Thursday, April 19, 2012

Vampire sana sini...

Vampire dalam action movie

Underworld

Vampire dalam Romance movie 

Twilight

Vampire dalam Classic Movie

Interview with the Vampire

Vampire dalam Horror movie

Drakula halala (1923)

Vampire in Children Movie


i rest my case.


Friday, April 13, 2012

KK vs SDK

Kali ni trip ke Sandakan membawa cerita yang berbeza.
Aku pulang on solitary journey and anak-anak dititipkan kepada En.Suami

Sejak hari Sabtu mama aku dimasukkan ke hospital kerana disahkan menghidap Glaucoma.
Lepas 2 kali Laser surgery mama aku dibenarkan keluar wad.
So bila sampai mama aku sudah pun berehat di rumah.

Cerita terbaru pasal Sandakan ialah...
Air paip yang serba kemerah-merahan macam air karat yang melanda seluruh Sandakan.
Termasuk hospital...so kesian la bapa aku dan adik aku...buat father and son bonding ulang alik sambil menjinjing air minum dari mesin water dispenser yang jauh jugalah dari rumah bapa aku.
Kami kaum wanita tau minum jerrr hehe...

Selain itu bapa aku membeli telefon baru...dengan sia-sia sebab menyangka telefon dia tidak berbunyi kerana rosak...rupa-rupanya ada kabel telefon yang rosak...bukannya masalah telefon hehe...

The next day aku di Sandakan, aku dan adik bawa mama ke hospital Sandakan untuk review tekanan darah dan kolestrol...
Aku rasa unbelievable tengok keadaan Hospital (baru) Sandakan. Tempatnya sempit...tiada sistem dan tidak sensitif terhadap pesakit.
Kami sampai jam 9 dan mama kena panggil pada jam 12:15.
Sepanjang masa kami disana hampir 65%, waktu aku dan adik berdiri.
Kerusi tidak cukup.
Sistem tidak teratur.
Ruang kecil.
Pesakit sangat banyak terutama warga tua.
Berikut ialah gambar yang diambil dari angle kiri,kanan dan depan...ndak masuk angle belakang tu...



Aku sense mereka tidak ada sistem peka terhadap warga tua di mana mereka memberikan nombor yang sama antara orang biasa dan warga tua.
Semasa aku di JPN KK aku notice, bila ada warga tua, mereka akan bagi nombor eksklusif di mana warga tua tidak perlu mengikut nombor urutan seperti orang lain....peti cadangan juga tidak diisi borang cadangan, tiada pen dan juga suasana hospital ada sejenis bau hanyir.

Untuk pengetahuan populasi di Sandakan terdiri daripada...of course orang tempatan dan PTI.
Tempatan termasuklah orang etnik dan cina.
PTI...of course Suluk dan especially di Sandakan ianya lebih didominasi oleh orang Bugis.

Lepas kami dari klinik kami turun ke pusat bandar untuk berjalan-jalan.
Perancangan aku ialah mencari seluar dan kalau ada yang berkenan aku mau juga belikan anak-anak baju.

Satu persatu kedai aku masuk...harga pakaiannya sangat mengejutkan.
Lebih kurang RM7 lebih mahal untuk hampir setiap jenis pakaian.
Lebih teruk ialah kualitinya adalah rendah.
Hampir setiap kedai mempunyai kualit yang sama jad untuk mencari pakaian berjenama dan even pun kalau kita sanggup bayar mahal untuk kualiti...sayangnya...tidak ada kedai yang menjual pakaian berjenama dan berkualiti tinggi.

So pada trip kali ini aku telah membuat perbandingan jelas antara Kota Kinabalu dan Sandakan.

Asalnya aku orang Sandakan, lahir dan membesar di Sandakan.
Pada umur 25 tahun iaitu selepas berkahwin, aku berhijrah ke Kota Kinabalu kerana mengikut En.Suami.Satu keputusan yang besar dan drastik juga berat kerana terpaksa membiasakan diri dengan keadaan yang baru.

Selepas dapat perkerjaan di Kota Kinabalu aku mulai membiak hehe...sekaligus membenamkan dalam-dalam akar ku di Kota Kinabalu dengan membeli seunit apartment.
Rasanya...untuk pindah balik ke Sandakan mungkin bukan ,menjadi pilihan istimewa atau darurat sekalipun.

Di KK tempat makannya sangat variety. Harga barang juga tidak jauh berbeza dengan daerah-daerah Sabah yang lainnya.
Tetapi istimewanya KK, semua barang berjenama juga mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah bila tiba datang musim SALE.

Tempat peranginan dan leisure juga mudah dilawati dan sangat pelbagai, begitu juga dengan butik-butik eksklusif yang senang dikunjungi berbanding Sandakan.

Masa aku kecil, tidak pernah terlintas difikiran aku bahawa Sandakan sangatlah kecil dan kurang menyeronokkan.
Bagi aku bila dapat turun pusat bandar itu sudah cukup exciting sebab banyak kedai dan ramai orang.

Realitinya Sandakan ialah sebuah bandar kecil yang bangunannya masih terdiri daripada jenis lama iaitu yang paling ketara design tingkapnya yang jeriji beralun dan kacanya bersegi empat dan berbingkai besi.
Sandakan juga dinicknamekan sebagai 'Little Hong Kong' disebabkan majoriti bangunannya seperti bangunan-bangunan lama Hong Kong.

Bandarnya sendiri banyak dibangunkan oleh kaum cina  dalam tahun 1870an...sebab itulah di Sandakan ramai orang kayanya terdiri daripada bangsa cina dan sangat kurang usahawan berbangsa etnik berbanding Kota Kinbalu.

Kelebihan Sandakan ialah jenis makanannya yang sedap terutama Bakso, Coto Makasar dan juga cakoy.
Perbezaan antara KK dan Sandakan juga melibatkan dari segi makanan. Di KK kita memanggil Soto Ayam bermakna mi halus,sup dan isi ayam. Di SDK ianya di panggil Sup Ayam saja.
Di KK juga jarang terdapat Coto Makasar tapi di Sandakan ada hampir 3 gerai dalam satu barisan.

Walaupun KK adalah bandar besar dan sepatutnya kos hidup lebih tinggi tapi...aku rasa...tanggapan ini sangat meleset.

Sandakan merupakan bandar kecil, industri yang rendah selain daripada perikanan (harga ikan mampu mencecah RM3 sekilo berbanding KK yang pada harga normal RM7 sekilo dan cuma turun sehingga RM5 jika kena pada musim dan pelancongan namun kos hidupnya SANGAT tidak berpatutan.
Tambang 7 batu dari pusat bandar ialah RM2 sehala. Jika dibandingkan dengan KK, jumlah perjalanan dari Indah Permai ke pusat bandar lebih kurang mencecah 7 batu namun, kosnya hanya RM1 menggunakan City Bus yang fully berpenghawa dingin.

Jadi ianya ialah bandar kecil namun kos tinggi, kurang variasi produk dan juga banyak dominasi bangsa dari Indonesia. Berbanding KK ialah bandar besar namun kos hidup sederhana, variasi pelbagai dan dominasi bangsa dari Filipina.


So...kesimpulan aku ialah...aku sangat bersyukur berhijrah ke KK kerana, tambang masih murah, makanan sedap dan bersih, persekitaran juga bersih, pelbagai fesyen,produk dan barangan yang mudah didapati, banyak aktiviti riadah mudah dilakukan kerana fasiliti yang pelbagai.

Paling penting ialah KK mempunyai persaingan sengit antara pengusaha dan itu meyebabkan penurunan harga yang menguntungkan konsumer...macam aku rasa butik-butik di 1Borneo mengadakan Sale hampir 3 bulan sekali...begitu juga butik seperti Ariani dan Padini yang mudah dikunjungi.

Pasar besar KK juga menjual barangan dengan harga berpatutan berserta kualiti, contohnya seperti udang kering yang walaupun di import dari Sandakan harganya cuma berbeza dalam RM2 lebih mahal sedikit.

Oleh itu...aku membuat kesimpulan bahawa, aku telah membuat keputusan bijak untuk berhijrah ke KK, ini kerana orang biasanya berkata, tidak apa tinggal bandar kecil kerana boleh berjimat...tapi bagi kes Sandakan...apa yang mahu dijimatkan jika tambangnya cukup mahal dan barang keperluan seperti pakaian  dijual dengan harga mahal dan kurang kualiti...jimat apanya?...

So...aku rasa...ahli politik Sandakan sepatutnye lebih aktif menjaga kebajikan rakyat...bukan kebajikan peribadi sahaja haha...

Anyway...semasa aku menulis ini..bau Soto Ayam dari gerai Sudi Mampir menyucuk hidung tepat mewarning bahawa waktu ini amat sesuai untuk menghirup sup panas sambil menikmati langit Sandakan dan aura Sandakan yang sangat dekat pada zaman childhood aku....^_^

Akan dibuka Mei 2012
Ini dalam Pasar Besar Sandakan...aku tertanya-tanya...ini parking untuk apa yah..hehe


Wednesday, April 4, 2012

Siapa Kencing Dilantai.

Aku baru balik kerja.
Tank memang full dari office...

Masuk tandas.

'hmm...busuk...bau kencing.'
Tengok lantai...

Ada orang kencing dilantai.

Suspek Pertama : Ayman Jermain
Suspek Kedua : Shatara Casandra

Aku kluar dari tandas.

Senyum.

Si lelaki dan si perempuan duduk bersebelahan rapat (menumpang tengok movie seram dari laptop adikku)

Aku : "Ayman Tara."

Si lelaki dan si perempuan mendongak.

Aku : ' Siapa kencing dilantai?~'

Ayman : Tara!
Tara : Ayman!

Aku : -_-

Senyum lagi.

Dengan nada lembut " Ayman kencing di tandas?"

'Tidak...ayman...ayman kencing di...di...di..."

Aku : Di lubang tandas?

Ayman : Iya!.

Ok.

Dengan nada lembut : "Tara~...Tara kencing dilantai?"

Tara cepat-cepat menggeleng siap dengan rambut depannya terbang-terbang ke kiri ke kanan.

Ayman berbisik ke telinga Tara...yang mampu didengar semua orang.

"cakap ya..cakap ya"

Tara masih menggeleng.

Aku dengan nada lebih lembut : Tara kencing di lantai?...

Biji mata Tara mulai bergerak-gerak tanda hampir mengaku.

Ayman serta merta capai kepala Tara kemudian angguk-anggukkan kepala Tara.

............................

Cubaan terakhir aku dengan nada ayu "Tara kencing dilantai?...mamy ndak marah juga~"

Tara senyum lebar.