Thursday, January 19, 2012

Update : SBPA


At the moment semua put on hold sebab SBPA disemak semula dan sudah ada jawatankuasa khas untuk membuat semakan teliti.

Wakil Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) juga memohon untuk dilibatkan di dalam pasukan khas bagi membuat semakan menyeluruh.

Pasukan Khas terdiri daripada : Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan presiden Cuepacs serta pegawai kementerian berkaitan serta diberi tempoh dua bulan untuk menjalankan semakan semula SBPA dan semakan berakhir pada 15 April 2012.

Kenaikan gaji juga akan ditunda sehingga April...(bawak bersabar teman-teman hehe)

Markah lulus untuk mendapat kenaikan gaji diturunkan dari 75% kepada 65%

Namun begitu harus diingat bahawa wujudnya Dasar Pemisah iaitu jika markah kakitangan jatuh pada 60% maka beliau digolongkan dalam kumpulan : Exit Policy dan....dihantar keluar pintu dalam jangkamasa 6 bulan hingga 12 bulan...ada paham?hehe...nah rajin-rajin kerja serta angkat kaki boss keke...ndak salah ba tu....sudah namanya cari makan...buatlah cara yang betul...tapi kalau sampai angkat kaki boss sampai lebih tinggi dari kepala dia kes parah sudah tu...angkat sampai paras lutut jak la yeeerrr hehe....

Walaubagaimanapun jumlah kenaikan gaji bergantung kepada jumlah markah.

Umur pencen juga ialah 58-60 tahun.Tapi...kalau ndak larat....bulih juga retire awal hehe...


No comments:

Post a Comment