Showing posts with label vitalea shaklee. Show all posts
Showing posts with label vitalea shaklee. Show all posts

Monday, May 26, 2014

Perbezaan 4 tahun


cuti-cuti ni memang best tengok gambar-gambar lama, sambil mengenang kisah dulu-dulu hehe...
perkara paling wajib bila buka album lama ; pastinya belek-belek gambar diri sendiri kan~
So saya pun sama juga...nasib baik masih ada simpan semua gambar lama...baru boleh nampak perubahan diri dari tahun ke tahun ^_^

saya cuma dapat share gambar mula dari tahun 2010, sebab baru belajar bertudung waktu tu hehe...

Lepas belek-belek baru perasan...penambahbaikan pada kulit muka dan berat badan...tapi...berat badan skrg jangan kira la yek...sebab kan baru bersalin : mana aci kan! haha...


Tahun 2010 masih dalam industri pelancongan ; kulit memang hitam legam sebab kerja sebagai pemandu pelancong dari tahun 2000-2009. Tahun 2010 barulah kerja indoor sepenuhnya.

Mei 2011(50kg)
gambar ni silau sikit, so kecerahan wajah adalah disebabkan 'lighting'hehe...

Mei 2012(ada kurus sikit..)
Tahun 2012 saya kerap kena sinutis(resdung) tu yang hidung macam Rudolph red nose reindeer tu hehe...sapu tangan adalah besties time tu

Mei 2013
ni zaman kegemilangan berat badan ideal saya hehe..43kg tapi kulit mac legamss...tengok Ayman lagi cerah daripada saya huhu...

Mei 2014
hehe...ni masa Training di Shaklee dengan Presiden Shaklee Malaysia En. Victor Lim. Syukurlah kulit lebih cerah dari En. Victor hehe...

Rahsia saya?


yup...ESP untuk tenaga dan tahan lapar juga boleh mengurangkan sakit Gastrik saya dan Alfalfa pula untuk detoksifikasi so boleh membantu mengurangkan berat badan berlebihan dan membuang toksin dalam tubuh

ESP ialah protein soya yang 100% asli tanpa perisa, pewarna dan perasa tambahan. ESP mengandungi protein dengan 9asid amino lengkap yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk pembentukan dan rawatan kepada semua sel luar dan dalam badan iaitu kulit, rambut,gigi,darah,kuku,otot dan memperbaiki hormon.
Umum kita tahu hormon adalah penyebab jerawat, mood swing, rambut gugur dan banyak lagi.
Dengan merawat sel dalam badan, fungsi penyerapan nutrien dari makanan atau supelment akan lebih efektif dan berkesan.

Lepas bersalin bulan Mac lalu barulah saya mengamalkan Shaklee Vitalea, Sustained Released Vitamin C, Zinc-complex dan B-Complex.


Syukur alhamdullilah sakit lepas beranak cepat hilang walapun saya bersalin menggunakan ubat induced.
Terbuktilah kualiti produk Shaklee sesuai dengan nilainya ^_^

Lagi gambar kenangan hehe... : 

Yang kiri Feb 2013 dan yang kanan Dec 2013


Mei 2013
macam sama ja kaler muka kami hahah...

Mac 2014
time sarat mengandung (sudah overdue dari EDD huhu)

Mei 2013
Tara lebih cerah...

Dec 2013

Memang saya sangat berpuas hati dan akan terus mengamalkan ESP ni sampai bila-bila ^_^

Wednesday, April 9, 2014

Satu Langkah Setiap Hari ^_^


Alhamdullilah...saya kini sudah selamat bersalin dan sedang dalam proses berpantang.
Baby kini berumur 18 hari ; hari ini. Sihat dan Alhamdullilah..susu badan sepenuhnya. Walaupun air susu cuma muncul pada hari ke-4 bersalin, saya memberikan susu ibu sepenuhnya sejak seminggu lalu, sebelum itu terpaksa combine dengan susu formula huhu...

Ini bermakna sudah 2 minggu saya tidak update blog hehe...bukan malas tetapi saya berusaha untuk memenuhi tanggungjawab menjaga ‘Amanah’ dari Tuhan iaitu baby saya ^_^

Setakat ini baby masih mampu bertahan dengan susu badan ibunya...walaupun sedikit...doa-doakan lah supaya air susu saya akan bertambah banyak sejajar dengan tumbesaran baby hehe...

Duduk-duduk di rumah ni, kalau tidak kawal perasaan dan merancang aktiviti harian dengan baik boleh naik bosan juga kan hehe...

So saya sudah merancang aktiviti harian saya seperti berikut :

Jam 6 bangun – Minum ESP, masak Sup / Bubur (untuk tambah air susu)
Jam 7:30 –Masak air panas, breakfast
Jam 8 – Mandikan baby, makan vitamin Shaklee-Set Berpantang (Vitalea+B Complex+Vitamin C)
Jam 10 – Minum ESP
Jam 12 – makan vitamin Shaklee-Set Berpantang(Zinc Complex)
Jam 12:30 – lunch
Jam 3-masak air panas, masak untuk dinner sekeluarga dan minum ESP
Jam 4- mandikan baby
Jam 7-dinner

Simplekan!
Hehe...sebenarnya tidak sesimple seperti di atas, bagi jam-jam yang tidak dinyatakan contohnya jam 9am,2pm,8pm....haa ini ialah masa-masa yang diisi untuk Breastfeeding.
Baby akan breastfeed lebih kurang sejam setiap kali...kadang-kadang tu dia main2 jak, buat peneman dia tidur hehe...
Masa-masa ini jugalah untuk saya mencuci kain, melipat kain, menyapu, mop lantai, mengemas rumah, menjemur kain...
Mengemas ni pula bukan kerja mudah ok, setiap pagi saya akan memunggah semua lampin kotor dan bersih, tuala2, tisu basah, botol air, botol susu dari bilik tidur ke ruang tamu. Lepas tu saya akan sediakan pakaian baby utk pagi dan malam sekali dgn tuala baru, lampin beberapa helai, mittens dan booties...setiap ruangan rumah saya jelajahi.
Bila ada kesempatan, saya juga akan cuci tandas(saya sangat cerewet kalau pasal tandas-kalau boleh saya nak cuci setiap hari supaya bersih berkilat macam di hotel hahah)
Haa..ingat senang?hehe...

Tapi sejujurnya,
Saya bahagia ^_^. Setakat ini saya langsung tiada komplen pada En.Suami betapa penatnya saya setiap hari. Saya tiada merungut betapa peritnya berpantang sendirian.
Mungkin juga level hormone cortisone/stress saya rendah hehe...terima kasih B-Complex Shaklee hehe.
Saya bahagia sebab saya tahu saya melakukan semua ini untuk apa dan untuk siapa.

Kan menyusukan bayi merupakan pahala yang besar bagi kaum wanita, membantu menjaga rumah tangga juga kewajipan wanita.
Saya cuma berharap saya dapat melakukan yang terbaik ^_^

Walaupun jauh di lubuk hati saya sudah gatal nak makan sushi lah, nak tengok wayang lah(kan ada wayang baru Johnny Depp-Transcendence hoho...) nak makan bakso urat lah, nak jalan-jalan ke Kundasang lah..ewah2 hehe...Tapi perasaan itu datang dan pergi.
Setiap malam saya sudah mula bersedia apa yang akan dilakukan, setiap malam saya menjangkakan waktu2 baby bangun iaitu jam 12 @ 1 dan jam 3 @ 4, dan jika dia bangun, setiap keperluannya perlu lah ‘at arms length’. Ya perlu bisa capai sendiri hehe...sebab semua orang tidur jadi kenalah berdikari. Tak macam waktu siang, ada Tatara hehe...ni lah, side kick saya...tak perlu orang gaji beb!haha...
Mungkin inilah hikmah yang lahir bersama baby..saya semakin faham betapa pentingnya merencana sesuatu sebelum mulai melakukannya. Sebelum ini saya kalau nak buat sesuatu ; buat terus hentam keromoks!haha...

Namun kadang-kadang, En. Suami yang bangun masa wee hours tu, dia tolong juga lah tukar2 lampin ni, bagi baby susu yang saya sudah takung dalam botol susu...setakat ni dia belum lagi tepuk2 bahu saya untuk bangun supaya buat tugas2 tu, kalau dia bangun dia diam2 buat kerja. Kalau dia x bangun saya pun tahu juga sebab baby akan terus nangis haha...

Ada baby kecil ni...memang tidur tidak lena, tapi tidur cukup pun apa gunanya kalau esok lusa, kesihatan anak terganggu. Contohnya lampin yang basah, kalau di biar jadi ruam kan...

Saya mengingatkan diri untuk sabar...hal sebegini berlanjutan sampai setahun atau kurang dari setahun saja (kalau rezeki hehe, kalau lebih dari itu pun, kira rezeki juga kan)

So....saya mengambil satu langkah setiap hari. Maklumlah sudah 6 tahun berlalu dari jarak kelahiran anak sebelum ini, rasa macam anak pertama juga lah...

Mata saya sekarang pun merah dan sembab hehe...tapi itu juga satu rezeki~


Wednesday, February 19, 2014

Asal-usul perkataan 'Vitamin'

Untuk pengetahuan tuan / puan, selama ini saya fikir perkataan 'Shaklee' adalah kerana ianya sinonim dengan ESP Isolate Powder memandangkan serbuk perlu di 'shake' 'shake' dengan tumbler sebagai hidangan makanan tambahan haha...ternyata sangkaan saya meleset sekali.
Shaklee sebenarnya adalah nama Pengasasnya iaitu Dr. Forrest C. Shaklee dan tidak ada kena mengena dengan 'shake' 'shake' sama sekali yerr...

Tetapi, ada satu perkataan yang betul tentang Shaklee iaitu perkataan 'Vitamin'.
Shaklee ialah orang pertama memperkenalkan perkataan berikut yang dahulunya berasal dari perkataan 
'VITAlized MINeral' yang telah dicipta seawal tahun 1915 dalam bentuk cecair dan kemudian kajian ke atas kualiti produk berterusan selama 50 tahun dan telah menelan belanja sebanyak 300 juta USD yang hanya menggunakan bahan semulajadi dan mesra alam, TANPA : Perisa,Pewarna dan Sintetik Tiruan.
Pada zaman tersebut konsep 'Vitamin' belum lagi difahami sepenuhnya. Banyak juga pihak yang salah anggap terhadap beliau terutama dari bahagian perubatan dan antara petikan dari ayat beliau ialah :

"The medical field is interested in treating disease. I'm interested in building health."

Sebab itulah semua produk Shaklee berunsurkan Kesihatan, Kebersihan dan Kecantikan secara Semulajadi.

Inilah kehebatan Shaklee, sehinggakan perkataan Vitamin itu sendiri berasal dari beliau.
Kini Vitalized Mineral telah mengalami penambahbaikan dari segi kualiti dan didatangkan dalam bentuk tablet.
Inilah Vitamin yang mengandungi sebanyak 28 jenis vitamin dan mineral, membantu meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi, menjaga organ mata, hati dan usus dan memberi perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.

Segala macam manfaat dalam satu tablet~inilah 'magik' Shaklee ^_^