Bukan 2...bukan 4...tapi 6 orang anak.
Nak jaga dua pun sudah rasa melarat inikan lagi...ENAM. brrr!naik bulu romaku.
Masa aku balik Sandakan bulan lalu, mama aku tanya "...bilalah ko tambah anak?"
Mak...mak...cua la ko tanya gini.."Ko mo tambah anak lagi?"...ini tidak terus tanya bila...bukannya tanya mau kah tidak, mampukah tidak haha...tapi biasalah orang tua...zaman durang ndak sama dengan kita.
So aku jawab jak soalannya dengan bunyi menyeringai kengiluaan...sebab terkenang sakitnya beranak tu tauuu...
Masa mak bapa kita dulu...banyak anak = banyak rezeki.
Maybe principle tu bulih lah apply untuk orang dulu-dulu atau orang kampung.
Sebab kalau banyak anak...banyak orang tolong buat kerja di ladang, atau tangkap ikan, atau di sawah nah...itu maknanya.
Zaman sekarang, tinggal di bandar, banyak anak, makan gaji saja....suicidal kali kah?haha...
Masa kini membesarkan anak bukan saja mencabar dari segi kewangan...tetapi juga dari segi Moral.
Ingat...senang-senang jak beranak lepas tu lepaskan durang untuk jadi apa benda durang mau?...kalau jadi athlete atau artis macam Maher Zain lain cerita...tapi kalau jadi peragut?atau jadi keldai dadah?
Adeh...parah.
So...nak ber anak ni bukan setakat beranak, pastu bagi makan,pakai,skola,jalan-jalan...BUKAN.
Nak ber anak ni adalah untuk membimbing, menggalakkan dan membentuk..salah satu ciptaan Tuhan.
Kan anak tu anugerah Tuhan...(jan main-main!)
Sebab itulah aku berpikir balik-balik dan panjang-panjang samada aku nak bagi anak-anak aku adik lagi. Kalau keja gaji besar lain ceritalah...totally lain cerita.
Tapi ini...cerita aku hehe...bukannya tolak rezeki tapi mengambil langkah bijak.
Berbalik kepada tajuk sebenar...Parenting Tips dari Angelina Jolie.
Beliau kan mempunyai anak yang ramai, beliau juga sentiasa sibuk dari segi karier dan juga hal-hal kemanusiaan.
So bila ditanya, Adakah Angelina menceramah anaknya untuk menjadi begitu, begini atau bagaimana. Memandangkan beliau sendiri ialah contoh masyarakat.
Jawapan beliau : Tidak. Dia ndak ajar pun anak dia mo jadi macam dia. Dia cuma bagi tahu dia pergi ke mana dan kenapa. Kalau anak dia tanya lagi baru dia jawab apa yang sepatutnya.
In her own words : I have faith that my kids will make decisions based on what they see in their day-to-day lives.
Nah...jadi...nak didik anak-anak jadi orang berguna kenalah buat contoh terbaik setiap hari.
Show examples of kindness setiap hari...contohnya bagi kucing tepi jalan makan, atau bagi derma pada orang miskin atau bawa anak shopping buah tangan untuk datuk nenek durang and ajar durang yang bagi sendiri pada datuk nenek durang...rasanya...contoh seperti itu pun boleh terima kan hehe.
Tapi yang paling penting ialah : Have Faith pada anak anda bahawa mereka akan membawa contoh terbaik diri kita sendiri. ^_^
No comments:
Post a Comment