Sunday, February 9, 2014

topik Breastfeeding

Fuh...

ini satu topik baru dalam hidup saya.
Walaupun sudah ada 2 cahaya mata tetapi 'Breastfeeding' is totally benda baru buat saya.

Ini kerana, saya memang secara semulajadi tidak mempunyai air susu yang banyak.

Ok, mari kita cerita sikit :)
Semasa kandungan pertama iaitu Ayman, air susu saya tidak banyak, walaupun dia ada mencuba untuk minum sejurus selepas lahir tapi badan saya tidak menghasilkan susu yang mencukupi. Akibatnya ; pada umur 6 bulan beliau terkena jangkitan Pneumia Bronchitis dan akhirnya menghidap Asthma.

Tuhan saja yang tahu keperitan menjaga anak yang sakit...bukan sebab penat tapi hati sedih memandang anak yang sukar bernafas dan tidak selesa tidur ditambah lagi melihat muka kecil sebegitu dipakaikan mask khas untuk orang dewasa sahaja...

Ayman pernah ditahan selama 6 malam di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas,disebabkan itu. Saya pun berulang alik dari pejabat (sewaktu itu masih bekerja dikawasan Kolombong) setiap pagi dan petang, mandi dan tidur di Hospital. Setiap malam pada waktu tengah malam, Ayman akan diberikan ubat pernafasan melalui mask, so saya pun kenalah pegang mask dimuka Ayman sampai ubat habis.

Memang sedih melihat anak sakit, maunya lagi kita yang terseksa daripada anak sendiri.

Ok, itu pasal anak pertama.
Anak Kedua : Shatara.

Dia ni lagi kes sulit hehe...Langsung tiada air susu!
Kesian Tara asyik 'nyot...nyot...nyot' kuat lagi bunyi dia tu haha...tapi tiada air susu.
Selepas beberapa hari baru ada air susu itu pun sedikit saja. Akibatnya, seawal umur sebulan, Tara sudah minum susu formula....rasa kecewa pun ada juga tapi apakan daya.

Oleh itu,
Bagi kandungan ketiga ini, saya NEKAD untuk melaksanakan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Saya mula bertanyakan kawan-kawan dan keluarga yang sudah berjaya memberikan susu ibu kepada anak mereka sehingga umur 2 tahun!
Ada di antaranya memberikan tips-tips seperti berikut :


  1. Sup Ayam + Lihing(sejenis minuman alkohol dari tapai)
  2. Betik Muda
  3. Ayam Kampung
  4. White Bread
dan banyak lagi, namun begitu setiap yang diatas ada kelemahannya iaitu :

  1. Lihing tidak halal
  2. membuatkan gatal di bahagian sulit
  3. susah mau cari oi...tinggal d bandar hehe
  4. kandungan carbohidrat yang tinggi tetapi kurang serat
So...lepas buat research akhirnya saya memilih satu jalan penyelesaian iaitu :

Shaklee ^_^


Nah...setakat ini, ini yang paling mudah dan simple dan terjamin kualiti kesihatannya.
Oleh kerana kandungan susu ibu banyak mengandungi Protein, ESP-Soy Protein Isolate Powder ialah sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan                 sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian,                    dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam                                        mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu  Program yang digelar Identity                    Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
      proses menanam hinggalah saat pemprosesannya


Itu pasal ESP @ Protein, tetapi bintang utamanya ialah : Alfalfa Complex



Ini kerana Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 
Kelebihannya ialah boleh membantu badan untuk menghasilkan susu ibu :
  • Terkenal dari dulu kata sebagai herba milk booster
  • Susu bertambah banyak dan pekat
  • Mengurangkan sinus
  • Menjadikan proses penghadaman lebih baik
  • Mengurangkan keputihan
  • Bertindak sebagai 'Kacip Fatimah'
  • Detox badan dengan lebih baik
  • Mempunyai Vitamin K, bagi penghasilan susu yang lebih banyak
  • Mengawal paras kolestrol dalam darah
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah, jadi nafsu makan lebih terkawal
  • Mengelakkan edema aka bengkak air
  • Merawat masalah sembelit 
  • dan pelbagai lagi
Walaupun baru diperkenalkan produk ini, setakat ini testimoni dar 2 orang kawan di pejabat memang mengesahkan, susu akan jadi Kembang! haha dan air susu juga menjadi Pekat!.
Nah...kalau pekat maknanya banyak apa?...banyak Colustrum lah jawabnya ^_^

Colustrum lah kandungan dalam susu ibu yang mengandungi segala intipati magik bagi kesihatan bayi dan anak.

Oleh itu saya sekarang sangat excited untuk mula mencuba ESP + Alfalfa ni.
Sebenarnya banyak lagi yang kita boleh buat untuk tambah susu tapi bagi set bajet dan permulaan, kawan saya rekomenkan ambil ini dahulu.

Lepas rasa sendiri kebaikan dan kualitinya bolehlah tambah ambil produk untuk menambah kesihatan supaya badan mampu menghasilkan susu ibu yang terbaik :)

Ok...kejap lagi saya akan keluar untuk beli bekalan susu Strawberry buat 'cocktail mix' la sangat dengan Shaklee ESP hehe

till next time ^_^

No comments:

Post a Comment