Tuesday, February 18, 2014

Kepentingan Berpantang

Sarat...semakin sarat haha...

Sekarang ni, time driving, jalan grubble rasanya mcm baring dalam bilik bersalin sudah...haii minta-minta lah JPJ repair jalan raya tu klu tidak, ada juga masuk akhbar Metro, " Ibu bersalin di Tepi Jalan"

Pagi tadi saya tambah lagi satu salinan baju baby yg sudah memang standby dalam kereta. Petua orang tua-tua cakap itu tanda-tanda hari sudah dekat, especially bila kita mula kerap kali membelek baju baby, memeriksa kelengkapan jika mencukupi, mengemas bilik...

Saya bangun pagi terus menyapu, belum minum air atau ke tandas, terus menyapu...hehe In Shaa Allah.

So saya pun mula merancang jadual harian semasa berpantang nanti, kali ini saya berpantang sendirian. Mahu belajar berdikari lah katakan..

Dulu masa Ayman Tara saya mengalahkan Permaisuri haha...dijaga oleh Ibu mertua semasa berpantang, sampaikan semasa anak pertama, Kakak ipar saya sendiri bersalin dalam bulan yang sama tapi Ibu Mertua memilih untuk menjaga saya. Semasa anak kedua, pun dijaga semasa bersalin, tak pernah saya cuci kain selama berpantang huhu...

Tapi kali ini, saya mahu merasa bagaimana berpantang sendiri, lagipun anak ketiga amboi~takkan lah tidak mahu belajar berdikari.

Baiklah, apa kepentingan berpantang?
Bagi adat orang melayu berpantang adalah penting bagi mengelakkan penyakit dimasa tua nanti. Antara teknik berpantang ialah :

  • Tidak boleh pegang air sejuk
  • Tidak boleh kena angin
  • Tidak boleh makan, makanan yang gatal (telur, terung, makanan laut)
Ini bermakna sebaiknya si Ibu tidak keluar rumah selama 40-44 hari.

Dalam Islam pula, berpantang adalah penting kerana darah nifas merupakan najis dan kotor sehingga habis darah nifas barulah tempoh berpantang berakhir.

Dalam sudut kesihatan/perubatan pula, berpantang penting kerana ianya memberi masa bagi rahim untuk pulih sepenuhnya. 

Jika anda pernah dengar perkataan 'Meroyan' nah....itulah yang paling penting untuk diteliti semasa tempoh berpantang.

Meroyan atau Baby Blues ialah penyakit yang biasanya menyerang selepas Ibu bersalin, ianya disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh yang menyebabkan perubahan emosi si ibu. Jika tidak dipantau penyakit boleh menjadi kronik, tidak mampu dirawat dan menyebabkan masalah yang lebih serius contohnya membunuh diri atau paling teruk membunuh orang lain. Antara kisah paling popular melibatkan penyakit ini ialah kisah : Andrea Yates 
Penyakit meroyan jika tidak dicegah awal akan membentuk menjadi penyakit psikologi yang lebih teruk. Bahayanya penyakit ini sukar dikesan memandangkan ianya tidak menunjukan sebarang kesan terhadap peribadi si ibu secara jelas.
Penyakit ini juga akan semakin terbentuk dari satu anak ke anak yang seterusnya dan seterusnya. Bukan berjangkit tetapi hanya semakin menjadi serius jika tidak dikawal.

Sebab itulah kita sebagai orang Asia jarang mengalami kejadian sedemikian kerana seperti kita di Malaysia tidak kira berbangsa Dusun ka, Melayu ka, Cina ka tetap juga menitikberatkan hal berpantang.

Selama saya berpantang anak pertama saya mengamalkan Jamu -3 Dara, tetapi secara jujur saya tidak rasa sebarang perbezaan...berkemungkinan harga yang murah menyebabkan kualiti yang murah. So belum habis waktu berpantang saya tinggalakan jamu tu dan stok yang lain saya bagi kepada ahli keluarga yang lain.
Semasa anak kedua pula, saya tidak mengambil sebarang jamu dan hanya menjaga pemakanan sahaja...akibatnya? berat badan saya tidak terurus dan sehingga tahun 2012 berat badan saya mencecah 50KG!..dari berat badan ideal saya 43kg.

Dan kebenarannya selepas anak kedua...saya mengalami post-martum depression aka Baby Blues aka Meroyan. Tapi dalam kadar yang sangat rendah. Antara contohnya, setiap kali saya memikirkan pasal bil rumah, atau kerja yang menunggu di pejabat...Air susu saya akan terhenti.
Saya juga selalu murung dan sering marah-marah semasa berpantang.
Ini berterusan sehingga 5 tahun kemudian. Karakter saya jadi kuat marah dan selalu berfikir yang bukan-bukan. Tambahan lagi selepas Tara berumur 2 bulan, saya terus mengambil pil perancang.

Nasihat saya kepada tuan / puan...Janganlah mengambil pil perancang. Banyak lagi cara perancangan keluarga yang boleh kita guna.
Pil Perancang umpama racun pada tubuh. Pengambilan berpanjangan menyebabkan perubahan sikap si ibu kerana aturan hormon yang dibekalkan oleh pil perancang.

Bila hormon kita diubah dalam waktu yang lama, bukan mudah untuk memperbaikinya semula kerana dari perubahan hormon boleh menyebabkan perubahan perilaku, dari perubahan perilaku boleh mempengaruh sistem otak dan cara berfikir seterusnya menjadi TABIAT.
Oleh itu tuan-tuan jika isteri anda sudah jadi tidak ceria, meriah dan bermaya...mungkin juga disebabkan oleh pengambilan pil perancang. 

My advise : just STOP.

Oleh itu tuan / puan jangan pandang remeh akan isu berpantang kerana ianya boleh menyelamatkan nyawa dan menjamin kebahagian anda ^_^

Saya ada mengenali kawan yang kurang menjaga diri semasa berpantang, beliau pernah mengeluh belakang tengkuk kerap sakit menyebabkan beliau risau beliau berpenyakit darah tinggi.

Tuan / puan lazimnya menjaga kesihatan diri adalah tanggungjawab diri sendiri. Oleh itu, Jagalah Kesihatan anda demi anak-anak.

Setiap sesuatu yang berlaku adalah ketentuan Tuhan, kita hanya mampu bertawakkal dan yakinlah setiap permasalahan Pasti ADA jalan keluarnya ^_^

No comments:

Post a Comment