Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Sunday, February 23, 2014

Rahsia disebalik Pengambilan Supplement

Umum kita tahu pengambilan nutrisi sihat sebenarnya mudah dan ada cara yang menjimatkan.
Iaitu dengan memakan makanan yang membekalkan sumber nutrisi yang diperlukan.

Sebagai contoh, jika kita memerlukan Vitamin C untuk mengelakkan jangkitan, kita boleh kerap memakan Buah Oren.


Jika perlukan B-Complex untuk mengurangkan Insomnia, boleh lah mengambil kacang-kekacang.

Tetapi, satu perkara yang perlu kita tahu ialah ; setiap kali kita mengambil nutrisi ianya perlu pada kandungan yang tertentu.
Contohnya untuk pengambilan Vitamin C adalah bergantung pada umur :

Life StageRecommended Amount
Birth to 6 months40 mg
Infants 7–12 months50 mg
Children 1–3 years15 mg
Children 4–8 years25 mg
Children 9–13 years45 mg
Teens 14–18 years (boys)75 mg
Teens 14–18 years (girls)65 mg
Adults (men)90 mg
Adults (women)75 mg
Pregnant teens80 mg
Pregnant women85 mg
Breastfeeding teens115 mg
Breastfeeding women120 mg
If you smoke, add 35 mg to the above values to calculate your total daily recommended amount.

Begitu juga dengan B-Complex :

Life StageRecommended Amount
Birth to 6 months0.4 mcg
Infants 7–12 months0.5 mcg
Children 1–3 years0.9 mcg
Children 4–8 years1.2 mcg
Children 9–13 years1.8 mcg
Teens 14–18 years2.4 mcg
Adults2.4 mcg
Pregnant teens and women2.6 mcg
Breastfeeding teens and women2.8 mcg

So...kita perlu tahu dan pastikan, berapa banyak Buah Oren (Vitamin C) dan Kekacang (Vitamin B) yang perlu kita ambil dalam sehari.

Perlu diingatkan pengambilan berlebihan Vitamin C boleh menyebabkan cirit-birit dan Vitamin B pula menyebabkan kulit gatal atau bengkak.

Disinilah Rahsia kebaikan mengambil Supplement Shaklee, iaitu setiap tablet yang dihasilkan telah dikaji jumlah kuantiti nutriennya dan telah ditetapkan waktu dan jumlah pengambilan untuk sehari.

Contohnya bagi Shaklee Sustained Release Vitamin C Plus dinasihatkan untuk mengambil sebiji sehari pada waktu tengahari. Shaklee Vitamin B-Complex pula dinasihatkan untuk diambil sebiji pada waktu selepas sarapan bagi mengimbangi kadar stress sebelum memulakan pekerjaan harian.

Cara hidup yang sibuk juga sesuai untuk pengambilan supplement kerana kita boleh menjimatkan masa memotong buah oren atau mengupas kulit kacang.

Ketahuilah...penjagaan tubuh badan hari ini ; menentukan kebahagiaan hari esok ^_^


Sunday, December 18, 2011

TIPS untuk jadi KURUS Siri 1


Banyak benda kita boleh buat untuk kurus, contohnya kurangkan makan, pakai seluar sauna atau kotak sauna (yang kepala jak keluar tu hehe), ada juga yang makan pil, exercise, aerobic, zumba, jogging…macam-macam lah.

Sangat banyak sampai kita boleh pilih-pilih.

Tapi tidak semua mampu buatkan, sebab ada yang sudah jadi ibu sambil bekerja, jadi mana lagi mo jaga anak, mo kena duduk sauna?mo pigi join Zumba?wah…memang tidak sempat, kalau dapat husband yang pemurah hati (dari segi meng’offer’kan diri menjaga anak)atau yang memang concern terhadap berat badan isteri(Which is VERY rare!) mungkin bolehlah meluangkan masa untuk jaga berat badan.

So in my case aku ada cuba beberapa method diatas termasuk Zumba…yah siap berlenggang-lenggok ala-ala Shakira..(sakit pinggang jak aku dapat)tapi kesannya sementara itupun aku combine dengan method kurangkan makan (bab ini aku paling FAIL)

Jadi…aku pun membuatlah research sendiri secara online dan telah meng’official’kan diri ku sebagai bahan eksperimen.

Nak kurus…tidaklah susah sangat…Begini ceritanya…

Memandangkan aku makan pil perancangan tidak hairanlah kalau aku susah untuk turunkan berat. Ini perkara yang sangat normal kepada wanita yang mengambil apa-apa jenis method perancangan keluarga yang melibatkan hormone.

Tubuh kita akan mula menyimpan air dan menyebabkan jisim tubuh bertambah (maksudnya jadi tembam lah tu hehe). Ianya dipanggil ‘Water Retention’ bermaksud tubuh menahan air daripada keluar dari badan kita dan disimpan umpama bekalan untuk keperluan sistem badan. Perubahan hormone melalui kandungan pil hormon ini mewujudkan sistem ‘penyimpanan air’ tersebut.

Selain itu juga, ‘Water Retention’ boleh diakibatkan oleh pengambilan kandungan garam dalam makanan yang cukup banyak. Terutama dalam keropok chips, nasi lemak, kari ayam, laksa penang etc etc…

Oleh itu cara terbaik untuk mengacau sistem ini, ialah dengan….Meminum lebih BANYAK air.

Yah..believe it or not. Memang kena minum lebih banyak air. Supaya, sistem badan tersebut akan men'Capture' bahawa tubuh kita sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi.

Begini bah tu…umpama si Jojo ni sangat rajin menjaga si Lolo adiknya. Setiap hari Jojo hantarkan Lolo makanan sehingga Lolo jadi pemalas. Pada suatu hari Lolo nekad untuk berubah dengan belajar memasak sendiri. Maka akhirnya Jojo tidak lagi menghantar makanan pada Lolo kerana beliau mampu menjaga dirinya sendiri.

Maksudnya sistem itu akan berhenti berkhidmat untuk tubuh kita kerana metabolism kita berfungsi dengan baik….kiranya macam sama principal dengan ‘Antibodi’ la bah ni…kalau kita jaga pemakanan yang sihat, antibodi kita tidak perlu bekerja keras untuk melawan penyakit.

Nah…begituuu

So, mulakan dengan minum air dengan sangat banyak. Method ini bukan hanya efektif pada orang yang makan pil perancang tapi juga sesiapa saja yang mengalami masalah berat badan termasuk kaum lelaki.

Sebagai permulaan, minumlah air at least 3 liter sehari (pagi hingga malam).
Terpaksalah bersabar kalau kena bangun malam dan menjadi pengguna kerap tandas ditempat kerja anda…apa boleh buat nak dapat sesuatu kenalah berkorban kan….

So bila jumlah air masuk kedalam badan kita dan sentiase ‘rehydrated’ sistem tersebut akan berhenti menyimpan air diseluruh badan maka…masalah ketembaman akan sedikit demi sedikit menghilang.
Pinggang anda akan kembali ke pangkal Jalan.
Leher anda kembali jinjang
Pipi anda juga akan menerbitkan semula lesung pipit anda.

Kemudian,jadikanlah tabiat SETIAP hari untuk minum air sebanyak 2 liter sehari.
Tapi….kena ingat…

The moment anda stop minum air dalam jumlah yang biasa (2 liter) ataupun bila and berterusan minum air kurang dari 2 liter….
Badan anda akan kembali tembam dalam masa….An Overnight.
Believe it or not…ada berani?haha…

Jadi…method ini tidak menjanjikan kesan yang berpanjangan namun begitu sangat efektif. Lagipun ianya mempromosikan amalan hidup sihat yang sentiasa mengambil bekalan air yang mencukupi.

Banyak minum air ni banyak faedah, terutama kepada orang yang merokok.
Ianya boleh membantu melicinkan kulit, ingatan yang baik dan juga semestinya ; Melancarkan Kencing.

Contoh terbaik untuk tahu kalau kita mendapat bekalan air dalam badan secara mencukupi ialah dengan memerhati kencing anda.(kalau jenis tidak geli la…haha)
Jika air kencing berwarna jernih..Anda Sihat!..Jika kuning…kena tambah jumlah air yang diminum. Kalau merah. Sila Jumpa Doktor…ok!

Nah…kawan-kawan silalah mencuba....saya akan susuli Tips Kurus ini dalam Siri 2..Soon! ^_^