Showing posts with label mengurangkan tekanan. Show all posts
Showing posts with label mengurangkan tekanan. Show all posts

Thursday, May 29, 2014

Hormon dan Kanser

Saya selalu tertanya-tanya sebenarnya ' bagaimana kanser boleh terjadi?'
Dulu ada kawan sepejabat mengalami kematian dalam keluarga disebabkan kanser. Bila beliau bertanya apakah penyebab kanser ; Doktor menjelaskan antara faktor penyebab ialah tabiat makan. Terutama makanan seperti daging merah,makanan mengandungi tinggi lemak dan banyak lagi...
Saya tanyalah beliau betulkah ahli keluarganya itu kuat makan daging dan banyak makanan berlemak?. Beliau menjawap tidak juga tetapi ahli keluarganya itu suka makanan yang dipanggang...umum kita tahu makanan dipanggang lebih sihat berbanding yang digoreng kerana proses memanggang membantu mengeringkan minyak dari daging...
Masalahnya...ahli keluarganya itu sangat suka bahagian daging yang hangus terbakar. Sebenarnya daging yang sudah hangus terbakar sebegitu adalah sangat bahaya kerana mengandungi Carcinogen iaitu penyebab Kanser.


Kemudian saya bertanya lagi kepada kawan sepejabat terkini, beliau mengambil jurusan sains semasa bersekolah dan banyak ahli keluarga beliau menghidapi kanser. Menurut beliau ianya disebabkan sel-sel badan yang bermutasi dan bertambah jumlah lebih daripada biasa dan menyebabkan kanser. Bila sel bertambah lebih dari sepatutnya ia mengganggu sistem badan dan menyebabkan ketidakseimbangan dalam sistem tubuh.

Dan baru-baru ini saya telah membaca buku Working with Emotional Intelligence -Daniel Goleman, beliau menerangkan bahawa bila kita mengalami stress ; badan kita akan merembeskan berbagai jenis hormon untuk membuat tubuh badan kita bersedia untuk melawan atau mengelak(fight or flight). Di antara hormon tersebut ialah hormon Cortisol iaitu hormon stress. Inilah penyebab 'Bad Mood', penat dan pelbagai masalah emosi. Beliau juga menjelaskan selepas badan melepaskan hormon cortisol, walaupun masalah yang dihadapi telah diselesaikan, hormon tersebut masih mampu kekal didalam badan untuk beberapa jam!..
Ini bermakan stress yang berpanjangan mampu menyebabkan lebih banyak penyakit, melemahkan sistem imunisasi, menyebabkan kelembapan dalam pelajaran/pemikiran dan untuk jangka masa yang lama....Mampu menyebabkan KANSER!.

Sangat menakutkan bukan...

Saya tahu stress yang berpanjangan sangat buruk untuk kesihatan seseorang terutama dari segi hubungan rumahtangga dan di tempat kerja tapi tidak menyangka ianya boleh menyebabkan kematian!..

Bagi saya sendiri saya mengamalkan B-Complex setiap hari untuk mengurangkan stress harian. Vitamin B-complex Shaklee mengandungi kesemua 8 vitamin iaitu : B1,B2,B3,B5,B6,B12, asid folik dan biotin yang telah menepati garis panduan RDA(Resource Description and Access, the title of the third revision of the Anglo-American Cataloguing Rules, a library cataloguing standard used to support the discovery, identification and employment of information resources)

Vitalea,B-Complex,Sustained Relased Vitamin C,Zinc Complex & Alfalfa Complex 

Bagaimana B-complex membantu mengurangkan stress kita? ialah dari kandungan vitamin B6 yang menghasilkan bahan kimia di otak yang dipanggil sebagai Serotonin yang menyebabkan mood menjadi lebih baik dan membantu menangani hormon stress dengan baik.

Untuk mengurangkan stress boleh juga mengambil GLA kerana ianya mengimbangi hormon-hormon didalam badan.
Selain itu, untuk memperbaiki sel dalaman dan luar. Setiap orang perlu mengambil sumber protein bagi menghasilkan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yang mati samada sel luaran seperti kulit dan rambut juga sel dalaman seperti darah,gland dan organ. ESP ialah sumber protein yang TERBAIK sejak tahun 1961 dan kekal berada dipasaran selama lebih dari 50 tahun!
Kini baru saya sedar betapa pentingnya mengawal hormon stress dalam kehidupan harian. Selain dari mengambil supelment saya juga mencuba cara yang disyorkan oleh penulis Daniel Goleman iaitu apabila kita menghadapi situasi yang menyebabkan kita terkenangkan masalah serupa yang pernah berlaku sebelum ini contohnya handphone hilang ; otak kita akan menghantar maklumat ke bahagian memori untuk merasai perasaan yang sama contohnya perasaan sedih dan kemudian akan mengarahkan sistem badan untuk bertindak sebagaiamana kelakuan yang telah biasa dilakukan semasa menghadapi hal tersebut contohnya menangis.
Oleh itu mengikut beliau, kita perlu melatih diri untuk mengatakan 'TIDAK' secara sedar apabila pemikiran kita mula mengenangkan keadaan yang serupa dan sebelum kita mula merasai perasaan yang serupa kita perlu cepat-cepat mengaktifkan 'just-say-no response'

Untuk membaca lebih lanjut berkaitan Hormon dan Stress sila lawati link dibawah :


Tuesday, February 18, 2014

Testimoni : ESP Soy Protein Isolate Powder

Dikala tarikh bersalin semakin mendekati, saya semakin disiplin untuk minum ESP ESP Soy Protein Isolate Powder :)

Rasanya memang sedap!jika dicampur dengan minuman kegemaran anda lah hehe.
Jangan bancuh dengan air saja, ESP Soy Protein Isolate Powder kan tiada perisa tiruan so don't expect lah dia manis atau rasa lain-lain hehe.

Campurlah dengan Milo-suam, Susu Choc/Strawberry-suhu bilik. Suggestion saya jangan guna susu yang sejuk dari peti sejuk....mau putus juga tangan kita 'shake2' sampai dia larut haha...
Juga boleh campur dengan Jus segar atau pun cordial macam Sunquick.

Untuk pengetahuan anda 1 canister (850gm) ESP Soy Protein Isolate Powder boleh tahan sehingga 1 bulan setengah. Bergantung kepada penggunaan 1 sudu makan/3 kali sehari.

Namun bagi individu yang sudah memiliki berat badan yang ideal atau cuma perlu menurunkan sedikit sahaja berat badan, dos penggunaan bergantung pada anda sendiri :) kerana antara fungsi utamanya ialah menahan lapar :)


Selain itu, satu ESP Soy Protein Isolate Powder (850gm) juga menggunakan sebanyak 30kg kacang soya yang bukan GMO (Genetically Modified Organism) ertinya ianya daripada kacang soya yang tidak 'mutant' haha...maksudnya di tanam secara semulajadi tanpa menggunakan kimia untuk membuatnya bersaiz lebih besar, cepat matang, lebih perisa dan lain-lain.

Memang banyak manfaat ESP Soy Protein Isolate Powder rasanya tidak cukup untuk entri pada kali ini hehe...

Tetapi hasil daripada pengalaman saya sendiri setakat ini ; 


  • Saya mempunyai lebih banyak tenaga SELEPAS meminum ESP ni, ya lah orang mengandungkan asyik penat saja...lelah dan berat. Tapi bagi saya lepas minum ESP, badan saya lebih bertenaga :)
  • Pemikiran saya juga lancar. Sebaiknya jangan lupa untuk minum ESP semasa minum petang iaitu sebelum anda balik dari pejabat dan sampai ke rumah. Ini kerana saya perasan, kadar Stress dari tempat kerja tidak akan berlanjutan sehingga saya ambil anak-anak dan sampai ke rumah. Bila saya ter'Marah' pun saya cepat sedar dan mulai mengawal perasaan dan pemikiran. 
  • Kulit muka saya agak licin...Licin bukan maksud macam Adira atau Vivi Aryiena(cuba cari nama ni di Facebook)tapi biasanya jika saya kurang rehat atau tidur,saya akan mula dapat bintik-bintik hitam di semua kawasan muka menyebabkannya agak 'grubble' sikit hehe...Tapi selepas ESP, agak licin dan lepas sapu bedak nampak sekata.
Setakat ini itu yang saya akan kongsikan, saya akan kongsi lebih banyak lagi especially bila mula breasfteeding ^_^.

Terus terang umpamanya perkara ini masih sukar saya percaya bahawa ianya mampu terjadi. Selama ini saya skeptical akan produk-produk kesihatan sebegini, tetapi benar ini yang saya alami oleh itu saya berani untuk kongsikan.

Semoga tuan / puan boleh mendapat manfaat yang sama dari ESP Soy Protein Isolate Powder ^__^