Achievement Unlock!
Syukur saya dan baby sampai juga ke bulan 9 kandungan iaitu 36 minggu.
Minggu lalu hati saya sangat risau memandangkan saya sd mulah merasa kontraksi dan kemudian mengalami cecair yang berlebihan...
tetapi syukur mungkin itu cuma Braxton Hicks dan juga cecair biasa.
So pada masa kini saya sudah bersedia semua barang-barang didalam kereta dan hanya tunggu untuk angkut saja haha...
Kemarin pula saya pergi berklinik di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Menggatal, wah...lumayan~
Ramainya tidak terkira...rasanya meletops juga statistik kelahiran bayi untuk tahun 2014 bagi Kota Kinabalu hehe...baguslah, bertambah ramai rakyat Malaysia.
Maknanya tahun ini ramai anak tahun Kuda lah yerr, ni mesti anak-anak rajin dan tangkas ni kan..in shaa Allah ^_^
Bila sampai giliran saya, nurse macam biasa, cek nadi, air kencing, berat badan then chek perut.
Fuh...picit sikit saja sekarang ni pun sudah sakit, tapi syukur memang nurse tu lemah lembut dan berpengalaman.Dia bagi tahu lah, kepala bayi sudah turun ke bawah dan masuk kawasan pelvis ^_^
Memang berita baik hehe...sebab sebulan lalu saya scan di klinik swasta, posisi baby waktu itu songsang...berdiri juga bulu roma saya...takuut kena bedah. Nampak jarum pun ngilu sudah hehe...
Selesai diperiksa saya pun ambil kesempatan untuk bercerita dengan nurse tentang gosip hangat di Sabah sekarang...tidak lain tidak bukan pasal jangkitan H1N1 di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas.
Bila saya start perbualan, nurse pun segera letak pen kemudian explain satu persatu pada saya, memang nurse yang baik hehe...pada waktu ini pihak mereka pun tidak pasti akan hal sebenar memandangkan banyak gosip-gosip yang bercampur aduk.
Tetapi menurut beliau, penyakit tersebut di detect di Wad Pesakit Kronik di aras 4.
Maknanya bahagian yang disyaki terjangkit ialah memang kawasan yang sudah sedia di kuarantin, pesakit-pesakit dia pun yang memang tidak keluar dari bilik.
Jadi saya pun menyuarakan kerisauaan lah, so nurse ada cakap, tidak perlu risau, jangkitan bukan hanya boleh terjadi di Hospital tetapi dimana pun kita berada.
Saya paling risau kalau nanti bersalin memang satu-satunya tempat yang paling reccomended ialah Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas, second option memanglah swasta tetapi layanan dan fasilitinya pun sebenarnya lebih kurang juga.
Nurse tu pun nasihatkan untuk tidak perlu risau memandangkan wad dan bilik bersalin berada di tingkat 1 so tiada la isu terpaksa melalui kawasan kuarantin tu, tetapi beliau ada menasihati kalau risau kan anak-anak semasa datang melawat lebih baik tidak perlu bawa anak-anak ke hospital tunggu saja adik di rumah hehe...
Sebelum pulang saya pun mengambil kesempatan untuk bertanyakan apa tindakan yang paling bagus untuk mengelak jangkitan especially pada anak-anak.
Dengan pantas nurse cakap, bagi Vitamin C dan cukup rehat.
Orang yang cukup rehat akan memiliki antibodi yang lebih banyak menghalang jangkitan.
So...jangan tunggu lama-lama, cepat-cepatlah sumbat anak dengan Shaklee Vita-C Plus ^_^ dan kalau bagi kita orang dewasa boleh ambil Shaklee Sustained Release Vita-C Plus. Kelebihannya ialah ia akan membekalkan Vitamin C didalam badan secara berperingkat.
Untuk anda yang belum tahu, Vitamin C ialah vitamin yang paling cepat menyerap kedalam tubuh badan tetapi paling cepat keluar dari badan.
Oleh itu Shaklee telah membelanjakan 300 juta untuk kajian teknologi bagi semua produknya.
300 juta....bukan main2 tu hehe.
Memanglah sakit dan sihat itu pemberian Tuhan, tapi sekurang-kurangnya biarlah dengan inisiatif dan daya usaha sendiri untuk menjaga kesejahteraan hidup ^_^
So...marilah sama-sama berharap jangkitan H1N1 tu tidak akan merebak dan semoga saya bersalin dengan selamat...anak-anak tunggu adik di rumah sajalah hehe, bukan lama sehari dua saja pun kan ^_^
till then!
No comments:
Post a Comment