Showing posts with label sandakan. Show all posts
Showing posts with label sandakan. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

only in Sandakan

Setakat ni saya belum nampak lagi kuih ni di KK
Dikenali sebagai UFO

ataupun Touch me not (maybe sebab krim putih dia tu lecak)

Ini adalah hasil tangkapan saya semasa balik Sandakan April lalu

Keropok perisa udang
Dulu harga cuma sepuluh sen, sekarang 20 sen dan kuantiti sudah berkurangan hehe
Aku sempat bergambar dengan keropok ni waktu berumur 8 tahun

Inilah keropok Raja
dari aku kecik lagi produk ni hehe

Ada satu jenis keropok lagi
Perisa udang juga, peket transparent warna putih
Aku ndak jumpa tapi antara semua keropok tu paling best
Sebab masa kecil-kecil, asal beli keropok tu, kami tuang dengan air lada dan kicap..makan lembik-lembik haha
Ala...macam orang putih makan cereal, tapi orang Sabah makan dengan air lada bukan air susu hehe

Friday, April 13, 2012

KK vs SDK

Kali ni trip ke Sandakan membawa cerita yang berbeza.
Aku pulang on solitary journey and anak-anak dititipkan kepada En.Suami

Sejak hari Sabtu mama aku dimasukkan ke hospital kerana disahkan menghidap Glaucoma.
Lepas 2 kali Laser surgery mama aku dibenarkan keluar wad.
So bila sampai mama aku sudah pun berehat di rumah.

Cerita terbaru pasal Sandakan ialah...
Air paip yang serba kemerah-merahan macam air karat yang melanda seluruh Sandakan.
Termasuk hospital...so kesian la bapa aku dan adik aku...buat father and son bonding ulang alik sambil menjinjing air minum dari mesin water dispenser yang jauh jugalah dari rumah bapa aku.
Kami kaum wanita tau minum jerrr hehe...

Selain itu bapa aku membeli telefon baru...dengan sia-sia sebab menyangka telefon dia tidak berbunyi kerana rosak...rupa-rupanya ada kabel telefon yang rosak...bukannya masalah telefon hehe...

The next day aku di Sandakan, aku dan adik bawa mama ke hospital Sandakan untuk review tekanan darah dan kolestrol...
Aku rasa unbelievable tengok keadaan Hospital (baru) Sandakan. Tempatnya sempit...tiada sistem dan tidak sensitif terhadap pesakit.
Kami sampai jam 9 dan mama kena panggil pada jam 12:15.
Sepanjang masa kami disana hampir 65%, waktu aku dan adik berdiri.
Kerusi tidak cukup.
Sistem tidak teratur.
Ruang kecil.
Pesakit sangat banyak terutama warga tua.
Berikut ialah gambar yang diambil dari angle kiri,kanan dan depan...ndak masuk angle belakang tu...



Aku sense mereka tidak ada sistem peka terhadap warga tua di mana mereka memberikan nombor yang sama antara orang biasa dan warga tua.
Semasa aku di JPN KK aku notice, bila ada warga tua, mereka akan bagi nombor eksklusif di mana warga tua tidak perlu mengikut nombor urutan seperti orang lain....peti cadangan juga tidak diisi borang cadangan, tiada pen dan juga suasana hospital ada sejenis bau hanyir.

Untuk pengetahuan populasi di Sandakan terdiri daripada...of course orang tempatan dan PTI.
Tempatan termasuklah orang etnik dan cina.
PTI...of course Suluk dan especially di Sandakan ianya lebih didominasi oleh orang Bugis.

Lepas kami dari klinik kami turun ke pusat bandar untuk berjalan-jalan.
Perancangan aku ialah mencari seluar dan kalau ada yang berkenan aku mau juga belikan anak-anak baju.

Satu persatu kedai aku masuk...harga pakaiannya sangat mengejutkan.
Lebih kurang RM7 lebih mahal untuk hampir setiap jenis pakaian.
Lebih teruk ialah kualitinya adalah rendah.
Hampir setiap kedai mempunyai kualit yang sama jad untuk mencari pakaian berjenama dan even pun kalau kita sanggup bayar mahal untuk kualiti...sayangnya...tidak ada kedai yang menjual pakaian berjenama dan berkualiti tinggi.

So pada trip kali ini aku telah membuat perbandingan jelas antara Kota Kinabalu dan Sandakan.

Asalnya aku orang Sandakan, lahir dan membesar di Sandakan.
Pada umur 25 tahun iaitu selepas berkahwin, aku berhijrah ke Kota Kinabalu kerana mengikut En.Suami.Satu keputusan yang besar dan drastik juga berat kerana terpaksa membiasakan diri dengan keadaan yang baru.

Selepas dapat perkerjaan di Kota Kinabalu aku mulai membiak hehe...sekaligus membenamkan dalam-dalam akar ku di Kota Kinabalu dengan membeli seunit apartment.
Rasanya...untuk pindah balik ke Sandakan mungkin bukan ,menjadi pilihan istimewa atau darurat sekalipun.

Di KK tempat makannya sangat variety. Harga barang juga tidak jauh berbeza dengan daerah-daerah Sabah yang lainnya.
Tetapi istimewanya KK, semua barang berjenama juga mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah bila tiba datang musim SALE.

Tempat peranginan dan leisure juga mudah dilawati dan sangat pelbagai, begitu juga dengan butik-butik eksklusif yang senang dikunjungi berbanding Sandakan.

Masa aku kecil, tidak pernah terlintas difikiran aku bahawa Sandakan sangatlah kecil dan kurang menyeronokkan.
Bagi aku bila dapat turun pusat bandar itu sudah cukup exciting sebab banyak kedai dan ramai orang.

Realitinya Sandakan ialah sebuah bandar kecil yang bangunannya masih terdiri daripada jenis lama iaitu yang paling ketara design tingkapnya yang jeriji beralun dan kacanya bersegi empat dan berbingkai besi.
Sandakan juga dinicknamekan sebagai 'Little Hong Kong' disebabkan majoriti bangunannya seperti bangunan-bangunan lama Hong Kong.

Bandarnya sendiri banyak dibangunkan oleh kaum cina  dalam tahun 1870an...sebab itulah di Sandakan ramai orang kayanya terdiri daripada bangsa cina dan sangat kurang usahawan berbangsa etnik berbanding Kota Kinbalu.

Kelebihan Sandakan ialah jenis makanannya yang sedap terutama Bakso, Coto Makasar dan juga cakoy.
Perbezaan antara KK dan Sandakan juga melibatkan dari segi makanan. Di KK kita memanggil Soto Ayam bermakna mi halus,sup dan isi ayam. Di SDK ianya di panggil Sup Ayam saja.
Di KK juga jarang terdapat Coto Makasar tapi di Sandakan ada hampir 3 gerai dalam satu barisan.

Walaupun KK adalah bandar besar dan sepatutnya kos hidup lebih tinggi tapi...aku rasa...tanggapan ini sangat meleset.

Sandakan merupakan bandar kecil, industri yang rendah selain daripada perikanan (harga ikan mampu mencecah RM3 sekilo berbanding KK yang pada harga normal RM7 sekilo dan cuma turun sehingga RM5 jika kena pada musim dan pelancongan namun kos hidupnya SANGAT tidak berpatutan.
Tambang 7 batu dari pusat bandar ialah RM2 sehala. Jika dibandingkan dengan KK, jumlah perjalanan dari Indah Permai ke pusat bandar lebih kurang mencecah 7 batu namun, kosnya hanya RM1 menggunakan City Bus yang fully berpenghawa dingin.

Jadi ianya ialah bandar kecil namun kos tinggi, kurang variasi produk dan juga banyak dominasi bangsa dari Indonesia. Berbanding KK ialah bandar besar namun kos hidup sederhana, variasi pelbagai dan dominasi bangsa dari Filipina.


So...kesimpulan aku ialah...aku sangat bersyukur berhijrah ke KK kerana, tambang masih murah, makanan sedap dan bersih, persekitaran juga bersih, pelbagai fesyen,produk dan barangan yang mudah didapati, banyak aktiviti riadah mudah dilakukan kerana fasiliti yang pelbagai.

Paling penting ialah KK mempunyai persaingan sengit antara pengusaha dan itu meyebabkan penurunan harga yang menguntungkan konsumer...macam aku rasa butik-butik di 1Borneo mengadakan Sale hampir 3 bulan sekali...begitu juga butik seperti Ariani dan Padini yang mudah dikunjungi.

Pasar besar KK juga menjual barangan dengan harga berpatutan berserta kualiti, contohnya seperti udang kering yang walaupun di import dari Sandakan harganya cuma berbeza dalam RM2 lebih mahal sedikit.

Oleh itu...aku membuat kesimpulan bahawa, aku telah membuat keputusan bijak untuk berhijrah ke KK, ini kerana orang biasanya berkata, tidak apa tinggal bandar kecil kerana boleh berjimat...tapi bagi kes Sandakan...apa yang mahu dijimatkan jika tambangnya cukup mahal dan barang keperluan seperti pakaian  dijual dengan harga mahal dan kurang kualiti...jimat apanya?...

So...aku rasa...ahli politik Sandakan sepatutnye lebih aktif menjaga kebajikan rakyat...bukan kebajikan peribadi sahaja haha...

Anyway...semasa aku menulis ini..bau Soto Ayam dari gerai Sudi Mampir menyucuk hidung tepat mewarning bahawa waktu ini amat sesuai untuk menghirup sup panas sambil menikmati langit Sandakan dan aura Sandakan yang sangat dekat pada zaman childhood aku....^_^

Akan dibuka Mei 2012
Ini dalam Pasar Besar Sandakan...aku tertanya-tanya...ini parking untuk apa yah..hehe


Friday, January 13, 2012

Keropok Ikan TASEN ^_^

Tahukah anda....

Keropok ini : Keropok ikan Tasen

Setakat ini hanya mudah didapati di Sandakan.

Jarang aku dapat cari dia ni di Kota Kinabalu...maybe Tawau atau Lahad Datu ada tapi sure di Semenanjung memang teda...kompom punya hehe...
Sedaappp!Rasa ikan masam-masam manissss!

Thursday, December 29, 2011

Aktiviti semasa cuti di Sandokan.

Apart from our main diet consist of Soto Ayam from the stall that located directly by my father's main door apartment. My kids also spend time decorating the Christmas Tree!

apa benda ni?...

hmm..cantik cantik!


kecil juga hadiah ni??

ini bola biru??

agak2 bulih makan ka ni?

hmmmmmmm

nah simpan sini ^_^

Alhamdullilah anak-anak tidak cerewet walaupun tidur dengan kipas sahaja dan nasib baik cuaca di Sandakan sentiasa sejuk...bayangkan 4 hari 3 malam...setiap bangun pagi mesti hujan.



Memandangkan anak terus menerus bermain selama 4 hari tersebut...ibu bapa juga pun menjadi pemalas maka dengan itu anak-anak tidak makan nasi selama jangkawaktu tersebut haha...maaakaaan sooootto seja nasib ndak bercacing haha.


Saturday, December 24, 2011

longer than expected journey

We're supposed to arrived at 5pm but due to traffic jam, flood and vehicle broke down..we finally reach my dad's home at 7:15pm...

It was a nasty flood earlier at Kg. Sg Gum-Gum Sandakan, i didn't took picture sorry...i was mouthful of Durian and forgot the rest of the world.

Im practically 'durian-breath' now.

Due to 9 hours journey...now all i need is...a sleep...on a flat surface. Thank You.


Wednesday, December 14, 2011

'SANDI'

Kalau kamurang pernah dengar perkataan ini...maknanya sudah pernah ke Sabah atau berkawan dengan orang Sabah.

Tapi kalau pandai menggunakan perkataan ini?...kompom orang Sabah.

Sebenarnya aku pun tidak tahu asal usul perkataan ini dan macam mana boleh sampai ke Sabah..terutama khasnya di Sandakan. Tapi aku tau di Sandakan banyak orang asal dari Indonesia...

Untuk maklumat, perkataan Sandi ialah bermaksud untuk mengatakan tentang keadaan yang rugi dan menyeksakan.

Contohnya si kanak-kanak kecil Guntilob di rotan oleh bapanya kerana bermain game Angry Birds dari pagi hingga ke malam di Cyber Cafe sebab di rumah teda komputer kan. Lalu si bapa pun mengheret Guntilob di sepanjang jalan dari Cyber Cafe hingga sampai ke rumah...mengheret melalui kaki...dalam keadaan bogel.
Maka kawan-kawan yang menonton aksi kejadian tersebut akan mengatakan;

"uih!...sandiiinya..."

Contoh kedua pula c Nulista kelambatan turun kerja, masuk ofis patut jam 8 pagi. Tapi jam 8 pagi jugalah dia bangun, Si Nulista kena tunggu giliran pakai tandas, berlari-lari turun tangga rumah 4 tingkat,kena tunggu bas di stesen bas yang tiada bumbung, cuaca panas yang bikin panas, naik bas berebut lagi, kalah berebut kerusi dengan  'Om-om',terpaksa berdiri lagi,pemandu bas gemar main brek-brek lagi, lepas turun bas kena naik bas satu lagi, sedang tunggu bas rupa-rupanya tali beg sudah hampir putus, lepas turun bas kena jalan kaki hampir 1 kilometer lagi dengan high heels, belum breakfast lagi.
Dan bila sampai di ofis memandangkan si Nulista jaga ofis bersendirian sebab bos-bos selalu keluar atau lepak di kedai kopi tunggu Nulista yang buka ofis. Bila Nulista korek beg cari kunci. Kunci tertinggal di rumah dan Nulista boleh nampak gambaran jelas di mata mindanya bahawa kunci ofis masih di atas meja soleknya.
Lalu, sambil menyandar kecewa di depan pintu ofis si Nulista pun berkata pada diri sendiri
"SANDI"

Itulah yang aku tau pasal perkataan 'Sandi'
Tapi bagaimana pula maksud sebenar? Aku pun tidak tahu...haha
Namun pada suatu hari aku berlegar-legar di internet pasal PayPal...aku cuba register.
Yang ganjil apa pasal ini web assume aku dari Indonesia?
Tiba-tiba alamat ku jadi :

'taman seri maju,
sepangar, menggatal
88450, Kota Kinabalu
Indonesia.'

Wow!jap lagi aku mo pakai baju merah turun KK demi menyokong pasukan bola negara yang tercinta.

Tekan..tekan..tekan... keluar pula  macam ini.
Nah!
dia bilang 'Sandi' ...aku pun tercakap la..."sandi!"

Apa lagi aku Google lah!
Dan ini hasilnya!hehe....
Rupa-rupanya makna sebenarnya....Password.
Jadi si Guntilob kena bagi 'Kata Laluan' oleh bapa dia. Manakala si Nulista pula mengharapkan Password depan pintu ofis yang terkunci....hahahaaha begitukah??hahhaa

Sandiiiiiii!!!
Maka dengan itu mari kita menghiburkan diri dengan lagu ini 'Sandi Macam Saya' hahahaha