Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Thursday, May 29, 2014

Hormon dan Kanser

Saya selalu tertanya-tanya sebenarnya ' bagaimana kanser boleh terjadi?'
Dulu ada kawan sepejabat mengalami kematian dalam keluarga disebabkan kanser. Bila beliau bertanya apakah penyebab kanser ; Doktor menjelaskan antara faktor penyebab ialah tabiat makan. Terutama makanan seperti daging merah,makanan mengandungi tinggi lemak dan banyak lagi...
Saya tanyalah beliau betulkah ahli keluarganya itu kuat makan daging dan banyak makanan berlemak?. Beliau menjawap tidak juga tetapi ahli keluarganya itu suka makanan yang dipanggang...umum kita tahu makanan dipanggang lebih sihat berbanding yang digoreng kerana proses memanggang membantu mengeringkan minyak dari daging...
Masalahnya...ahli keluarganya itu sangat suka bahagian daging yang hangus terbakar. Sebenarnya daging yang sudah hangus terbakar sebegitu adalah sangat bahaya kerana mengandungi Carcinogen iaitu penyebab Kanser.


Kemudian saya bertanya lagi kepada kawan sepejabat terkini, beliau mengambil jurusan sains semasa bersekolah dan banyak ahli keluarga beliau menghidapi kanser. Menurut beliau ianya disebabkan sel-sel badan yang bermutasi dan bertambah jumlah lebih daripada biasa dan menyebabkan kanser. Bila sel bertambah lebih dari sepatutnya ia mengganggu sistem badan dan menyebabkan ketidakseimbangan dalam sistem tubuh.

Dan baru-baru ini saya telah membaca buku Working with Emotional Intelligence -Daniel Goleman, beliau menerangkan bahawa bila kita mengalami stress ; badan kita akan merembeskan berbagai jenis hormon untuk membuat tubuh badan kita bersedia untuk melawan atau mengelak(fight or flight). Di antara hormon tersebut ialah hormon Cortisol iaitu hormon stress. Inilah penyebab 'Bad Mood', penat dan pelbagai masalah emosi. Beliau juga menjelaskan selepas badan melepaskan hormon cortisol, walaupun masalah yang dihadapi telah diselesaikan, hormon tersebut masih mampu kekal didalam badan untuk beberapa jam!..
Ini bermakan stress yang berpanjangan mampu menyebabkan lebih banyak penyakit, melemahkan sistem imunisasi, menyebabkan kelembapan dalam pelajaran/pemikiran dan untuk jangka masa yang lama....Mampu menyebabkan KANSER!.

Sangat menakutkan bukan...

Saya tahu stress yang berpanjangan sangat buruk untuk kesihatan seseorang terutama dari segi hubungan rumahtangga dan di tempat kerja tapi tidak menyangka ianya boleh menyebabkan kematian!..

Bagi saya sendiri saya mengamalkan B-Complex setiap hari untuk mengurangkan stress harian. Vitamin B-complex Shaklee mengandungi kesemua 8 vitamin iaitu : B1,B2,B3,B5,B6,B12, asid folik dan biotin yang telah menepati garis panduan RDA(Resource Description and Access, the title of the third revision of the Anglo-American Cataloguing Rules, a library cataloguing standard used to support the discovery, identification and employment of information resources)

Vitalea,B-Complex,Sustained Relased Vitamin C,Zinc Complex & Alfalfa Complex 

Bagaimana B-complex membantu mengurangkan stress kita? ialah dari kandungan vitamin B6 yang menghasilkan bahan kimia di otak yang dipanggil sebagai Serotonin yang menyebabkan mood menjadi lebih baik dan membantu menangani hormon stress dengan baik.

Untuk mengurangkan stress boleh juga mengambil GLA kerana ianya mengimbangi hormon-hormon didalam badan.
Selain itu, untuk memperbaiki sel dalaman dan luar. Setiap orang perlu mengambil sumber protein bagi menghasilkan sel-sel baru bagi menggantikan sel-sel yang mati samada sel luaran seperti kulit dan rambut juga sel dalaman seperti darah,gland dan organ. ESP ialah sumber protein yang TERBAIK sejak tahun 1961 dan kekal berada dipasaran selama lebih dari 50 tahun!
Kini baru saya sedar betapa pentingnya mengawal hormon stress dalam kehidupan harian. Selain dari mengambil supelment saya juga mencuba cara yang disyorkan oleh penulis Daniel Goleman iaitu apabila kita menghadapi situasi yang menyebabkan kita terkenangkan masalah serupa yang pernah berlaku sebelum ini contohnya handphone hilang ; otak kita akan menghantar maklumat ke bahagian memori untuk merasai perasaan yang sama contohnya perasaan sedih dan kemudian akan mengarahkan sistem badan untuk bertindak sebagaiamana kelakuan yang telah biasa dilakukan semasa menghadapi hal tersebut contohnya menangis.
Oleh itu mengikut beliau, kita perlu melatih diri untuk mengatakan 'TIDAK' secara sedar apabila pemikiran kita mula mengenangkan keadaan yang serupa dan sebelum kita mula merasai perasaan yang serupa kita perlu cepat-cepat mengaktifkan 'just-say-no response'

Untuk membaca lebih lanjut berkaitan Hormon dan Stress sila lawati link dibawah :


Tuesday, April 15, 2014

Pengalaman Breastfeeding Part 1


Wuah macam selang seminggu juga baru dapat update blog ni...maklumlah sibuk~
Walaupun setakat duduk di rumah berpantang..hakikatnya memang sibuk tau.

Siapa cakap suri rumah tidak sibuk?siapa cakap suri rumah kerja boring?

Banyak sebenarnya tugas suri rumah,dan memang sibuk, hah...itu kena pada cara penggunaan masa oleh si ibu ^_^

Bagi saya, kesibukan yang paling ketara ialah kerana saya sedang fulltime breastfeeding baby sekarang ni.
Dan sebenarnya saya masih rasa ianya umpama mimpi di mana saya sedang FULLTIME breastfeeding baby.
Dulu, masa anak pertama dan kedua, saya mix susu badan dengan susu formula.
Alasan: susu badan saya sangat sedikit, hingga tidak cukup langsung untuk baby.
Hakikat  : saya tak rajin susukan baby sebab malu selak kain(maklumlah kedua-dua anak terdahulu saya dijaga pantang oleh mentua, so kena tinggal tempat dia. Selain itu, saya juga tak jaga pemakanan, habis saja berpantang terus makan pedas2 dan masam2.

Anak ketiga ni, pada permulaan saja saya campur dengan susu formula, itu pun atas nasihat Nurse kerana untuk mengelakkan Jaundis bayi naik.
Selepas baby berumur 12 hari saya susukan susu badan sahaja.

Sebenarnya memang susu saya sedikit berbanding orang lain...

 sedikit..sedikit ; lama...lama, jadi bukit?hehe...

Tapi, saya hanya mampu bertawakal supaya ianya mencukupi untuk baby.

Sedikit atau banyak semuanya Rezeki, dan setiap orang telah ditakdirkan rezeki masing-masing.
Saya ingin percaya bahawa walaupun susu saya sedikit tetapi sebenarnya ianya adalah apa yang baby saya perlukan.

Saya perasan susu saya adalah jenis Hindmilk. Iaitu pekat dan berlemak. Susu hindmilk ialah paling sesuai untuk tumbesaran bayi dan ianya mudah mengenyangkan bayi.

Foremilk                           Hindmilk     
     

Susu Hindmilk ialah susu yang berkepekatan tinggi dan lebih banyak kandungan lemak. Ianya terhasil selepas susu Foremilk. Saya perasan saya tidak banyak susu Foremilk.
Air susu saya mula datang pada hari ke-4 kelahiran baby, ada sedikit sahaja susu foremilk disertai dengan Colustrum.

Adakah ini bermakna  saya hanya mengeluarkan air susu hindmilk, kerana tubuh badan saya hanya mengeluarkan susu yang sedikit(begitu juga ibu saya)
Hmm...saya pun tidak pasti.

Walaubagaimanapun sedikit, ianya exactly apa yang baby saya perlukan, ini kerana beliau sudah mula naik berat badan selepas 2 minggu.
Bayi akan mula kehilangan berat badannya sehingga 2.8kg dari lahir hingga berumur 2 minggu. Selepas 2 minggu berat badan bayi akan bertambah semula, itu adalah apa yang Nurse beritahu saya.

Baby saya pula mampu naik berat badan dari 3.6 kg semasa lahir dan kini, berumur kurang dari 3 minggu telah naik ke 3.9kg.

Alhamdullilah, saya sangat bersyukur.

Namun demikian, saya masih berusaha untuk menambah air susu saya dengan pelbagai cara.
Salah satu daripadanya ialah mengambil supplement ESP+Alfalfa.

Saya hanya sempat mengambil selama 3 hari sebelum berhenti mengambil Alfalfa untuk sementara waktu, pada waktu itu bayi baru berumur 2 minggu, selepas 3 hari mengambil Alfalfa, saya perasan muka baby berwarna kekuningan pada garis kedut mukanya sewaktu menangis. Saya kemudian buka ‘Google’ untuk memahami apa itu Jaundis dengan selanjutnya.

Barulah saya tahu, bayi hanya akan benar-benar bebas dari jaundis sekurang-kurangnya hingga berumur 3 bulan.
So, ini adalah pengalaman saya sendiri, mulakanlah Alfalfa selepas bayi berumur 3 bulan atau 6 bulan ke atas.
Sementara itu, gunalah cara lain untuk menambah air susu.

Kaedah yang saya ambil ialah :
·         Sup Ayam + Betik Muda (jangan reneh betik terlalu lama, biar masih keras sedikit)
·         Makan Oat
·         Teruskan ambil ESP
·         Minum Milo panas sebelum susukan baby
·         Minum 3.8 liter air sehari
·         Tidur...walaupun masih tidak cukup, cuba ikut baby tidur petang
·         Sawi putih tumis(biar banyak kuah)
·         Posisi tidur terlentang(jangan biar buah dada terhimpit)

Dan selepas itu, saya juga akan mencuba kaedah seperti berikut :
·         Sayur cekur manis
·         Lobak putih
·         Kurma
·         Kurma merah
·         Tempe
·         Tauhu
·         Jantung pisang
·         Kekacang
·         Pir
·         Anggur
·         Epal merah

Hendak Seribu Daya ; Tak Hendak Seribu Dalih ^_^

In shaa Allah bila baby berumur 3 bulan ke atas saya akan mula mengambil ESP+Alfalfa semula ^_^


Monday, February 17, 2014

semakin hari semakin dekat

adeh...tengah buat post saya sedang mengalami Braxton Hicks huhu...tapi ok lagi ni sbb sakit dia belum menyeluruh hanya kerap di bahagian bawah perut saja hehe...

Bercerita tentang berklinik kemarin, soalan yang kerap diajukan oleh nurse dan MO (medical officer) ialah 
"tiada tanda-tanda mau bersalin?"
Rasanya belum lagi sebab...saya pun tak tau 100% tapi, sebagai ibu, kita memang ada instinct :)

So bila mo dekat bersalin ni, apa yang perlu disiapkan?..biasa lah, pastinya :

  • Baju persalinan dilengkapi dengan 2 pasang salinan, 2 pasang tudung, 2 pasang stokin, mandian, tuala, jaket dan juga 4 pasang seluar dalam. Kenapa 2 pasang?...sebab mungkin selepas baby lahir,kencing dan berak kita boleh pulang :). Jika tidak pun, pada hari kedua pasti ada ahli keluarga yang melawat sebagai contoh suami, so bolehlah minta persalinan untuk hari ketiga ^_^
  • Baju-baju baby termasuk 2 pasang salinan, 2 pasang bengkung, 2 helai tuala,1 hooded towel, mandian dan minyak angin dan 4 keping lampin pakai buang. Untuk baby pun sama juga, kalau belum berak lagi pada hari ketiga, boleh kirim dari Dady dia untuk tambah lampin pakai buang kan ^_^
So, ada apa-apa lagi yang saya terlupa?Harap-harap tiadalah hehe...

Bagi persediaan Mental pula, saya kini hanya bertawakkal ; mudah-mudahan Baby lahir dengan sihat walafiat, saya juga dapat melalui saat melahirkan dengan tenang dan tenteram.
Apa pun yang terjadi segalanya sudah ditentukan, baik buruk juga rezeki dar Tuhan, kita hanya perlu menerima dengna hati terbuka. Sesungguhnya segala sesuatu itu pasti ada hikmahnya ^_^

Manakala bagi persiapan fizikal pula, saya kini rajin minum ESP, selain rasa dia sedap saya perasan, raut wajah saya juga semakin 'glowing'...tak tau pula kalau itu yang dipanggil oleh orang 'seri orang mengandung' haha...sebab selama mengandung kali ketiga ini, memang saya pucat dan tidak bertenaga berikutan alahan yang teruk. Tapi semakin hari semakin dekat ni, kulit muka saya kurang jerawat tidak seperti sebelum ini.
Selain itu, tenaga saya pula tidak seperti dua anak yang terdahulu, sebelum ini semasa kandungan Ayman dan Tara...minggu-minggu seperti ini saya sudah tidak larat untuk melakukan banyak kerja lagi. Kadang-kadang kain kotor berhari-hari terpaksa ditinggalkan sebab semasa itu, En. Suami bekerja sebagai pemandu kenderaan antara Kota Kinabalu dan Sandakan. Jadi kerja-kerja di rumah terpaksa ditinggalkan kerana badan sudah semakin lesu dan berat.

Syukur Alhamdullilah pada kali ini, saya masih mampu Vakum, Sapu dan Mop lantai rumah!
Sambung lagi cuci kain-pakai tangan yerr maklumlah tudung-tudung yang ada awning tak boleh masuk mesin.
Lepas tu masak-memasak..sudah jadi hobi bab masak-memasak hehe.

Dan sekiranya keadaan terpaksa, ada kalanya saya tidur hingga jam 1-2 pagi demi menyiapkan kerja-kerja di rumah. Nah...yang ini puan-puan sila jangan tiru dan buat di rumah yerr, ibu mengandung harus ada rehat yang cukup hehe...Saya memang biasa tidur lewat sebelum mengandung pun ^_^

So walaupun esok paginya saya perlu bangun awal untuk ke pejabat semula, saya masih mampu meneruskan hari saya tanpa terlelap di hadapan komputer.

Cara pemikiran saya juga semakin cerdas dan mampu mengingat tugas yang patut dibuat berbanding semasa Ayman dan Tara...saya pandai jadi 'Blur' haha...

Syukur-syukur akan kebaikan ESP ini, in shaa Allah air susu saya harapnya akan bertambah. Memang saya agak risau kerana anak-anak sebelum ini tidak mendapat air susu badan yang secukupnya(baca entri saya di sini)
So selepas kelahiran baby nanti dan apabila doktor sudah mengesahkan baby tidak atau telah sembuh dari Jaundice, saya akan combine minum ESP dengan Alfalfa Complex pula.

Mudah-mudahan dipermudahkan ^_^