Showing posts with label Shaklee Sustained-Release Vita-C Plus. Show all posts
Showing posts with label Shaklee Sustained-Release Vita-C Plus. Show all posts

Sunday, February 23, 2014

Rahsia disebalik Pengambilan Supplement

Umum kita tahu pengambilan nutrisi sihat sebenarnya mudah dan ada cara yang menjimatkan.
Iaitu dengan memakan makanan yang membekalkan sumber nutrisi yang diperlukan.

Sebagai contoh, jika kita memerlukan Vitamin C untuk mengelakkan jangkitan, kita boleh kerap memakan Buah Oren.


Jika perlukan B-Complex untuk mengurangkan Insomnia, boleh lah mengambil kacang-kekacang.

Tetapi, satu perkara yang perlu kita tahu ialah ; setiap kali kita mengambil nutrisi ianya perlu pada kandungan yang tertentu.
Contohnya untuk pengambilan Vitamin C adalah bergantung pada umur :

Life StageRecommended Amount
Birth to 6 months40 mg
Infants 7–12 months50 mg
Children 1–3 years15 mg
Children 4–8 years25 mg
Children 9–13 years45 mg
Teens 14–18 years (boys)75 mg
Teens 14–18 years (girls)65 mg
Adults (men)90 mg
Adults (women)75 mg
Pregnant teens80 mg
Pregnant women85 mg
Breastfeeding teens115 mg
Breastfeeding women120 mg
If you smoke, add 35 mg to the above values to calculate your total daily recommended amount.

Begitu juga dengan B-Complex :

Life StageRecommended Amount
Birth to 6 months0.4 mcg
Infants 7–12 months0.5 mcg
Children 1–3 years0.9 mcg
Children 4–8 years1.2 mcg
Children 9–13 years1.8 mcg
Teens 14–18 years2.4 mcg
Adults2.4 mcg
Pregnant teens and women2.6 mcg
Breastfeeding teens and women2.8 mcg

So...kita perlu tahu dan pastikan, berapa banyak Buah Oren (Vitamin C) dan Kekacang (Vitamin B) yang perlu kita ambil dalam sehari.

Perlu diingatkan pengambilan berlebihan Vitamin C boleh menyebabkan cirit-birit dan Vitamin B pula menyebabkan kulit gatal atau bengkak.

Disinilah Rahsia kebaikan mengambil Supplement Shaklee, iaitu setiap tablet yang dihasilkan telah dikaji jumlah kuantiti nutriennya dan telah ditetapkan waktu dan jumlah pengambilan untuk sehari.

Contohnya bagi Shaklee Sustained Release Vitamin C Plus dinasihatkan untuk mengambil sebiji sehari pada waktu tengahari. Shaklee Vitamin B-Complex pula dinasihatkan untuk diambil sebiji pada waktu selepas sarapan bagi mengimbangi kadar stress sebelum memulakan pekerjaan harian.

Cara hidup yang sibuk juga sesuai untuk pengambilan supplement kerana kita boleh menjimatkan masa memotong buah oren atau mengupas kulit kacang.

Ketahuilah...penjagaan tubuh badan hari ini ; menentukan kebahagiaan hari esok ^_^


Wednesday, February 19, 2014

Testimoni : Shaklee Chewable Vita-C Plus

Sejurus saja Tara memasukkan tablet dalam mulut, beliau tersenyum lebar.
"Mamy!Sedap!" sambil menunjuk-nunjuk ibu jari.

Tetapi selang beberapa minit, air muka beliau berubah...
Berkedut-kedut,
Ayman pun ikut komplen

"Mamy, Tara cakap rasa dia lain"

Saya pun bertanya tuan punya badan.

"Tara, ko kenapa?" -->(jangan tiru cara dialog ini, ini mama beruang sedang bercakap ahaha)

Beliau pun menjawab sambil menekup mulut
"Mamy....Masam"

Apa lagi si ibu. Mulailah berceramah

"Ayman, Tara. Gigit dan Telan.
Kamu tau kah, Yang Sedap itu Penyakit ; Yang Kurang Sedap itu Sihat.
Samalah juga, Yang Senang itu Rugi ; Yang Susah itu Untung"

Berikut ialah dialog spontan dari si Ibu Beruang.

Apa lagi, Bapa Beruang yang baru kena suap Sustained Released Vita-C Plus pun cepat-cepat menyampuk(mungkin tersindir atas bait pantun kedua si Ibu Beruang hehehe)
"Gigit lepas tu telan saja Ayman, Tara-Dady tadi pun telan seja tadi"
Mungkin juga komen beliau adalah untuk mengelakkan ceramah menjadi berpanjangan hahaha...

Secara jujur tuan / puan, Apa kita rasa masa makan ubi kentang goreng dan burger?
Hampir semua orang suka kan.(Termasuk saya sendiri hehehe)
Kita juga maklum makanan segera sangat kurang dengan nutrient malah mengandungi banyak lemak yang boleh menyebabkan kanser.

Begitulah juga demikiannya tuan / puan

Adakah rasa bawang putih sedap sesedapnya?
Tidak....malah baunya juga meloyakan
Tetapi adakah anda tahu ianya :
  • Mengurangkan risiko Strok
  • Mengurangkan risiko Kanser
  • Anti Bakteria dan Anti virus
  • Anti inflamasi(penyakit Asma)
  • Mengandungi banyak iodin
  • Membantu sistem pencernaan
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Mengurangkan kadar kolestrol dalam tubuh
Oleh yang demikian tuan / puan, setiap yang kita lakukan pasti ada kesannya. Marilah kita mengambil iktibar dari ayat dalam Surah Al Baqarah :

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Harapan saya sendiri anak saya akan membiasakan diri dengan konsep pemikiran  : yang manis itu tidak semestinya gula malah racun, yang pahit itu tidak semestinya buruk malah penawar ^_^