Sunday, February 16, 2014

Testimoni : Serbuk Pencuci Kain Terbaik :)

Fuh...wangi~memang wangi!Itulah komen saya selepas pertama kali menggunakan Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated.


Sebelum ni saya memang sangat skeptikal berkaitan dengan produk-prioduk eksklusif sebagai contoh Shaklee dan jenama lain.
Maklumlah Shaklee kan lebih dikenali sebagai produk makanan tambahan kesihatan jadi bila saya dapat tahu Shaklee juga mengeluarkan produk kebersihan saya pun mulai tertanya-tanya.

Saya sebelum ini menggunakan produk pencuci kain yang biasa-biasa saja iaitu yang mudah didapati di kedai dan supermarket, sebelum ni saya memakai TOPS, kemudian bertukar kepada DAIA.
Sebab utama memilih TOPS ialah memang pakaian kita akan nampak putih, ditambah lagi dengan kepekatan buihnya dan juga boleh dijemur didalam ruangan tertutup.
Namun begitu saya telah menukar kepada DAIA atas sebab kos. 

Untuk pengetahuan anda, bagi kawan –kawan yang terdekat dan juga keluarga saya dikenali sebagai ‘cheapskate’ haha...maknanya ialah, di mana ada benda murah, jualan murah, potongan harga...anda pasti akan nampak saya ikut berasak-asak hahaah...
Apa saja yang murah akan menarik perhatian saya, malahan harga jus yang Cuma berbeza 0.30 sen mampu membuatkan saya pusing balik sejauh 3 rak barangan di Giant haha, nah maklum saja kawasan Giant memang besar kan, tapi saya sanggup untuk ulang alik menukar jus yang bezanya hanyalah 30 sen.
Kawan saya juga pernah menegur “ala..30 sen saja tu, sama juga, dia mahal pun sebab perisa dia lain daripada jus yang murah 30 sen tu”
Tapi....saya akan tetap ambil yang murah 30 sen tu ahaha...

Begitulah pendirian saya. Sebab itu juga saya bertukar kepada DAIA. Selama saya menggunakan DAIA sebenarnya tiada masalah, namunm walaupun saya menggunakan 1 cup penuh untuk cucian bersaiz normal, kain saya tidak berbau harum. Dari segi kebersihan, ianya biasa-biasa saja.
Tetapi..dengan Shaklee Fresh Laundrt C Powder, saya hanya menggunakan SETENGAH cup bagi cucian bersaiz normal.
Yang istimewanya, semasa mencampur serbuk dan air, saya dapati ianya tidak berbuih seperti DAIA mahupun TOPS, serbuk pencuci TOPS memang padat dan putih bercahaya dan buihnya juga banyak.
Namun adakah anda tahu, berbuih banyak tidak semestinya bagus?ianya mungkin kerana kandungan soda bikarbonatnya yang banyak. Iya lah...memang persepsi tradisional turun-temurn lagi banyak sabun lagi bersih kain kita..sebenarnya tidak...

Buih tidak membantu mencuci kekotoran pakaian tuan / puan ^_^

Ianya hanyalah gimik marketing yang digunaka oleh agen-agen pengeluar pencuci pakaian untuk meningkatkan jualan.
So bila saya dapati Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated kurang berbuih saya jadi hairan...”aik nak tambah sabun ka lagi?” saya pun mula menggaul-gaul air sabun dengan tangan...hampir tidak percaya saya boleh merasakan tangan saya sangat licin seperti memegang air sabun yang banyak buih seperti TOPS...
Semakin lama saya memerhati,barulah saya menyedari rupanya Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated sebenarnya sangat larut air!.
Apabila saya mencuci tangan, sabunnya juga mudah dibersihkan tidak seperti sabun-sabun lain yang kita terpaksa gosok dan cuci dengan air yang banyak barulah kita rasa sabun itu telah dibasuh dengan sepenuhnya.
Saya pun meletakkan kain dan mencuci seperti biasa. Saya menggunakan mesin secara manual, jadi selepas ‘Wash’ saya akan ‘Spin’ dahulu baru masukkan air untuk membilas.
Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated (sila abaikan kanak-kanak berikut hehe..)

Nah...disinilah keistimewaan kedua Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated iaitu : Saya tidak perlu menggunakan air yang banyak untuk membilas!
Biasanya dengan TOPS dan DAIA jika cucian saya bersaiz besar, saya akan membilas sebanyak dua kali dan kadang-kadang terpaksa ‘Spin’ untuk membuang air dan mengisinya semula untuk bilasan kali kedua.

Dengan pencuci lain juga saya sering mengalami masalah kain saya bergaris dengan tompokan putih iaitu sabun yang tidak larut dan gagal dibilas dengan baik.
Pernah sekali saya mencuci baju korporat pejabat untuk sesi bergambar hari keesokannya namun, baju tersebut penuh dengan tompokan sabun, saya kemudian menyental dengan tangan tetapi tompokan yang telah kering memang tidak dapat ditanggalkan dengan mudah melainkan perlu direndamkan dan dilembutkan terlebih dahulu.
Akhirnya saya tidak termasuk dalam gambar berkumpulan staf jabatan huhu...

Selesai membilas sebanyak sekali sahaja saya pun menekan ‘Spin’ untuk membuang air dan bila saya mengambil kain keluar dari mesin....
Komen saya seperti di atas sekali...”Wah...wanginya~”
Saya tidak nafikan memang wangi Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated sangat harum dan istimewanya; harumannya bukan seperti haruman sabun yang lain, iaitu wangi, lemon, wangi bunga, wangi yang macam-macam lagi.
Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated mempunyai bau yang sukar saya katakan, pokoknya ia mempunyai haruman yang segar dan..sejuk.
Kain saya juga tidak ‘lemas’ seperti cucian dengna sabun DAIA, atau keras sedikit seperti dengna sabun TOPS.
Kain saya ringan dan agak kembang. Saya kemudian cepat-cepat mencari lapik bantal Ayman, maklumlah awal pagi tadi beliau bermimpi saya menghantarnya masuk ke penjara yang berhantu lalu beliau pun takut untuk ke tandas....Eh! tersasar pula cerita kita hahaha.
Bila saya menemui lapik bantal tersebut saya pun sedut dalam-dalam...iya lah kalau masih ada bau kencing saya kenalah cuci semula kan.
Tetapi tidak, lapik bantal tersebut hanya mempunyai wangian Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated!

Saya bersyukur sebab mengambil keputusan untuk memilih Shaklee, begitu juga berterima kasih kepada kawan yang telah memperkenalkannya kepada saya J


Memikirkan dari segi kos pula, sebenarnya Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated memang jimat.

Untuk Pemakaian Tiga Bulan :

Harga bagi TOPS untuk 2.5kg ialah : RM14.90 bagi pemakaian 1 bulan  (1 cup setiap kali 1 cucian normal) 

= RM44.7

Harga bagi DAIA untuk 2.5kg ialah : RM13 bagi pemakaian 1 bulan (1 cup setiap kali 1 cucian normal) 

= RM39

Hanya tambah kurang dari RM20 untuk kesan yang jauh lebih baik!
Perbezaan kualiti sangat jauh jadi bagi anda?yang mana pilihan lebih bijak?

TOPS dan DAIA ialah pengeluar pencuci kain sahaja (saya rasa DAIA mungkin juga ada mengeluarkan produk pencuci pring) namun Shaklee juga adalah jenama pengeluar produk kesihatan.
Kajian Shaklee telah berjalan selama 50 tahun dan masih berterusan dan juga telah menelan 300 juta USD.
Bererti...beberapa ringgit extra yang kita perlu bayar untuk mendapatkan Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated adalah untuk pembayaran pualangan kos kajian tersebut.

Tidakakah anda rasa bahawa keuntungan memilih Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated sangat lumayan?
Pada masa kini kita bukan hanya membayar extra untuk mendapatkan kualiti yang baik tetapi kita membayar untuk ‘teknologi’ yang lebih advance.
Oleh yang demikian bagi saya, saya akan terus memilik Shaklee, ini kerana, sabun-sabun lain memiliki kandungan kimianya yang tinggi dan menyebabkan ianya kurang sesuai untuk memcuci pakaian bayi kerana kulit meraka yang masih lembut dan sangat bersih serta sensitive.

Dahulu ibu mertua saya hanya menggunakan sabun mandi untuk mencuci pakaain anak-anak saya semasa berpantang, kita sedia maklum sabun mandi tidak mengandungi kandungan kimia yang banyak kerana ianya digunakan pada kulit manusia.
Tetapi, berbanding Shaklee, kajian dan eksperimen telah dijalankan ke atas produknya yang memang menjurus kepada mesra alam sekitar dan secara semulajadi, produk ini selamat digunakan pada pakaian bayi!
Ini berita baik buat saya kerana saya tidak perlu membeli sabun pencuci bagi bayi yang juga boleh didapati di supermarket.
Ini bermaksud, kain baby nanti boleh dicampurkan sekali dengan pakaian kami dan mudah bagi saya nanti semasa berpantang sendiri ^_^

Saya bukan sekadar promote tuan / puan tapi ini ialah kenyataan. Saya juga hampir tidak percaya kerana sebelum ini kekangan bagi saya untuk mencuba produk-produk sperti Shaklee dipengarui oleh cara pemikiran saya yang asyik hendak murah saja.

Umum kita tahu Murah tidak bererti Kualiti.
Mahal bererti Kualiti...namun selepas penilaian saya , Shaklee tidak dikategorikan sebagai mahal atau murah...tetapi ianya ‘Berbaloi’

Berbanding jenama lain yang hangat dipasarkan di televisyen dan Radio saya memilih Shaklee Get Clean Fresh Laundry Concentrated kerana saya sendiri telah mengalami keisitimewaannya ^_^


Okeh, lepas ni saya nak cuba apa lagi ‘magik’ yang Shaklee mampu hasilkan ^_^

No comments:

Post a Comment