Bulan-bulan ada auto-debit kan, lepas sampai jangkamasa dia duit boleh ambil sekali dengan dividen kan.
Ok skim Sara 1M ni hampir sama.
Cuma...
Dia tiada interest dari bank.
Maximum pelaburan cuma RM5K sahaja
Keseronakannya ialah potongan paling maximum pun hanya RM84 sebulan.
So biar kena auto-debit tiap-tiap hujung bulan untuk ASB / insurance/ASB anak-anak/campur skim ni lagi supaya tiap hujung bulan tu duit dalam tangan hanya sedikit jadi...kuranglah shopping!
Tapi simpanan bertimbun keh keh keh....
Paksa diri untuk berjimat...rasanya inilah cara terbaik!Sign in untuk semua skim yang ada / insurance / dana / etc...etc.
Asalkan selamatlah duit-duit tu bukan terkena fraud ^_^
Persatuan pesara sambut baik skim Sara 1Malaysia
14/01/2012 4:02pm
KUALA LUMPUR 14 Jan. - Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia menyambut baik langkah kerajaan mewujudkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) bagi membantu golongan berpendapatan rendah melabur.
Presidennya, Datuk Wan Mahmood Pawan Teh berkata, langkah ini amat tepat pada masanya terutama bagi golongan pesara kerana ia membolehkan mereka melaburkan wang lebihan ke dalam skim ini yang memberikan pulang baik dan dijamin kerajaan.
Skim Sara 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri baru-baru ini bertujuan membantu golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah melabur dan akan dibuka untuk permohonan mulai 30 Januari ini.
Ia merupakan satu produk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk "hybrid" yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan yang konsisten. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment