Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts
Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts

Wednesday, February 12, 2014

H1N1 & Influenza VS Pencegahan

Masih belum reda lagi pasal H1N1 ni atau lebih dikenali sebagai SARS.
Kita sedia maklum bahawa wabak ini telah dianggarkan mengambil nyawa sebanyak 284,000 orang seluruh dunia.

Penyakit ini ialah penyakit ‘pandemic’ bermakna ianya bersifat global dan universal tidak tertentu pada kawasan, jenis darah ataupun keturunan.

Seluruh Malaysia heboh bila terdapat kabar mengatakan terdapat 7 kes dikesan di Hospital Wanita dan Kanan-Kanak Likas. Yang paling menakutkan ialah hospital tersebut juga adalah hospital utama untuk bersalin.

Saya pun masih tidak tenang kerana tarikh bersalin saya dijangka pada awal bulan hadapan.
Semasa saya lawatan klinik saya yang terbaru (rujuk entri blog : Disini ) saya sempat bercerita dengan nurse yang memeriksa saya dan sempat bertanyakan apakah kaedah terbaik untuk mengelakkan jangkitan.

Beliau menasihatkan penambahan pengambilan Vitamin C dan juga tidur dan rehat yang cukup kerana kurang rehat juga menyebabkan antibody sesorang itu semakin berkurangan dan mudah mendapat jangkitan.

So..cerita pasal Pencegahan.
Setiap kali seseorang itu mendapat penyakit apakah jenis pemakanan yang pasti akan disarankan oleh Doktor dan apakah isi kandungan ubat-ubatan yang dibekalkan?
Ya pastinya Vitamin C.
Doktor pasti akan memberikan vitamin C setiap kali kita mendapat penyakit terutama yang melibatkan saluran pernafasan.
Kita semua maklum bahawa H1N1 adalah seiras seperti jangkitan Influenza biasa dan bezanya ianya sangat intense sehingga membawa maut.
Sistem saluran pernafasan kita mampu dilindungi dengan pengambilan Vitamin C kerana organ yang berfungsi untuk sistem pernafasan contohnya hidung, trakea, bronkus dan paru-paru adalah organ yang paling mudah dijangkiti penyakit kerana elemen dari luar badan akan masuk menerusi saluran ini kedalam badan.
Oleh itu peningkatan imunisasi badan boleh dibantu dengan Vitamin C kerana ianya juga dikenali sebagai Super Nutrient.




Dimana ianya boleh :

1.      meningkatkan selera makan

2.      membantu penyerapan zat besi kedalam badan (zat besi ialah sumber tenaga tubuh, jika anda sentiasa pening dan penat ianya mungkin disebabkan oleh kekurangan Zat besi…nanti saya akan blog pasal zat besi pula yah ^_^)

3.      Mengurangkan risiko jangkitan dan juga penyakit kronik seperti kanser

4.      Membantu mengurangkan kolestrol dalam darah. Kkolestrol mudah masuk kedalam tubuh melalui makanan yang berminyak dan berlemak ditambah lagi jika seseorang itu kurang minum air. Oleh kerana rasa Vitamin C yang sedia masam ianya mampu menurunkan kandungan kolestrol dalam tubuh. Anda perasan tidak kenapa kebanyakan jenama pencuci piring menggunakan buah-buahan citrus seperti lemon dan limau sebagai bahan?...

5.      Membantu tidur yang nyenyak. Apabila badan kita penat, kita mudah stress dan bila kita stress badan kita gagal berehat kerana hormone stress seperti cortisol telah dirembeskan oleh tubuh. Hormon ini ada kebaikan juga dimana ia mempercepatkan metabolism tubuh. Maknanya jika ditempat kerja kita akan bergerak dan berfikir dengan aktif disebabkan oleh hormon tersebut. Namun selepas dirembeskan ianya masih mempengaruh tubuh badan kita walaupun sudah habis waktu bekerja. Sebab itu ramai orang masih stress walaupun sudah pulang ke rumah namun bila sampai waktu rehat fikiran masih terganggu dan menyebabkan masalah tidur dan rehat yang cukup.

6.      Bertindak sebagai agen anti-penuaan kerana ianya mampu menghasilkan ‘kolagen’ protein yang sangat penting bagi kecantikan kulit, tulang, gigi, sendi dan otot. Sebab itulah produk kecantikan mengandungi alcohol dan makanan bagi atlet atau produk bagi yang aktif bersukan sentiasa mengandungi Vitamin C.
Itu antara 1001 kelebihan vitamin C…

Namun begitu…vitamin C juga ialah yang paling cepat dicerna oleh badan dan keluar menerusi air kencing.
Bagi bayi yang demam sebaiknya jika dia kencing kerana ianya mampu mengeluarkan haba dari dalam badannnya. Begitu juga orang dewasa, sekiranya kita merasa sejuk dari luar, badan kita akan mengeluarkan haba untuk membantu memanaskan badan namun begitu dalam masa yang sama haba tersebut akan keluar menerusi kencing.

Sebab itulah atlet-atlet disarankan mengambil banyak vitamin C keran badan mereka banyak mengeluarkan haba.

Maka yang demikian, pengambilan Vitamin C haruslah berterusan.
Sama ada kita makan atau minum Oren sebanyak 2 hidangan sebanyak 3 kali sehari atau bagi yang hidup berkerjaya boleh memilih jalan yang ringkas iaitu dengan mengambil supplement.
Tidak dinafikan konsepnya tetap sama iaitu ianya masih akan dikeluarkan oleh tubuh melalui kencing tetapi…Shaklee ada jalan penyelesaian untuk itu iaitu Sustained Released Vita-C Plus
Shaklee telah menjalankan kajian teknologi keatas produk-produknya sehingga menelan belanja bernilai jutaan dollar demi mengekalkan kualiti yang terjamin.
Kelebihan Sustained Released Vita-C Plus ialah ianya mampu melepaskan 100gm setiap jam kedalam tubuh dan dicampurkan dengan bioflavanoid iaitu sejenis vitamin yang membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik.

Oleh kerana sistem badan kanak-kanak dan dewasa berbeza, maka Sustained Release Vita-C Plus hanya sesuai untuk dewasa sahaja.
Bagi bayi dan kanak-kanak pengambilan vitamin C juga tidak boleh melebihi dosage kerana ianya mampu menyebabkan cirit birit disebabkan berlebihan asid.
Shaklee juga menghasilkan Chewable Vita-C Plus bagi kanak-kanak bagi mudah untuk pencernaan kedalam tubuh.

So…tunggu apa lagi?
Jalan penyelesaian untuk mengelakkan jangkitan dan kaedah pencegahan sudah ada didepan mata..tunggu apa lagi?

Pencegahan lebih baik dari pada pemulihan. Ibu mana yang tidak risau melihat anak yang sakit.
Memang betul sakit dan sihat ialah ketentuan Tuhan tetapi segalanya bergantung pada Daya, Usaha dan Inisiatif diri sendiri untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga J

Till then!...sila hubungi saya bagi maklumat lanjut dan sekiranya anda ingin melanggan produk Shaklee dengan harga yang Terbaik ^_^


Benda yang baik kita sharekan pada orang lain, mudah-mudahan kita semua diberi keberkatan ^_^ 

Tuesday, December 4, 2012

Breakfast Hunt now Burger Hunt

If there are things that im fully committed other than being mum and work and all.....is that ;

My Commitment to EAT.

This time its Burger Time!

I've always been a Burger Fan. Ever since i was little, i loved Burgers.
Not KFC burger though...McD burgers so-so.

But what i loved most is Burgers Stall, i love it when you can ask to add extra Chilli Sauce, extra cabbages, its nice.

So, when i look into my Facebook this morning, a friend of mine posted these Grilled Burgers pictures...what's better is that they're all in KK!.

So, im gonna set myself for some Burger Hunt!

These are some Burgers that need to be Explore...muahaaha




D-Grillz |Burger Bakar
Anjung Selera, Tanjung Lipat


Firefly Bar & Grill, KK Times Square


Aizat Recipe Burger Bakar, Kingfisher Likas, Lorong Raja Udang 10, Lot 27



111, Gaya Street


Does these pictures makes you shiver? hehe...

Well, first thing first is to check the Opening Hours and the Halal Certificate.
But i am rather snickery...as long as there are womens with hijab sitting in the restaurants, might as well i sit in too hehe..

Friday, April 13, 2012

KK vs SDK

Kali ni trip ke Sandakan membawa cerita yang berbeza.
Aku pulang on solitary journey and anak-anak dititipkan kepada En.Suami

Sejak hari Sabtu mama aku dimasukkan ke hospital kerana disahkan menghidap Glaucoma.
Lepas 2 kali Laser surgery mama aku dibenarkan keluar wad.
So bila sampai mama aku sudah pun berehat di rumah.

Cerita terbaru pasal Sandakan ialah...
Air paip yang serba kemerah-merahan macam air karat yang melanda seluruh Sandakan.
Termasuk hospital...so kesian la bapa aku dan adik aku...buat father and son bonding ulang alik sambil menjinjing air minum dari mesin water dispenser yang jauh jugalah dari rumah bapa aku.
Kami kaum wanita tau minum jerrr hehe...

Selain itu bapa aku membeli telefon baru...dengan sia-sia sebab menyangka telefon dia tidak berbunyi kerana rosak...rupa-rupanya ada kabel telefon yang rosak...bukannya masalah telefon hehe...

The next day aku di Sandakan, aku dan adik bawa mama ke hospital Sandakan untuk review tekanan darah dan kolestrol...
Aku rasa unbelievable tengok keadaan Hospital (baru) Sandakan. Tempatnya sempit...tiada sistem dan tidak sensitif terhadap pesakit.
Kami sampai jam 9 dan mama kena panggil pada jam 12:15.
Sepanjang masa kami disana hampir 65%, waktu aku dan adik berdiri.
Kerusi tidak cukup.
Sistem tidak teratur.
Ruang kecil.
Pesakit sangat banyak terutama warga tua.
Berikut ialah gambar yang diambil dari angle kiri,kanan dan depan...ndak masuk angle belakang tu...



Aku sense mereka tidak ada sistem peka terhadap warga tua di mana mereka memberikan nombor yang sama antara orang biasa dan warga tua.
Semasa aku di JPN KK aku notice, bila ada warga tua, mereka akan bagi nombor eksklusif di mana warga tua tidak perlu mengikut nombor urutan seperti orang lain....peti cadangan juga tidak diisi borang cadangan, tiada pen dan juga suasana hospital ada sejenis bau hanyir.

Untuk pengetahuan populasi di Sandakan terdiri daripada...of course orang tempatan dan PTI.
Tempatan termasuklah orang etnik dan cina.
PTI...of course Suluk dan especially di Sandakan ianya lebih didominasi oleh orang Bugis.

Lepas kami dari klinik kami turun ke pusat bandar untuk berjalan-jalan.
Perancangan aku ialah mencari seluar dan kalau ada yang berkenan aku mau juga belikan anak-anak baju.

Satu persatu kedai aku masuk...harga pakaiannya sangat mengejutkan.
Lebih kurang RM7 lebih mahal untuk hampir setiap jenis pakaian.
Lebih teruk ialah kualitinya adalah rendah.
Hampir setiap kedai mempunyai kualit yang sama jad untuk mencari pakaian berjenama dan even pun kalau kita sanggup bayar mahal untuk kualiti...sayangnya...tidak ada kedai yang menjual pakaian berjenama dan berkualiti tinggi.

So pada trip kali ini aku telah membuat perbandingan jelas antara Kota Kinabalu dan Sandakan.

Asalnya aku orang Sandakan, lahir dan membesar di Sandakan.
Pada umur 25 tahun iaitu selepas berkahwin, aku berhijrah ke Kota Kinabalu kerana mengikut En.Suami.Satu keputusan yang besar dan drastik juga berat kerana terpaksa membiasakan diri dengan keadaan yang baru.

Selepas dapat perkerjaan di Kota Kinabalu aku mulai membiak hehe...sekaligus membenamkan dalam-dalam akar ku di Kota Kinabalu dengan membeli seunit apartment.
Rasanya...untuk pindah balik ke Sandakan mungkin bukan ,menjadi pilihan istimewa atau darurat sekalipun.

Di KK tempat makannya sangat variety. Harga barang juga tidak jauh berbeza dengan daerah-daerah Sabah yang lainnya.
Tetapi istimewanya KK, semua barang berjenama juga mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah bila tiba datang musim SALE.

Tempat peranginan dan leisure juga mudah dilawati dan sangat pelbagai, begitu juga dengan butik-butik eksklusif yang senang dikunjungi berbanding Sandakan.

Masa aku kecil, tidak pernah terlintas difikiran aku bahawa Sandakan sangatlah kecil dan kurang menyeronokkan.
Bagi aku bila dapat turun pusat bandar itu sudah cukup exciting sebab banyak kedai dan ramai orang.

Realitinya Sandakan ialah sebuah bandar kecil yang bangunannya masih terdiri daripada jenis lama iaitu yang paling ketara design tingkapnya yang jeriji beralun dan kacanya bersegi empat dan berbingkai besi.
Sandakan juga dinicknamekan sebagai 'Little Hong Kong' disebabkan majoriti bangunannya seperti bangunan-bangunan lama Hong Kong.

Bandarnya sendiri banyak dibangunkan oleh kaum cina  dalam tahun 1870an...sebab itulah di Sandakan ramai orang kayanya terdiri daripada bangsa cina dan sangat kurang usahawan berbangsa etnik berbanding Kota Kinbalu.

Kelebihan Sandakan ialah jenis makanannya yang sedap terutama Bakso, Coto Makasar dan juga cakoy.
Perbezaan antara KK dan Sandakan juga melibatkan dari segi makanan. Di KK kita memanggil Soto Ayam bermakna mi halus,sup dan isi ayam. Di SDK ianya di panggil Sup Ayam saja.
Di KK juga jarang terdapat Coto Makasar tapi di Sandakan ada hampir 3 gerai dalam satu barisan.

Walaupun KK adalah bandar besar dan sepatutnya kos hidup lebih tinggi tapi...aku rasa...tanggapan ini sangat meleset.

Sandakan merupakan bandar kecil, industri yang rendah selain daripada perikanan (harga ikan mampu mencecah RM3 sekilo berbanding KK yang pada harga normal RM7 sekilo dan cuma turun sehingga RM5 jika kena pada musim dan pelancongan namun kos hidupnya SANGAT tidak berpatutan.
Tambang 7 batu dari pusat bandar ialah RM2 sehala. Jika dibandingkan dengan KK, jumlah perjalanan dari Indah Permai ke pusat bandar lebih kurang mencecah 7 batu namun, kosnya hanya RM1 menggunakan City Bus yang fully berpenghawa dingin.

Jadi ianya ialah bandar kecil namun kos tinggi, kurang variasi produk dan juga banyak dominasi bangsa dari Indonesia. Berbanding KK ialah bandar besar namun kos hidup sederhana, variasi pelbagai dan dominasi bangsa dari Filipina.


So...kesimpulan aku ialah...aku sangat bersyukur berhijrah ke KK kerana, tambang masih murah, makanan sedap dan bersih, persekitaran juga bersih, pelbagai fesyen,produk dan barangan yang mudah didapati, banyak aktiviti riadah mudah dilakukan kerana fasiliti yang pelbagai.

Paling penting ialah KK mempunyai persaingan sengit antara pengusaha dan itu meyebabkan penurunan harga yang menguntungkan konsumer...macam aku rasa butik-butik di 1Borneo mengadakan Sale hampir 3 bulan sekali...begitu juga butik seperti Ariani dan Padini yang mudah dikunjungi.

Pasar besar KK juga menjual barangan dengan harga berpatutan berserta kualiti, contohnya seperti udang kering yang walaupun di import dari Sandakan harganya cuma berbeza dalam RM2 lebih mahal sedikit.

Oleh itu...aku membuat kesimpulan bahawa, aku telah membuat keputusan bijak untuk berhijrah ke KK, ini kerana orang biasanya berkata, tidak apa tinggal bandar kecil kerana boleh berjimat...tapi bagi kes Sandakan...apa yang mahu dijimatkan jika tambangnya cukup mahal dan barang keperluan seperti pakaian  dijual dengan harga mahal dan kurang kualiti...jimat apanya?...

So...aku rasa...ahli politik Sandakan sepatutnye lebih aktif menjaga kebajikan rakyat...bukan kebajikan peribadi sahaja haha...

Anyway...semasa aku menulis ini..bau Soto Ayam dari gerai Sudi Mampir menyucuk hidung tepat mewarning bahawa waktu ini amat sesuai untuk menghirup sup panas sambil menikmati langit Sandakan dan aura Sandakan yang sangat dekat pada zaman childhood aku....^_^

Akan dibuka Mei 2012
Ini dalam Pasar Besar Sandakan...aku tertanya-tanya...ini parking untuk apa yah..hehe


Monday, January 23, 2012

Tips...? : nak tahu restoran halal atau tidak

Ini....macam bukan tips yang sahih tapi...kira boleh pakai lah jugak haha...

Aku rasa bukan aku seorang jak yang praktis ni...malah ramai orang cuma ndak berapa disedari...

Di Sabah, semua orang sedia maklum bahawa...Muslim and Non-muslim boleh makan semeja....

Walaupun restoran tu bukan restoran melayu @ muslim.

Yeap....begitulah...kamiurang tinggal di Sabah...

Aman damai bukanlah spesifikasi yang betul tapi...more like...'cool' yah...begitulah 'cool'nya orang-orang di Sabah.

So!

Macam mana kita mau tahu...kalau restoran tu 'Serve No Pork' atau tidak?....senang jerr....

Tengok kalau ada orang pakai tudung sedang makan....

haha...

Maknanya ok lah tu hehe...

Tapi ndak begitu afdal sangat...cuma di Sabah ni memang berbagai-bagai bangsa so kena lah sesuai kan diri...

Tips ni bukan orang perempuan jak yang pakai tau...tapi orang lelaki kalau mo pi makan pun dia tengok dulu tu kalau ada kakak-kakak, makcik-makcik atau adik-adik bertudung yang sedang makan hehe...

So...berat juga tanggungjawab orang bertudung ni kan ^_^....

Sunday, January 22, 2012

Tempat Makan di Kota Kinabalu

Sebelum perkara-perkara yang tidak diingini berlaku...
Contohnya kehabisan duit sebab shopping ndak tentu arah...
Aku pun cepat-cepat belanja suami dan anak-anak makan di Restoran.

So aku suggest kami pi Restoran Thien Thien sebab dia ada a/cond...macam mo melecur juga isi paha aku duduk dalam kereta pagi tu so bagus pi tempat yang ada a/cond.

Ianya menghidangkan masakan cina...jan risau 'Serve no pork' and banyak juga orang melayu yang duduk makan.

So kami order Chicken with Cashew Nuts / Baby Kailan in Oyster Sauce / Seafood soup / nasi ayam steam / minum kopi ais / teh c special / orange can / soya bean can

Ayamnya sangat sedap!dan wangi tapi Ayman ndak suka...dia cakap bau..T---...ish anak aku ni ada-ada saja haha

Paling sedap Teh C Specialnya...baru kali ni aku merasa!...tapi ndak semua restoran ada ni...rasanya durang pakai gula melaka...so dia sedap sebab rasa dia serupa Cendol hehe...


4 orang makan cost RM45 +...oke jugaklah....lebih baik daripada makan Sushi King....sebab kalau makan sushi susah mo berhenti punya sampai mo dekat RM100 pun boleh habis.

Beside, sekali sekala makan masakan yang custom made...rather than the usual ready made KFC atau Pizza haha...

Suatu hari nanti bila anak sudah besar aku nak bawa ke restoran yang eksklusif sikit saja berikan durang gambaran pasal diffrent phases of life.

Kali ni memang special sebab tu pilih restoran ada a/cond tapi biasanya kami selalu makan di gerai pasar malam KK,inanam,Menggatal...in fact kami suami isteri penggemar gerai...

Tak kisahlah apa orang cakap pasal kebersihan..aku masih hidup lagi...sekali dengan anak-anak aku Alhamdullilah masih sihat wallafiat haha...

Itupun juga untuk memberi gambaran pada anak tentang phase of life...

Ada masa ko makan dengna sudu garpu, ada masa...mo cari tempat cuci tangan pun tiada haha...

Apa pun Restoran Thien Thien memang berpatutan.^_^

Thursday, January 19, 2012

Tung Tung Chiang!

Sedang aku dan suami berkejar-kejaran mengurus anak di shopping mall, sebab yang seorang mau kencing yang seorang hilang kawalan diri megejar space didalam shopping complex.

Bila Tuan Puteri mo ke tandas akulah yang ditugaskan mengawal Ayman, tiba-tiba kami dengar bunyi

"Tung Tung Chiang"

Kami bergegas pergi ke arah bunyi...rupa-rupanya ada tarian Singa!


Sungguh langkah kanan kami hari itu, sebab anak-anak memang peminat tarian singa.


Seronok kali ni sebab maybe dia nampak wajah anak aku yang membawa maksud

"whoa...Awesome...."


Durang pun tambah pi dekat dia and gosok-gosok bulu umpama kucing yang minta belai hehe...kiut!

Sunday, January 15, 2012

Obsesi : Bantal.

I just bought...2 pieces of pillow....

Orang beli bantal baru bila pindah rumah baru.....

Aku....5 tahun tinggal dalam rumah; baru mo beli bantal...masa pindah rumah pun tiada pula beli bantal....

Ini kerana aku masih ndak bulih lupa sindiran Mak mentua ku pasal isu bantal-bantal ni...ada kisahnya dalam entri blog : Eksperimen bantal 'Contour'


Jadi...bila keluar bonus...inilah yang aku buat.....





Sebijik bantal berwangian : Lavender yang marketingnya menggunakan niche seperti 'enhance memory','boost creativity'....aku pun apa lagi...termakan lah oleh ayat-ayat promosi durang ni...

Yang sebijik lagi bantal biasa....aku sempat berubah pikiran. Tapi bila pikir semula bahawa time tu sale 50%...sempat lagi aku berubah pikiran lalu akhirnya pulang dengan dua bijik bantal....

Sebijik harga RM54.50
Yang sebijik RM13.90

Alahai....Parkson teda main refund-refund aar...kecuali tukar size....bantal ada size?...Terlanjur sudah perahuku pi laut....Make peace sajalah...

Aku pun ndak sangka macam mana aku jadi begitu obsessed untuk beli-beli bantal ni dan sebenarnya aku sudah merancang untuk bagi balik seeeemmmmuuaaa bantal mak mentua....tapi....ada kisahnya dalam blog : Eksperimen bantal 'Contour'.

Apa-apa pun aku semakin bingung...sebab bila ada bantal baru...yang canggih lagi tu kenen....tiada pula sarungnya haha!semua pillow cover di rumah ku bersaiz kecik hingga sederhana saja...adeh...camana ni...extra cost lagik untuk beli baru haha!







Monday, January 2, 2012

view of 31 Dec 2011

Kawan-kawan lain sudah mula blog pasal tahun baru 2012.

Aku belum lagi hehe...tapi aku mo upload gambar terakhir 2011 ku.

Nice kan...
Loud and clear on 31 Dec 2011
Taken from Tanjung Lipat(on moving car), Kota Kinabalu, Sabah.

Thursday, December 29, 2011

Tempat makan BEST dan JIMAT di 1 Borneo!

Sedang kami berjalan-jalan dan dalam perancangan mo makan di restoran Jaws Seafood Restaurant di 1 Borneo...tiba-tiba kami nampak signboard dia di entrance masuk restoran Jaws.
1 Borneo Foodcourt


 Perlu lalu menerusi pintu utama restoran Jaws Seafood Restaurant

  
Halal ^_^ jan risau

So kami pun cuba lah hehe...


Mushroom Chicken Rice : RM4 (self service lada / kicap dan sup -refillable)
Teh Tarik Ping : RM1.80




Total cuma : RM5.80!!! i mean this is 1 BORNEO!...bukan senang mo cari tempat makan yang below RM7 sekalipun hehe....

Monday, December 19, 2011

Pasal Makan…Bakso


Aku kalau pasal bakso…kira tahap addict lah…
Sampaikan kawan ditempat kerja rasa lucu dan pelik…”kalau c Nura,tiap-tiap hari pun mesti bakso”

Ya aku akui, aku kontrak sudah bakso oleh ku tu haha…
Pokoknya memang ndak pandai bosanlah makan Bakso ni…

Ada beberapa kali aku makan 2 mangkuk untuk lunch waktu keluar dengan kawan aku…terkelip-kelip mata dia.
Malu belakang kira…padulik apa itu pakcik-pakcik dan bujang-bujangan keheranan sebab aku makan dua mangkuk…aku bayar maaa!

So ada banyak tempat boleh cari Bakso di KK, ini list aku, mungkin ada banyak tempat lain yang aku tidak tahu so sila-silalah berikan info yah hehe..

1)      Bakso Telipok 1
-ini baru dua kali makan, lepas tu tempat dia dipindah. Pemilik orang Bugis kelebihan dia ada pada sup…tapi tidak pada kuantiti…sikit seja huh.
2)      Bakso Telipok 2
Ini dibikin oleh seorang Pakcik yang sangat peramah, seronok bercerita pasal komen-komen pelanggan yang lain. Beliau juga sentiasa menasihatkan husband ku untuk menghabiskan kuah sup nya…’harus kering nak’. Ini kerana mengikut beliau, sebagai seorang yang bekerja sebagai pemandu…tidak baik untuk meninggalkan baki makanan…entahlah betul ka tidak…tapi husband aku tangkap syok pulak pada ‘paman’tersebut. Mungkin ke’direct’kan si Paman menegurnya secara zuzur…itu dia!

3)      Bakso Menggatal 1
-Bakso ni sudah banyak kali aku makan di pasar Menggatal…harga RM4.50…not bad tapi…kelebihan hanya pada campurannya yang berbentuk mirip ‘Dim Sum’ leper yang digoreng. Iaitu inti bakso dibungkus dengan doh tepung yang berperisa. Lain dari itu, biasa saja…supnya juga cair…hmm
4)      Bakso Menggatal 2
-Yang ini terdapat di dalam kedai Jawa…memang banyak kedai Jawa di KK ni. Supnya sedap tapi baksonya sangat biasa-biasa.
5)      Bakso Asia City
-Nah inilah yang paling mahal gila..Bakso seja RM5.50…kin panasss..Tidak Sedap!.
6)      Bakso Indah Permai 1
-Yang ini juga sedap kuah sup sudah cukup okay. Disini juga boleh dapat Bakso Telur Puyuh. Dalam bakso ada inti telur puyuh…jadi…besar la bakso tersebut.
7)      Bakso Indah Permai 2
-ini juga ok, baru sekali aku makan, tapi ada kenangan pahit sebab time syok makan, Tara terjatuh dari kerusi..meaning lokasi tidak berapa strategic.
8)      Bakso Segama
-adalah beberapa kali makan disini,tapi tidak banyak yang menarik sekadar mengisi kekosongan jiwa mau makan bakso hehe
9)      Bakso Segama (bawah Jambatan)
-Yang ini waktu aku mengandung Ayman, aku ketagih makan ni…specialnya dia boleh campur kaki ayam!haha…ya aku tau tidak ramai orang sanggup makan kaki ayam tapi time tu memang best. Sejurus lepas aku beranak Ayman aku…geli. Bukan aku geli makan kaki ayam…aku Cuma rasa dia tidak sesedap dahulu(sewaktu mengandung)haha…lucu.
10)   Bakso Pasar Malam KK 1
-Sebenarnya banyak jual bakso di pasar malam KK ni, boleh pilih-pilih tapi aku cuba yang di sini sebab laki aku suka makan Bakso kaki ayam…ok juga lah..
11)   Bakso Pasar Malam KK 2
-Ini pun sudah banyak kali makan, kelebihan juga pada sup Cuma yang ini bagi aku rasa lada putihnya sangat kencang…jadi aku rasa bestlah haha.
12)   Bakso Milimewa

-Bagi aku inilah pemenang. Aku start makan ni sejak Tara dalam perut awal kandungan umur dua bulan. Mulai dari situ inilah menu harian sampaikan kawan-kawan buat jokes, ada kena simpan ‘daun ketum’yang menyebabkan ketagihan…haha. Bakso ni paling best dari segi kuantiti dan kualiti…dulu zaman Tara dalam perut harga RM3.50. Sekarang Tara sudah 3 tahun harga sudah naik jadi RM4.50. Boleh pilih :
Bakso Sayur:      Dicampur Taugeh dan Timun,
Bakso Ayam
Bakso Daging
Bakso Special :   segala macam benda dicampur termasuk perut,urat,usus dan tulang….hehe…sebenarnya perut dan urat jerrr….
Bakso custom-made :    Boleh tolak timun @ taugeh @ bawang @ daun bawang @ mi

Paling best disini ada kicap ABC!

Setakat ini saja listku, aku rasa masih tidak cukup banyak aku plan untuk dapat at least 20 tempat di KK yang boleh makan bakso. Sorrylah tidak banyak aku dapat gambar, sedangkan gambar first tu aku curik-curik ambil takut si Paman tegur siap dengan pantang larangnya daa…hehe. Bakso gambar kedua tu sudah banyak aku ambil gambar sebab tukang bakso sangat sporting…jadi apa posing ko mau,dari tepi?, dari depan?,aku ada banyak haha…tapi itu gambar paling cute lah (sebab ada edit warna haha)

So kawan-kawan jika tahu ada tempat bakso silalah kongsikan ilmu pengetahuan yah!