Tuesday, September 2, 2014

The power of Solat - never take it for granted.

its just amazing how God put you into places...
set a coincidence meeting with the right people to discuss about crucial problem
and later shows you paths of solution that you thought may never come.
until your heart lighten and soar again

Betul lah cakap penulis buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'-Fathuri Salehuddin

Manusia yang menghulurkan bantuan cumalah 'posmen' tetapi yang sebenarnya mengirimkan bantuan ialah Tuhan.
Kadang kala bila kita terpanggil untuk membantu orang lain mungkin itu ialah pesanan dari Tuhan -pesanan tanpa lisan sehinggakan kita tidak sedar bahawa kita sedang melaksanakan God's Miracle.

When life puts you down although you did everything just right.
Fear Not.
Its not you...
Its just simply a Test.
That asked you to manifest Where You Stand.
and Who Is You God.
Did you follow by God's advise?
Do You Still Believe?

Pagi ini saya secara tidak sengajanya bertegur sapa dengan seorang rakan kerja dari jabatan lain. Beliau sendiri membuka cerita sehingga saya berterus terang dengan status pekerjaan terkini saya.
Beliau kemudiannya memberikan pendapat yang jujur mengikut pengetahuan dan kemahiran beliau. Selepas itu memberikan saya nama pegawai yang patut dihubungi untuk membantu menyelesaikan masalah saya.
Sejurus telefon diangkat dalam beberapa deringan, pegawai tersebut menerangkan apa yang harus dibuat dengan lemah lembut dan penuh perhatian.

Sungguh tidak disangka perkara yang membelenggu pikiran saya sejak 4 bulan lalu sedikit demi sedikit diberikan penjelasan.

Kini saya sedikit memahami...Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta ; tetapi memberikan apa yang kita perlu.

Tuhan mengirimkan bantuan dalam pelbagai cara pada orang yang pernah melalui pelbagai kesulitan tetapi masih yakin bahawa Rezeki itu Milik Tuhan.

Pesanan untuk diri : pabila ditimpa kesusahan dan bagaikan tiada jalan keluar. Rentangkan lah sejadah dan sarungkan lah telekung dan lakukan lah solat dengan hatimu.

Penyelesaian mungkin bukan tiba hari ini tetapi kepercayaan kepada hadirnya penyelesaian akhirnya membawa kepada jalan penyelesaian.

Syukur kerana Tuhan menghantar setiap orang disekelilingku yang membantu meringankan urusan seharianku.
Syukur kerana aku ada Tuhanku.
AllahuRabbi.

Alhamdullilah, Alhamdullilah, Alhamdullilah.


Monday, September 1, 2014

Testimoni Mealshakes Saya : Part Anak

Masa anak-anak kecil dulu...tak terpikir lagi untuk ambil Mealshakes ni...vitamin yang paling kerap saya beli pun Vitamin C saja itu pun untuk mengelak anak mudah dijangkiti penyakit masa hantar ke Taska.

Tapi bila Ayman mula sekolah, cara hidup dan aktiviti harian berubah serta merta.
Pagi Ayman akan bangun seawal jam 5 pagi untuk mandi dan bersiap-siap ke sekolah.
Pukul 6 pagi start keluar dari rumah untuk hantar ke tempat menunggu bas sekolah. 
Sesi pembelajaran pula mula pada jam 7.
so...dalam masa 2 jam tu memang Ayman tak sempat breakfast.
Dapat minum air dan makan nasi atau mee pun dekat jam 10 pagi iaitu waktu rehat.

Anak memang tak cukup tenaga, bila sampai waktu rehat anak makan bukan untuk tenaga sudah tapi untuk isi lapar. 
Kalau makan untuk isi lapar biasanya menurun dari jumlah standard ke jumlah sedikit sebab bila perut kosong di isi makanan, anak jadi cepat kenyang.
Inilah yang menyebabkan anak jadi kurang nutrien.

Kalau nak masak breakfast untuk Ayman memang tak sempat sebab saya juga menguruskan Tara untuk ke Tadika dan Mufi untuk ke Taska
Lain lagi cuci kain, cuci piring yang semalam, jemur kain...lipat kain pun tak cukup masa.





So pilihan terbaik saya ialah Mealshakes! ^_^
Bukan saja segera malah Lengkap!
Satu hidangna mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral!!
Kalau nasi goreng atau mee goreng...agak-agak apa kandungan mineral dan vitamin didalamnya??
Sudahlah berminyak banyak garam dan MSG...
Makanan MSG juga boleh menyebabkan anak lemah berfikir dan lembap dalam pembelajaran.


Kini, setiap pagi saya cuma perlu bancuh 2 sudu Mealshakes dan 3 sudu Vico.
Tuang dalam 2 gelas dan letak atas meja.
Tak payah dah meroyan-royan,marah-marah anak untuk paksa habiskan.
Memang confirm kering gelas tu hehe...


Kita memang tak tahu kalau anak kita membesar jadi Pintar atau Cemerlang.


Tapi paling penting.
Step paling utama dalam membentuk anak ke arah itu ialah :
Pastikan Anak Sihat.

Semudah itu saja ^_^