Wuah macam selang seminggu juga baru dapat update blog
ni...maklumlah sibuk~
Walaupun setakat duduk di rumah berpantang..hakikatnya
memang sibuk tau.
Siapa cakap suri rumah tidak sibuk?siapa cakap suri rumah
kerja boring?
Banyak sebenarnya tugas suri rumah,dan memang sibuk,
hah...itu kena pada cara penggunaan masa oleh si ibu ^_^
Bagi saya, kesibukan yang paling ketara ialah kerana saya
sedang fulltime breastfeeding baby sekarang ni.
Dan sebenarnya saya masih rasa ianya umpama mimpi di mana
saya sedang FULLTIME breastfeeding baby.
Dulu, masa anak pertama dan kedua, saya mix susu badan
dengan susu formula.
Alasan: susu badan saya sangat sedikit, hingga tidak
cukup langsung untuk baby.
Hakikat : saya tak
rajin susukan baby sebab malu selak kain(maklumlah kedua-dua anak terdahulu
saya dijaga pantang oleh mentua, so kena tinggal tempat dia. Selain itu, saya
juga tak jaga pemakanan, habis saja berpantang terus makan pedas2 dan masam2.
Anak ketiga ni, pada permulaan saja saya campur dengan
susu formula, itu pun atas nasihat Nurse kerana untuk mengelakkan Jaundis bayi
naik.
Selepas baby berumur 12 hari saya susukan susu badan
sahaja.
Sebenarnya memang susu saya sedikit berbanding orang
lain...
sedikit..sedikit ; lama...lama, jadi bukit?hehe...
Tapi, saya hanya mampu bertawakal supaya ianya mencukupi
untuk baby.
Sedikit atau banyak semuanya Rezeki, dan setiap orang
telah ditakdirkan rezeki masing-masing.
Saya ingin percaya bahawa walaupun susu saya sedikit
tetapi sebenarnya ianya adalah apa yang baby saya perlukan.
Saya perasan susu saya adalah jenis Hindmilk. Iaitu pekat
dan berlemak. Susu hindmilk ialah paling sesuai untuk tumbesaran bayi dan ianya
mudah mengenyangkan bayi.
Foremilk Hindmilk
Susu Hindmilk ialah susu yang berkepekatan tinggi dan lebih
banyak kandungan lemak. Ianya terhasil selepas susu Foremilk. Saya perasan saya
tidak banyak susu Foremilk.
Air susu saya mula datang pada hari ke-4 kelahiran baby,
ada sedikit sahaja susu foremilk disertai dengan Colustrum.
Adakah ini bermakna saya hanya mengeluarkan air susu hindmilk, kerana tubuh badan saya hanya mengeluarkan susu yang sedikit(begitu juga
ibu saya)
Hmm...saya pun tidak pasti.
Walaubagaimanapun sedikit, ianya exactly apa yang baby
saya perlukan, ini kerana beliau sudah mula naik berat badan selepas 2 minggu.
Bayi akan mula kehilangan berat badannya sehingga 2.8kg
dari lahir hingga berumur 2 minggu. Selepas 2 minggu berat badan bayi akan
bertambah semula, itu adalah apa yang Nurse beritahu saya.
Baby saya pula mampu naik berat badan dari 3.6 kg semasa
lahir dan kini, berumur kurang dari 3 minggu telah naik ke 3.9kg.
Alhamdullilah, saya sangat bersyukur.
Namun demikian, saya masih berusaha untuk menambah air
susu saya dengan pelbagai cara.
Salah satu daripadanya ialah mengambil supplement
ESP+Alfalfa.
Saya hanya sempat mengambil selama 3 hari sebelum
berhenti mengambil Alfalfa untuk sementara waktu, pada waktu itu bayi baru
berumur 2 minggu, selepas 3 hari mengambil Alfalfa, saya perasan muka baby
berwarna kekuningan pada garis kedut mukanya sewaktu menangis. Saya kemudian
buka ‘Google’ untuk memahami apa itu Jaundis dengan selanjutnya.
Barulah saya tahu, bayi hanya akan benar-benar bebas dari
jaundis sekurang-kurangnya hingga berumur 3 bulan.
So, ini adalah pengalaman saya sendiri, mulakanlah
Alfalfa selepas bayi berumur 3 bulan atau 6 bulan ke atas.
Sementara itu, gunalah cara lain untuk menambah air susu.
Kaedah yang saya ambil ialah :
·
Sup Ayam + Betik Muda (jangan reneh betik
terlalu lama, biar masih keras sedikit)
·
Makan Oat
·
Teruskan ambil ESP
·
Minum Milo panas sebelum susukan baby
·
Minum 3.8 liter air sehari
·
Tidur...walaupun masih tidak cukup, cuba ikut
baby tidur petang
·
Sawi putih tumis(biar banyak kuah)
·
Posisi tidur terlentang(jangan biar buah dada
terhimpit)
Dan selepas itu, saya juga akan mencuba kaedah seperti
berikut :
·
Sayur cekur manis
·
Lobak putih
·
Kurma
·
Kurma merah
·
Tempe
·
Tauhu
·
Jantung pisang
·
Kekacang
·
Pir
·
Anggur
·
Epal merah
In shaa Allah bila baby berumur 3 bulan ke atas saya akan
mula mengambil ESP+Alfalfa semula ^_^
No comments:
Post a Comment