Showing posts with label aktiviti kanak-kanak. Show all posts
Showing posts with label aktiviti kanak-kanak. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

Siapa Kencing Dilantai.

Aku baru balik kerja.
Tank memang full dari office...

Masuk tandas.

'hmm...busuk...bau kencing.'
Tengok lantai...

Ada orang kencing dilantai.

Suspek Pertama : Ayman Jermain
Suspek Kedua : Shatara Casandra

Aku kluar dari tandas.

Senyum.

Si lelaki dan si perempuan duduk bersebelahan rapat (menumpang tengok movie seram dari laptop adikku)

Aku : "Ayman Tara."

Si lelaki dan si perempuan mendongak.

Aku : ' Siapa kencing dilantai?~'

Ayman : Tara!
Tara : Ayman!

Aku : -_-

Senyum lagi.

Dengan nada lembut " Ayman kencing di tandas?"

'Tidak...ayman...ayman kencing di...di...di..."

Aku : Di lubang tandas?

Ayman : Iya!.

Ok.

Dengan nada lembut : "Tara~...Tara kencing dilantai?"

Tara cepat-cepat menggeleng siap dengan rambut depannya terbang-terbang ke kiri ke kanan.

Ayman berbisik ke telinga Tara...yang mampu didengar semua orang.

"cakap ya..cakap ya"

Tara masih menggeleng.

Aku dengan nada lebih lembut : Tara kencing di lantai?...

Biji mata Tara mulai bergerak-gerak tanda hampir mengaku.

Ayman serta merta capai kepala Tara kemudian angguk-anggukkan kepala Tara.

............................

Cubaan terakhir aku dengan nada ayu "Tara kencing dilantai?...mamy ndak marah juga~"

Tara senyum lebar.

Wednesday, March 28, 2012

Daily Trip to the Rat Hole.

Ayman found these...


Its a Rat hole...located at the path along the way to his school.

The first time i even saw its long tail hanging out...

So we decided to take a photo.

 you can see its nose blurly at the back

Nah...tu hidung dia di sebelah kanan.

So...Everyday
Ayman will stop over and take a look.

But now the Rat even knows how to cover its hole with debris and rubbish at times...

Tuesday, March 13, 2012

What is worst than madly in love?

Iya. Soalan yang sesuai ditanya pada hari Rabu yang terang benderang ini.

Apa yang lebih seksa daripada demam asmara?

Mungkin ada berbagai jawapan.

Tapi bagi aku....ianya ialah :

Missing your children.

Fuuuhhh...memang terseksa batinnya.

Hari pertama kami hantar anak ke tempat mentua ialah pada hari Sabtu lalu.
Aku ok time tu...terus ambil kesempatan tengok filem seram pastu pi McDonalds.
Tapi masa di McDonalds tu aku suda mula rasa semacam...badan mulai lemas-lemas...lepas tu macam rasa ndak bersemangat...bah...memanglah kan apa tidaknya setiap hari aku menjerit mengurus anak-anak...bila satu hari tenang dan tidak menggunakan suara soprano ku...macam ada yang kurang lah kan hehe...

Malam tu aku tidur berguling-guling...rasa panas semacam padahal ada aircond...(barangkali ini rasanya macam mana panasnya di neraka...-sebab tidak menjalankan tugas sebagai seorang ibu dengan baik- hahaha)

Paginya (Ahad) aku cuba membaca buku...tapi pikiranku melayang-layang. Tepat jam 10 kami pi tempat mentua. Bila sampai anak seperti biasa bermain and said

'hi.'

tu jak...tedalah yang terus meraung, melompat minta dukung...alahai ndak rindu sama parentsnya kali budak-budak ni.

Masa makan tengahari Tara si peminat ketam minta buka ketam. Aku pula si pemalas kupas ketam tiba-tiba jadi rajin. Mau setengah jam aku menguis-nguis isi ketam untuk Tara yang setia menunggu di tepi...rajin pula mamanya...ka...ataupun guilty hehe...

Bila kami mo pulang anak-anak tanya...

'Mamy,dady pi mana?'
belum sempat...aku menjawab
'pi keja?'
aku pun jawab dengan teragak-agak...
'err...ya...'
manada keja hari minggu?...lepas tu anak jawab
'ok. babai!'

Aik?!

Cepat juga penangan mentua merasuk anak aku?haha...ndak lah...malam tu suami ada juga cakap
'...aku tengok anak-anak...biasa seja...macam ndak rindu kita langsung'
Aku pun berpikir-pikir..hmmmmmm last-last aku bersuara
'ndak ba tu...durang paham kita pi kerja cari duit, durang pun sudah belajar berdikari...'
nah..mama pandai!

So lepas lawat anak kami sepatutnya pulang..tapi hati rasa kosong. So aku ajak En. Suami tengok wayang. Lepas tengok wayang tu baru balik rumah...tidur awal sebab teda yang mo disuap dan dimandikan...huhu.

Esoknya pi keja...muka sudah pucat, lelangit sudah pedih, tekak sudah pahit.
Mo sakit....
Rindu anak.

Seharian keja menunggu waktu pulang sebab mo pi tempat mentua jumpa anak.
Masa menunggu dalam kereta, En. Suami pula ada tugasan last minute...

Alahai...keciwa...balik rumah tidur sampai pagi...

Hari Selasa.

Aku grumpy thee whooollee day.
kalau senyum pun sebab jumpa baby baru lahir colleague...terubat rindu sama anak sikit. sikit seja.

Pastu bila balik aku siap tukar baju, ambil beg barang-barang, isi dengan keropok, milo 2 kotak dan yoghurt yang aku beli sejak kemarin.Semua kegemaran Ayman Tara.

Bila sampai tu...jam 6 lebih...waktu Maghrib...anak...tidur.
uiks?.
boleh tidur ka waktu Maghrib?...ndak jadi mereng ka nanti?hehe..hmmm

Anyway, bila Tara bangun...nampak jak dia muka aku...terus bercucuran air mata tuan puteri
Kami berpeluk cium lah di sebalik pagar pintu mak mentua...ndak tunggu buka pagar lagi suda berciuman haha...

Ayman bila bangun pun nangis juga...tapi mungkin sebab...mereng...haha...mamai.

So aku pun buat keputusan.
Aku ndak cukup guts / power / semangat / etc...
Untuk berjauhan dengan anak.
Nak juga tengok durang tiap hari.
Kalau terpaksa..belum tau apa cerita la kan contohnya out-station...tu pun kaaalau.

Jadi...keputusan sudah dicapai.
Sepanjang baki cuti sekolah ni aku akan hantar anak ke Telipok tempat mentua kemudian balik kerja pi ambil anak dulu baru balik Sepanggar.

So what kalau kos minyak kereta melantun umpama belon...ndak pa yang penting.
Setiap hari anak tahu....

Bahawa mamy tidak pernah give up membesarkan mereka walau dalam apa keadaan sekalipun.
Mamy sendiri mau usahakan.

Sunday, March 4, 2012

Cuti Sekolah...Coming Soon!

Minggu ni minggu terakhr sebelum cuti sekolah semester pertama.
Merupakan event yang julung-julung kalinya juga buat anak-anak.

So kami sudah merancang untuk menghantar kanak-kanak comel tersebut kepada mak mentua aku.
Lagipun ada lagi baby niece durang yang mak mentua aku 'culik' dari Lahad Datu hehe...kalau tak silap mak dia terpaksa kejar anak dia ke KK hehe...

Ndak la...baby tu rapat dengan mak mentua so bila mak mentua pulang ke KK baby tu pun ikut la..jad extra luggage hehe...

Anyway...ini bermakna :

Sepanjang minggu cuti sekolah aku boleh bangun lewat sikit dalam jam 5 memandangkan ndak perlu iron baju sekolah anak-anak, or ndak payah masak air panas buat susu durang or siapkan kelengkapan beg sekolah.

Sepanjang itu juga kami suami isteri boleh melantak Maggi dan sepupu-sepupu mereka IndoMee, Mamee dan sekalian kerana tak perlu masak nasi untuk dinner anak-anak.....muahahahaha!

Aku juga ndak perlu risau cuci kain 2 kali dalam 5 hari sebab tiada baju sekolah yang perlu dicuci...kain kotor simpan untuk 3 minggu pun boleh haha

Lepas tu aku juga ndak perlu stress pasal mo pastikan anak-anak siapkan kerja sekolah setiap hujung minggu...

Wuaaahhhh...

Bolehlah aku membaca and usha-usha pasal photography hehe(ini adalah kerana colleague aku jemput untuk menjadi ahli Jawatankuasa photography bagi Family Day jabatan kami pada 25hb ini....yah....aku baru mo buat study aaar....)

Tapi....

Ini juga bermakna :

Aku akan rindu my kids.....5 malam setiap minggu huhu...(hujung minggu baru kami ke tempat mentua...itu mengikut peracangan En. Suami....kalau aku punya nyali yang kuat lah kan haha...)

Aku....perlu bawa...anak-anak...sekali dengan mentua...anak buah....and suspected besan. @_@...berjalan-jalan tiap hujung minggu.

Terbakarrrrr dompet akuuuu...hahah

Anyway...i think i should just enjoy these privilege and let things flow rather than struggle over it ^_^

Saturday, February 25, 2012

Artwork Ayman


adakah chipmunks?adakah fairies?adakah beberapa ekor arnab yang tersenyum super lebar.(habis nota aku dia overlap dengan lukisannya)

Beliau juga membantu saya menanda nota buku bacaan sperti dibawah :



^_^

Monday, February 20, 2012

what i missed last Saturday....

kerana kerja aku terpaksa terlepas antara aktiviti penting anak-anak tahun ni...

 

Sambutan Maulidur Rasul mereka yang julung-julung kalinya...

Kumpulan Cilik

'Allahuakbar!'

'Allahuakbar!'

gumbiranya c baju peach


Nasib baik husband dapat pergi untuk merakamkan detik-detik istimewa durang berarak dan buat persembahan pentas ^_^

Tahun depan aku nekad....untuk book cuti awal-awal heheh...

Tara belajar Kafa


Tara : NA!.

Dady : bukan.....dua titik tu.

Tara: dua titik?

Dady : iya.....

Tara : dua titik...erm....Apple!

Dady : ....-_-.....

Mamy : (burst to laugh) 

Tuesday, February 7, 2012

Dunia Ayman.

sedang aku menyuap Ayman dan Tara nasi semalam

Tiba-tiba Ayman yang sudah kekenyangan sendawa...

"Burp!"

"ooops....hehe.....Mamy...Aman kentut dari mulut...huhu"

Mamy : .....LOL.

Friday, February 3, 2012

Dialog Tara dan Mamy

Tara sedang bermain-maijn buat kerja mekanikal pada jemuran kain...

Mamy : Tara buat apa?

Tara : Tara buat kaja.

Mamy : Tara keja cari duit?

Tara : Tidak.

Mamy : Tara buat keja dapat gaji ka?

Tara : Dapat.

Mamy : Jadi kalau Tara dapat duit, Tara kac bili Mamy apa?

Tara : ...nasi. ....nasi padas!

T_,T.....Children is truly God's gift.

Wednesday, February 1, 2012

Tara and her mini purse.

Since favorite ride dia d 1B kena pakai coin....Tara sekarang sudah pandai menyimpan duit ^_^.


Dia simpan coin dia dalam dompet kecil dan keluarkan satu persatu coin untuk tiap-tiap ride.

Dia buka, ambil coin, tutup...and always keep it beside her!


 



Comeouy!hehe





Tara sudah pandai masak!

Anak perawan aku sudah pandai masak!


Masak pakai Gas cooker kecik

  
Dapat duit lebih baru pakai Gas cooker besar hehe...


Yeeha!

Walaupun kotor...(lepas tu dia makan balik suma tu keropok)...tapi at least membina kreativiti dia...dari Gas Cooker Kecik ke Gas cooker besar...pandai! ^_^



Thursday, December 29, 2011

Aktiviti semasa cuti di Sandokan.

Apart from our main diet consist of Soto Ayam from the stall that located directly by my father's main door apartment. My kids also spend time decorating the Christmas Tree!

apa benda ni?...

hmm..cantik cantik!


kecil juga hadiah ni??

ini bola biru??

agak2 bulih makan ka ni?

hmmmmmmm

nah simpan sini ^_^

Alhamdullilah anak-anak tidak cerewet walaupun tidur dengan kipas sahaja dan nasib baik cuaca di Sandakan sentiasa sejuk...bayangkan 4 hari 3 malam...setiap bangun pagi mesti hujan.



Memandangkan anak terus menerus bermain selama 4 hari tersebut...ibu bapa juga pun menjadi pemalas maka dengan itu anak-anak tidak makan nasi selama jangkawaktu tersebut haha...maaakaaan sooootto seja nasib ndak bercacing haha.


Wednesday, December 21, 2011

Pada suatu pagi...

Pada suatu pagi, seperti biasa aku membawa salah seorang anak untuk dihantar ke taska kemudian langsung ke pejabat. Kali ini giliran Tara.

Di hari yang istimewa kami terjumpa seekor burung!
Rasanya namanya burung Tekukur @ Pigeon...in this case its Emerald Pigeon.

Maybe burung ni salah step lalu terjatuh dan tercedera sebab aku nampak sisa-sisa bulu halusnya dilantai.

Tara ialah seorang gadis, yang sepatutnya associate dengan anything Cute, Sweet and soft.
But...not Tara...kucing pun dia rasa ngeri...ikut bapa dia la tu....

So aku pun memulakan langkah untuk membelai burung tu supaya Tara yakin bahawa burung Pigeon tidak mematuk....

Lepas tu dia pula yang seronok. Mau juga aku ambil burung tu tapi...siapa mo jaga dalam rumah, bukan juga boleh menjaga rumah dari pencuri...lagi siapa mo kac makan?lap taik dia lagi?...


Jadi memandangkan masa juga tidak mengizinkan...kami ucapkan Bye Bye kepada sang burung...^_^

Friday, December 16, 2011

Children's Creativity

you know...strange things happen when you leave your kids alone to play.

Especially at home when you locked yourself inside the room to do paperwork,research or simply surf the net.

In my case...this is what happen.

Do you see a child or children?


They were actually pulled the box and the basket to cover themselves.

my best guess?...they probably playing : a live inside a Cave.

And there you go...im sure im not gonna win any Best Mommy Award this year...oh well at least it sparked their creativity hehe.....