Thursday, January 19, 2012

Pecat kerana Menyelesaikan Kerja.

Ini...isu Pelik.

Seorang wanita diberhentikan kerja hanya kerana meneruskan tugasan kerjanya pada waktu rehat tanpa mengambil masa rehat untuk makan.

Whoa...apa punya kompeni bersyukurlah ada pekerja yang rajin kan!


Sharon Smiley ialah seorang receptionist di syarikat hartanah, walaupun baru sebulan beliau meraikan kecermelangan bekerja di syarikat tersebut selama 10 tahun yang lalu, beliau kemudian di pecat oleh salah seorang Pengurus syarikat berikut.

Dengan alasan, beliau tidak mencerminkan budaya sihat kompeni tersebut kerana terus bekerja pada waktu rehat beliau. Seolah syarikat tersebut tidak memberikan layanan baik terhadap kakitangannya.

Walaubagaimanapun, Smiley memberikan jawapan bahawa selagi beliau telah 'Punch' card dia untuk mengambil rehat, selagi itu, beliau boleh melakukan apa yang beliau inginkan pada waktu rehat beliau.

Setelah dipecat beliau mengalami kesukaran mencari pekerjaan lain kerana rekod buruk tersebut, beliau juga tidak layak untuk memohon wang kebajikan 'tidak bekerja'

Selama 9 bulan tanpa pekerjaan, akhirnya beliau menang pada perbicaraan dan akhirnya menerima cek kebajikan, baki peratus dari gaji yang lalu dan juga cek bernilai USD528 setiap 2 minggu sehingga beliau mendapat pekerjaan baru pada bulan lalu.

Kebanyakan polisi syarikat mengharuskan kakitangan mereka mengambil masa rehat pada waktu tengahari, dan jika salah laku juga dibenarkan untuk mengenakan tindakan undang-undang mengikut polisi syarikat.


Walaubagaimanapun, mana-mana syarikat tidak dibenarkan sama sekali untuk memecat kakitangan atas sebab meneruskan kerja pada waktu rehat. 

Hai...bodoh punya manager...jangan cari pasal sama kerani bawahan walaupun dia di pihak atasan...selagi ada undang-undang...hukum kasta ndak akan bulih apply hehe...





No comments:

Post a Comment