Showing posts with label anthony robbins. Show all posts
Showing posts with label anthony robbins. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Mengidam @ Craving

i've cured my craving for retail shopping by purchasing almost 20 pcs of tudung in a month....
now im over with buying tudung....
my biggest concern is what would replace those craving....

Aku ada baca buku Anthony Robbins bahawa....sekiranya kita tidak menjalani hidup kita dengan Values / nilai yang betul dan serasi dengan diri, cita-cita dan keperluan sendiri maka....

kita akan sentiasa merasa ada sedikit kekosongan didalam jiwa yang semakin kita kejar untuk memenuhinya.
Antara simptom kekosongan jiwa tersebut ialah....


  • meminum arak
  • bercerita kosong
  • berangan-angan
  • mengambil dadah
  • seks melampau

ada banyak lagi....

Dan aku rasa...ketagihan shopping juga adalah satu simptom (yang paling lemah lah) menunjukkan seseorang itu merasa kosong dan perlu mengisi hidup mereka dengan sesuatu kerana kurangnya nilai-nilai murni seperti contoh :

  • Kasih Sayang
  • Accomplishment
  • Security
  • comfort
  • spiritual

dan banyak lagi...

Rasanya...aku masih lagi perlu lagi menerapkan nilai-nilai yang lebih teguh dalam hidup aku...hmm

Menurut Anthony Robbins sekiranya seseorang sudah menetapkan nilai-nilainya maka, beliau perlu menjalani kehidupan sehariannya dengan menepati setiap nilai-nilai tersebut.

Maksudnya bangun awal pagi dan repeat, 

  • siapa diri anda
  • kemana hala tuju anda
  • apakah nilai-nilai penting bagi anda

agak-agak macam begitu lah hehe...

Well...sebelum ini ada beberapa kali aku membeli barang online yang aku langsung tidak perlukan...terutama baju-baju blouse.

Sekarang ada sekotak di rumah khas untuk didermakan....

Tidak lama kemudian aku pindah ke mengidam beli tudung labuh-labuh, lawa-lawa Ariani dan Dubai...
Peningkatan jumlah tudung aku dari sebelumnya ialah 50%....dalam masa sebulan sahaja.

Sekarang...ada satu beg plastik sederhana penuh dengan tudung singkat dan syria....khas untuk didermakan juga.

So now, aku terpikir....
Craving beli baju blouse online dah sudah...
Craving beli tudung mahal pun sudah...
......
lepas ni apa agaknya yah...hehe

Entahlah...lepas ni baju anak-anak lagi rasanya kan haha...

Tapi ndak pa...kalau beli baju anak itu sudah memang keperluan memandangkan Raya ndak lama lagi hehe...

Sunday, January 8, 2012

Mari Mengenal Anthony @ Tony Robbins


Beliau ialah selebriti yang pernah membuat kemunculan cameo dalam Filem Shallow Hal, di mana beliau menghalau syaitan dari dalam diri Jack Black didalam elevator.

My...my....scene tu betul-betul melekat dalam kepala otak aku.

So...siapa Anthony Robbins...
Beliau ialah, penulis, penceramah dan pakar motivasi Amerika...
Sudah banyak buku yang telah menjadi best seller dan idea serta method beliau adalah realistik.

Sebenarnya banyak pakar motivasi Amerika yang sangat menyentuh perasaan orang ramai.
Tetapi...
Anthony Robbins sangat berbeza dari yang lainnya.

Ini kerana, beliau mengecapi kejayaan pada usia yang lebih muda dan...
Beliau tidak pernah mempunyai kelayakan akademik seperti yang lainnya.

Beliau juga pernah bekerja sebagai Janitor....

.....

Yup.

Beliau mampu mengubah nasib beliau dalam masa 12 tahun dimana keadaan dirinya menjadi sangat berbeza.
Dahulunya beliau ialah seorang yang gemuk dan depresif.
Tetapi beliau kini telah mengubah kehidupan ramai orang biasa

Antara buku beliau yang sangat bermutu ialah : Ultimate Power dan Awaken The Giant Within.

Dan inilah kelainan Anthony Robbins.
Beliau lebih mampu menyentuh perasaan kebanyakan orang kerana beliau ialah dari orang kebanyakan, iaitu tidak punya pendidikan yang tinggi dan kewangan yang kurang stabil.

Itulah keistimewaan Anthony Robbins ^_^

Tuesday, December 6, 2011

2011 book collection

An addition to my book collection



I wanted to buy 'The power of Positive Thinking' by Norman Vincent Peale but...i have to give way for my son's 'Masked Rider' vcd.

This is also the first time i got a book from Anthony Robbins...always wanted that  ^_^ ..this is the motivator guy from the movie 'Shallow Hal'

Im setting visions (triggering my subconscious mind) to buy an book shelf...its about time anyway...hmm