Showing posts with label tips kurus. Show all posts
Showing posts with label tips kurus. Show all posts

Monday, February 24, 2014

Cara menurunkan Berat Badan

Kalau nak disenaraikan memang banyak jenis cara untuk menguruskan badan atau menurunkan berat badan, antaranya menerusi Diet seperti berikut :

  • belief-based Diets
  • vegetarian Diets/ semi vegetarian
  • weight control Diets
  • low-calorie Diets/ very low 
  • low-Carbohydrate Diets
  • low-Fat Diets
  • crash Diets
  • detox Diets


Tapi tidak semua cara sesuai untuk semua orang, malah ada yang semakin bertambah berat badan pula.

Cara yang salah juga boleh menyebabkan pertambahan berat badan contohnya : 
Cara senaman : Apabila seseorang itu bersenam melebihi dari kadar tenaganya atau dengan berat ianya akan menyebabkan ototnya menjadi lemah. Tubuh manusia pula memerlukan otot untuk kadar metabolisme yang pantas. Bila otot lemah, metabolisme juga menjadi lambat dan bila metabolisme lambat tubuh akan lambat mencerna makanan menjadi tenaga menyebabkan berat badan bertambah.

Pengambilan nutrisi ialah cara yang mudah dan sihat. Setiap nutrisi yang diambil akan memainkan peranan dalam system tubuh badan kita.

Sebagai contoh ; kita boleh mengambil :

·         Herblax-membantu membersihkan usus
·         Lecithin-mengemulsikan lemak (melarutkan)
·         Alfalfa-Mengelakkan retensi air(badan mengandungi terlalu banyak air-jika anda pernah dengar istilah gemuk air iaitu badan kembang walaupun berat badan sesuai dengan ketinggian)
·         Vita-Lea-Membekalkan vitamin yang diperlukan tubuh bagi memperbaiki system metabolisme tubuh
·         GLA-Mengimbangi hormon-mengurangkan hormon stress iaitu cortisol yang menyebabkan penambahan berat badan.

Dengan kombinasi tertentu kita berupaya mengawal sistem tubuh badan kita untuk mendapatkan keputusan yang diingini.

Untuk kurus tidak semestinya hanya perlu bersenam atau Zumba tetapi juga perlu disokong dengan pemakanan yang mampu mencetuskan reaksi dalaman tubuh dalam membantu mengurangkan berat badan.

Sebenarnya mudah saja…jika kita paham konsepnya ^___^

    Thursday, February 20, 2014

    Testimoni : ESP Soy Protein Isolate Powder [Part 2]

    Kemarin petang balik dari kerja, seperti biasa saya parking kereta di kawasan parking.
    Untung kami dapat parking betul-betul disebelah pondok sekuriti apartment perumahan kami.

    So masa tu macam biasa lah saya masuk parking seperti kebiasaan;  masuk dari bahagian belakang dahulu, supaya senang keluar ke kerja esok pagi, hidup enjin saja terus jalan :)

    Semua buat one-go saja, then bila keluar dari kereta Uncle Sekuriti pun cakap,
    "wah...bukan lesen main-main sudah ni!"
    saya kurang paham lalu tersengih-sengih
    "aar?apa tu uncle?hehe"
    Uncle pun jawab
    "biasa tu, maju undur,maju undur mau sampai tiga kali...ini kali satu kali saja terus lurus oo!hahaha"

    Wah~bukan main kembang kempes lagi hidung saya..

    "ish...uncle, Bulih lah~"

    menu saya kemarin :)

    Hahaha...waktu kejadian ialah Jam 6 petang. Saya baru selesai minum ESP Soy Protein Isolate Powder pada jam 5:15 petang sebelum pulang dari pejabat.

    Ini mungkin bermakna : Saya kurang stress lalu fikiran saya fokus serta memori yang kuat dan ditambah lagi tenaga yang cukup saya dapat parking dengan sempurna tanpa mengalami sebarang kesusahan walaupun kandungan sudah masuk 9 bulan setengah dan sudah mulai mengalami tightening.

    Syukur...syukur...Saya tidak berani mengatakan sesuatu yang meleset kerana itu bermakna saya menipu. Nauzubillah min zalik mohon saya dijauhkan dari dosa.

    Tetapi, dengan tawakkal dan daya usaha banyak perkara yang kita dapat lalui dengan tenang dan baik.
    Saya telah mengambil keputusan untuk hidup bersama Shaklee

    Anda bila lagi?^_^

    oh by the way...malam tadi saya tidak makan dinner langsung hehe....walaupun En.Suami sudah tolong masak ...sebab saya tidak rasa lapar, so suami dan anak-anak saja makan. ^______________^

    Wednesday, February 1, 2012

    My Weight : My Pride and Joy.

    If...you're rich. But fat...(macam Kelly Osbourne) would you be happy?
    No....even Kelly is grumpy when she's fat and has better personality when she lost weight.

    Jadi kalau kaya...boleh beli apa saja...except there is only one problem....baju tu ndak muat....
    Koyak di ketiak....macam mana lah?...

    I guess...having your ideal body is also a type of personal happiness...There! I said it!

    So tahun ni aku nekad.
    MUST get 45kg this year and...STAY there.

    Jadi....losing weight became the main goal for the first 6 months of 2012.
    Sebagai langkah development....aku telah membeli skipping rope.


    Aku dapat tips ni dari baca buku Anthony Robbins bahawa skipping rope ni lebih baik dari walking or jogging. Since aku ndak bulih tinggal anak-anak ku untuk keluar berjogging...kenalah cari alternatif lain.

    Namun harus diingat sebelum dan selepas melakukan aktiviti skipping rope...perlu ada senaman pemanasan dan penyejukan badan seperti berikut :




    Aku juga jumpa video ni :






    Cuma....tinggal hanya satu soalan....... : 

    Bolehkah lemak di perut dan pinggang ku hilang dengan beraksi sedemikian??...
    Habislah kali ni...mesti jiran-jiran aku sangka ada gempa bumi di blok pangsapuri kami ni kan hahaha...

    Sunday, December 18, 2011

    TIPS untuk jadi KURUS Siri 1


    Banyak benda kita boleh buat untuk kurus, contohnya kurangkan makan, pakai seluar sauna atau kotak sauna (yang kepala jak keluar tu hehe), ada juga yang makan pil, exercise, aerobic, zumba, jogging…macam-macam lah.

    Sangat banyak sampai kita boleh pilih-pilih.

    Tapi tidak semua mampu buatkan, sebab ada yang sudah jadi ibu sambil bekerja, jadi mana lagi mo jaga anak, mo kena duduk sauna?mo pigi join Zumba?wah…memang tidak sempat, kalau dapat husband yang pemurah hati (dari segi meng’offer’kan diri menjaga anak)atau yang memang concern terhadap berat badan isteri(Which is VERY rare!) mungkin bolehlah meluangkan masa untuk jaga berat badan.

    So in my case aku ada cuba beberapa method diatas termasuk Zumba…yah siap berlenggang-lenggok ala-ala Shakira..(sakit pinggang jak aku dapat)tapi kesannya sementara itupun aku combine dengan method kurangkan makan (bab ini aku paling FAIL)

    Jadi…aku pun membuatlah research sendiri secara online dan telah meng’official’kan diri ku sebagai bahan eksperimen.

    Nak kurus…tidaklah susah sangat…Begini ceritanya…

    Memandangkan aku makan pil perancangan tidak hairanlah kalau aku susah untuk turunkan berat. Ini perkara yang sangat normal kepada wanita yang mengambil apa-apa jenis method perancangan keluarga yang melibatkan hormone.

    Tubuh kita akan mula menyimpan air dan menyebabkan jisim tubuh bertambah (maksudnya jadi tembam lah tu hehe). Ianya dipanggil ‘Water Retention’ bermaksud tubuh menahan air daripada keluar dari badan kita dan disimpan umpama bekalan untuk keperluan sistem badan. Perubahan hormone melalui kandungan pil hormon ini mewujudkan sistem ‘penyimpanan air’ tersebut.

    Selain itu juga, ‘Water Retention’ boleh diakibatkan oleh pengambilan kandungan garam dalam makanan yang cukup banyak. Terutama dalam keropok chips, nasi lemak, kari ayam, laksa penang etc etc…

    Oleh itu cara terbaik untuk mengacau sistem ini, ialah dengan….Meminum lebih BANYAK air.

    Yah..believe it or not. Memang kena minum lebih banyak air. Supaya, sistem badan tersebut akan men'Capture' bahawa tubuh kita sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi.

    Begini bah tu…umpama si Jojo ni sangat rajin menjaga si Lolo adiknya. Setiap hari Jojo hantarkan Lolo makanan sehingga Lolo jadi pemalas. Pada suatu hari Lolo nekad untuk berubah dengan belajar memasak sendiri. Maka akhirnya Jojo tidak lagi menghantar makanan pada Lolo kerana beliau mampu menjaga dirinya sendiri.

    Maksudnya sistem itu akan berhenti berkhidmat untuk tubuh kita kerana metabolism kita berfungsi dengan baik….kiranya macam sama principal dengan ‘Antibodi’ la bah ni…kalau kita jaga pemakanan yang sihat, antibodi kita tidak perlu bekerja keras untuk melawan penyakit.

    Nah…begituuu

    So, mulakan dengan minum air dengan sangat banyak. Method ini bukan hanya efektif pada orang yang makan pil perancang tapi juga sesiapa saja yang mengalami masalah berat badan termasuk kaum lelaki.

    Sebagai permulaan, minumlah air at least 3 liter sehari (pagi hingga malam).
    Terpaksalah bersabar kalau kena bangun malam dan menjadi pengguna kerap tandas ditempat kerja anda…apa boleh buat nak dapat sesuatu kenalah berkorban kan….

    So bila jumlah air masuk kedalam badan kita dan sentiase ‘rehydrated’ sistem tersebut akan berhenti menyimpan air diseluruh badan maka…masalah ketembaman akan sedikit demi sedikit menghilang.
    Pinggang anda akan kembali ke pangkal Jalan.
    Leher anda kembali jinjang
    Pipi anda juga akan menerbitkan semula lesung pipit anda.

    Kemudian,jadikanlah tabiat SETIAP hari untuk minum air sebanyak 2 liter sehari.
    Tapi….kena ingat…

    The moment anda stop minum air dalam jumlah yang biasa (2 liter) ataupun bila and berterusan minum air kurang dari 2 liter….
    Badan anda akan kembali tembam dalam masa….An Overnight.
    Believe it or not…ada berani?haha…

    Jadi…method ini tidak menjanjikan kesan yang berpanjangan namun begitu sangat efektif. Lagipun ianya mempromosikan amalan hidup sihat yang sentiasa mengambil bekalan air yang mencukupi.

    Banyak minum air ni banyak faedah, terutama kepada orang yang merokok.
    Ianya boleh membantu melicinkan kulit, ingatan yang baik dan juga semestinya ; Melancarkan Kencing.

    Contoh terbaik untuk tahu kalau kita mendapat bekalan air dalam badan secara mencukupi ialah dengan memerhati kencing anda.(kalau jenis tidak geli la…haha)
    Jika air kencing berwarna jernih..Anda Sihat!..Jika kuning…kena tambah jumlah air yang diminum. Kalau merah. Sila Jumpa Doktor…ok!

    Nah…kawan-kawan silalah mencuba....saya akan susuli Tips Kurus ini dalam Siri 2..Soon! ^_^