Friday, January 13, 2012

Semakan status BR1M!

Pasti ada sudah yang tertunggu-tunggu akan status RM500 Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kan
Menurut kawan aku yang sangat update pasal legal matters ni, pembayaran akan bermula pada 16 Januari 2012.

Walaubagaimana pun, anda juga boleh :

Menyemak status permohonan  :
Dengan mendail talian hotline:1-800-222-500/1-300-88-3010.Mulai pada 16 Januari 2012 dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Talian hotline akan beroperasi setiap hari bekerja selama 2 bulan mulai pada 16 Januari 2012.

Sebagai makluman sekiranya permohonan telah diluluskan, pemberitahuan secara pos menerusi surat pemakluman berserta maklumat  tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan. Bagi mereka yang berada diluar bandar pihak kerajaan akan menyediakan kaunter bank bergerak Bank Simpanan Nasional,CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan itu.
Malah baucar BR1M juga boleh di tunaikan di cawangan bank seluruh Malaysia.

Andaikata permohonan anda gagal iaitu sekiranya mendapat surat pemakluman bahawa permohonan anda tidak berjaya, rayuan juga boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my.

Semoga berjaya!^_^

No comments:

Post a Comment