Wednesday, February 19, 2014

Petua untuk Rambut Gugur

Menjelang kandungan mencecah 9 bulan setengah, saya mulai cuba mengingati pengalaman-pengalaman selepas mengandung pada 2 anak yang terdahulu.

Saya juga cuba membayangkan secara positif bahawa badan saya akan kembali kepada normal saiz lalu dapat muat semula pada pakaian-pakaian saya semasa 9 bulan yang lalu hehe...

Tetapi, antara memori yang paling saya ingat ialah : Rambut Gugur.
Namun saya tidak ingat adakah pada anak pertama atau kedua, yang pastinya sampai pada suatu masa saya boleh mengumpul segenggam rambut saya semasa menyapu rumah.
Pernah juga saya hanya perlu menyikat rambut saya menggunakan jari dan setiap sisip jari akan melekat rambut.
Sewaktu mencuci rambut juga waktu yang agak menakutkan kerana lubang tempat air mengalir pasti tersumbat kerana rambut gugur.

Saya sehinggakan Trauma untuk mencuci rambut. Pada waktu itu, saya tidak sedar akan kepentingan menjaga kesihatan, cara hidup yang sibuk sewaktu berkerja di industri pelancungan menyebabkan saya tidak ambil kisah.

So, apa jalan penyelesaian saya pada waktu itu?selepas bertanyakan kepada kawan-kawan dan keluarga, mereka menasihatkan saya untuk memotong rambut sehingga pendek.

Mungkin ada logiknya juga...sebab bila rambut pendek=kurang graviti. Maksudnya tidak berat dan jika akar rambut lemah (penyebab rambut gugur) maka rambut boleh kekal di atas kepala.

Pada waktu itu, masalah saya dapat diselesaikan, tetapi rambut saya tidak setebal dulu lagi sehingga sekarang. Walhal saya sudah mula membayangkan bagaimana wajah saya jika botak huhuh....

Syukur bagi saya, mungkin juga masalah saya tidak serius, lagipun saya cepat mengambil tindakan.

Tetapi ada teman lain yang sedang mengalami nasib yang sama, cuma masalah beliau agak serius kerana selepas memotong rambut hingga pendek rambut beliau tetap gugur dan mulai menampakkan kebotakan.

Rambut saya secara semulajadi tebal mungkin sebab itu dengan mengguntingnya saya dapat mengurangkan masalah keguguran rambut saya dahulu.
Tetapi rambut kawan saya secara semulajadi jenis yang nipis...

Saya telah mencadangkan beliau untuk mengambil Protein dan Zinc. Ini kerana, protein ialah sumber pembentukan gigi, tulang, kuku dan rambut. Zinc pula ialah Zat besi yang mampu menguatkan gigi, tulang, kuku serta rambut.

Saya terasa sedih juga bila mendengar cerita beliau, sebab jika saya ditempat dia pasti perkara itu sangat menakutkan. Rambutkan mahkota kaum wanita.

Beliau ada menyuarakan untuk mendapatkan rawatan Yun Nam hair care. Tetapi kita maklum rawatan sebegitu sangat mahal. Mungkin menjanjikan hasil yang berkesan, tetapi selain dari merawat rambut gugur secara luaran...adakah ianya melindungi tubuh badan dalam bentuk kesihatan yang lain?
Contohnya..


  • memberikan tenaga, 
  • membantu memperbaiki hormon,
  • membaiki memori,
  • melancarkan pemikiran(mampu berfikir dengan jelas),
  • membantu awet muda, 
  • mengurangkan gastrik,
  • mencegah pigmentasi, 
  • mencegah insomnia
Dan,
  • Mengurangkan jerawat,
  • Membantu mempercepatkan penyembuhan luka(luar dan dalam)
  • Membantu mencegah kanser
Bagi saya sebaiknya kita memaksimakan setiap peluang yang ada, jika dengan melakukan sesuatu kita mampu menyelesaikan beberapa perkara dengan serentak bukankah itu lebih baik?

Saya harap beliau bertawakkal tetapi, tawakkal tanpa usaha juga ialah sia-sia.

Marilah kita mengambil langkah untuk membawa kepada perubahan. Jika bukan kita yang menjaga diri sendiri ; siapa lagi?

Ingatlah setiap jalan masalah pasti ada jalan penyelesaian ^_^

No comments:

Post a Comment