Wednesday, May 21, 2014

Pengalaman Bersalin cara Induce [Part 1]


Esok Mufi genap berumur dua bulan J
Syukur Alhamdullilah segala rintangan sebelum ini terasa manis pula hehe...

Saya ingat lagi pengalaman saya sejurus sebelum melahirkan Mufi. Mufi ni baby ‘overdue’ sebenarnya hehe...
Jangkaan tarikh bersalin ialah pada 12hb Mac, tapi tak lahir2 juga huhu...so Doktor advise tunggu hingga 21hb iaitu tambah 9 hari lagi, bagi dia chance untuk muncul sendiri hehe...tak keluar-keluar juga. Padahal sepanjang bersalin banyak tanda Mufi ni macam nak keluar cepat, saya pernah keluar darah, pernah contraction yang kerap, sakit punggung rasa meregang pun ada...kadang-kadang rasa ‘pintu’ tempat bersalin tu pun sudah mulai perit...tapi rupanya overdue dari tarikh jangkaan juga hehe...

So saya pun tunggu 9 hari, wah...Tuhan saja yang tahu perjuangan bawa baby lebih umur dalam perut ni, sudahlah berat, selera makan lagi bertambah..jadi Giant lah namanya haha...

Lepas cukup 9 hari saya pun lapor diri ke Klinik Wanita dan Kanakk-kanak Likas, cheh macam lapor diri mula kerja pula hehe...
Sebelum di admit dan diberikan katil, seperti biasa lah, saya siap kena korek-korek dan kena ikat alat cek ECG di perut untuk pantau hearbeat baby.

Pertama kali kena korek ialah oleh doktor wanita bertudung, hati sudah mula rasa bersyukur 'Yes! Doktor perempuan' saya kata dalam hati, relalah kena korek hehe...boleh tahan juga doktor tu, walaupun nampak lembut, tangan beliau sangat bertenaga, sakitnya bukan main sampai saya menangis...lama lagi dia pusing sana sini tu sambil kening berkerut; beliau tidak pasti “mm..macam...1cm...mm...hmm..” saya pula yang nervous tengok muka dia haha...
Lepas cek tu beliau rasa kurang yakin, so dia panggil doktor...Lelaki lah pulak huhu...sebab dia tidak yakin dia minta colleague dia turut cek....apa lagi buka lagi huhu...kali ni doktor lelaki tu minta nurse bagi dia ‘mulut itik’ addoi!...Speculum sekali lagi....



So dorang berdua bersama torchlight kecil sambil korek dan berbincang depan saya...adeh, rasa macam katak eksperimen pula haha...
Akhirnya keputusan mereka ialah : Masih tiada bukaan.
Apalagi tambah banyak lah air mata saya,padahal time tu kan sudah mula rasa contraction, pintu rahim pun rasa dah kembang, perut pun dah sempit, nafas pun sudah semput...
Tuhan saja yang tahu betapa takutnya saya pada masa tu. Takut sebab,kenapa tiada bukaan langsung?, takut sebab risau baby lemas dalam perut, takut sebab ada potensi kena bedah sedangkan saya nekad nak bersalin normal. Lepas tu nurse-nurse pun sukar nak cari kedudukan tepat untuk alat ECG jadi bunyi jantung baby kadang kedengaran kadang tidak..apa lagi panic memanjang lah saya...Macam-macam di pikiran saya waktu terbaring dalam bilik penilaian tu. Doktor tu pun dengan dahi berkerut(rasa simpati kali) tanya “sakit kah?”...saya pun tak larat jawab, sambil nangis-nangis macam budak tidak dapat ais krim, kesat air mata..saya cuma angguk air mata pula semakin deras.
Sebenarnya bukan sakit..tapi risau dan sedih sebab masih belum dapat bersalin secara neutral.

Selepas dinilai saya pun tunggu diberikan katil dalam wad, suami suruh bersabar dan redha kalau kena bedah sekalipun asalkan baby selamat, rupanya beliau maklumkan keadaan saya pada ahli keluarganya, sampai adik ipar call saya untuk tenangkan hati, katanya ada seorang kawan dia ada 3 orang anak yang semuanya pun overdue hampir dua minggu tapi semua anaknya selamat. Memang rasa bersyukur bila ada ahli keluarga yang memberikan sokongan...tapi hati tetap sedih sebab....memang saya lama sudah tunggu Mufi ni hehe...sejak dari umur kandungan 38 minggu memang ada petanda nak melahirkan sudah cuma...inilah yang dinamakan rezeki...

Anak pertama dan kedua langsung tiada masalah bersalin secara neutral. Ayman lahir pada 40 minggu dan sehari...overdue jugak tapi sehari saja hehe..
Tara pula lahir pada minggu 39 dan 6 hari. Pengalaman bersalin Tara lah yang paling senang...dua kali teran saja sudah keluar hehe...tapi seminggu sebelum tu saya contraction ingatkan nak bersalin, bila cek 2Cm kena tahan wad sampai 4 malam, doktor pakar sempat tolong regangkan pintu rahim, ehem paham-paham lah maksud ‘regangkan pintu rahim’ haha...macam satu penumbuk juga adaa~haha

Rezeki bersalin Mufi pula...saya kena Induced.
Lepas dapat katil, doktor pun terangkan bahawa ubat akan dimasukkan pada jam 6 pagi keesokannya. Malam pertama kena tahan tu, saya berusaha juga nak buka rahim jalan kesana kemari...tapi yah, bukan rezeki.


Sepanjang malam kerisauan apalah jadi lepas kena induce tu? Bentuk ubat induce tu macam mana? Sakitnya teruk kah? Ada orang cakap tersangat sakit melebihi bersalin normal, ada pula yang cakap sakitnya sekejap saja, hilang lepas baby lahir, ada kesankah?ubat telan ka ubat sumbat?

Rupa-rupanya banyak juga kawan yang concern, sampai ada yang sanggup mesej di FB..walaupun kurang rapat tapi beliau sanggup juga sharekan tips supaya mudah bersalin, sangat-sangat bersyukur. Antara tipsnya ialah air Zam-zam dan kurma...saya langsung tak tahu manfaat air zam-zam rupanya molekul air zam-zam ni jauh lebih istimewa dari jenis air yang lain...baru tahu huhu...
Malam tu saya tengok pesakit di sekeliling saya, nak berbual memang tak larat sebab saya penuh dengan kegusaran, saya cuma dapat tahu, semua pesakit dalam bilik kami ialah kes induced. Ada seorang ibu baru 7 bulan tapi dia kerap contraction dan jantung baby dia kadang ada dan kadang tiada, yang seorang macam saya juga tapi dia tiadalah tunggu sampai 9 hari, dia lebih sehari saja, kena admit sebab ada bukaan  1cm...saya pula selepas 9 hari masih tiada bukaan. Yang lain pula hanya tunggu kekosongan dewan bersalin kemudian dihantar masuk ke sana. Dalam pukul 8 seorang ibu dimasukkan ke dewan bersalin, kemudian jam 2 pagi seorang lagi masuk ke dewan bersalin. Saya memang tiada tidur malam tu huhu...

Sampai pada hari esok, awal saya bangun hehe... sebab nervous nak tengok ubat induce tu. Rupa-rupanya dia bentuk kapsul putih and...kena sumbat.
Tiada rasa pelik sebab dah memang berminggu-minggu saya sudah rasa perih so tiadalah kurang selesa sangat. Suami pula awal lagi sampai, maklumlah tidur di lobi menunggu, kesian..nasib tak jadi bongkok tidur di kerusi. Beliau bawa bubur dan mee goreng untuk sarapan. Cheh kalau bab makan sayalah juara hehe...berselera saya makan, apa tidaknya mee gorengnya dicampur lada haha...
Sebelum waktu tengahari tu suami kirimkan air zam-zam, kurma saya sudah sedia bawa dari rumah untuk kudap-kudapan. Mula jam 10 lebih saya amalkan air zam-zam dengan kurma sambil selawat.


Pada waktu tengahari, Ayman Tara ikut datang melawat...wah meriah katil saya, sampai saya yang tak tentu arah sebab nak kejar Tara daripada panjat katil orang, nak kena tegur Ayman supaya jangan menjerit. Mak dan adik lagi saling bergosip, husband lagi yang banyak bertanya.
Fuh...seharian tu saya tiada ketenangan...so waktu jam 2 petang saya pun bawa ayman tara turun ke taman untuk mereka bermain, saya pula berjalan-jalan..untuk buka rahim padahal waktu tu sudah mula rasa contraction dan sakit berpanjangan sampai tak boleh jalan tapi saya paksa juga sebab saya nak juga beranak malam tu.
Saya tak nak tunggu lagi sebab risau keadaan baby. Setiap kali ECG dilekapkan, nurse-nurse memang susah nak cari kedudukan yang sesuai untuk dengar degupan jantung baby dengan jelas. Sampai saya sendiri tolong cari kedudukan sesuai untuk lekapkan ECG. Risau saya pada waktu tu menjangkau lebih dari takut akan sakit tu sendiri...

Malam tu, saya memang rasa contraction lebih kerap. Mula dari jam 8 saya sudah mula kira contraction. Doktor yang periksa saya pada waktu tu mengesahkan saya sudah ada bukaan 3cm, Alhamdullilah, beliau pun berbincang dengan seorang  lagi doktor yang sedang memeriksa ibu yang lebih sehari yang juga sudah ada bukaan 3cm. Mereka memutuskan untuk tempah bilik bersalin bagi kami berdua, namun selepas itu tiada doktor mahupun nurse datang untuk memindahkan kami. So saya anggap bilik bersalin tu penuh dan meneruskan kiraan contraction saya. 

Walaupun sibuk mengira contraction saya sempat minta suami kirimkan...McD Spicy Chicken McDeluxe Yeahh...memang dalam apa hal sekalipun makan tetap number 1 hehe...habis licin.
Sambil-sambil tu saya jalan-jalan masih mengharap dapat bersalin malam tu..sampai jam 10 lebih saya macam sudah tak larat berjalan-jalan, contraction selang 5 hingga 2 ,imit selama 2 minit, saya pun baring untuk tidur kumpul tenaga khas untuk bersalin...bila nurse datang cek tekanan darah saya tanya bila lagi saya nak kena cek bukaan ni? Kan jam 12 tengah malam nak kena cek lagi, nurse tu cakap ya sekejap lagi doktor akan datang. Saya pun cuba tidur lagi tetapi mula dari jam 2 pagi tu. 

Something doesn’t feel right. (to be continue :) )

No comments:

Post a Comment