Showing posts with label Tudung Ariani. Show all posts
Showing posts with label Tudung Ariani. Show all posts

Friday, March 2, 2012

Pasal...Ariani...masih...

Kali ketiga kami melawat Ariani....
Aku actually memang ndak mo beli apa-apa lagi...

Tapi mata aku tepandang item yang berharga hanya RM34.50...

so....

well...

Anyway..kawan aku memang sudah merancang untuk membeli-belah ke sana pun...

so aku pun tersangkut juga lah hehe...

Aku pun singgah-singgah la ke rak kegemaran aku (koleksi 3 tone berharga RM36 sehelai)
Tapi aku terkejut harganya sudah dinaikkan kepada RM68!
Aku pun berbisik-bisik pada kawan yang lain tapi ndak berani tanya stafnya.

Sedang sibuk-sibuk shopping tiba-tiba ada commotion
"nah!...kakak ni la yang sempat beli beberapa helai"
Aku pun heran, lepas tu baru dia explain satu persatu bahawa...

Durang salah letak harga.
Harga RM36 cuma valid sehingga hari Jumaat yang lalu. Iaitu hari pertama aku membeli tudung Ariani.

Sepatutnya di hari kedua lawatan aku iaitu pada hari Isnin dan seterusnya...harga diubah kepada RM68.
Tapi aku sempat beli lagi 2 helai pada lawatan kedua.

So manager dia pun explain lah bahawa branch pusat Ariani lupa inform branch Ariani KK untuk ubah harga tu, sehinggakan stok mereka sudah hampir habis...almaklumlah...RM36 sehelai daripada normal price RM120.

Aku pun memang rasa pelik dari awal lagi. Sebab tudung yang harga 2 tone pun suda lebih RM70 daripada RM109....so sepatutnya 3 tone lebih mahal kan...since dia bulih matching lebih banyak baju.

Kualiti dia pun sama macam yang harga RM70 keatas then why dia only RM36?...
Tapi aku ndak justify lama-lama sebab aku memang a sucker for Price Cut haha!

Berarti....
Aku sudah untung RM68 - RM36 = RM32 X 4 helai = RM128

.......
Whuat!!

Muahahahahahahahahahahah!!!!

Ada juga aku tanya lah managernya...
"ala...jadi macam mana lah tu kerugian RM32 setiap helai...sepa yang tanggung?ndak kena potong ka gaji kamu?

Ndak juga katanya...sebab bukan salah durang tapi durang lambat kena inform...itupun Cik manager sendiri yang cek dengan HQ sebab dia pun rasa pelik kenapa harga 3 tone tu sangat murah...so Manager HQ durang cakap pun...ubah saja tu harga.Yang sudah terbeli tu...biarkanlah...itu maknanya rezeki durang.

Nah...punya sa suka ayat tu...
hahaha!


ini gambar kami berdandan koleksi tudung Ariani hehehe...

hmm...nampaknya ada kelebihan juga jadi Cheapskate ni...
kadang-kadang....macam rezeki jatuh ke riba!haha...

jarang-jarang...





Monday, February 27, 2012

Ariani....lagi?!

Aku...akan ke...Ariani lagi...

Kali ni...sanggup korek duit simpanan huhu....

Tapi aku tetap tidak rasa rugi....

Satu Sebab memang ternyata tudung Ariani kualiti tinggi....hari tu lepas beli tudung baru...amboi...sedap jak aku cuci sekali dalam satu baldi....

Pening-pening lalat aku bila perasan satu tudung tu terjangkit luntur warna tudung yang lain....

Macam mo terkencing-kencing aku lari pi shower room cuci pakai sabun mandi...

Panik
Menyesal
Stupid...pun ada

Tapi....

Aku ndak sangka aku ndak perlu pun menyental sepenuh hati.

Sekejap saja kesan luntur tu lari....


Jadi...aku pun buat keputusan.

Semasa separuh tidur tengah malam semalam.

Aku mo tambah tudung Ariani lagik...

Kedua Aku ada anak pompuan....

So...Kami boleh share-share pakai!Hehehe....

Aku yakin.

Tudung Ariani tidak akan ketinggalan zaman dan kainnya tahan lasak sampai 20 tahun sekali pun ^_^


Saturday, February 25, 2012

Tudung Ariani

Sebenarnya aku baru juga diperkenalkan kepada tudung Ariani ni.
Masa kawan bawa aku tengok-tengok butiknya...kecut juga perut aku.

Mana tidaknya ada yang RM200 untuk sehelai tudung.
Aku pun mulai bising-bising la...biasalah aku kan memang Quantity punya orang dan bukan Quality
So kawan aku bagi justification ianya mahal sebab made in Italy
Aku pun bising lagi...
"orang Italy pakai tudung ka?pasal apa dia mo buat tudung?"
hahaha....

Tapi semakin berkali-kali aku ke sana sebab kawan ni bawa and sampai dia beli sehelai...barulah aku nampak Quality nya yang sering diperkatakan itu...

So...aku pun mulai lah mengidam...tapi iya lah belum berkemampuan...takat Dubai tu ada jugalah 4 helai...tapi tidak setanding quality Ariani itu pun beli time clearance stock juga....

Then, seperti tahu-tahu saja kami ni sebok mau membeli tudung Ariani, seorang kawan pejabat mewar-warkan berita bahawa Ariani akan mengadakan member sale!

So aku pun mulai lah bermanis mulut dan 'berbudi bahasa budaya kita' kepada suami aku.
"tudung Ariani tu mahaaalll...nah imagine kalau dia sale!punya untung tu....aku target adalah yang dalam harga RM20 (hahaha!banyak lah RM20 konon) bolehlah aku beli sehelai dua"

Husband cuma tersengih-sengih..aku tau...dalam otak dia tu berkata-kata
"engkau?...nak beli sehelai dua jak?....ndak mungkin"

So pagi sebelum bermulanya misi kami ke butik Ariani...husband pun bank in kan duit...sudah bagi cash hari sebelumnya...tapi dia tau...kalau dia ndak bagi pun aku memang tetap pujuk minta extra...haha!

Wah...memang rambang mata...ikutkan hati memang aku mo ambil 10 helai haha!...tapi ikutkan dompet....ambik jak la apa-apa yang patut kan haha...

Tapi...
Alhamdullilah
Budi baik seorang kawan; beliau telah sponsor aku dan kawan yang sama mengidam tudung Ariani tu...HALF dari jumlah yang sepatutnya dibayar.


Aku sangat berterima kasih kepada beliau kerana....balance dari jumlah yang sepatutnya aku bayar aku dapat gunakan untuk membeli keperluan rumah yang lain serta membeli alat tulis warna dan permainan anak-anak...


Sekali lagi
Syukur Alhamdullilah
Semoga beliau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dimuliakan diakhirat serta dilindungi Allah sepanjang hayatnya...
Amin

Semasa sesi pilih-pilih tudung tu aku juga baru dapat tahu bahawa Brand Ariani juga ialah pengedar tudung Nur Kasih. Umpamanya Nur Kasih ialah sub-brand dan kesemua tudung dalam drama Nur Kasih tu disponsor oleh Ariani.

Tapi....hati-hati.
Tudung Nur Kasih yang sebenar ialah yang logonya di print pada kain.
Logo besi yang melekat pada kain itu...adalah....Ciplak.
Bukan brand Ariani yang keluarkan.

Lepas tu aku juga dapat tahu Ariani dan Jakel adalah dari management yang sama.
Kiranya Suami ialah Jakel dan isteri ialah Ariani...haha begitulah yang diterangkan oleh staff Ariani tu.

Terdetik juga dihati saya kenapa harga tudung Ariani mahal...
So....
Aku sudah send email kepada dutanya Wardina Saffiyah untuk dapat tahu adakah jika kita membeli tudung Ariani, sedikit dari keuntungannya disalurkan kepada badan-badan kebajikan.
Harap-harap beliau sudi membalas email tu hehe...


Jika ada jawapan aku akan hebahkan okeh!