Monday, April 28, 2014

'Semut-semut'

Syukur Alhamdullilah...

Lusa selesailah saya berpantang, siapa sangka lamanya 40 hari itu kini tidak lama lagi berakhir.
Sepanjang tempoh saya berpantang tidaklah juga saya rasakan jurang perbezaan yang sangat besar antara berpantang atau tidak, sebab saya masih juga meneruskan kerja-kerja rumah macam biasa, maklumlah berpantang sendiri.

Wah...sungguh memang jauh juga jangkamasa 40 hari ni kan, kepala i pun dah rasa macam kepala Bob Marley yg rambut melekat dan berat semacam...kelemumur?wauih..jgn cakap lah klu boleh kikis, timbang mau2 sama harga dengan emas juga kali hahah...

Walaupun begitu syukur Alhamdullilah, dari segi kesihatan saya ok, tiada masalah migrain, stress ataupun lemah2 badan. Dulu masa Ayman dan Tara ada juga rasa tekanan dan sakit2 pinggang tu mmg biasa. Tapi dengan Mufi ni...eh, belum pulak sy umumkan nama baby kan ehehhehe...actually nama singkatan dia Mufi, comey tak?haha...ya berpantang selepas melahirkan Mufi ni memang beza dari segi kesihatan, saya cuma mengamalkan set bersalin shaklee iaitu vitalea, zinc,vitamin c dan b-complex. Syukur tenaga badan saya kembali selepas hanya seminggu berpantang dan selepas tu saya mengamalkan ostematrix, yah maklum aja orang lepas bersalin ni mmg normal lah klu kena sembelit tuu...malah org mengandung pn mengalami sembelit juga..

Paling penting jangan biar sembelit tu pula jadi buasir, tapi jangan risau kalau makan ostematrix ni, buasir pun dia boleh bantu kurangkan kesakitan sebab oste ni menghalang pembekuan darah, bila darah beku pada salur darah d situu tuu, hah itu yg jad sakit sampai duduk pun rasa merana huhu...

Memang thanks to ostematrix ni sekarang...setiap pagi saya mesti lawas punya hehe, klu dulu kadang-kadang EMPAT hari barulah i melawat tandas haha..
Lagi satu kebaikan ostematrix especially untuk ibu2 lepas brsalin mcm saya nih ialah Masalah Kebas kaki, ini masalah memang ketara, apa tidak, sedang kita syok mengelamun sambil susukan baby memang tak sedar kalau kaki, tangan kita tu tak bergerak selama baby sedap menyusu tu, kalau saya kadang2 hampir sejam duduk dalam posisi yang sama x bergerak, maklumlah air susu badan i ni pemalu sikit jadi lambat pengalirannya...baby pulak sudah stamp hak milik dia...dijadikannya sebagai kudap-kudapan dia sambil tidur huhu...apa lagi bila baru mau bergerak waduh2..serupa orang lumpuh pn ada, saya bila dapat berdiri tu, trpaksa maintain dlm posisi x brgerak 2-3 minit, sakit kebasnya bukan main, smpi brnafas pn kena tahan2 sbb x nak gerakkan kaki yg sakit kebas tu...



Kalau saya masa kecik2 saya panggil benda tu 'Semut-semut' hehe..ya lah bila kaki kebas rasanya mcm kaki tu dipenuhi semut yg aktif bergerak haha...



Tu lah kebaikan ostematrix yg saya alami sendiri, sebenarnya banyak lagi, tidur saya pun nyenyak sampi siap boleh mimpi2 makan udang d seafood restoren lg(padahal belum habis pantang) haha...tapi tidaklah smpi x sedar utk bangun susukan baby, cuma selepas mengamalkan ostematrix ni...saya excited bila time nak tidur sebab 1)boleh rehat. 2)boleh bermimpi~ haha

 kalau nak tahu kebaikan ostematrix,tambahan lagi sekarang ni ada Promo Beli 6 PERCUMA 1, boleh share dengan bapa, ibu,kakak,abang..semua pn boleh pakai sbb oste ni juga sumber kalsium terbaik, jadi utk yg ada masalah tulang rapuh, sakit pinggah, lenguh bahu dan mcm2 lagi cubalah sendiri hehe.. hubungi saya Nura di hp : 010 586 5424
In shaa Allah dengan izinnya semua permasalahan boleh di atasi!

Tuesday, April 15, 2014

Pengalaman Breastfeeding Part 1


Wuah macam selang seminggu juga baru dapat update blog ni...maklumlah sibuk~
Walaupun setakat duduk di rumah berpantang..hakikatnya memang sibuk tau.

Siapa cakap suri rumah tidak sibuk?siapa cakap suri rumah kerja boring?

Banyak sebenarnya tugas suri rumah,dan memang sibuk, hah...itu kena pada cara penggunaan masa oleh si ibu ^_^

Bagi saya, kesibukan yang paling ketara ialah kerana saya sedang fulltime breastfeeding baby sekarang ni.
Dan sebenarnya saya masih rasa ianya umpama mimpi di mana saya sedang FULLTIME breastfeeding baby.
Dulu, masa anak pertama dan kedua, saya mix susu badan dengan susu formula.
Alasan: susu badan saya sangat sedikit, hingga tidak cukup langsung untuk baby.
Hakikat  : saya tak rajin susukan baby sebab malu selak kain(maklumlah kedua-dua anak terdahulu saya dijaga pantang oleh mentua, so kena tinggal tempat dia. Selain itu, saya juga tak jaga pemakanan, habis saja berpantang terus makan pedas2 dan masam2.

Anak ketiga ni, pada permulaan saja saya campur dengan susu formula, itu pun atas nasihat Nurse kerana untuk mengelakkan Jaundis bayi naik.
Selepas baby berumur 12 hari saya susukan susu badan sahaja.

Sebenarnya memang susu saya sedikit berbanding orang lain...

 sedikit..sedikit ; lama...lama, jadi bukit?hehe...

Tapi, saya hanya mampu bertawakal supaya ianya mencukupi untuk baby.

Sedikit atau banyak semuanya Rezeki, dan setiap orang telah ditakdirkan rezeki masing-masing.
Saya ingin percaya bahawa walaupun susu saya sedikit tetapi sebenarnya ianya adalah apa yang baby saya perlukan.

Saya perasan susu saya adalah jenis Hindmilk. Iaitu pekat dan berlemak. Susu hindmilk ialah paling sesuai untuk tumbesaran bayi dan ianya mudah mengenyangkan bayi.

Foremilk                           Hindmilk     
     

Susu Hindmilk ialah susu yang berkepekatan tinggi dan lebih banyak kandungan lemak. Ianya terhasil selepas susu Foremilk. Saya perasan saya tidak banyak susu Foremilk.
Air susu saya mula datang pada hari ke-4 kelahiran baby, ada sedikit sahaja susu foremilk disertai dengan Colustrum.

Adakah ini bermakna  saya hanya mengeluarkan air susu hindmilk, kerana tubuh badan saya hanya mengeluarkan susu yang sedikit(begitu juga ibu saya)
Hmm...saya pun tidak pasti.

Walaubagaimanapun sedikit, ianya exactly apa yang baby saya perlukan, ini kerana beliau sudah mula naik berat badan selepas 2 minggu.
Bayi akan mula kehilangan berat badannya sehingga 2.8kg dari lahir hingga berumur 2 minggu. Selepas 2 minggu berat badan bayi akan bertambah semula, itu adalah apa yang Nurse beritahu saya.

Baby saya pula mampu naik berat badan dari 3.6 kg semasa lahir dan kini, berumur kurang dari 3 minggu telah naik ke 3.9kg.

Alhamdullilah, saya sangat bersyukur.

Namun demikian, saya masih berusaha untuk menambah air susu saya dengan pelbagai cara.
Salah satu daripadanya ialah mengambil supplement ESP+Alfalfa.

Saya hanya sempat mengambil selama 3 hari sebelum berhenti mengambil Alfalfa untuk sementara waktu, pada waktu itu bayi baru berumur 2 minggu, selepas 3 hari mengambil Alfalfa, saya perasan muka baby berwarna kekuningan pada garis kedut mukanya sewaktu menangis. Saya kemudian buka ‘Google’ untuk memahami apa itu Jaundis dengan selanjutnya.

Barulah saya tahu, bayi hanya akan benar-benar bebas dari jaundis sekurang-kurangnya hingga berumur 3 bulan.
So, ini adalah pengalaman saya sendiri, mulakanlah Alfalfa selepas bayi berumur 3 bulan atau 6 bulan ke atas.
Sementara itu, gunalah cara lain untuk menambah air susu.

Kaedah yang saya ambil ialah :
·         Sup Ayam + Betik Muda (jangan reneh betik terlalu lama, biar masih keras sedikit)
·         Makan Oat
·         Teruskan ambil ESP
·         Minum Milo panas sebelum susukan baby
·         Minum 3.8 liter air sehari
·         Tidur...walaupun masih tidak cukup, cuba ikut baby tidur petang
·         Sawi putih tumis(biar banyak kuah)
·         Posisi tidur terlentang(jangan biar buah dada terhimpit)

Dan selepas itu, saya juga akan mencuba kaedah seperti berikut :
·         Sayur cekur manis
·         Lobak putih
·         Kurma
·         Kurma merah
·         Tempe
·         Tauhu
·         Jantung pisang
·         Kekacang
·         Pir
·         Anggur
·         Epal merah

Hendak Seribu Daya ; Tak Hendak Seribu Dalih ^_^

In shaa Allah bila baby berumur 3 bulan ke atas saya akan mula mengambil ESP+Alfalfa semula ^_^


Wednesday, April 9, 2014

Satu Langkah Setiap Hari ^_^


Alhamdullilah...saya kini sudah selamat bersalin dan sedang dalam proses berpantang.
Baby kini berumur 18 hari ; hari ini. Sihat dan Alhamdullilah..susu badan sepenuhnya. Walaupun air susu cuma muncul pada hari ke-4 bersalin, saya memberikan susu ibu sepenuhnya sejak seminggu lalu, sebelum itu terpaksa combine dengan susu formula huhu...

Ini bermakna sudah 2 minggu saya tidak update blog hehe...bukan malas tetapi saya berusaha untuk memenuhi tanggungjawab menjaga ‘Amanah’ dari Tuhan iaitu baby saya ^_^

Setakat ini baby masih mampu bertahan dengan susu badan ibunya...walaupun sedikit...doa-doakan lah supaya air susu saya akan bertambah banyak sejajar dengan tumbesaran baby hehe...

Duduk-duduk di rumah ni, kalau tidak kawal perasaan dan merancang aktiviti harian dengan baik boleh naik bosan juga kan hehe...

So saya sudah merancang aktiviti harian saya seperti berikut :

Jam 6 bangun – Minum ESP, masak Sup / Bubur (untuk tambah air susu)
Jam 7:30 –Masak air panas, breakfast
Jam 8 – Mandikan baby, makan vitamin Shaklee-Set Berpantang (Vitalea+B Complex+Vitamin C)
Jam 10 – Minum ESP
Jam 12 – makan vitamin Shaklee-Set Berpantang(Zinc Complex)
Jam 12:30 – lunch
Jam 3-masak air panas, masak untuk dinner sekeluarga dan minum ESP
Jam 4- mandikan baby
Jam 7-dinner

Simplekan!
Hehe...sebenarnya tidak sesimple seperti di atas, bagi jam-jam yang tidak dinyatakan contohnya jam 9am,2pm,8pm....haa ini ialah masa-masa yang diisi untuk Breastfeeding.
Baby akan breastfeed lebih kurang sejam setiap kali...kadang-kadang tu dia main2 jak, buat peneman dia tidur hehe...
Masa-masa ini jugalah untuk saya mencuci kain, melipat kain, menyapu, mop lantai, mengemas rumah, menjemur kain...
Mengemas ni pula bukan kerja mudah ok, setiap pagi saya akan memunggah semua lampin kotor dan bersih, tuala2, tisu basah, botol air, botol susu dari bilik tidur ke ruang tamu. Lepas tu saya akan sediakan pakaian baby utk pagi dan malam sekali dgn tuala baru, lampin beberapa helai, mittens dan booties...setiap ruangan rumah saya jelajahi.
Bila ada kesempatan, saya juga akan cuci tandas(saya sangat cerewet kalau pasal tandas-kalau boleh saya nak cuci setiap hari supaya bersih berkilat macam di hotel hahah)
Haa..ingat senang?hehe...

Tapi sejujurnya,
Saya bahagia ^_^. Setakat ini saya langsung tiada komplen pada En.Suami betapa penatnya saya setiap hari. Saya tiada merungut betapa peritnya berpantang sendirian.
Mungkin juga level hormone cortisone/stress saya rendah hehe...terima kasih B-Complex Shaklee hehe.
Saya bahagia sebab saya tahu saya melakukan semua ini untuk apa dan untuk siapa.

Kan menyusukan bayi merupakan pahala yang besar bagi kaum wanita, membantu menjaga rumah tangga juga kewajipan wanita.
Saya cuma berharap saya dapat melakukan yang terbaik ^_^

Walaupun jauh di lubuk hati saya sudah gatal nak makan sushi lah, nak tengok wayang lah(kan ada wayang baru Johnny Depp-Transcendence hoho...) nak makan bakso urat lah, nak jalan-jalan ke Kundasang lah..ewah2 hehe...Tapi perasaan itu datang dan pergi.
Setiap malam saya sudah mula bersedia apa yang akan dilakukan, setiap malam saya menjangkakan waktu2 baby bangun iaitu jam 12 @ 1 dan jam 3 @ 4, dan jika dia bangun, setiap keperluannya perlu lah ‘at arms length’. Ya perlu bisa capai sendiri hehe...sebab semua orang tidur jadi kenalah berdikari. Tak macam waktu siang, ada Tatara hehe...ni lah, side kick saya...tak perlu orang gaji beb!haha...
Mungkin inilah hikmah yang lahir bersama baby..saya semakin faham betapa pentingnya merencana sesuatu sebelum mulai melakukannya. Sebelum ini saya kalau nak buat sesuatu ; buat terus hentam keromoks!haha...

Namun kadang-kadang, En. Suami yang bangun masa wee hours tu, dia tolong juga lah tukar2 lampin ni, bagi baby susu yang saya sudah takung dalam botol susu...setakat ni dia belum lagi tepuk2 bahu saya untuk bangun supaya buat tugas2 tu, kalau dia bangun dia diam2 buat kerja. Kalau dia x bangun saya pun tahu juga sebab baby akan terus nangis haha...

Ada baby kecil ni...memang tidur tidak lena, tapi tidur cukup pun apa gunanya kalau esok lusa, kesihatan anak terganggu. Contohnya lampin yang basah, kalau di biar jadi ruam kan...

Saya mengingatkan diri untuk sabar...hal sebegini berlanjutan sampai setahun atau kurang dari setahun saja (kalau rezeki hehe, kalau lebih dari itu pun, kira rezeki juga kan)

So....saya mengambil satu langkah setiap hari. Maklumlah sudah 6 tahun berlalu dari jarak kelahiran anak sebelum ini, rasa macam anak pertama juga lah...

Mata saya sekarang pun merah dan sembab hehe...tapi itu juga satu rezeki~