Sampai ada filem 'Friday the 13th' lagi not just that ada jugak filem 'Freaky Friday'
Memang sudah bertahun-tahun adanya kepercayaan pasal Friday the 13th yang akan menjadi hari sial, malang dan tragik.
Jadi apa yang membuatkan benda ni popular?
Popular kerana movie pasal pembunuh bersiri bernama Jason Voorhess
Karekter ini dicipta oleh Victor Miller penulis bagi filem dan rancangan television.
Jason ialah anak seorang tukang masak camp iaitu Pn Voorhess yang juga pembunuh kanak-kanak dan remaja.
Kisah sebenarnya agak menyedihkan...dan beliau sebenarnya hanya membunuh atas dasar ketidakpuashatinya terhadap salah tingkah laku moral golongan remaja dan juga dendam beliau yang pernah hampir dilemaskan didalam air sewaktu kecil.
Watak sebenar ialah seorang manusia normal, namun hasil pengubahsuaian oleh penulis lain Jason dicipta sebagai seorang yang cacat rupa dan juga berpenyakit mental.
So...beliau akan membuat pembunuhan besar-besaran pada Friday the 13th...
Itu kisah popular.
Tapi bagaimana pula dengan sejarah?
Kenapa Friday dan kenapa 13th?
Disebut pada sejarah seawal kurun ke-19 bahawa Friday adalah hari sial dan 13 ialah nombor sial.
Ok aku ndak tau adakah ini...konspirasi FreeMason...(hehe...)
Dari segi numerology ( Kajian berkenaan mistik, tilikan ataupun kaitan istimewa diantara pengiraan dan ukuran dalam hidup)nombor 12 ialah nombor yang melengkapi sesuatu susunan. contohnya :
- kita ada 12 bulan.
- 12 jam
- 12 tuhan Olympus
- 12 pengikut Jesus
- 12 imam pengikut Nabi Muhammad
Manakala bagi Friday pula, ianya dianggap malang sewal kurun ke-14 didalam sebuah kisah dongeng dipanggil 'The Canterbury Tales'. Ianya juga hari dimana pasaran saham jatuh dan juga beberapa kejadian bencana alam.
Malah Jesus juga disalibkan pada hari Jumaat.
Jadi....jelaslah bahawa kepercayaan Friday the 13th ini lebih menjurus kepada European atau budaya Barat.
So...kita ndak payahlah excited sangat yah!...
Sebaiknya hari Jumaat kita banyakkan, berdoa dan bersedekah...rasanya bagi orang Kristian juga perlu lakukan sedemikian....ini kerana Jumaat ialah hari yang paling berat bagi Jesus...so banyakkan berdoa yah.
Sebagai Muslim.
Hari Jumaat malah dianggap suci. Solat berjemaah jatuh pada hari Jumaat.
Hari Jumaat disunatkan, memakai pakaian yang paling cantik, memakai wangian dan juga banyakkan menderma.
Juga melalui hadis Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari ialah hari Jumaat. Pada hari Jumaat, dijadikan Adam a.s., dia dimasuk ke syurga, diturunkan ke bumi, diterima taubatnya, dia meninggal dan berdirinya kiamat. Adalah hari Jumaat pada sisi Allah itu hari kelebihan. Begitulah hari Jumaat dinamakan oleh kalangan malaikat di langit iaitu hari memandang kepada Allah Taala dalam syurga." (Diriwayatkan Muslim dari Abu Hurairah)
Diharapkan entri kali ini memberi manfaat dan marilah sama-sama menjalankan kehidupan yang diredhai Allah. Amin.
No comments:
Post a Comment