Showing posts with label mendidik anak. Show all posts
Showing posts with label mendidik anak. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Parenting : Cara berkata-kata kepada anak-anak.

Okey...hari tu...kamurang pun misti ada tinguk tu kan..hehe...wayang Hindi Amir Khan.

Aku lupa tajuk tapi pasal budak dyslexia iaitu ndak pandai membaca. Parents dia especially bapak dia sangat tidak prihatin sama anak dia yang kurang upaya ni...kurang bagi kasih sayang lah ceritanya...

Biasalah wayang hindi...penuh drama...tapi kali ni apa yang menarik ialah pasal cerita dia tentang Pulau Solomon.

Kononnya di Kepulauan Solomon ada puak asli yang bila mana durang mo tebang pokok, durang ndak pakai kapak.
Kalau ada pokok yang terlalu besar untuk dipotong pakai kapak....durang guna cara lain.
Iaitu....
Maki Hamun pokok tu...Selama 30 hari!.

Lepas tu...pokok tu mati sedikit demi sedikit dengan sendirinya...macam kes kecewa dan merajuk la ni kan hehe

So. Sekarang ada dua persoalan logika di kepalaku :


  1. sebesar mana agaknya pokok tu kan
  2. misti durang sudah sedia bergelen-gelen air limau untuk kekalkan suara untuk menjerit dan memaki setiap subuh selama 30 hari.

wuah...dulu-dulu manada chainsaw kan...

Anyway...so aku google lah jika ada benar cerita itu...we all know cerita Hindi is so full of...bluff.
I mean...hero sudah mati berkali-kali siap kena bakar...pun masih boleh hidup lagi kan.
Aku teringat cakap cikgu sastera tingkatan 5 aku...

"wayang hindi kalu hero mati panggung siap kena bako"

haha....

So, ada beberapa pandangan, ada yang cakap cerita tu betul ada pula yang cakap (ngaku dia arif pasal pokok) cakap itu cuma cerita untuk menarik pelancong....haih entahla

Tapi ada satu link yang ada berkaitan sikit dengan logika maki memaki ni :

Disini dia cakap, maki hamun akan membunuh semangat seseorang...especially bila kata-kata kesat tersebut dikeluarkan oleh orang yang kita sayangi sendiri....

Wah tiba-tiba terflash back macam mana air muka Ayman setiap kali aku marah dia....
Ya Allah...bantulah aku dan jadikanlah aku manusia yang lebih baik yang penuh dengan kelembutan dan kedamaian....

So....ini maknanya...
Anak-anak jangan di maki hamun, jangan ditengking.
Jika marah gunalah volume suara yang tenang
Tona bunyi yang sesuai
Kata-kata yang terbatas.

Elakkan marah tahap melampau sehingga terkeluar kata-kata kesat yang boleh mencalar hati dan perasaan anak-anak....

Kiranya itu pemahaman aku pasal maki-memaki ni...

Hmm....Muhasabah Diri.

Jadi...aku kena praktis cakap berlagu-lagu dan bermadah-madah indah la ni kan haha....

Wednesday, February 1, 2012

Tara sudah pandai masak!

Anak perawan aku sudah pandai masak!


Masak pakai Gas cooker kecik

  
Dapat duit lebih baru pakai Gas cooker besar hehe...


Yeeha!

Walaupun kotor...(lepas tu dia makan balik suma tu keropok)...tapi at least membina kreativiti dia...dari Gas Cooker Kecik ke Gas cooker besar...pandai! ^_^



Tuesday, January 17, 2012

Nota Video : Tips Mendidik Anak-anak by Wardina Saffiyah


Ok, aku sudah ambil nota dari video, sila lihat dibawah. Jangan malu jangan segan feel free to print out ^_^

Sebagai ibu bapa kita perlu banyak Cakap.
Perlu  banyak bercakap iaitu berkomunikasi dengan anak-anak dan bukannya hanya memberi arahan terus menerus pada anak-anak.

Perlu banyak meluahkan dan berkongsi perasaan.

Kemahiran meluahkan perasaan dan teknik berbual perlu ada.

Perlu ada pendekatan Psikologi dari si Ibu untuk memberi anak semangat dan menjadi berani serta memberi keyakinan pada anak-anak.

Parents perlu tanya apa yang anak suka dan tidak suka.

Tips 1 : Ambil dan hantar anak sendiri sebab didalam kereta adalah waktu untuk bercerita-cerita dengan anak sekaligus ‘bonding’(membuat ikatan) dengan anak.

Anak perlu dididik bahawa sekolah ialah tempat menimba ilmu.Walau pun demikian, rumah adalah tempat pertama untuk mendidik anak-anak sebelum sekolah. Tidak boleh tanggungjawab mendidik dilepaskan sahaja kepada guru-guru semata-mata. Setiap kali ambil anak, tanya pada guru-guru akan prestasi anak-anak.

Persiapkan anak-anak untuk mencintai ilmu,mencintai sekolah dan menghargai guru-guru.

Jangan hanya fokus pada IQ sahaja tetapi juga harus pada kemahiran emosi(amanah, tanggungjawab,kasih sayang etc) dan pada kemahiran spiritual yang tidak diajar di sekolah.

Tips 2 : Tutup TV atau apa pun yang dipertontonkan pada anak, kerana ianya kadang-kadang menjadi musuh utama. Tv membawa banyak memudaratkan sekiranya tidak dipilih bahan yang sesuai.

Tips 3 : Cintai buku, dari kecil perlu dibacakan buku terutama sewaktu sebelum masuk tidur. Walau balik lambat sekalipun, bacakan buku ataupun sekadar ucapkan kata-kata manis dan nasihat kepada anak.
Kerana sebelum dan sewaktu tidur, otot anak-anak mula berehat dan masa paling sesuai untuk titipkan pesanan-pesanan,contoh:  jangan tinggalkan solat atau apa saja yang kita harapkan pada anak-anak.

Tips 4: Kaya dengan pelukan dan ciuman. Jangan tegur anak waktu buat salah saja tetapi pada waktu bergembira dan juga perlu sering berikan pesanan-pesanan positif pada anak.

Anak ialah suatu Amanat yang besar dari Tuhan.

Mendidik anak mempunyai fasa-fasa tersendiri dan pendekatan yang berbeza. Semasa kecil berbeza berbanding semasa remaja.

Tips 5 : Perlu memahami emosi anak-anak dan cari sebab untuk setiap sesuatu, contohnya kita sendiri ada masanya malas pergi kerja begitu juga anak-anak. Jangan marah anak-anak,benarkan mereka beremosi.

Hormat perasaan anak-anak.

Pada hari anak-anak membuat kesilapan pada masa sebelum tidur malam itu berikan dan ingatkan pesanan serta cara-cara untuk anak menangani permasalahan hari esok contoh : Cara untuk tidak menangis esok pagi bila pergi ke sekolah.

Tips 6 : Banyak berbual dengan anak-anak, membuatkan mereka faham sebab atas setiap tindakan kita, Contoh : Kenapa perlu pergi sekolah, kenapa perlu solat etc.

Kajian mengesahkan :
Golongan berpendapatan Rendah = Melafazkan sangat kurang jumlah patah perkataan pada anak-anak. Jika bercakap pun hanya lebih kepada ARAHAN.

Bezanya ialah kurang dalam 1000 patah perkataan berbanding golongan Pertengahan.

Golongan berpendapatan Atasan = Lebih banyak bercakap dengan anak-anak dan cara bercakap lebih bersetuju dengan anak-anak. Contoh : “oo..Amna nak main bola yah?Jom main bola di luar”

Cara bercakap inilah yang sangat mempengaruhi anak-anak dan meningkatkan keyakinan anak-anak.

Anak perlu dibawa banyak bercakap bukan sewaktu mereka remaja tetapi sewaktu mereka kecil lagi dan tidak kisahlah bercakap tentang perkara-perkara yang mereka suka walaupun remeh temeh.

Curi masa, pandang anak, luangkan masa bercakap, bergurau, tengok langit,bunga,aktiviti hari ini dan sebagainya.

Perlu dimulakan dari kecil.

Jangan sebutkan kata-kata negative pada anak-anak. Contoh : “oo Degil yah”, “Ish..malas betul nak ke sekolah ya” etc.

Tips 7: Tukar kepada kata-kata positif walaupun marah. Contoh : “Amna!Amna anak yang solehah!.Anak soleha tak akan buat macam ni”. Atau “Mama tahu, anak mama ni..Rajin pergi sekolah” instead of “kenapa malas sangat pergi sekolah ni?”

Maknanya walaupun anak ada sikap negative (malas) tetapi kita tidak meng’iya’kannya.

Tips 8: Ulangi kata-kata memberi keyakinan secara berterusan. Contoh : “Amna ni memang pandai”, “Amna anak yang solehah”,”Amna tak akan tinggal solat”.

Lama kelamaan anak-anak akan percaya kata-kata itu dan menurutinya.

Bererti sebagai ibubapa kita kena berhati-hati dan sedar perkataan-perkataan yang lahir dari mulut kita.

Tips 9 : Bila ada perkara serius yang perlu dipercakapkan pada anak-anak, pilih tempat yang sesuai untuk duduk seperti membuat meeting dengan anak-anak. Beri sebab dan akibat pada anak-anak. Supaya selepas melakukan kesilapan lalu diberi hukuman, anak-anak akan ingat.

Tips 10 : Hukuman untuk memukul anak-anak adalah jalan yang terakhir sekali dan perlu dijalankan dengan baik dan jika tidak akan merugikan diri sendiri semula kerana hukuman hanyalah penyelesaian jangka pendek dan tidak akan mengubah tingkah laku dalam jangkamasa panjang.

Jangan menghukum anak-anak ketika marah dan penat, walau bagaimanapun jika terlepas cepat-cepat muhasabah diri semula bahawa
“anak-anak itu suci dan tidak ada dosanya, yang banyak berdosa itu diri saya sendiri dan siapalah diri saya untuk memarahi anak yang tidak berdosa”

Kalau penat sangat ambil masa bersendirian dan tidak menghadapi anak-anak. Setelah berehat barulah berdepan semula dengan anak-anak.

Memang sukar tetapi memang Sabar itu perlu dididik.

Teknik keibubapaan adalah sesuatu yang perlu dipelajari. Perlu belajar, ikut kursus, membaca.

Tips Keibubapaan :
1.       Betulkan komunikasi dengan anak-anak.
2.       Sedar diri bahawa apabila marah itu bermakna kita ada masalah.Perbaiki diri kita.
3.       Bersolat jemaah dan mengaji bersama.
4.       Cerita keadaan diri sebenar pada anak-anak walaupun berkenaan dengan masalah dan perasaan sendiri. Supaya anak juga mampu berkongsi masalah dan perasaan dengan kita.
5.       Sebelum tidur titipkan kata-kata positif pada anak-anak, cium sebelum tidur dan katakan “ini anak-anak ibu yang soleh,nanti bila besar…”apa sahaja yang kita mahukan untuk anak kita kerana itu adalah doa untuk anak kita.

Monday, January 9, 2012

Parenting Tips from Superstar@Supermom : Angelina Jolie

Bukan 2...bukan 4...tapi 6 orang anak.
Nak jaga dua pun sudah rasa melarat inikan lagi...ENAM. brrr!naik bulu romaku.

Masa aku balik Sandakan bulan lalu, mama aku tanya "...bilalah ko tambah anak?"
Mak...mak...cua la ko tanya gini.."Ko mo tambah anak lagi?"...ini tidak terus tanya bila...bukannya tanya mau kah tidak, mampukah tidak haha...tapi biasalah orang tua...zaman durang ndak sama dengan kita.

So aku jawab jak soalannya dengan bunyi menyeringai kengiluaan...sebab terkenang sakitnya beranak tu tauuu...

Masa mak bapa kita dulu...banyak anak = banyak rezeki.
Maybe principle tu bulih lah apply untuk orang dulu-dulu atau orang kampung.

Sebab kalau banyak anak...banyak orang tolong buat kerja di ladang, atau tangkap ikan, atau di sawah nah...itu maknanya.

Zaman sekarang, tinggal di bandar, banyak anak, makan gaji saja....suicidal kali kah?haha...

Masa kini membesarkan anak bukan saja mencabar dari segi kewangan...tetapi juga dari segi Moral.

Ingat...senang-senang jak beranak lepas tu lepaskan durang untuk jadi apa benda durang mau?...kalau jadi athlete atau artis macam Maher Zain lain cerita...tapi kalau jadi peragut?atau jadi keldai dadah?

Adeh...parah.

So...nak ber anak ni bukan setakat beranak, pastu bagi makan,pakai,skola,jalan-jalan...BUKAN.

Nak ber anak ni adalah untuk membimbing, menggalakkan dan membentuk..salah satu ciptaan Tuhan.

Kan anak tu anugerah Tuhan...(jan main-main!)

Sebab itulah aku berpikir balik-balik dan panjang-panjang samada aku nak bagi anak-anak aku adik lagi. Kalau keja gaji besar lain ceritalah...totally lain cerita.

Tapi ini...cerita aku hehe...bukannya tolak rezeki tapi mengambil langkah bijak.

Berbalik kepada tajuk sebenar...Parenting Tips dari Angelina Jolie.

Beliau kan mempunyai anak yang ramai, beliau juga sentiasa sibuk dari segi karier dan juga hal-hal kemanusiaan.

So bila ditanya, Adakah Angelina menceramah anaknya untuk menjadi begitu, begini atau bagaimana. Memandangkan beliau sendiri ialah contoh masyarakat.

Jawapan beliau : Tidak. Dia ndak ajar pun anak dia mo jadi macam dia. Dia cuma bagi tahu dia pergi ke mana dan kenapa. Kalau anak dia tanya lagi baru dia jawab apa yang sepatutnya.

In her own words : I have faith that my kids will make decisions based on what they see in their day-to-day lives.  


Nah...jadi...nak didik anak-anak jadi orang berguna kenalah buat contoh terbaik setiap hari.
Show examples of kindness setiap hari...contohnya bagi kucing tepi jalan makan, atau bagi derma pada orang miskin atau bawa anak shopping buah tangan untuk datuk nenek durang and ajar durang yang bagi sendiri pada datuk nenek durang...rasanya...contoh seperti itu pun boleh terima kan hehe.

Tapi yang paling penting ialah : Have Faith pada anak anda bahawa mereka akan membawa contoh terbaik diri kita sendiri. ^_^