagi,bawang merah mesti ada kalau tidak aku mogok pada suami untuk tidak masak(sebenarnya lebih kepada alasan untuk tidak masak).

Asal masak mesti hiris bawang merah dulu padahal...rasa bawang itu tidaklah begitu memberi perisa yang sangat kencang pada makanan.

Tetapi adakah anda tahu kenapa asal kaum ibu-ibu dan wanita-wanita menyibukkan diri di dapur untuk memotong bawang merah...mesti keluar air mata umpama kesiwa ditinggalkan kekasih hati...ada tu lagi sandi sampai ndak bulih buka mata lepas tu cepat-cepat siram mata dengan air paip. Ini termasuk juga bawang besar...

Seriously aku pernah fikir aku akan jadi buta,time tu kenduri...memandangkan aku teda aura-aura cun masak aku ditugaskan mengupas dan menghiris bawang.....Iiiitu seja kerja ku, bila pedas sampai ke mata ku...punya pedas ndak ketahanan sampai aku yakin kompom jadi buta lepas ni.

Jadi aku pun tertanya-tanya kenapa bawang begitu membenci mata kita?walau macam mana jauh pun kita jarakkan mata dari acara pemotongan dan penghirisan, mata tetap pedas punya.
Kadang-kadang aku terpikir, mungkin jus bawang tersebut terpercik di mata kita namun penjelasannya lebih saintifik dari itu.

Apabila kita potong bawang ni, ianya akan mengakibatkan sejenis enzim memecahkan asid amino yang kemudian membentuk asid sulphenik yang seterusnya disusun oleh sejenis enzim yang lain dan akhirnya menghasilkan sejenis GAS yang rawak dipanggil LF. LF kemudian dilepaskan ke udara seterusnya sampai ke mata dan akan mengaktifkan neuron rasa dan memberikan kesan pedih. Air mata kemudian terhasil untuk mencairkan dan mem’pam’ kepedihan tersebut.

Nah...jadi lain kali kalau mo potong bawang, sedia basahkan mata dulu supaya dia umpama jadi pelapis mata dari gas yang ganas tersebut. Juga lepas kupas bawang rendam dulu dalam air sebelum potong,boleh juga simpan didalam peti sejuk dulu.
Ataupun jangan potong akarnya sebab disitulah terkumpulnya segala enzim. Gunakan pisau yang sangat tajam dan lakukan hirisan yang sangat tipis-tipis juga boleh mengelakkankan pemecahan enzim cik bawang dan lakukanlah aktiviti penghirisan berdekatan kipas.

Ataupun bolehlah juga menggunakan goggles swimming pool anak anda.
Nah...teman-teman hasil daripada tips-tips di atas semoga selepas ini mata anda akan jadi lebih tenang dan comel ketika menghiris Cik bawang ^_^