Entri kali ini ada kaitan dengan entri
sebelum ini ‘For that someone special’
Masa lahirkan anak pertama...memang payah...tambah lagi anak
lelaki...mengikut kepercayaan mentua aku anak lelaki ni lebih sakit dari anak
perempuan. Sebab menurutnya banyak urat-urat dalam badan kita akan
putus...(GASP?!)
Aku pun ndak pasti juga tapi jauh didalam lubuk hatiku
mengatakan mungkin beliau berkata sedemikian hanya sebagai reassuring diri
sendiri....she does look older 10 years than she supposed to be.
Sebelum aku beranak tu mentua
aku sudah bagi tips untuk anak dia (laki aku) dan juga aku...Bangsa durang ni ada sejenis
kepercayaan bahawasanya...bagi seorang perempuan yang sukar melahirkan anak,
adalah crucial untuk dia memohon maaf daripada orang yang dia telah berbuat
dosa.
Sebagai contoh katanya (ibu
mentuaku) masalah tersebut pernah terjadi kepad aahli keluarganya sendiri iaitu
adik beliau.
Adik beliau adalah seorang yang Rockers(sempoi)...menurutnya lah, Adik dia ni selalu melawan,mempersenda dan tidak
menghiraukan suaminya.
Pada kelahiran anak yang...ndak
tau ke berapa(sebab yang aku tau makcik ni ada sedozen anak...yup..)beliau sangat
sukar untuk melahirkan anak.
Ketika itu, arwah ibu mak mentua
dan adiknya ni masih hidup lagi, begitu juga dengan bapa mereka. So...makcik ni
sampai bertarung nyawa sudah...tinggal di kampung jadi pakai bidan saja ndak pi
hospital,beranak di rumah saja.
Apabila mereka nampak beliau semakin nazak barulah durang buat keputusan untuk cuba ‘cara kampung’ iaitu dia perlu memohon maaf dari ibu beliau...
Apabila mereka nampak beliau semakin nazak barulah durang buat keputusan untuk cuba ‘cara kampung’ iaitu dia perlu memohon maaf dari ibu beliau...
Biasalah kan walaupun adanya
bapa tapi kasih ibu lebih mendalam jadi si ibu yang dipilih lebih dulu dari si bapa...Tapi...
Ada tapi....hehe
Caranya bukan setakat hanya
memohon maaf saja...CARANYA IALAH...
Si ibu perlu memijak kepala si anak.
Literally.
Begitulah simboliknya bahawa si
ibu mengampunkan anaknya supaya anaknya mudah bersalin...ya...dengan memijak
kepala si anak sewaktu nazak sakit bersalin.
Pijak!...whoa scary!...
So bila mak dia sudah
pijak...ingatkan si baby terus keluar...tidak...
Jadi durang panggilah pula si
bapa untuk memijak kepala si anak.
Piiiijaaak...
Ndak juga keluar si baby...
Last-last ndak tau idea siapa
time tu, durang suggest si suami pula memijak kepala si isteri.
Bila suami pijak...baby terus
keluar!
Nah...kedapatan hehe...
Rupa-rupanya si isteri paling
banyak berdosa kepada si suami haha...
Itu mengikut kepercayaan durang
lah...
So time aku sakit beranak si
Ayman, mulai dari jam 5 pagi aku sudah mulai sakit...sampai jam 2 petang sakit
makin teruk....8 malam sakit sampai ke langit sudah...tapi...ndak juga beranak.
Mak aku pula tinggal di
Sandakan, aku di admit hospital di Kota Kinabalu.
5-6 jam perjalanan by bus untuk
mak aku memijak kepala ku??
Haha...
Sebelum tu aku dan suami ada join
kursus ‘Father Friendly’ di Hospital Ibu dan Anak Likas iaitu kursus dimana si
suami dibenarkan bersama isteri sewaktu saat melahirkan anak untuk memberikan
semangat dan sokongan kepada si isteri.
So time-time sakit tu kan...ada
sekali aku nampak air muka suami aku termenung tengok aku...time tu aku ndak
perasan sangat tapi selepas beberapa lama barulah aku tahu kenapa dia sempat
termenung....nanti aku ceritakanyah haha!
So tengah-tengah sakit
tu...sampailah waktu hampir melahirkan. Waktu tu aku cuma fikir pasal bertarung nyawa...tapi....secara
jujurnya...sejurus sebelum baby keluar....image yang aku nampak didalam kepala ku
ialah wajah mama aku....dan menjerit sayu didalam hati panggil "mak...."
Nah...ketulahan kan!haha inilah
yang aku ceritakan dalam entri ‘For that someone Special’
Ndak lama kemudian baby
keluar...
Selang beberapa tahun...barulah timbul
cerita ni semula antara aku dan suami mengenai waktu yang dia sempat termenung
tu...
Dia cakap waktu tu dia terfikir “....nah...sengsarakan dia mo
bersalin...itulah...jahat betul dia sama aku..”
@_@
Bwaahahaha!lawaknya!Jadi rupanya
yang dia termenung tu...dia blur and konfius la tu
“....macam mana aku mo pijak
kepala dia di hospital ni?...mau juga aku kena halau nurse....”
Hahaha!
Itu anggapan
dialah...tapi...kalau betul lah kepercayaan mak mentua aku ni...maka aku
yakin...orang yang paling aku telah banyak berbuat dosa ialah...Mama ku.
Hmm...ntahlah itu kepercayaan
orang.
Tapi bagi aku...ada juga
benarnya...tapi janganlah percaya sangat...mana kita tahu hukum sebenarnya...kalau
telampau percaya benda-benda begitu takut pulak syirik kan...
Maka dengan itu sentiasa lah
beringat akan Tuhan...kerana sentiasa beringat akan Tuhan akan membawa kepada
kebaikan (<-nasihat untuk diri sendiri hehe)
No comments:
Post a Comment