Showing posts with label wardina saffiyah. Show all posts
Showing posts with label wardina saffiyah. Show all posts

Saturday, February 25, 2012

Tudung Ariani

Sebenarnya aku baru juga diperkenalkan kepada tudung Ariani ni.
Masa kawan bawa aku tengok-tengok butiknya...kecut juga perut aku.

Mana tidaknya ada yang RM200 untuk sehelai tudung.
Aku pun mulai bising-bising la...biasalah aku kan memang Quantity punya orang dan bukan Quality
So kawan aku bagi justification ianya mahal sebab made in Italy
Aku pun bising lagi...
"orang Italy pakai tudung ka?pasal apa dia mo buat tudung?"
hahaha....

Tapi semakin berkali-kali aku ke sana sebab kawan ni bawa and sampai dia beli sehelai...barulah aku nampak Quality nya yang sering diperkatakan itu...

So...aku pun mulai lah mengidam...tapi iya lah belum berkemampuan...takat Dubai tu ada jugalah 4 helai...tapi tidak setanding quality Ariani itu pun beli time clearance stock juga....

Then, seperti tahu-tahu saja kami ni sebok mau membeli tudung Ariani, seorang kawan pejabat mewar-warkan berita bahawa Ariani akan mengadakan member sale!

So aku pun mulai lah bermanis mulut dan 'berbudi bahasa budaya kita' kepada suami aku.
"tudung Ariani tu mahaaalll...nah imagine kalau dia sale!punya untung tu....aku target adalah yang dalam harga RM20 (hahaha!banyak lah RM20 konon) bolehlah aku beli sehelai dua"

Husband cuma tersengih-sengih..aku tau...dalam otak dia tu berkata-kata
"engkau?...nak beli sehelai dua jak?....ndak mungkin"

So pagi sebelum bermulanya misi kami ke butik Ariani...husband pun bank in kan duit...sudah bagi cash hari sebelumnya...tapi dia tau...kalau dia ndak bagi pun aku memang tetap pujuk minta extra...haha!

Wah...memang rambang mata...ikutkan hati memang aku mo ambil 10 helai haha!...tapi ikutkan dompet....ambik jak la apa-apa yang patut kan haha...

Tapi...
Alhamdullilah
Budi baik seorang kawan; beliau telah sponsor aku dan kawan yang sama mengidam tudung Ariani tu...HALF dari jumlah yang sepatutnya dibayar.


Aku sangat berterima kasih kepada beliau kerana....balance dari jumlah yang sepatutnya aku bayar aku dapat gunakan untuk membeli keperluan rumah yang lain serta membeli alat tulis warna dan permainan anak-anak...


Sekali lagi
Syukur Alhamdullilah
Semoga beliau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dimuliakan diakhirat serta dilindungi Allah sepanjang hayatnya...
Amin

Semasa sesi pilih-pilih tudung tu aku juga baru dapat tahu bahawa Brand Ariani juga ialah pengedar tudung Nur Kasih. Umpamanya Nur Kasih ialah sub-brand dan kesemua tudung dalam drama Nur Kasih tu disponsor oleh Ariani.

Tapi....hati-hati.
Tudung Nur Kasih yang sebenar ialah yang logonya di print pada kain.
Logo besi yang melekat pada kain itu...adalah....Ciplak.
Bukan brand Ariani yang keluarkan.

Lepas tu aku juga dapat tahu Ariani dan Jakel adalah dari management yang sama.
Kiranya Suami ialah Jakel dan isteri ialah Ariani...haha begitulah yang diterangkan oleh staff Ariani tu.

Terdetik juga dihati saya kenapa harga tudung Ariani mahal...
So....
Aku sudah send email kepada dutanya Wardina Saffiyah untuk dapat tahu adakah jika kita membeli tudung Ariani, sedikit dari keuntungannya disalurkan kepada badan-badan kebajikan.
Harap-harap beliau sudi membalas email tu hehe...


Jika ada jawapan aku akan hebahkan okeh!

Tuesday, January 17, 2012

Nota Video : Tips Mendidik Anak-anak by Wardina Saffiyah


Ok, aku sudah ambil nota dari video, sila lihat dibawah. Jangan malu jangan segan feel free to print out ^_^

Sebagai ibu bapa kita perlu banyak Cakap.
Perlu  banyak bercakap iaitu berkomunikasi dengan anak-anak dan bukannya hanya memberi arahan terus menerus pada anak-anak.

Perlu banyak meluahkan dan berkongsi perasaan.

Kemahiran meluahkan perasaan dan teknik berbual perlu ada.

Perlu ada pendekatan Psikologi dari si Ibu untuk memberi anak semangat dan menjadi berani serta memberi keyakinan pada anak-anak.

Parents perlu tanya apa yang anak suka dan tidak suka.

Tips 1 : Ambil dan hantar anak sendiri sebab didalam kereta adalah waktu untuk bercerita-cerita dengan anak sekaligus ‘bonding’(membuat ikatan) dengan anak.

Anak perlu dididik bahawa sekolah ialah tempat menimba ilmu.Walau pun demikian, rumah adalah tempat pertama untuk mendidik anak-anak sebelum sekolah. Tidak boleh tanggungjawab mendidik dilepaskan sahaja kepada guru-guru semata-mata. Setiap kali ambil anak, tanya pada guru-guru akan prestasi anak-anak.

Persiapkan anak-anak untuk mencintai ilmu,mencintai sekolah dan menghargai guru-guru.

Jangan hanya fokus pada IQ sahaja tetapi juga harus pada kemahiran emosi(amanah, tanggungjawab,kasih sayang etc) dan pada kemahiran spiritual yang tidak diajar di sekolah.

Tips 2 : Tutup TV atau apa pun yang dipertontonkan pada anak, kerana ianya kadang-kadang menjadi musuh utama. Tv membawa banyak memudaratkan sekiranya tidak dipilih bahan yang sesuai.

Tips 3 : Cintai buku, dari kecil perlu dibacakan buku terutama sewaktu sebelum masuk tidur. Walau balik lambat sekalipun, bacakan buku ataupun sekadar ucapkan kata-kata manis dan nasihat kepada anak.
Kerana sebelum dan sewaktu tidur, otot anak-anak mula berehat dan masa paling sesuai untuk titipkan pesanan-pesanan,contoh:  jangan tinggalkan solat atau apa saja yang kita harapkan pada anak-anak.

Tips 4: Kaya dengan pelukan dan ciuman. Jangan tegur anak waktu buat salah saja tetapi pada waktu bergembira dan juga perlu sering berikan pesanan-pesanan positif pada anak.

Anak ialah suatu Amanat yang besar dari Tuhan.

Mendidik anak mempunyai fasa-fasa tersendiri dan pendekatan yang berbeza. Semasa kecil berbeza berbanding semasa remaja.

Tips 5 : Perlu memahami emosi anak-anak dan cari sebab untuk setiap sesuatu, contohnya kita sendiri ada masanya malas pergi kerja begitu juga anak-anak. Jangan marah anak-anak,benarkan mereka beremosi.

Hormat perasaan anak-anak.

Pada hari anak-anak membuat kesilapan pada masa sebelum tidur malam itu berikan dan ingatkan pesanan serta cara-cara untuk anak menangani permasalahan hari esok contoh : Cara untuk tidak menangis esok pagi bila pergi ke sekolah.

Tips 6 : Banyak berbual dengan anak-anak, membuatkan mereka faham sebab atas setiap tindakan kita, Contoh : Kenapa perlu pergi sekolah, kenapa perlu solat etc.

Kajian mengesahkan :
Golongan berpendapatan Rendah = Melafazkan sangat kurang jumlah patah perkataan pada anak-anak. Jika bercakap pun hanya lebih kepada ARAHAN.

Bezanya ialah kurang dalam 1000 patah perkataan berbanding golongan Pertengahan.

Golongan berpendapatan Atasan = Lebih banyak bercakap dengan anak-anak dan cara bercakap lebih bersetuju dengan anak-anak. Contoh : “oo..Amna nak main bola yah?Jom main bola di luar”

Cara bercakap inilah yang sangat mempengaruhi anak-anak dan meningkatkan keyakinan anak-anak.

Anak perlu dibawa banyak bercakap bukan sewaktu mereka remaja tetapi sewaktu mereka kecil lagi dan tidak kisahlah bercakap tentang perkara-perkara yang mereka suka walaupun remeh temeh.

Curi masa, pandang anak, luangkan masa bercakap, bergurau, tengok langit,bunga,aktiviti hari ini dan sebagainya.

Perlu dimulakan dari kecil.

Jangan sebutkan kata-kata negative pada anak-anak. Contoh : “oo Degil yah”, “Ish..malas betul nak ke sekolah ya” etc.

Tips 7: Tukar kepada kata-kata positif walaupun marah. Contoh : “Amna!Amna anak yang solehah!.Anak soleha tak akan buat macam ni”. Atau “Mama tahu, anak mama ni..Rajin pergi sekolah” instead of “kenapa malas sangat pergi sekolah ni?”

Maknanya walaupun anak ada sikap negative (malas) tetapi kita tidak meng’iya’kannya.

Tips 8: Ulangi kata-kata memberi keyakinan secara berterusan. Contoh : “Amna ni memang pandai”, “Amna anak yang solehah”,”Amna tak akan tinggal solat”.

Lama kelamaan anak-anak akan percaya kata-kata itu dan menurutinya.

Bererti sebagai ibubapa kita kena berhati-hati dan sedar perkataan-perkataan yang lahir dari mulut kita.

Tips 9 : Bila ada perkara serius yang perlu dipercakapkan pada anak-anak, pilih tempat yang sesuai untuk duduk seperti membuat meeting dengan anak-anak. Beri sebab dan akibat pada anak-anak. Supaya selepas melakukan kesilapan lalu diberi hukuman, anak-anak akan ingat.

Tips 10 : Hukuman untuk memukul anak-anak adalah jalan yang terakhir sekali dan perlu dijalankan dengan baik dan jika tidak akan merugikan diri sendiri semula kerana hukuman hanyalah penyelesaian jangka pendek dan tidak akan mengubah tingkah laku dalam jangkamasa panjang.

Jangan menghukum anak-anak ketika marah dan penat, walau bagaimanapun jika terlepas cepat-cepat muhasabah diri semula bahawa
“anak-anak itu suci dan tidak ada dosanya, yang banyak berdosa itu diri saya sendiri dan siapalah diri saya untuk memarahi anak yang tidak berdosa”

Kalau penat sangat ambil masa bersendirian dan tidak menghadapi anak-anak. Setelah berehat barulah berdepan semula dengan anak-anak.

Memang sukar tetapi memang Sabar itu perlu dididik.

Teknik keibubapaan adalah sesuatu yang perlu dipelajari. Perlu belajar, ikut kursus, membaca.

Tips Keibubapaan :
1.       Betulkan komunikasi dengan anak-anak.
2.       Sedar diri bahawa apabila marah itu bermakna kita ada masalah.Perbaiki diri kita.
3.       Bersolat jemaah dan mengaji bersama.
4.       Cerita keadaan diri sebenar pada anak-anak walaupun berkenaan dengan masalah dan perasaan sendiri. Supaya anak juga mampu berkongsi masalah dan perasaan dengan kita.
5.       Sebelum tidur titipkan kata-kata positif pada anak-anak, cium sebelum tidur dan katakan “ini anak-anak ibu yang soleh,nanti bila besar…”apa sahaja yang kita mahukan untuk anak kita kerana itu adalah doa untuk anak kita.

Lepas kena Rompak...Wardina kena fitnah pula.

Mintak Maaf lah....tapi....

Siapa yang fitnah Wardina tu...macam bodoh kan hehe....

Kalau orang yang nangis-nangis depan kamera time filming sebab rumah kena rompak....tu maknanya dia pandai berlakon yah?...haha....

Kalau ndak nangis tu yang berlakon namanya...ndak bagus lah fitnah orang sembarangan....satu dapat dosa besar....dua...menyakitkan hati mangsa fitnah tu....

Rilek lah...rumah dia belum kena lagi...sedaplah cakap orang lain berlakon dan siap buat laporan polis palsu...


Tapi ndak apa...Allah maha mengetahui, harap Wardina terus bersabar dan tawakkal...
Rupanya musibah kena rompak lebih ringan daripada dugaan kena fitnah....

Sabar...sabar.....

Thursday, January 12, 2012

Kes Pecah Rumah : Wardina Saffiyah

Mesti anda sudah tahu kejadian pecah rumah selebriti / hos dan pengacara Wardina Saffiyah kan.



Alhamdullilah mereka selamat....

Walaupun ada banyak kes pecah rumah yang tidak berakhir dengan baik...namun Wardina sekeluarga selamat.

Kenapa?
Bagaimana?


Di sini anda boleh membaca notes Facebook beliau berkenaan musibah tersebut.

.....Aku ikut menangis baca kisah beliau...

Especially part suami cakap : "Jangan sentuh dia. Dia tak pakai tudung."

Ya Allah...sesungguhnya rezeki yang engkau berikan sangat berlimpah.

Aku terfikir keadaan diri aku sendiri....

Kalaulah dapat suami macam Wardina kan bagus....

Tapi...

hanya Allah maha mengetahui segala hikmah yang Dia berikan kepada kita.

Satu part lagi yang buat aku menangis terharu ialah bila suami membaca Ayat Kursi dengan nada lantang sedang perompak sibuk menggeledah bilik sambil mengugut mereka.

MasyaAllah....

Allah maha penyayang....

Aku tidak cakap bahawa mangsa-mangsa lain yang tidak mendapat nasib yang lebih baik kerana tidak memanjatkan doa kepada Allah ataupun malah dimurkai Allah....

Namun...seperti yang Wardiana katakan...Musibah demi Musibah adalah untuk menyucikan jiwa kita dan lebih mendekatkan kita kepada Allah.

Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan tidak ada sesuatu tercipta dengan sia-sia.

Mungkin nasibku tidak sebaik Wardina yang dianugerahkan Tuhan dengan seorang suami yang baik.
Tapi....aku baru umur 30 tahun...sesungguhnya Allah sudah menetapkan segala sesuatu untuk kita.

Mungkinkah suatu hari nanti suami ku juga sebaik suami Wardina.
Mungkin suatu hari...impian yang aku idamkan sejak aku belum bernikah dengan suamiku akan tercapai.

Mungkinkah tahun ini...kami sekeluarga akan menjalankan solat berjemaah di rumah?

Dan aku memohon kepada Allah...semoga akan adanya suara membaca al-Quran bergema di dalam rumah kami pada suatu hari nanti.

Semoga penantian ku akan ada penghujungnya.

Amin.