Tuesday, September 2, 2014

The power of Solat - never take it for granted.

its just amazing how God put you into places...
set a coincidence meeting with the right people to discuss about crucial problem
and later shows you paths of solution that you thought may never come.
until your heart lighten and soar again

Betul lah cakap penulis buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki'-Fathuri Salehuddin

Manusia yang menghulurkan bantuan cumalah 'posmen' tetapi yang sebenarnya mengirimkan bantuan ialah Tuhan.
Kadang kala bila kita terpanggil untuk membantu orang lain mungkin itu ialah pesanan dari Tuhan -pesanan tanpa lisan sehinggakan kita tidak sedar bahawa kita sedang melaksanakan God's Miracle.

When life puts you down although you did everything just right.
Fear Not.
Its not you...
Its just simply a Test.
That asked you to manifest Where You Stand.
and Who Is You God.
Did you follow by God's advise?
Do You Still Believe?

Pagi ini saya secara tidak sengajanya bertegur sapa dengan seorang rakan kerja dari jabatan lain. Beliau sendiri membuka cerita sehingga saya berterus terang dengan status pekerjaan terkini saya.
Beliau kemudiannya memberikan pendapat yang jujur mengikut pengetahuan dan kemahiran beliau. Selepas itu memberikan saya nama pegawai yang patut dihubungi untuk membantu menyelesaikan masalah saya.
Sejurus telefon diangkat dalam beberapa deringan, pegawai tersebut menerangkan apa yang harus dibuat dengan lemah lembut dan penuh perhatian.

Sungguh tidak disangka perkara yang membelenggu pikiran saya sejak 4 bulan lalu sedikit demi sedikit diberikan penjelasan.

Kini saya sedikit memahami...Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta ; tetapi memberikan apa yang kita perlu.

Tuhan mengirimkan bantuan dalam pelbagai cara pada orang yang pernah melalui pelbagai kesulitan tetapi masih yakin bahawa Rezeki itu Milik Tuhan.

Pesanan untuk diri : pabila ditimpa kesusahan dan bagaikan tiada jalan keluar. Rentangkan lah sejadah dan sarungkan lah telekung dan lakukan lah solat dengan hatimu.

Penyelesaian mungkin bukan tiba hari ini tetapi kepercayaan kepada hadirnya penyelesaian akhirnya membawa kepada jalan penyelesaian.

Syukur kerana Tuhan menghantar setiap orang disekelilingku yang membantu meringankan urusan seharianku.
Syukur kerana aku ada Tuhanku.
AllahuRabbi.

Alhamdullilah, Alhamdullilah, Alhamdullilah.


No comments:

Post a Comment