Showing posts with label tudung. Show all posts
Showing posts with label tudung. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Mengidam @ Craving

i've cured my craving for retail shopping by purchasing almost 20 pcs of tudung in a month....
now im over with buying tudung....
my biggest concern is what would replace those craving....

Aku ada baca buku Anthony Robbins bahawa....sekiranya kita tidak menjalani hidup kita dengan Values / nilai yang betul dan serasi dengan diri, cita-cita dan keperluan sendiri maka....

kita akan sentiasa merasa ada sedikit kekosongan didalam jiwa yang semakin kita kejar untuk memenuhinya.
Antara simptom kekosongan jiwa tersebut ialah....


  • meminum arak
  • bercerita kosong
  • berangan-angan
  • mengambil dadah
  • seks melampau

ada banyak lagi....

Dan aku rasa...ketagihan shopping juga adalah satu simptom (yang paling lemah lah) menunjukkan seseorang itu merasa kosong dan perlu mengisi hidup mereka dengan sesuatu kerana kurangnya nilai-nilai murni seperti contoh :

  • Kasih Sayang
  • Accomplishment
  • Security
  • comfort
  • spiritual

dan banyak lagi...

Rasanya...aku masih lagi perlu lagi menerapkan nilai-nilai yang lebih teguh dalam hidup aku...hmm

Menurut Anthony Robbins sekiranya seseorang sudah menetapkan nilai-nilainya maka, beliau perlu menjalani kehidupan sehariannya dengan menepati setiap nilai-nilai tersebut.

Maksudnya bangun awal pagi dan repeat, 

  • siapa diri anda
  • kemana hala tuju anda
  • apakah nilai-nilai penting bagi anda

agak-agak macam begitu lah hehe...

Well...sebelum ini ada beberapa kali aku membeli barang online yang aku langsung tidak perlukan...terutama baju-baju blouse.

Sekarang ada sekotak di rumah khas untuk didermakan....

Tidak lama kemudian aku pindah ke mengidam beli tudung labuh-labuh, lawa-lawa Ariani dan Dubai...
Peningkatan jumlah tudung aku dari sebelumnya ialah 50%....dalam masa sebulan sahaja.

Sekarang...ada satu beg plastik sederhana penuh dengan tudung singkat dan syria....khas untuk didermakan juga.

So now, aku terpikir....
Craving beli baju blouse online dah sudah...
Craving beli tudung mahal pun sudah...
......
lepas ni apa agaknya yah...hehe

Entahlah...lepas ni baju anak-anak lagi rasanya kan haha...

Tapi ndak pa...kalau beli baju anak itu sudah memang keperluan memandangkan Raya ndak lama lagi hehe...

Monday, March 5, 2012

Jodoh dan Akhirat

Chewah...tajuk tu baa...

Anyway cerita kali ni ialah pasal pilihan jodoh yang sebenarnya SANGAT bersangkut paut dengan pilihan akhirat kita sendiri...

Alkisahnya....selepas menjalani alam perkahwinan hampir 6 tahun aku telah menemui teori baru tersebut.

Aku ingat lagi masa aku mula-mula nak kahwin kakak aku ni sedang dalam pengajian untuk jadi ustazah di Kelantan. Bila beliau dapat tahu, soalan pertama pasal bakal suami is :

'Alim kah?'

Waktu tu aku langsung ndak tahu keperluan untuk mengahwini seorang lelaki alim.
Bagi aku first impression aku tentang suami aku ialah beliau :


  • sudah cukup umur.
  • Sayang ahli-ahli keluarga dia especially mama dia a.k.a Datin Seri Paduka saya.
  • tak lokek duit dengan sesiapa pun
  • fleksibel dengan sesiapa pun
  • active dan dynamic (ini penting bagi aku sebab aku pun berjalan dan bercakap laju semacam)
  • Tidak cerewet makan
  • ....sangat jarang menegur, menegah, memerintah, menyuruh dan menceramah. (aku memang suka yang macam ni sebab aku sudah bosank dengan bapa aku yg ini,itu ndak boleh dan ditambah oleh mama aku yang juga ahli perleter hehe....)

Jadi...aku pun excited lah kawen haha!

Tapi...aku ingat.
Sebelum kawen tu (time masih pakai skirt pendek dan baju buka ketiak) aku cakap ngan husband.....ceh punya hebat aku berucap hari tu...speaking like a true hero bah...bahawa : 

"lepas kawen nanti, aku nak serius jad mualaf yang betul. Lepas tu aku mo jalani kehidupan yang mengikut jalan agama...aku nak sembahyang...aku nak pakai tudung bila sampai masanya...aku mo buat baik...bla...bla...bla"

Fuuuyyoooo!Punya hebat aku berkata-kata kan.

Cakap ndak serupa bikin...haha

Adakah?orang yang pakai mini skirt bercerita pasal mo tutup aurat and pandai mengaji?Logik?

Dan patutlah muka laki aku time tu blur semacam.

Kami pun baru kenal 1 tahun, jadi rapat pun cuma 6 bulan kemudian terus tunang, dan kahwin dalam masa 6 bulan tunang jak...all in all kami cuma berkenalan selama 2 tahun.
Nah...berapa lama jak yang ada untuk mengenal hati budi masing-masing.

So bila aku cakap begitu...mesti En. Suami pun naik bingung...'pa benda ba dia cakap ni'

sebab apanya ialah...En. Suami mengenali aku sebagai orang yang free living.
Aku cakap pasal agama...memang lah ndak related.

Ini maknanya...aku (...probably....)bukan dipilih sebagai isteri atas kriteria keagamaan memandangkan karekter aku yang jauh bercanggah sewaktu itu.

Jadi yang aku sebok nak tukar En. Suami jadi warak selepas kahwin memanglah kurang logikkan.
En. Suami bukannya macam suami kakak ustazah aku iaitu seorang warak yang boleh jadi imam jika ada keperluan.

Ilmu agama beliau tidak mencapai tahap boleh jadi ustaz sekalipun...yang biasa-biasa saja.
Begitu juga beliau, dia tidak expect aku akan bertudung and etc.

sebab time tu wardrobe aku cuma ada mini skirts dan beberapa helai jeans saja dan tidak memiliki sebarang t-shirt sekalipun except body fit.

i mean what do you expect?!

Tapi...alhamdullilah....Cahaya Deen menerangi hidup kami....at least boleh lah juga menunaikan perintah agama walaupun...dalam serba kekurangan...ada jugaklah...

This is what so strange about determination. Once you made a decision and channel yourself to it. Whenever you get distracted....it haunts you. At the back of your head.

Aku ndak lupa apa yang aku cakap pada dia hari tu....dan setiap langkah kedepan ialah menjurus ke arah itu...of course sebagai manusia biasa...kadang-kadang kita terlangkah ke belakang...ke tepi....kadang-kadang lama lagi singgah di tepi tu....tapi.....ONCE you made a decision...balik juga langkah ke depan tu....hmm...

Jadi aku pun temui lah teori ini bahawa :


Seorang lelaki yang mengingat Akhirat ialah jenis Suami yang akan memilih seorang Wanita solehah sebagai Isterinya.

Kalau dia ndak fikir akhirat...agaknya dia pilih yang ....... well kita tidak akan nyatakan disini...

you know i know.

But maybe husband aku pilih aku sebab....dia rasa...dia mo bagi chan sama aku kot haha...

Entahlah..itu En. Suami saja yang boleh jawab kenapa dia pilih aku yang semborono time tu.

Oleh itu pilihlah jodoh yang baik

Bukan kerana rupa,
Harta,
atau setakat kebaikan...

tetapi

Agamanya.

Kerana pilihan yang baik akan menentukan akidah rumahtangga yang baik dan InsyaAllah menjurus ke arah jalan ke syurga.

^_^

Jadi bersyukurlah wahai wanita yang beriman dan menjaga auratnya kerana kamu telah atau akan dipilih untuk dipimpin ke syurga oleh suami mu atau bakal suami mu.

So contoh terbaik ialah pasangan Imam Muda Hassan dan isteri Fardatul Ulfah...seriously...wanita ni memang COMEL! semacam and....baru first aku nampak baju kahwin macam dia pakai....sangat cantik...ndak sangka tudung labuh boleh jad se'elegant' itu!

   

So wanita....jagalah auratmu dan kuatkanlah iman mu!...(doa untuk Tara juga ni...hehe)

Friday, March 2, 2012

Less is more....

I just love this statement from Emma Watson...


May i link to this post of mine?...seems related

Aurat = Restricted Zone
Only for Husbands

^_^

Pasal...Ariani...masih...

Kali ketiga kami melawat Ariani....
Aku actually memang ndak mo beli apa-apa lagi...

Tapi mata aku tepandang item yang berharga hanya RM34.50...

so....

well...

Anyway..kawan aku memang sudah merancang untuk membeli-belah ke sana pun...

so aku pun tersangkut juga lah hehe...

Aku pun singgah-singgah la ke rak kegemaran aku (koleksi 3 tone berharga RM36 sehelai)
Tapi aku terkejut harganya sudah dinaikkan kepada RM68!
Aku pun berbisik-bisik pada kawan yang lain tapi ndak berani tanya stafnya.

Sedang sibuk-sibuk shopping tiba-tiba ada commotion
"nah!...kakak ni la yang sempat beli beberapa helai"
Aku pun heran, lepas tu baru dia explain satu persatu bahawa...

Durang salah letak harga.
Harga RM36 cuma valid sehingga hari Jumaat yang lalu. Iaitu hari pertama aku membeli tudung Ariani.

Sepatutnya di hari kedua lawatan aku iaitu pada hari Isnin dan seterusnya...harga diubah kepada RM68.
Tapi aku sempat beli lagi 2 helai pada lawatan kedua.

So manager dia pun explain lah bahawa branch pusat Ariani lupa inform branch Ariani KK untuk ubah harga tu, sehinggakan stok mereka sudah hampir habis...almaklumlah...RM36 sehelai daripada normal price RM120.

Aku pun memang rasa pelik dari awal lagi. Sebab tudung yang harga 2 tone pun suda lebih RM70 daripada RM109....so sepatutnya 3 tone lebih mahal kan...since dia bulih matching lebih banyak baju.

Kualiti dia pun sama macam yang harga RM70 keatas then why dia only RM36?...
Tapi aku ndak justify lama-lama sebab aku memang a sucker for Price Cut haha!

Berarti....
Aku sudah untung RM68 - RM36 = RM32 X 4 helai = RM128

.......
Whuat!!

Muahahahahahahahahahahah!!!!

Ada juga aku tanya lah managernya...
"ala...jadi macam mana lah tu kerugian RM32 setiap helai...sepa yang tanggung?ndak kena potong ka gaji kamu?

Ndak juga katanya...sebab bukan salah durang tapi durang lambat kena inform...itupun Cik manager sendiri yang cek dengan HQ sebab dia pun rasa pelik kenapa harga 3 tone tu sangat murah...so Manager HQ durang cakap pun...ubah saja tu harga.Yang sudah terbeli tu...biarkanlah...itu maknanya rezeki durang.

Nah...punya sa suka ayat tu...
hahaha!


ini gambar kami berdandan koleksi tudung Ariani hehehe...

hmm...nampaknya ada kelebihan juga jadi Cheapskate ni...
kadang-kadang....macam rezeki jatuh ke riba!haha...

jarang-jarang...





Monday, February 27, 2012

Ariani....lagi?!

Aku...akan ke...Ariani lagi...

Kali ni...sanggup korek duit simpanan huhu....

Tapi aku tetap tidak rasa rugi....

Satu Sebab memang ternyata tudung Ariani kualiti tinggi....hari tu lepas beli tudung baru...amboi...sedap jak aku cuci sekali dalam satu baldi....

Pening-pening lalat aku bila perasan satu tudung tu terjangkit luntur warna tudung yang lain....

Macam mo terkencing-kencing aku lari pi shower room cuci pakai sabun mandi...

Panik
Menyesal
Stupid...pun ada

Tapi....

Aku ndak sangka aku ndak perlu pun menyental sepenuh hati.

Sekejap saja kesan luntur tu lari....


Jadi...aku pun buat keputusan.

Semasa separuh tidur tengah malam semalam.

Aku mo tambah tudung Ariani lagik...

Kedua Aku ada anak pompuan....

So...Kami boleh share-share pakai!Hehehe....

Aku yakin.

Tudung Ariani tidak akan ketinggalan zaman dan kainnya tahan lasak sampai 20 tahun sekali pun ^_^


Saturday, February 25, 2012

Tudung Ariani

Sebenarnya aku baru juga diperkenalkan kepada tudung Ariani ni.
Masa kawan bawa aku tengok-tengok butiknya...kecut juga perut aku.

Mana tidaknya ada yang RM200 untuk sehelai tudung.
Aku pun mulai bising-bising la...biasalah aku kan memang Quantity punya orang dan bukan Quality
So kawan aku bagi justification ianya mahal sebab made in Italy
Aku pun bising lagi...
"orang Italy pakai tudung ka?pasal apa dia mo buat tudung?"
hahaha....

Tapi semakin berkali-kali aku ke sana sebab kawan ni bawa and sampai dia beli sehelai...barulah aku nampak Quality nya yang sering diperkatakan itu...

So...aku pun mulai lah mengidam...tapi iya lah belum berkemampuan...takat Dubai tu ada jugalah 4 helai...tapi tidak setanding quality Ariani itu pun beli time clearance stock juga....

Then, seperti tahu-tahu saja kami ni sebok mau membeli tudung Ariani, seorang kawan pejabat mewar-warkan berita bahawa Ariani akan mengadakan member sale!

So aku pun mulai lah bermanis mulut dan 'berbudi bahasa budaya kita' kepada suami aku.
"tudung Ariani tu mahaaalll...nah imagine kalau dia sale!punya untung tu....aku target adalah yang dalam harga RM20 (hahaha!banyak lah RM20 konon) bolehlah aku beli sehelai dua"

Husband cuma tersengih-sengih..aku tau...dalam otak dia tu berkata-kata
"engkau?...nak beli sehelai dua jak?....ndak mungkin"

So pagi sebelum bermulanya misi kami ke butik Ariani...husband pun bank in kan duit...sudah bagi cash hari sebelumnya...tapi dia tau...kalau dia ndak bagi pun aku memang tetap pujuk minta extra...haha!

Wah...memang rambang mata...ikutkan hati memang aku mo ambil 10 helai haha!...tapi ikutkan dompet....ambik jak la apa-apa yang patut kan haha...

Tapi...
Alhamdullilah
Budi baik seorang kawan; beliau telah sponsor aku dan kawan yang sama mengidam tudung Ariani tu...HALF dari jumlah yang sepatutnya dibayar.


Aku sangat berterima kasih kepada beliau kerana....balance dari jumlah yang sepatutnya aku bayar aku dapat gunakan untuk membeli keperluan rumah yang lain serta membeli alat tulis warna dan permainan anak-anak...


Sekali lagi
Syukur Alhamdullilah
Semoga beliau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dimuliakan diakhirat serta dilindungi Allah sepanjang hayatnya...
Amin

Semasa sesi pilih-pilih tudung tu aku juga baru dapat tahu bahawa Brand Ariani juga ialah pengedar tudung Nur Kasih. Umpamanya Nur Kasih ialah sub-brand dan kesemua tudung dalam drama Nur Kasih tu disponsor oleh Ariani.

Tapi....hati-hati.
Tudung Nur Kasih yang sebenar ialah yang logonya di print pada kain.
Logo besi yang melekat pada kain itu...adalah....Ciplak.
Bukan brand Ariani yang keluarkan.

Lepas tu aku juga dapat tahu Ariani dan Jakel adalah dari management yang sama.
Kiranya Suami ialah Jakel dan isteri ialah Ariani...haha begitulah yang diterangkan oleh staff Ariani tu.

Terdetik juga dihati saya kenapa harga tudung Ariani mahal...
So....
Aku sudah send email kepada dutanya Wardina Saffiyah untuk dapat tahu adakah jika kita membeli tudung Ariani, sedikit dari keuntungannya disalurkan kepada badan-badan kebajikan.
Harap-harap beliau sudi membalas email tu hehe...


Jika ada jawapan aku akan hebahkan okeh!

Tuesday, January 31, 2012

Kenapa saya bertudung.

Ini soalan bonus dari kawan aku hari ni..hehe

Time lunch tadi sedang menunggu makanan sampai, kami berbincang nak ke mana seterusnya, al maklumlah 1Borneo banyak sale sekarang ni.

Timbullah idea mo pi tengok design-design tudung. Kawan cakap dia mau belajar pakai tudung sudah tapi pelan-pelan sebab dia mo terus pakai and ndak buka lagi.

Then dia tanya, 'ko rasa saya sudah sedia ka pakai tudung.....hehe apa pulak,itu dari saya saja bah tu kan. Tapi apa pendapat kau?Macam mana waktu ko mula-mula pakai tudung dulu..."

Aku tarik nafas.

"Dulu...aku...ok terus terang. Dulu masa mula-mula pakai tudung.
Aku sangka aku akan jadi perfect."

Ya....

Bila mo pakai tudung ni...berazam lah ni mo jad baik and holy and perfect lah!
Pakai tudung ni umpama aku boleh berubah jadi warak dan tawadhu dan lemah lembut dalam sekelip mata.

Tapi...tidak.

Pakai tudung tidak pernah mengubah aku jadi baik.
...lebih baik dari dulu mungkin adalah sebab pakai tudung ni maknanya tutup auratkan...tutup aurat pula dapat pahala dan kurang dosa. Ini memang termaktub dalam agama.

Tapi....Jadi Baik?

Tidak.

Aku...tetap juga jadi diri sendiri.
Pandai mengumpat, senang melenting, cepat panik, ndak pandai diam, kuat makan, kurang sabar dan lain-lain lagi.

Selama aku pakai tudung sejak Awal Muharam tahun 2009...aku masih tetap juga buat dosa.

Pakai tudung tidak menjadikan diri kita perfect, kita tetap diri dalaman kita, tudung hanya luaran. Tapi...jika 'mesin timbangan' kita antara Pahala dan Dosa dahulunya Dosa lebih berat...maka bila kita bertudung at least timbangan berat tu kurang sedikit.

Inilah yang aku explain pada kawan aku...jawapan jujur dari aku hehe....Aku harap jawapan ku tidak pula 'mengikis' keinginannya dari pakai tudung haha!.

Walaubagaimanapun...aku sudah mengalami keindahan dan kebahagiaan memakai tudung.
Seringkali bila aku berjalan-jalan di Tamu KK-Gaya Street yang sentiasa padat dan...PANASSS....

Aku perasan....orang yang semput nafas sebab kepanasan sambil berabis mengipas muka pakai tangan, tuala, kertas, kipas tangan dan lain-lain lagi sampai siap berpeluh-peluh dan muka merah padam...
Rupanya bukan orang yang memakai tudung....tetapi orang yang tidak memakai tudung malah yang bersinglet dan berpakaian jarang.

Pelikkan....

Rasanya itulah hikmah bertudung....
'Panas jadi Tenang'.
Bertudung membentuk kesabaran, kesederhanaan dan keredhaan bukan saja pada Tuhan dan agama tapi juga pada hal-hal sekeliling.

Notes : Aku masih belum Master kesabaran lagi...baru takat Diploma hehe.

Jadi bertudung itu banyak kebaikannya.
Tapi....

Perubahan dalaman diri adalah Hijrah yang lebih perit dan panjang perjuangannya.
Dan pilihan untuk bertudung adalah langkah pertama @ baby step untuk perjuangan tersebut...^_^


Monday, January 23, 2012

Tips...? : nak tahu restoran halal atau tidak

Ini....macam bukan tips yang sahih tapi...kira boleh pakai lah jugak haha...

Aku rasa bukan aku seorang jak yang praktis ni...malah ramai orang cuma ndak berapa disedari...

Di Sabah, semua orang sedia maklum bahawa...Muslim and Non-muslim boleh makan semeja....

Walaupun restoran tu bukan restoran melayu @ muslim.

Yeap....begitulah...kamiurang tinggal di Sabah...

Aman damai bukanlah spesifikasi yang betul tapi...more like...'cool' yah...begitulah 'cool'nya orang-orang di Sabah.

So!

Macam mana kita mau tahu...kalau restoran tu 'Serve No Pork' atau tidak?....senang jerr....

Tengok kalau ada orang pakai tudung sedang makan....

haha...

Maknanya ok lah tu hehe...

Tapi ndak begitu afdal sangat...cuma di Sabah ni memang berbagai-bagai bangsa so kena lah sesuai kan diri...

Tips ni bukan orang perempuan jak yang pakai tau...tapi orang lelaki kalau mo pi makan pun dia tengok dulu tu kalau ada kakak-kakak, makcik-makcik atau adik-adik bertudung yang sedang makan hehe...

So...berat juga tanggungjawab orang bertudung ni kan ^_^....