Showing posts with label protein. Show all posts
Showing posts with label protein. Show all posts

Monday, March 10, 2014

Apa itu??? Shaklee Energized Soy Protein Isolate Powder

Belum Cuba belum Tahu~
Inilah komen yang saya akan beri bila kawan-kawan bertanya tentang Shaklee Energizing Soya Protein Isolated Powder.

Sebagai permulaan biarlah saya huraikan dulu kepentingan PROTEIN dalam badan kita :

Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita sendiri terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibodi, enzim, hormon, haemoglobin dan sel-sel.
Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua
Bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru dan menggantikan tisu-tisu badan yang lama dan tua dengan tisu-tisu yang baru.

Keistimewaan ESP Shaklee berbanding produk soya yang lain pula ialah :

Ianya merupakan sumber protein yang lengkap dengan 9 amino asid penting yang TIDAK boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Berasaskan tumbuhan non-GMO soya yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolestrol dan terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif, disamping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon sempurna. Ianya juga membantu mengekalkan paras gula normal dalam darah oleh itu sangat sesuai bagi pesakit Diabetes. Kandungan lemak dalam ESP pula sangat minimum iaitu 1gm dan TANPA laktosa dimana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus kedalam darah menjadikanya sangat sesuai bagi individu yang mempunyai maslaah penghadaman produk-produk susu yang biasa.

Paling penting ialah ianya TIADA perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet. Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gm Karbohidrat untuk tenaga dan saaaangaat sedap.
Kelebihan juga ialah ianya ESP menjadikan kulit muka Cantik, Halus, Gebu dan Berseri. Membantu menghilangkan parut Jerawat di muka, memberikan tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih. Menggantikan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.

Ianya juga membuatkan kita Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolestrol dan menyokong kesihatan Jantung dan Prostat.

ESP jika diambil bersama supplement-supplement lain akan membantu penyerapan yang lebih baik semua supplement yang kita ambil, cepat menyerap dan kesan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambil bersama ESP.

Kesimpulannnya  ESP soya protein terbaik dengan membekalkan 9 asid amino penting untuk pertumbuhan sel, membantu penyerapan lebih baik semua supplement dan memberi kesan optimum dan cepat berbanding tidak mengambilnya dan sangat sedappp.

Ini bererti...jika kita ambil vitamin banyak-banyak pun tiada maknanya sekiranya sel-sel badan tidak elok.


So, siapakah yang sesuai ambil Shaklee ESP ini?...Banyak....cuba kita tengok satu-persatu hehe...


- Bagi orang yang selalu tidur lewat kerana assignment seperti pelajar, ibu yang menyusukan anak atau bapa yang menjaga anak, individu yang berkerjaya tinggi.
-Bagi orang yang inginkan awet muda dan agen anti-penuaan terutama kaum wanita tak kira dewasa atau remaja.
-Bagi orang yang memerlukan tenaga berpanjangan seperti atlet, bekerja lebih masa, ibu berkerjaya, ahli perniagaan
-Bagi orang yang ingin memperbaiki hormon terutamanya hormon reproduksi dan juga mengekang hormon stress daripada berkembang
-Bagi orang yang baru selesai menjalani pembedahan kerana ianya merangsang pembentukan semula otot dan kulit
-Bagi orang yang baru mengalami kecederaan kerana ianya mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam dan parut
-Bagi orang yang mengalami masalah rambut beruban dan gugur
-Bagi orang yang mengalami masalah berkaitan kuku, darah, organ,gland.
-Bagi orang yang susah tidur malam kerana ianya mencegah insomnia
-Bagi mereka yang mengalami masalah kulit kerana ianya membaiki pigmentasi
-Bagi mereka yang menginginka zuriat kerana ianya mendorong seksual dan rangsangan
-Bagi orang yang inginkan wajah yang ceria kerana ianya mengurangkan kedutan
-Bagi orang yang akan atau sedang menghadapi peperiksaan kerana ianya membaiki memori dan fokus
-Bagi orang yang mempunyai kerjaya yang sibuk dan aktif kerana ianya mencegah tekanan
-Bagi penghidap migrain
-Bagi orang lelaki kerana ianya mampu membantu mengelakkan prostat
-Bagi orang yang aktif bersukan kerana ianya mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot
-Bagi orang yang mengalami kolestrol tinggi kerana ianya membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoperosis dan sakit jantung
-Bagi orang yang ingin mengawal berat badan - rasa kenyang lebih lama
-Bagi ibu mengandung kerana membantu mengurangkan rasa kebas dan kejang ketika hamil
-Bagi JANIN : membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan, membina placenta dan mencantikkan kulit bayi
-Bagi orang yang sedang berpuasa kerana ianya memberi tenaga berpanjangan
-Bagi pesakit Diabetes keran indeks glisemik rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras gula dalam darah
-Bagi ibu menyusukan anak kerana membantu pengeluaran susu badan

Nah...1001 kesesuaian untuk pelbagai jenis individu...termasuk Janin!
Hebatkan Shaklee ESP ^_^

Tambahan lagi sepanjang bulan Mac ini terdapat promosi beli 6 tin, PERCUMA 1 tin!
So tunggu apa lagi?

Sharinglah kepada kawan-kawan yang nak kurus, nak cantik, nak sihat.
Sedekahkanlah kepada ibu-bapa yang bermasalah Diabetes, Kolestrol, rambut gugur @ beruban
Belanjakanlah pada isteri yang sedang sarat mengandung atau menyusukan anak
Hadiahkanlah kepada ahli keluarga yang baru kahwin dan tengah berusaha untuk dapatkan zuriat
Belikanlah untuk para suami yang kuat bekerja untuk menampung kehidupan keluarga
Dermakanlah pada adik beradik yang akan menduduki peperiksaan dan sedang sibuk menyiapkan assignment.

Bah panjang lebar entri kali inikan!Tapi padat dengan maklumat, sebenarnya banyak lagi keistimewaan Shaklee ESP ni, macam tak cukup typing lagi hehe...
Antara testimoni saya sendiri saya kongsikan pada entri blog seperti berikut :
Testimoni : ESP Soy Protein Isolate Powder
Testimoni : ESP Soy Protein Isolate Powder [Part 2]

Tapi jangan risau, jika nak tahu lebih lanjut, bolehlah contact saya secara terus di nombor : 010 586 5424.
Dengan izin Tuhan saya sedia membantu ^_^


Tuesday, February 18, 2014

Testimoni : ESP Soy Protein Isolate Powder

Dikala tarikh bersalin semakin mendekati, saya semakin disiplin untuk minum ESP ESP Soy Protein Isolate Powder :)

Rasanya memang sedap!jika dicampur dengan minuman kegemaran anda lah hehe.
Jangan bancuh dengan air saja, ESP Soy Protein Isolate Powder kan tiada perisa tiruan so don't expect lah dia manis atau rasa lain-lain hehe.

Campurlah dengan Milo-suam, Susu Choc/Strawberry-suhu bilik. Suggestion saya jangan guna susu yang sejuk dari peti sejuk....mau putus juga tangan kita 'shake2' sampai dia larut haha...
Juga boleh campur dengan Jus segar atau pun cordial macam Sunquick.

Untuk pengetahuan anda 1 canister (850gm) ESP Soy Protein Isolate Powder boleh tahan sehingga 1 bulan setengah. Bergantung kepada penggunaan 1 sudu makan/3 kali sehari.

Namun bagi individu yang sudah memiliki berat badan yang ideal atau cuma perlu menurunkan sedikit sahaja berat badan, dos penggunaan bergantung pada anda sendiri :) kerana antara fungsi utamanya ialah menahan lapar :)


Selain itu, satu ESP Soy Protein Isolate Powder (850gm) juga menggunakan sebanyak 30kg kacang soya yang bukan GMO (Genetically Modified Organism) ertinya ianya daripada kacang soya yang tidak 'mutant' haha...maksudnya di tanam secara semulajadi tanpa menggunakan kimia untuk membuatnya bersaiz lebih besar, cepat matang, lebih perisa dan lain-lain.

Memang banyak manfaat ESP Soy Protein Isolate Powder rasanya tidak cukup untuk entri pada kali ini hehe...

Tetapi hasil daripada pengalaman saya sendiri setakat ini ; 


  • Saya mempunyai lebih banyak tenaga SELEPAS meminum ESP ni, ya lah orang mengandungkan asyik penat saja...lelah dan berat. Tapi bagi saya lepas minum ESP, badan saya lebih bertenaga :)
  • Pemikiran saya juga lancar. Sebaiknya jangan lupa untuk minum ESP semasa minum petang iaitu sebelum anda balik dari pejabat dan sampai ke rumah. Ini kerana saya perasan, kadar Stress dari tempat kerja tidak akan berlanjutan sehingga saya ambil anak-anak dan sampai ke rumah. Bila saya ter'Marah' pun saya cepat sedar dan mulai mengawal perasaan dan pemikiran. 
  • Kulit muka saya agak licin...Licin bukan maksud macam Adira atau Vivi Aryiena(cuba cari nama ni di Facebook)tapi biasanya jika saya kurang rehat atau tidur,saya akan mula dapat bintik-bintik hitam di semua kawasan muka menyebabkannya agak 'grubble' sikit hehe...Tapi selepas ESP, agak licin dan lepas sapu bedak nampak sekata.
Setakat ini itu yang saya akan kongsikan, saya akan kongsi lebih banyak lagi especially bila mula breasfteeding ^_^.

Terus terang umpamanya perkara ini masih sukar saya percaya bahawa ianya mampu terjadi. Selama ini saya skeptical akan produk-produk kesihatan sebegini, tetapi benar ini yang saya alami oleh itu saya berani untuk kongsikan.

Semoga tuan / puan boleh mendapat manfaat yang sama dari ESP Soy Protein Isolate Powder ^__^

Monday, February 17, 2014

semakin hari semakin dekat

adeh...tengah buat post saya sedang mengalami Braxton Hicks huhu...tapi ok lagi ni sbb sakit dia belum menyeluruh hanya kerap di bahagian bawah perut saja hehe...

Bercerita tentang berklinik kemarin, soalan yang kerap diajukan oleh nurse dan MO (medical officer) ialah 
"tiada tanda-tanda mau bersalin?"
Rasanya belum lagi sebab...saya pun tak tau 100% tapi, sebagai ibu, kita memang ada instinct :)

So bila mo dekat bersalin ni, apa yang perlu disiapkan?..biasa lah, pastinya :

  • Baju persalinan dilengkapi dengan 2 pasang salinan, 2 pasang tudung, 2 pasang stokin, mandian, tuala, jaket dan juga 4 pasang seluar dalam. Kenapa 2 pasang?...sebab mungkin selepas baby lahir,kencing dan berak kita boleh pulang :). Jika tidak pun, pada hari kedua pasti ada ahli keluarga yang melawat sebagai contoh suami, so bolehlah minta persalinan untuk hari ketiga ^_^
  • Baju-baju baby termasuk 2 pasang salinan, 2 pasang bengkung, 2 helai tuala,1 hooded towel, mandian dan minyak angin dan 4 keping lampin pakai buang. Untuk baby pun sama juga, kalau belum berak lagi pada hari ketiga, boleh kirim dari Dady dia untuk tambah lampin pakai buang kan ^_^
So, ada apa-apa lagi yang saya terlupa?Harap-harap tiadalah hehe...

Bagi persediaan Mental pula, saya kini hanya bertawakkal ; mudah-mudahan Baby lahir dengan sihat walafiat, saya juga dapat melalui saat melahirkan dengan tenang dan tenteram.
Apa pun yang terjadi segalanya sudah ditentukan, baik buruk juga rezeki dar Tuhan, kita hanya perlu menerima dengna hati terbuka. Sesungguhnya segala sesuatu itu pasti ada hikmahnya ^_^

Manakala bagi persiapan fizikal pula, saya kini rajin minum ESP, selain rasa dia sedap saya perasan, raut wajah saya juga semakin 'glowing'...tak tau pula kalau itu yang dipanggil oleh orang 'seri orang mengandung' haha...sebab selama mengandung kali ketiga ini, memang saya pucat dan tidak bertenaga berikutan alahan yang teruk. Tapi semakin hari semakin dekat ni, kulit muka saya kurang jerawat tidak seperti sebelum ini.
Selain itu, tenaga saya pula tidak seperti dua anak yang terdahulu, sebelum ini semasa kandungan Ayman dan Tara...minggu-minggu seperti ini saya sudah tidak larat untuk melakukan banyak kerja lagi. Kadang-kadang kain kotor berhari-hari terpaksa ditinggalkan sebab semasa itu, En. Suami bekerja sebagai pemandu kenderaan antara Kota Kinabalu dan Sandakan. Jadi kerja-kerja di rumah terpaksa ditinggalkan kerana badan sudah semakin lesu dan berat.

Syukur Alhamdullilah pada kali ini, saya masih mampu Vakum, Sapu dan Mop lantai rumah!
Sambung lagi cuci kain-pakai tangan yerr maklumlah tudung-tudung yang ada awning tak boleh masuk mesin.
Lepas tu masak-memasak..sudah jadi hobi bab masak-memasak hehe.

Dan sekiranya keadaan terpaksa, ada kalanya saya tidur hingga jam 1-2 pagi demi menyiapkan kerja-kerja di rumah. Nah...yang ini puan-puan sila jangan tiru dan buat di rumah yerr, ibu mengandung harus ada rehat yang cukup hehe...Saya memang biasa tidur lewat sebelum mengandung pun ^_^

So walaupun esok paginya saya perlu bangun awal untuk ke pejabat semula, saya masih mampu meneruskan hari saya tanpa terlelap di hadapan komputer.

Cara pemikiran saya juga semakin cerdas dan mampu mengingat tugas yang patut dibuat berbanding semasa Ayman dan Tara...saya pandai jadi 'Blur' haha...

Syukur-syukur akan kebaikan ESP ini, in shaa Allah air susu saya harapnya akan bertambah. Memang saya agak risau kerana anak-anak sebelum ini tidak mendapat air susu badan yang secukupnya(baca entri saya di sini)
So selepas kelahiran baby nanti dan apabila doktor sudah mengesahkan baby tidak atau telah sembuh dari Jaundice, saya akan combine minum ESP dengan Alfalfa Complex pula.

Mudah-mudahan dipermudahkan ^_^