Showing posts with label alfalfa complex. Show all posts
Showing posts with label alfalfa complex. Show all posts

Tuesday, April 15, 2014

Pengalaman Breastfeeding Part 1


Wuah macam selang seminggu juga baru dapat update blog ni...maklumlah sibuk~
Walaupun setakat duduk di rumah berpantang..hakikatnya memang sibuk tau.

Siapa cakap suri rumah tidak sibuk?siapa cakap suri rumah kerja boring?

Banyak sebenarnya tugas suri rumah,dan memang sibuk, hah...itu kena pada cara penggunaan masa oleh si ibu ^_^

Bagi saya, kesibukan yang paling ketara ialah kerana saya sedang fulltime breastfeeding baby sekarang ni.
Dan sebenarnya saya masih rasa ianya umpama mimpi di mana saya sedang FULLTIME breastfeeding baby.
Dulu, masa anak pertama dan kedua, saya mix susu badan dengan susu formula.
Alasan: susu badan saya sangat sedikit, hingga tidak cukup langsung untuk baby.
Hakikat  : saya tak rajin susukan baby sebab malu selak kain(maklumlah kedua-dua anak terdahulu saya dijaga pantang oleh mentua, so kena tinggal tempat dia. Selain itu, saya juga tak jaga pemakanan, habis saja berpantang terus makan pedas2 dan masam2.

Anak ketiga ni, pada permulaan saja saya campur dengan susu formula, itu pun atas nasihat Nurse kerana untuk mengelakkan Jaundis bayi naik.
Selepas baby berumur 12 hari saya susukan susu badan sahaja.

Sebenarnya memang susu saya sedikit berbanding orang lain...

 sedikit..sedikit ; lama...lama, jadi bukit?hehe...

Tapi, saya hanya mampu bertawakal supaya ianya mencukupi untuk baby.

Sedikit atau banyak semuanya Rezeki, dan setiap orang telah ditakdirkan rezeki masing-masing.
Saya ingin percaya bahawa walaupun susu saya sedikit tetapi sebenarnya ianya adalah apa yang baby saya perlukan.

Saya perasan susu saya adalah jenis Hindmilk. Iaitu pekat dan berlemak. Susu hindmilk ialah paling sesuai untuk tumbesaran bayi dan ianya mudah mengenyangkan bayi.

Foremilk                           Hindmilk     
     

Susu Hindmilk ialah susu yang berkepekatan tinggi dan lebih banyak kandungan lemak. Ianya terhasil selepas susu Foremilk. Saya perasan saya tidak banyak susu Foremilk.
Air susu saya mula datang pada hari ke-4 kelahiran baby, ada sedikit sahaja susu foremilk disertai dengan Colustrum.

Adakah ini bermakna  saya hanya mengeluarkan air susu hindmilk, kerana tubuh badan saya hanya mengeluarkan susu yang sedikit(begitu juga ibu saya)
Hmm...saya pun tidak pasti.

Walaubagaimanapun sedikit, ianya exactly apa yang baby saya perlukan, ini kerana beliau sudah mula naik berat badan selepas 2 minggu.
Bayi akan mula kehilangan berat badannya sehingga 2.8kg dari lahir hingga berumur 2 minggu. Selepas 2 minggu berat badan bayi akan bertambah semula, itu adalah apa yang Nurse beritahu saya.

Baby saya pula mampu naik berat badan dari 3.6 kg semasa lahir dan kini, berumur kurang dari 3 minggu telah naik ke 3.9kg.

Alhamdullilah, saya sangat bersyukur.

Namun demikian, saya masih berusaha untuk menambah air susu saya dengan pelbagai cara.
Salah satu daripadanya ialah mengambil supplement ESP+Alfalfa.

Saya hanya sempat mengambil selama 3 hari sebelum berhenti mengambil Alfalfa untuk sementara waktu, pada waktu itu bayi baru berumur 2 minggu, selepas 3 hari mengambil Alfalfa, saya perasan muka baby berwarna kekuningan pada garis kedut mukanya sewaktu menangis. Saya kemudian buka ‘Google’ untuk memahami apa itu Jaundis dengan selanjutnya.

Barulah saya tahu, bayi hanya akan benar-benar bebas dari jaundis sekurang-kurangnya hingga berumur 3 bulan.
So, ini adalah pengalaman saya sendiri, mulakanlah Alfalfa selepas bayi berumur 3 bulan atau 6 bulan ke atas.
Sementara itu, gunalah cara lain untuk menambah air susu.

Kaedah yang saya ambil ialah :
·         Sup Ayam + Betik Muda (jangan reneh betik terlalu lama, biar masih keras sedikit)
·         Makan Oat
·         Teruskan ambil ESP
·         Minum Milo panas sebelum susukan baby
·         Minum 3.8 liter air sehari
·         Tidur...walaupun masih tidak cukup, cuba ikut baby tidur petang
·         Sawi putih tumis(biar banyak kuah)
·         Posisi tidur terlentang(jangan biar buah dada terhimpit)

Dan selepas itu, saya juga akan mencuba kaedah seperti berikut :
·         Sayur cekur manis
·         Lobak putih
·         Kurma
·         Kurma merah
·         Tempe
·         Tauhu
·         Jantung pisang
·         Kekacang
·         Pir
·         Anggur
·         Epal merah

Hendak Seribu Daya ; Tak Hendak Seribu Dalih ^_^

In shaa Allah bila baby berumur 3 bulan ke atas saya akan mula mengambil ESP+Alfalfa semula ^_^


Sunday, February 9, 2014

topik Breastfeeding

Fuh...

ini satu topik baru dalam hidup saya.
Walaupun sudah ada 2 cahaya mata tetapi 'Breastfeeding' is totally benda baru buat saya.

Ini kerana, saya memang secara semulajadi tidak mempunyai air susu yang banyak.

Ok, mari kita cerita sikit :)
Semasa kandungan pertama iaitu Ayman, air susu saya tidak banyak, walaupun dia ada mencuba untuk minum sejurus selepas lahir tapi badan saya tidak menghasilkan susu yang mencukupi. Akibatnya ; pada umur 6 bulan beliau terkena jangkitan Pneumia Bronchitis dan akhirnya menghidap Asthma.

Tuhan saja yang tahu keperitan menjaga anak yang sakit...bukan sebab penat tapi hati sedih memandang anak yang sukar bernafas dan tidak selesa tidur ditambah lagi melihat muka kecil sebegitu dipakaikan mask khas untuk orang dewasa sahaja...

Ayman pernah ditahan selama 6 malam di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas,disebabkan itu. Saya pun berulang alik dari pejabat (sewaktu itu masih bekerja dikawasan Kolombong) setiap pagi dan petang, mandi dan tidur di Hospital. Setiap malam pada waktu tengah malam, Ayman akan diberikan ubat pernafasan melalui mask, so saya pun kenalah pegang mask dimuka Ayman sampai ubat habis.

Memang sedih melihat anak sakit, maunya lagi kita yang terseksa daripada anak sendiri.

Ok, itu pasal anak pertama.
Anak Kedua : Shatara.

Dia ni lagi kes sulit hehe...Langsung tiada air susu!
Kesian Tara asyik 'nyot...nyot...nyot' kuat lagi bunyi dia tu haha...tapi tiada air susu.
Selepas beberapa hari baru ada air susu itu pun sedikit saja. Akibatnya, seawal umur sebulan, Tara sudah minum susu formula....rasa kecewa pun ada juga tapi apakan daya.

Oleh itu,
Bagi kandungan ketiga ini, saya NEKAD untuk melaksanakan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Saya mula bertanyakan kawan-kawan dan keluarga yang sudah berjaya memberikan susu ibu kepada anak mereka sehingga umur 2 tahun!
Ada di antaranya memberikan tips-tips seperti berikut :


  1. Sup Ayam + Lihing(sejenis minuman alkohol dari tapai)
  2. Betik Muda
  3. Ayam Kampung
  4. White Bread
dan banyak lagi, namun begitu setiap yang diatas ada kelemahannya iaitu :

  1. Lihing tidak halal
  2. membuatkan gatal di bahagian sulit
  3. susah mau cari oi...tinggal d bandar hehe
  4. kandungan carbohidrat yang tinggi tetapi kurang serat
So...lepas buat research akhirnya saya memilih satu jalan penyelesaian iaitu :

Shaklee ^_^


Nah...setakat ini, ini yang paling mudah dan simple dan terjamin kualiti kesihatannya.
Oleh kerana kandungan susu ibu banyak mengandungi Protein, ESP-Soy Protein Isolate Powder ialah sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan                 sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian,                    dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam                                        mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu  Program yang digelar Identity                    Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya


Itu pasal ESP @ Protein, tetapi bintang utamanya ialah : Alfalfa Complex



Ini kerana Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 
Kelebihannya ialah boleh membantu badan untuk menghasilkan susu ibu :
  • Terkenal dari dulu kata sebagai herba milk booster
  • Susu bertambah banyak dan pekat
  • Mengurangkan sinus
  • Menjadikan proses penghadaman lebih baik
  • Mengurangkan keputihan
  • Bertindak sebagai 'Kacip Fatimah'
  • Detox badan dengan lebih baik
  • Mempunyai Vitamin K, bagi penghasilan susu yang lebih banyak
  • Mengawal paras kolestrol dalam darah
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah, jadi nafsu makan lebih terkawal
  • Mengelakkan edema aka bengkak air
  • Merawat masalah sembelit 
  • dan pelbagai lagi
Walaupun baru diperkenalkan produk ini, setakat ini testimoni dar 2 orang kawan di pejabat memang mengesahkan, susu akan jadi Kembang! haha dan air susu juga menjadi Pekat!.
Nah...kalau pekat maknanya banyak apa?...banyak Colustrum lah jawabnya ^_^

Colustrum lah kandungan dalam susu ibu yang mengandungi segala intipati magik bagi kesihatan bayi dan anak.

Oleh itu saya sekarang sangat excited untuk mula mencuba ESP + Alfalfa ni.
Sebenarnya banyak lagi yang kita boleh buat untuk tambah susu tapi bagi set bajet dan permulaan, kawan saya rekomenkan ambil ini dahulu.

Lepas rasa sendiri kebaikan dan kualitinya bolehlah tambah ambil produk untuk menambah kesihatan supaya badan mampu menghasilkan susu ibu yang terbaik :)

Ok...kejap lagi saya akan keluar untuk beli bekalan susu Strawberry buat 'cocktail mix' la sangat dengan Shaklee ESP hehe

till next time ^_^