Umum sekiranya kita mendengar perkataan Shaklee, pasti kita ada yang excited, ada juga yang 'hmmm'
Saya pun pada mulanya skeptikal pasal Shaklee, bagi saya apa pun kita makan, kalau jatuh sakit, tetap jatuh sakit juga.
Sehingga kini pendirian saya tetap tidak berubah.
Kalau Tuhan nak bagi, tetap bagi juga. Baik atau buruk namanya Rezeki juga.
Tapi kini, pendirian saya sudah 'upgrade' sikit ^_^. Selain kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, kita juga harus bertanggungjawab ke atas diri kita sendiri.
Jangan bagi 'muka' pada kesilapan diri sendiri. Maksud saya jangan asyik bagi justification atas kesilapan diri sendiri.
Jika kita sendiri malas minum air ; jangan mengeluh kalau kena sembelit kan ahaha...itu ditujukan khas untuk diri saya sendiri yah.
Maknanya penjagaan diri adalah tanggungjawab diri sendiri dan bukan orang lain.
Kita diri sendiri perlu mengambil inisiatif sendiri demi kebajikan diri sendiri.
Contohnya saya...nasib baik saya diperkenalkan Shaklee oleh teman saya jika tidak, perancangan untuk mula mengambil supplement cuma akan saya mulakan pada umur 35 tahun...(2 tahun dari sekarang)
Ya, saya sedar juga untuk membuat perancangan kesihatan diri namun saya tangguh, kononnya pada masa yang sesuai.
Jika berkaitan dengan benda yang baik...Anytime IS the Right time tuan / puan.
Saya mula terfikirkan kepentingan menjaga diri sejak ibu saya jatuh sakit pada tahun lalu. Beliau dimasukkan ke hospital kerana secara tiba-tiba beliau 'buta' pada sebelah mata kanan beliau.
Bayangkan ketakutan ibu saya apabila beliau bangun pagi sahaja tiba-tiba beliau tidak dapat melihat pada mata kanan dan semuanya gelap gelita sahaja.
Mendengar pengalamannya saja pun saya jadi sangat takut. Ibu saya disahkan menghidap Glaucoma, ianya sejenis penyakit yang menyerang saraf mata.
Apabila kandungan kolestrol sesorang meningkat dan disokong oleh tekanan darah tinggi, cecair yang terkumpul dibahagian kornea mata akan semakin mengembang lalu menolak dan menekan saraf mata menyebabkan fungsi mata terbantut.
Syukur ibu saya dapat melihat semula...itupun selepas mendapat rawatan LASER...sukar dibayangkan ketakutan ibu saya semasa kena laser tu...bukan main-main macam wayang Ultraman tu tau hehe...
Tetapi kini ibu saya terpaksa bergantung pada ubat-ubatan untuk mengawal kandungan kolestrol dan tekanan darah beliau.
Saya terfikir, mahukah saya jadi begitu bila sudah tua nanti? Setiap sebulan perlu berjumpa doktor untuk bekalan ubat-ubatan. Jika tidak memakan ubat-ubat tersebut kolestrol dan tekanan darah tinggi beliau akan naik. Padahal kita sedia maklum kandungan kimia dalam ubat-ubatan juga tinggi sebab itu sesetengah ubat ada kesan sampingan selain itu, setiap 3 bulan juga ibu say perlu di ambil sampel darah.
Tambahan lagi hospital kerajaan yang terpaksa beratur panjang dan kadangkala memakan masa seharian.
Oleh yang demikian saya membuat keputusan pada umur 35 tahun, saya nak minum susu, makan sayur-sayuran, makanan stim dan rebus, kurang menggunakan minyak semasa memasak, bersenam dan mengambil supplement.
Mencegah lebih baik daripada merawat kan tuan / puan.
Dengan Shaklee saya yakin, sebab saya sendiri mengambil langkah perubahan dan bagi saya ianya umpama pelaburan.
Seperti sedia maklum, semasa membuat pelaburan ASB kita perlu keluarkan kos dahulu untuk menikmati hasil yang berpanjangan kan
Begitu juga Shaklee.
Ianya ialah pelaburan untuk badan yang sihat. bukan setakat badan, tetapi juga cara kehidupan yang sihat.
With Shaklee : we are not just selling product...most importantly we promotes Healthfulness ^_^
Sejak dari dulu saya sentiasa berminat tentang kesihatan dan nutrisi, bagi yang telah mengenali saya sebelum ini, mungkin anda perasan kadang-kadang post FB dan Blog saya berkisarkan tentang nutrisi, penyakit dan kesihatan.
Sebelum Shaklee saya sudah tahu pisang adalah buah yang memperbaiki emosi, vitamin C ialah vitamin yang paling cepat dan mudah keluar dari tubuh oleh itu perlu diambil secara berperingkat, Raisin(atau buah-buahan yang dikeringkan) mengandungi banyak zat besi, Kuaci dan kekacang membantu diet pelangsingan badan, tomato membuatkan kulit lebih bermaya dan oat menyerap kolestrol dan mengelakkan bibir kering.
Sehinggakan ada teman saya yang mengejek yang saya sepatutnya jadi doktor haha...
Di Shaklee, kami tidak menjual produk. Kami membantu orang lain untuk menjalani hidup yang lebih Sihat.
Sebab itu produk Shaklee mesra alam dan dari bahan semulajadi TANPA sintetik. Dari supplement sehingga agen pembersih(Shaklee Fresh Laundry Concentrated) semuanya dihasilkan dengan kaedah mesra alam.
Kesihatan bukan hanya pada pemakanan dan penjagaan kebersihan tetapi ianya merupakan cara hidup.
Tubuh yang sihat akan menjana persekitaran yang bersih dan akan melahirkan pemikiran yang positif.
Pilihlah kehidupan yang meningkatkan nilai kehidupan anda
Hidup hanya sekali tuan / puan. Hargailah kehidupan yang juga Anugerah dari Tuhan ^_^
No comments:
Post a Comment