Sunday, January 8, 2012

Mari Mengenal Anthony @ Tony Robbins


Beliau ialah selebriti yang pernah membuat kemunculan cameo dalam Filem Shallow Hal, di mana beliau menghalau syaitan dari dalam diri Jack Black didalam elevator.

My...my....scene tu betul-betul melekat dalam kepala otak aku.

So...siapa Anthony Robbins...
Beliau ialah, penulis, penceramah dan pakar motivasi Amerika...
Sudah banyak buku yang telah menjadi best seller dan idea serta method beliau adalah realistik.

Sebenarnya banyak pakar motivasi Amerika yang sangat menyentuh perasaan orang ramai.
Tetapi...
Anthony Robbins sangat berbeza dari yang lainnya.

Ini kerana, beliau mengecapi kejayaan pada usia yang lebih muda dan...
Beliau tidak pernah mempunyai kelayakan akademik seperti yang lainnya.

Beliau juga pernah bekerja sebagai Janitor....

.....

Yup.

Beliau mampu mengubah nasib beliau dalam masa 12 tahun dimana keadaan dirinya menjadi sangat berbeza.
Dahulunya beliau ialah seorang yang gemuk dan depresif.
Tetapi beliau kini telah mengubah kehidupan ramai orang biasa

Antara buku beliau yang sangat bermutu ialah : Ultimate Power dan Awaken The Giant Within.

Dan inilah kelainan Anthony Robbins.
Beliau lebih mampu menyentuh perasaan kebanyakan orang kerana beliau ialah dari orang kebanyakan, iaitu tidak punya pendidikan yang tinggi dan kewangan yang kurang stabil.

Itulah keistimewaan Anthony Robbins ^_^

No comments:

Post a Comment