Wednesday, January 18, 2012

Siapa dan APA itu Kamen Raider Black RX

Aku ndak pernah lupa siri Kamen Raider ni...memori aku tentang dia ada kaitannya dengan nama 'Kounan' (salah seorang watak dalam kanak-kanak dalam siri tersebut) dan juga motosikal berkelajuan tinggi dan juga...seorang hero kemanusiaan yang sangat menyerupai lalat atau serangga atau...Lipas....


Ya..aku sangkakan dia adalah jelmaan Lipas...ini kerana sesungutnya yang panjang dan bergerak-gerak bila beliau bercakap atau beraksi.

Namun begitu rupanya beliau ialah super hero dari jepun yang sebenarnya terbentuk dari Belalang.
Jangan tanya aku...kenapa Belalang.

Aku ndak pernah tahu kalau orang Jepun ada kepercayaan bahawa binatang belalang ni mempunyai kuasa ajaib atau kekuatan luarbiasa sehinggakan terpilih untuk menjadi super hero popular di Jepun.



Maybe sebab kemampuan belalang melompat dengan tinggi dan jauh dibandingkan saiznya yang kecil sahaja....mungkin hehe...

Siri Kamen Raider Black RX ni juga mencapai masa sedekad!...whoa...murah rezeki pelakon ni kan hehe....


Didalam siri ini jugalah lahirnya nama-nama pelik seperti


  • Acrobatter
  • Gatenzone
  • Maribaron
  • Dasmader
dan juga.....
  • Gorgom
serta 'Kamen' sendiri hehe...



Tapi terus terang...ceritanya memang penuh dengan action walaupun begitu sangat banyak dan almost dipenuhi oleh unsur-unsur creepy.

Contohnya satu siri dimana kanak-kanak berumur 4 tahun diajar menyeru supaya kerajaan syaitan datang ke bumi.

Very unhealthy....aku pun tengah cari jalan macam mana nak sembunyikan VCD movienya di rumah ku....hehe

No comments:

Post a Comment