Monday, January 30, 2012

Updates : Skim Sara 1Malaysia

Tadi saya dan seorang kawan pergi ke Bank CIMB untuk maklumat Skim Amanah Rakyat 1Malaysia.

So untuk simplify kan...ini dia maklumatnya :

  1. Hanya dibuka kepada individu yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM3000
  2. Hanya seorang individu dari sebuah keluarga dibenarkan.
  3. Kelayakan untuk yang berkahwin atau anak tunggal(menanggung keluarga) sahaja.
  4. Jumlah pinjaman hanya RM5000 (tidak lebih, tidak kurang)dan hanya untuk 5 tahun sahaja
  5. RM5000 adalah dipinjam daripada bank : Individu membuat bayaran RM84 sebulan manakala kerajaan membayar semula RM134. Bermakna mendapat keuntungan RM50.
  6. Dividen bergantung kepada pasaran saham. Jumlah keuntungan dijangka bernilai RM3000 sekali dengan nilai pinjaman RM5000 (total = RM8000)
  7. Selesai pembayaran selama 5 tahun pencarum akan memiliki sijil daripada PNB.
  8. Tiada Insurans.
  9. Borang boleh didapati pada 4 ajen terpilih (Maybank, CIMB...)
  10. Hantar borang tidak bermakna lulus permohonan, kelayakan akan dinilai dahulu dan kemudian buku caruman akan diedarkan.

So...berminat?^_^

No comments:

Post a Comment