Showing posts with label Sustained Release Vita-C Plus. Show all posts
Showing posts with label Sustained Release Vita-C Plus. Show all posts

Monday, May 26, 2014

Perbezaan 4 tahun


cuti-cuti ni memang best tengok gambar-gambar lama, sambil mengenang kisah dulu-dulu hehe...
perkara paling wajib bila buka album lama ; pastinya belek-belek gambar diri sendiri kan~
So saya pun sama juga...nasib baik masih ada simpan semua gambar lama...baru boleh nampak perubahan diri dari tahun ke tahun ^_^

saya cuma dapat share gambar mula dari tahun 2010, sebab baru belajar bertudung waktu tu hehe...

Lepas belek-belek baru perasan...penambahbaikan pada kulit muka dan berat badan...tapi...berat badan skrg jangan kira la yek...sebab kan baru bersalin : mana aci kan! haha...


Tahun 2010 masih dalam industri pelancongan ; kulit memang hitam legam sebab kerja sebagai pemandu pelancong dari tahun 2000-2009. Tahun 2010 barulah kerja indoor sepenuhnya.

Mei 2011(50kg)
gambar ni silau sikit, so kecerahan wajah adalah disebabkan 'lighting'hehe...

Mei 2012(ada kurus sikit..)
Tahun 2012 saya kerap kena sinutis(resdung) tu yang hidung macam Rudolph red nose reindeer tu hehe...sapu tangan adalah besties time tu

Mei 2013
ni zaman kegemilangan berat badan ideal saya hehe..43kg tapi kulit mac legamss...tengok Ayman lagi cerah daripada saya huhu...

Mei 2014
hehe...ni masa Training di Shaklee dengan Presiden Shaklee Malaysia En. Victor Lim. Syukurlah kulit lebih cerah dari En. Victor hehe...

Rahsia saya?


yup...ESP untuk tenaga dan tahan lapar juga boleh mengurangkan sakit Gastrik saya dan Alfalfa pula untuk detoksifikasi so boleh membantu mengurangkan berat badan berlebihan dan membuang toksin dalam tubuh

ESP ialah protein soya yang 100% asli tanpa perisa, pewarna dan perasa tambahan. ESP mengandungi protein dengan 9asid amino lengkap yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk pembentukan dan rawatan kepada semua sel luar dan dalam badan iaitu kulit, rambut,gigi,darah,kuku,otot dan memperbaiki hormon.
Umum kita tahu hormon adalah penyebab jerawat, mood swing, rambut gugur dan banyak lagi.
Dengan merawat sel dalam badan, fungsi penyerapan nutrien dari makanan atau supelment akan lebih efektif dan berkesan.

Lepas bersalin bulan Mac lalu barulah saya mengamalkan Shaklee Vitalea, Sustained Released Vitamin C, Zinc-complex dan B-Complex.


Syukur alhamdullilah sakit lepas beranak cepat hilang walapun saya bersalin menggunakan ubat induced.
Terbuktilah kualiti produk Shaklee sesuai dengan nilainya ^_^

Lagi gambar kenangan hehe... : 

Yang kiri Feb 2013 dan yang kanan Dec 2013


Mei 2013
macam sama ja kaler muka kami hahah...

Mac 2014
time sarat mengandung (sudah overdue dari EDD huhu)

Mei 2013
Tara lebih cerah...

Dec 2013

Memang saya sangat berpuas hati dan akan terus mengamalkan ESP ni sampai bila-bila ^_^

Thursday, February 13, 2014

Keistimewaan : Sustained Released Vita-C plus



  • Ianya adalah produk pertama yang mampu melepaskan 100mg vitamin c kedalam tubuh secara berperingkat selama 5 jam!. Maknanya ianya tidak disia-siakan oleh sistem tubuh. Ini kerana vitamin c adalah sejenis vitamin yang paling mudah keluar dari tubuh.
  • Murah!Sebotol boleh tahan sehingga ENAM bulan!. Selain itu boleh juga didapati dalam pek jimat ^_^

  • Sangat Flexible, boleh dimakan oleh semua jenis individu. Pengalaman saya semasa kandungan baru masuk sebulan, bibir saya sentiasa kering, kulit saya pucat, tiada selera makan (bukan lagi kurang selera tetapi TIADA selera huhu). So saya pun pergi jumpa doktor dan minta bekalan supplement Vitamin C tetapi doktor sendiri melarang kerana kebanyakan vitamin C mempunyai perasa tiruan dan biasanya perisa oren yang masam dan mengandungi asid dari bahan sintetik. Tetapi Sustained Released Vita-C adalah 100% dari bahan semulajadi asli tanpa Perisa/Pewarna tiruan oleh itu selamat dimakan oleh semua peringkat umur

Produk Shaklee memang diyakini, kajian teknologi Shaklee telah menelan sebanyak 300 juta USD demi memperbaiki kualiti dan menghasilkan produk yang benar-benar semulajadi. Kajian selama 50 tahun menjadikan Shaklee pembekal makanan kesihatan yang paling lama wujud di dunia.

Hidup hanya sekali...tetapi manfaatkan lah diri dengan kesihatan. Saya sendiri tidak mahu hidup bergantung dengan ubat pada masa tua nanti.

Jika ingin mengambil makanan supplement atau vitamin, sebaiknya pilihlah yang benar-benar berkesan. Jika tersalah makan takut pula memberi kesan sampingan malah menambah toksik didalam badan.

Produk Shaklee tidak mengandungi sebarang bahan merbahaya dan telah disahkan selamat dan Halal oleh Islamic Services of America (ISA) iaitu salah satu badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM Malaysia.

Konsep 'Halal' juga perlu diambil kira. Pengertian sebenar Halal bukan semestinya perkara haram seperti makanan atau kosmetik yang mengandungi DNA khinzir. Tetapi Halal juga bermaksud : Bersih, Suci, Murni dan tidak mengandungi sebarang toksik ataupun racun.

Sebab itulah saya yakin dengan produk Shaklee dan meyarankan kepada kawan-kawan yang lain. Hal yang baik kita wajib share dengan orang lain, mudah-mudahan ditambah keberkatan rezeki dan pahala ^_^

Wednesday, February 12, 2014

H1N1 & Influenza VS Pencegahan

Masih belum reda lagi pasal H1N1 ni atau lebih dikenali sebagai SARS.
Kita sedia maklum bahawa wabak ini telah dianggarkan mengambil nyawa sebanyak 284,000 orang seluruh dunia.

Penyakit ini ialah penyakit ‘pandemic’ bermakna ianya bersifat global dan universal tidak tertentu pada kawasan, jenis darah ataupun keturunan.

Seluruh Malaysia heboh bila terdapat kabar mengatakan terdapat 7 kes dikesan di Hospital Wanita dan Kanan-Kanak Likas. Yang paling menakutkan ialah hospital tersebut juga adalah hospital utama untuk bersalin.

Saya pun masih tidak tenang kerana tarikh bersalin saya dijangka pada awal bulan hadapan.
Semasa saya lawatan klinik saya yang terbaru (rujuk entri blog : Disini ) saya sempat bercerita dengan nurse yang memeriksa saya dan sempat bertanyakan apakah kaedah terbaik untuk mengelakkan jangkitan.

Beliau menasihatkan penambahan pengambilan Vitamin C dan juga tidur dan rehat yang cukup kerana kurang rehat juga menyebabkan antibody sesorang itu semakin berkurangan dan mudah mendapat jangkitan.

So..cerita pasal Pencegahan.
Setiap kali seseorang itu mendapat penyakit apakah jenis pemakanan yang pasti akan disarankan oleh Doktor dan apakah isi kandungan ubat-ubatan yang dibekalkan?
Ya pastinya Vitamin C.
Doktor pasti akan memberikan vitamin C setiap kali kita mendapat penyakit terutama yang melibatkan saluran pernafasan.
Kita semua maklum bahawa H1N1 adalah seiras seperti jangkitan Influenza biasa dan bezanya ianya sangat intense sehingga membawa maut.
Sistem saluran pernafasan kita mampu dilindungi dengan pengambilan Vitamin C kerana organ yang berfungsi untuk sistem pernafasan contohnya hidung, trakea, bronkus dan paru-paru adalah organ yang paling mudah dijangkiti penyakit kerana elemen dari luar badan akan masuk menerusi saluran ini kedalam badan.
Oleh itu peningkatan imunisasi badan boleh dibantu dengan Vitamin C kerana ianya juga dikenali sebagai Super Nutrient.




Dimana ianya boleh :

1.      meningkatkan selera makan

2.      membantu penyerapan zat besi kedalam badan (zat besi ialah sumber tenaga tubuh, jika anda sentiasa pening dan penat ianya mungkin disebabkan oleh kekurangan Zat besi…nanti saya akan blog pasal zat besi pula yah ^_^)

3.      Mengurangkan risiko jangkitan dan juga penyakit kronik seperti kanser

4.      Membantu mengurangkan kolestrol dalam darah. Kkolestrol mudah masuk kedalam tubuh melalui makanan yang berminyak dan berlemak ditambah lagi jika seseorang itu kurang minum air. Oleh kerana rasa Vitamin C yang sedia masam ianya mampu menurunkan kandungan kolestrol dalam tubuh. Anda perasan tidak kenapa kebanyakan jenama pencuci piring menggunakan buah-buahan citrus seperti lemon dan limau sebagai bahan?...

5.      Membantu tidur yang nyenyak. Apabila badan kita penat, kita mudah stress dan bila kita stress badan kita gagal berehat kerana hormone stress seperti cortisol telah dirembeskan oleh tubuh. Hormon ini ada kebaikan juga dimana ia mempercepatkan metabolism tubuh. Maknanya jika ditempat kerja kita akan bergerak dan berfikir dengan aktif disebabkan oleh hormon tersebut. Namun selepas dirembeskan ianya masih mempengaruh tubuh badan kita walaupun sudah habis waktu bekerja. Sebab itu ramai orang masih stress walaupun sudah pulang ke rumah namun bila sampai waktu rehat fikiran masih terganggu dan menyebabkan masalah tidur dan rehat yang cukup.

6.      Bertindak sebagai agen anti-penuaan kerana ianya mampu menghasilkan ‘kolagen’ protein yang sangat penting bagi kecantikan kulit, tulang, gigi, sendi dan otot. Sebab itulah produk kecantikan mengandungi alcohol dan makanan bagi atlet atau produk bagi yang aktif bersukan sentiasa mengandungi Vitamin C.
Itu antara 1001 kelebihan vitamin C…

Namun begitu…vitamin C juga ialah yang paling cepat dicerna oleh badan dan keluar menerusi air kencing.
Bagi bayi yang demam sebaiknya jika dia kencing kerana ianya mampu mengeluarkan haba dari dalam badannnya. Begitu juga orang dewasa, sekiranya kita merasa sejuk dari luar, badan kita akan mengeluarkan haba untuk membantu memanaskan badan namun begitu dalam masa yang sama haba tersebut akan keluar menerusi kencing.

Sebab itulah atlet-atlet disarankan mengambil banyak vitamin C keran badan mereka banyak mengeluarkan haba.

Maka yang demikian, pengambilan Vitamin C haruslah berterusan.
Sama ada kita makan atau minum Oren sebanyak 2 hidangan sebanyak 3 kali sehari atau bagi yang hidup berkerjaya boleh memilih jalan yang ringkas iaitu dengan mengambil supplement.
Tidak dinafikan konsepnya tetap sama iaitu ianya masih akan dikeluarkan oleh tubuh melalui kencing tetapi…Shaklee ada jalan penyelesaian untuk itu iaitu Sustained Released Vita-C Plus
Shaklee telah menjalankan kajian teknologi keatas produk-produknya sehingga menelan belanja bernilai jutaan dollar demi mengekalkan kualiti yang terjamin.
Kelebihan Sustained Released Vita-C Plus ialah ianya mampu melepaskan 100gm setiap jam kedalam tubuh dan dicampurkan dengan bioflavanoid iaitu sejenis vitamin yang membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik.

Oleh kerana sistem badan kanak-kanak dan dewasa berbeza, maka Sustained Release Vita-C Plus hanya sesuai untuk dewasa sahaja.
Bagi bayi dan kanak-kanak pengambilan vitamin C juga tidak boleh melebihi dosage kerana ianya mampu menyebabkan cirit birit disebabkan berlebihan asid.
Shaklee juga menghasilkan Chewable Vita-C Plus bagi kanak-kanak bagi mudah untuk pencernaan kedalam tubuh.

So…tunggu apa lagi?
Jalan penyelesaian untuk mengelakkan jangkitan dan kaedah pencegahan sudah ada didepan mata..tunggu apa lagi?

Pencegahan lebih baik dari pada pemulihan. Ibu mana yang tidak risau melihat anak yang sakit.
Memang betul sakit dan sihat ialah ketentuan Tuhan tetapi segalanya bergantung pada Daya, Usaha dan Inisiatif diri sendiri untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga J

Till then!...sila hubungi saya bagi maklumat lanjut dan sekiranya anda ingin melanggan produk Shaklee dengan harga yang Terbaik ^_^


Benda yang baik kita sharekan pada orang lain, mudah-mudahan kita semua diberi keberkatan ^_^