Tuesday, January 17, 2012

Terkini : BR1M

Dilaporkan antara kumpulan pertama yang menerima baucar BR1M adalah dari bahagian Parlimen Kepala Batas seramai 67 penama.

Kemudian 1,500 penerima dari kawasan Parlimen Tambun.

Bagi Negeri Perak sebanyak 237,000 penerima layak menerima BR1M yang mula diserahkan mulai 16 Januari 2012.

Juga kawasan Parlimen Pokok Sena,Alor Setar sudah memulakan pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan 854 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga kemarin.Diikuti Kawasan DUN Bukit Lada pada 25 Januari dan diikuti kawasn DUN Bukit Pinang.

Hari ini aku dapat tahu dari kawan sudah ada beberapa orang di bahagian Daerah Bongawan, Kota Kinabalu mendapat baucar.

Edaran akan dijalankan sehingga 15 Mac 2012 dan baucar mempunyai tempoh sah laku hingga 15 April 2012

Namun begitu sekiranya anda mendapat surat jawapan permohonan bahawa anda gagal, borang rayuan boleh di dapati Disini




No comments:

Post a Comment