Showing posts with label online shopping. Show all posts
Showing posts with label online shopping. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Mengidam @ Craving

i've cured my craving for retail shopping by purchasing almost 20 pcs of tudung in a month....
now im over with buying tudung....
my biggest concern is what would replace those craving....

Aku ada baca buku Anthony Robbins bahawa....sekiranya kita tidak menjalani hidup kita dengan Values / nilai yang betul dan serasi dengan diri, cita-cita dan keperluan sendiri maka....

kita akan sentiasa merasa ada sedikit kekosongan didalam jiwa yang semakin kita kejar untuk memenuhinya.
Antara simptom kekosongan jiwa tersebut ialah....


  • meminum arak
  • bercerita kosong
  • berangan-angan
  • mengambil dadah
  • seks melampau

ada banyak lagi....

Dan aku rasa...ketagihan shopping juga adalah satu simptom (yang paling lemah lah) menunjukkan seseorang itu merasa kosong dan perlu mengisi hidup mereka dengan sesuatu kerana kurangnya nilai-nilai murni seperti contoh :

  • Kasih Sayang
  • Accomplishment
  • Security
  • comfort
  • spiritual

dan banyak lagi...

Rasanya...aku masih lagi perlu lagi menerapkan nilai-nilai yang lebih teguh dalam hidup aku...hmm

Menurut Anthony Robbins sekiranya seseorang sudah menetapkan nilai-nilainya maka, beliau perlu menjalani kehidupan sehariannya dengan menepati setiap nilai-nilai tersebut.

Maksudnya bangun awal pagi dan repeat, 

  • siapa diri anda
  • kemana hala tuju anda
  • apakah nilai-nilai penting bagi anda

agak-agak macam begitu lah hehe...

Well...sebelum ini ada beberapa kali aku membeli barang online yang aku langsung tidak perlukan...terutama baju-baju blouse.

Sekarang ada sekotak di rumah khas untuk didermakan....

Tidak lama kemudian aku pindah ke mengidam beli tudung labuh-labuh, lawa-lawa Ariani dan Dubai...
Peningkatan jumlah tudung aku dari sebelumnya ialah 50%....dalam masa sebulan sahaja.

Sekarang...ada satu beg plastik sederhana penuh dengan tudung singkat dan syria....khas untuk didermakan juga.

So now, aku terpikir....
Craving beli baju blouse online dah sudah...
Craving beli tudung mahal pun sudah...
......
lepas ni apa agaknya yah...hehe

Entahlah...lepas ni baju anak-anak lagi rasanya kan haha...

Tapi ndak pa...kalau beli baju anak itu sudah memang keperluan memandangkan Raya ndak lama lagi hehe...

Thursday, December 29, 2011

Online Shopping

Sumpah...aku ndak akan buat lagi.

Banyak benda kita boleh beli online.
Mengikut pengalaman aku, ada juga barang yang dibeli online yang sangat bagus dan tahan lama.

Contohnya pakaian, blouse dan seluar ku masih bertahan. Begitu juga legging anakku.

Tapi....
Kalau beg...janganlah...
Inilah padahnya kalau kalah pada nafsu dan terlampau boring.


Aku cuma dapat pakai beg ni SEHARI....yes Sehari sahaja.


So kalau mo beli beg tu...tunggulah time Year End Sale di :

1 Borneo
Parkson (all)
Suria Sabah
Centre Point
Wisma Merdeka
KK Plaza
..ataupun rajin-rajin usha butik-butik mahal tapi kualiti di luar bandar KK contohnya bahagian Penampang, Lintas, Damai dan lain-lain.

Menyesal tak berguna walaupun RM55 sahaja tapi pedihnya hati klu baru sehari dipakai terus putus...

Sedap mata memandang...berat pula bahu memikul haha!