Tuesday, January 17, 2012

Nota Video : Tips Mendidik Anak-anak by Wardina Saffiyah


Ok, aku sudah ambil nota dari video, sila lihat dibawah. Jangan malu jangan segan feel free to print out ^_^

Sebagai ibu bapa kita perlu banyak Cakap.
Perlu  banyak bercakap iaitu berkomunikasi dengan anak-anak dan bukannya hanya memberi arahan terus menerus pada anak-anak.

Perlu banyak meluahkan dan berkongsi perasaan.

Kemahiran meluahkan perasaan dan teknik berbual perlu ada.

Perlu ada pendekatan Psikologi dari si Ibu untuk memberi anak semangat dan menjadi berani serta memberi keyakinan pada anak-anak.

Parents perlu tanya apa yang anak suka dan tidak suka.

Tips 1 : Ambil dan hantar anak sendiri sebab didalam kereta adalah waktu untuk bercerita-cerita dengan anak sekaligus ‘bonding’(membuat ikatan) dengan anak.

Anak perlu dididik bahawa sekolah ialah tempat menimba ilmu.Walau pun demikian, rumah adalah tempat pertama untuk mendidik anak-anak sebelum sekolah. Tidak boleh tanggungjawab mendidik dilepaskan sahaja kepada guru-guru semata-mata. Setiap kali ambil anak, tanya pada guru-guru akan prestasi anak-anak.

Persiapkan anak-anak untuk mencintai ilmu,mencintai sekolah dan menghargai guru-guru.

Jangan hanya fokus pada IQ sahaja tetapi juga harus pada kemahiran emosi(amanah, tanggungjawab,kasih sayang etc) dan pada kemahiran spiritual yang tidak diajar di sekolah.

Tips 2 : Tutup TV atau apa pun yang dipertontonkan pada anak, kerana ianya kadang-kadang menjadi musuh utama. Tv membawa banyak memudaratkan sekiranya tidak dipilih bahan yang sesuai.

Tips 3 : Cintai buku, dari kecil perlu dibacakan buku terutama sewaktu sebelum masuk tidur. Walau balik lambat sekalipun, bacakan buku ataupun sekadar ucapkan kata-kata manis dan nasihat kepada anak.
Kerana sebelum dan sewaktu tidur, otot anak-anak mula berehat dan masa paling sesuai untuk titipkan pesanan-pesanan,contoh:  jangan tinggalkan solat atau apa saja yang kita harapkan pada anak-anak.

Tips 4: Kaya dengan pelukan dan ciuman. Jangan tegur anak waktu buat salah saja tetapi pada waktu bergembira dan juga perlu sering berikan pesanan-pesanan positif pada anak.

Anak ialah suatu Amanat yang besar dari Tuhan.

Mendidik anak mempunyai fasa-fasa tersendiri dan pendekatan yang berbeza. Semasa kecil berbeza berbanding semasa remaja.

Tips 5 : Perlu memahami emosi anak-anak dan cari sebab untuk setiap sesuatu, contohnya kita sendiri ada masanya malas pergi kerja begitu juga anak-anak. Jangan marah anak-anak,benarkan mereka beremosi.

Hormat perasaan anak-anak.

Pada hari anak-anak membuat kesilapan pada masa sebelum tidur malam itu berikan dan ingatkan pesanan serta cara-cara untuk anak menangani permasalahan hari esok contoh : Cara untuk tidak menangis esok pagi bila pergi ke sekolah.

Tips 6 : Banyak berbual dengan anak-anak, membuatkan mereka faham sebab atas setiap tindakan kita, Contoh : Kenapa perlu pergi sekolah, kenapa perlu solat etc.

Kajian mengesahkan :
Golongan berpendapatan Rendah = Melafazkan sangat kurang jumlah patah perkataan pada anak-anak. Jika bercakap pun hanya lebih kepada ARAHAN.

Bezanya ialah kurang dalam 1000 patah perkataan berbanding golongan Pertengahan.

Golongan berpendapatan Atasan = Lebih banyak bercakap dengan anak-anak dan cara bercakap lebih bersetuju dengan anak-anak. Contoh : “oo..Amna nak main bola yah?Jom main bola di luar”

Cara bercakap inilah yang sangat mempengaruhi anak-anak dan meningkatkan keyakinan anak-anak.

Anak perlu dibawa banyak bercakap bukan sewaktu mereka remaja tetapi sewaktu mereka kecil lagi dan tidak kisahlah bercakap tentang perkara-perkara yang mereka suka walaupun remeh temeh.

Curi masa, pandang anak, luangkan masa bercakap, bergurau, tengok langit,bunga,aktiviti hari ini dan sebagainya.

Perlu dimulakan dari kecil.

Jangan sebutkan kata-kata negative pada anak-anak. Contoh : “oo Degil yah”, “Ish..malas betul nak ke sekolah ya” etc.

Tips 7: Tukar kepada kata-kata positif walaupun marah. Contoh : “Amna!Amna anak yang solehah!.Anak soleha tak akan buat macam ni”. Atau “Mama tahu, anak mama ni..Rajin pergi sekolah” instead of “kenapa malas sangat pergi sekolah ni?”

Maknanya walaupun anak ada sikap negative (malas) tetapi kita tidak meng’iya’kannya.

Tips 8: Ulangi kata-kata memberi keyakinan secara berterusan. Contoh : “Amna ni memang pandai”, “Amna anak yang solehah”,”Amna tak akan tinggal solat”.

Lama kelamaan anak-anak akan percaya kata-kata itu dan menurutinya.

Bererti sebagai ibubapa kita kena berhati-hati dan sedar perkataan-perkataan yang lahir dari mulut kita.

Tips 9 : Bila ada perkara serius yang perlu dipercakapkan pada anak-anak, pilih tempat yang sesuai untuk duduk seperti membuat meeting dengan anak-anak. Beri sebab dan akibat pada anak-anak. Supaya selepas melakukan kesilapan lalu diberi hukuman, anak-anak akan ingat.

Tips 10 : Hukuman untuk memukul anak-anak adalah jalan yang terakhir sekali dan perlu dijalankan dengan baik dan jika tidak akan merugikan diri sendiri semula kerana hukuman hanyalah penyelesaian jangka pendek dan tidak akan mengubah tingkah laku dalam jangkamasa panjang.

Jangan menghukum anak-anak ketika marah dan penat, walau bagaimanapun jika terlepas cepat-cepat muhasabah diri semula bahawa
“anak-anak itu suci dan tidak ada dosanya, yang banyak berdosa itu diri saya sendiri dan siapalah diri saya untuk memarahi anak yang tidak berdosa”

Kalau penat sangat ambil masa bersendirian dan tidak menghadapi anak-anak. Setelah berehat barulah berdepan semula dengan anak-anak.

Memang sukar tetapi memang Sabar itu perlu dididik.

Teknik keibubapaan adalah sesuatu yang perlu dipelajari. Perlu belajar, ikut kursus, membaca.

Tips Keibubapaan :
1.       Betulkan komunikasi dengan anak-anak.
2.       Sedar diri bahawa apabila marah itu bermakna kita ada masalah.Perbaiki diri kita.
3.       Bersolat jemaah dan mengaji bersama.
4.       Cerita keadaan diri sebenar pada anak-anak walaupun berkenaan dengan masalah dan perasaan sendiri. Supaya anak juga mampu berkongsi masalah dan perasaan dengan kita.
5.       Sebelum tidur titipkan kata-kata positif pada anak-anak, cium sebelum tidur dan katakan “ini anak-anak ibu yang soleh,nanti bila besar…”apa sahaja yang kita mahukan untuk anak kita kerana itu adalah doa untuk anak kita.

No comments:

Post a Comment